Monday, October 15, 2012

Walaupun Kami Belum Ada Anak, Tapi.......



Walaupun kami belum ada anak, tapi kami peka dan simpati dengan penderitaan yang perlu ditanggung oleh seorang ibu dalam menjaga anaknya yang sakit.. kami juga merasa simpati jika anak orang lain sakit walaupun anak itu bukan darah daging kami..

Ada yg kata, kami yg belum ada anak ni x faham perasaan seorang ibu yang terpaksa bersengkang mata dan berhabis duit demi menyembuhkan penyakit anak mereka.. tapi sebenarnya, kami faham perasaan mereka.. kami juga wanita, ada naluri seorang ibu walaupun kami belum bergelar seorang ibu..



Walaupun kami belum ada anak, tapi kami mengerti perasaan seorang ibu yang sedang mengandung yang memerlukan perhatian dan penjagaan rapi daripada orang sekeliling.. kami juga sedaya upaya menjaga hati mereka dan prihatian dengan setiap gerak geri mereka walaupun anak yang mereka kandungkan bukanlah anak kami..

Ada yg kata, kami yg belum ada anak ni x faham perasaan orang mengandung yang sensitif sebab kami belum pernah mengandung.. tapi sebenarnya, kami faham perasaan mereka.. kami juga wanita, berjiwa sensitif dan lembut walaupun kami belum pernah mengalami nikmatnya mengandungkan zuriat sendiri..



Walaupun kami belum ada anak, tapi kami juga mempunyai sifat penyayang kepada kanak-kanak walaupun mereka bukan anak kandung kami.. kami juga sentiasa ingin memanjakan dan memegang anak kecil itu serta melayan mereka sebaik mungkin walaupun mereka bukannya zuriat sebenar kami..

    Ada yg kata, kami yg belum ada anak ni kurang sikap sayangkan kanak2 sebab kami x ada lagi anak yg perlu dijaga.. tapi sebenarnya, kami juga ada sikap penyanyang pada kanak2 dan selalu berhati-hati bila menyentuh dan bermain dengan anak yang bukan lahir daripada rahim kami..



Walaupun kami belum ada anak, tapi kami juga boleh bercerita tentang pengalaman menjaga anak daripada pengalaman orang lain cuma pengetahuan kami hanyalah pada teori dan belum pada praktikal secara menyeluruh.. kami juga boleh memberikan pendapat tentang soal penjagaan anak walaupun hakikatnya kami belum melaksanakan apa yang diperkatakan itu pada anak kami sendiri..

  Ada yg kata, kami yg belum ada anak ni x tau langsung soal penjagaan & 
urusan berkaitan kanak2 sebab kami belum melahirkan zuriat sendiri.. tapi sebenarnya, kami juga ada mencari bahan pembacaan dan mendengar segala informasi berkaitan penjagaan kanak2 kerana kami berharap informasi tu akan dapat digunakan bila kami mempunyai zuriat sendiri..



Jadi, janganlah anggap bahawa kami yang belum mempunyai anak sendiri ini tidak pernah tau soal penjagaan anak & tidak pernah tau soal hati seorang ibu.. kami tau cuma pengetahuan kami tidaklah sepakar wanita yang sudah bergelar ibu.. tapi janganlah anggap bahawa kami tidak tau apa2 hanya kerana kami belum bergelar seorang ibu…

Nota cinta: hanya pendapat peribadi sendiri.. maaf jika ada yang tersinggung dengan pendapat aku.. Cuma,aku mengharapkan agar ada yg faham betapa kami yang belum ada anak ni terlalu menghargai kehadiran anak kecil itu walaupun mereka bukanlah anak kami sendiri.. 
Photobucket

20 comments:

  1. setuju...wp tlh menjadi ibu tidak semestinya tau semuanya kan..

    ReplyDelete
  2. Setuju sgt kak.. Mesti ramai yg anggap mcm tu.. Tak semestinya xtahu ttg anak walau xda ank... :)

    ReplyDelete
  3. Naluri seorang ibu datang secara semulajadi dalam diri seorang wanita...

    ReplyDelete
  4. Kakak faham apa yg zana maksudkan. Betul sebab Allah jadikan seseorg itu punya perasaan. Cuba tanya budak 7-8 tahun bila nampak kawan dia kena pukul mesti dia kesihan kan... samalah dgn yg zana maksudkan walau belum punya anak tapi naluri/perasan semulajadi tu ada...

    ReplyDelete
  5. peduli ape orang nk fikir tentang kite..
    insyAllah akan ade rezeki untuk kamu suatu hari nanti

    ReplyDelete
  6. satu hari nnti ye insyaallah

    ReplyDelete
  7. setuju...wlupun kite takde anak tak bermakna kite tak fhm prasaan ibu2 yg ada anak atau penderitaan anak2 kecil lain...

    ReplyDelete
  8. salam zana,k.atie doak semoga satu hari nanti zana & HB dikurniakn cahayamata.Aminnn

    ReplyDelete
  9. saya faham apa yang zana maksudkan... biasalah manusia... mereka tak faham apa yang kita rasa... jadi menganggap bahawa kita tidak akan tahu selagi kita tak mengalaminya sendiri... sabar ya...

    ReplyDelete
  10. moga awk dikurniakan zuriat 1 hari nanti... emmm mcm adik sy, dah 6 tahun kawen tp msh blm ada rezeki... mereka pun kdg2 stress dgn org sekeliling..

    ReplyDelete
  11. sama entry mcm eida GEDIK...sabar ye zana..

    wlaupun kami belum ada anak,tp janganlah anggap yg kami TAK AKAN ada anak smpai bila2..

    ReplyDelete
  12. sian kita kan... org salu pandang kita yg bukan bukan.sob sob

    ReplyDelete
  13. btw... comel sgt baby ats tu.geram tgk

    ReplyDelete
  14. insyaallah ada rezeki kita nanti...sedih pulak Sal baca entry nie...

    ReplyDelete
  15. sbr ye za.kdg2 org yg dh jd ibu tu sendiri ada je yg xtahu cara nk jaga anak..kita je yang kenal diri kita, jd pedulikan apa org nk kata.yuyu selalu doakan za dan kwn2 yang lain dimurahkan rezeki untuk dpt anaklepas ni :)

    ReplyDelete
  16. tak semua org faham apa yg kita nih faham..

    ReplyDelete
  17. wanita diciptakan semulajadi mempunyai naluri keibuan.... percayalah walaupun tanpa kehadiran anak tp hati akan mudah tersentuh kalau bercerita ttg anak² kecil...

    ReplyDelete
  18. =(...hakikatnya takde sapa tau...=(

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..