Saturday, November 19, 2011

Tips Dapur Kemas Tersusun

Kalau dapur kemas tersusun, mood nak memasak pun akan rajin.. kalau dapur kemas tersusun, hati pun jadi lebih bahagia setiap kali memasak.. so, penting sebenarnya bab menjaga kekemasan dapur ni.. kali ni jom kongsi tips agar dapur kemas tersusun.. 



Tips Dapur Kemas Tersusun.. 

Tip 1

Kumpulkan segala barang-barang yang tidak selalu digunakan. Segala bekas aiskrim, botol-botol plastik , alatan memasak seperti penapis atau apa sahaja alatan yang jarang digunakan. Masukkan kesemua barang tersebut ke dalam satu kotak. Simpan di stor kotak tersebut. Tunggu sehingga 3 bulan, jika masih tidak digunakan anda boleh buang atau berikan kepada orang lain.

Anda perlu meminimakan barang-barang yang terdapat didalam dapur anda. Begitu juga barang-barang elektrik yang diletakkan di atas kaunter dapur. Jika jarang digunakan simpan sahaja ke dalam kabinet dapur. Anda perlu mempunyai dapur yang teratur supaya kerja –kerja memasak anda akan lebih mudah.


Tip 2

Selepas memasak, anda mesti membasuh kesemua alatan memasak yang digunakan seperti periuk , kuali dan sebagainya. Jangan tangguhkan kerja mencuci sehingga anda habis makan kerana kotorannya akan sukar dibersihkan dan ianya akan menambahkan bebanan kerja anda nanti. Sentiasa bersihkan segala kekotoran yang terhasil semasa proses memasak. Anda perlu selalu mengelap semasa anda memasak. Itu tidaklah susah sangat kan.


Tip3

Elakkan dari sikap suka mengumpul pinggan mangkuk untuk dibasuh. Selagi muat sinki selagi itulah pinggan mangkuk anda dikumpul tidak dicuci. Bila sudah semakin banyak, anda pun dah mula malas. Lebih malang lagi kadangkala dengan isu pinggan mangkuk pun suami isteri boleh bertengkar.

Jika kita mengamalkan tabiat sentiasa memastikan sinki dapur bersih , anak-anak pun akan membasuh pinggan mereka sendiri tanpa disuruh. Begitu juga dengan sampah di dapur. Jangan biarkan sampah sampai berbau dan berulat barulah nak membuangnya.


Tip4

Rangkuman dari ketiga-tiga langkah di atas, langkah yang ke 4 ini lebih kepada tabiat kita. Jadikan ‘clean as you go’ sebagai paraturan didapur.. Jangan melengah-lengahkan kerja membersihkan dapur.  Pastikan dapur saya kemas dan bersih sebelum saya masuk tidur. Manalah tahu, kalau terlambat bangun dari tidur untuk menyediakan sarapan, saya tidak akan kelam kabut.



Photobucket

Friday, November 18, 2011

Petua Tradisional Untuk Kulit



Caranya :
- Ambil 5 atau 6 keping asam gelugur/asam keping.
- Rebus hingga mendidih.
- Biarkan sehingga airnya suam-suam kuku.
- kemudian rendamkan kaki kedalam air rebusan itu tadi selama 10 atau 15 minit.
- Sambil merendam kaki anda, gosok-gosokkanlah asam keping itu pada tumit yang pecah-pecah.
- Lakukan selalu insyaAllah tumit anda akan menjadi licin dan lembut.


Bahan-bahan:
6 sudu besar madu asli
4 sudu besar garam kasar
1 biji limau nipis
1 sudu besar minyak zaitun


Cara Membuat
1. Campurkan semua bahan-bahan tadi ke dalam mangkuk
2. Perahkan air limau ke dalam campauran bahan tadi
3. Kacaukan adunan tersebut sehingga sebati tetapi jangan sampai garam terlarut
4. Ambil satu sudu campuran bahan tersebut dan gosok perlahan-lahan pada tangan dan kaki anda termasuklah pada bahagian kuku. 
5.Bilas dengan air dan biarkan kering.

* Petua ini juga boleh diamalkan pada bahagian kasar pada siku dan lutut.

Cara-caranya:
-Ambil sedikit susu tepung bayi.
-Campurkan dengan sedikit air dan madu. Biar pekat.
-Lumurkan ke wajah dan seluruh badan. Biarkanselama 5-10 minit.
-Setelah itu, bersihkan wajah dan badan dengan air suam dan selawat ke atas Nabi 3 kali.
-Amalkan seminggu sekali untuk hasil yang memuaskan..
Photobucket

UMobile Broadband - Bill Sebulan Mengejutkan

Minggu ni genap sebulan aku guna UMobile Broadband.. selama sebulan ni, memang aku puas hati dengan broadband ni..

Download lagu laju, download movie laju, line sentiasa ok & yang paling best bila dapat tengok movie dekat youtube/tonton.com tanpa sebarang gangguan! memang puas hati..

Walaupun line internet UMobile Broadband x ada bila balik kampung, tapi aku x kisah.. sebab kalau balik kampung kat rumah mertua, boleh online guna streamyx.. kalau balik rumah parents aku, memang jauh sekali aku nak online sebabnya rumah aku tu sentiasa riuh dengan suara kitaorang sefamily.. ada jer benda nak cerita.. so masa untuk berborak terlalu padat.. x terfikir langsung nak online.. kadang2 tv pun x payah bukak sebab sibuk berborak.. hihihi.. so tanpa UMobile Broadband kat kampung pun aku x kisah..

Kalau dulu masa pakai "C" Broadband, selalu jer tension.. setakat nak bukak FB jer ok.. tu pun setakat nak update status, komen2 ok lah.. kalau nak upload gambar, memang bercinta menunggu.. kalau nak download2 ni, memang berkurun gak la menunggu..

Semalam baru dapat bill pertama UMobile Broadband, terkejut jap!! 


Kena bayar rm23.85 jer.. patutnya RM48 but UMobile kira ikut penggunaan.. since aku mula pakai pertengahan bulan Oktober, so kira separuh jer la.. syok!!! bulan ni punya bill maybe kena bayar macam biasa la kan.. x pelah, yang penting service broadband tu aku puas hati.. kalau tau service ni ok, dari dulu lagi dah tukar broadband "C" tu.. hihihi..

So, kalau ada yang rasa nak tukar broadband, maybe boleh pertimbangkan untuk guna UMobile Broadband.. kalau nak tau lebih lanjut, try la masuk website UMobile k.. kat situ banyak gak info yang boleh korang dapat..

Nota tambahan : aku ambik pakej yang RM68 sebulan.. tapi untuk 5 bulan pertama bayar RM48 sahaja.. since bulan pertama aku pakai untuk 2 minggu jer, so tu yang dapat bil murah cikit.. untuk bulan ke 2, 3, 4 dan ke 5 nanti aku kena bayar RM48..



Photobucket

Thursday, November 17, 2011

Tips Suami Kekal Ceria Semasa Shopping


Cabaran yang utama untuk berpasangan pergi shopping adalah bagaimana mengekalkan motivasi suami agar mampu bersama isterinya daripada awal masuk ke shopping complex hinggalah pulang ke rumah.. Isterilah yang patut memainkan peranan penting..

Kali ni jom kita kongsi tips yang boleh dilakukan oleh isteri apabila mengajak suami bershopping!


couple shopping!!



1) Setiba di shopping complex, terus bawa suami ke medan selera atau restoran makanan kegemaran suami.. layanlah dia makan sepuas-puasnya.. ini akan memberikan tenaga untuk suami dan akan melambatkan rasa keletihan serta tertekan nanti.. kesilapan yang berlaku adalah apabila meletakkan acara makan selepas selesai membeli belah.. pendekatan ini agak terlambat untuk mengembalikan keceriaan suami.. biasanya jika suami yang tadinya bermasam muka, pastinya selera makannya pun hilang.

2) Jika di shopping complex itu ada troli, biarlah suami yang menolaknya.. ini akan melekakan dirinya dengan 'mainan' itu.. memang orang lelaki suka barang mainan.. tugas isteri adalah cepat2 memberatkan kandungan troli agar bertambah 'macho' suami menolaknya..

3) Jika pasangan membawa anak kecil, eloklah letakkan di atas troli di ruang khas untukanak kecil.. jangan suruh suami mendukung anak kecil.. ini akan menyebabkan dia cepat letih..

4) Dari masa ke semasa, pantaulah tingkah laku suami.. setiap tiga puluh minit, lihat air mukanya.. jika kelihatan letih, cepat2 cadangkan dia pergi ke tiga jenis kedai yang dapat mencajkan semula hormon testosteronnya iaitu kedai komputer/telefon, kedai video atau kedai hardware.. 

5) Jika isteri inginkan pandangan daripada suami untuk membuat pilihan, sila senarai pendekkan pilihan itu hanya kepada dua sahaja.. ini memudahkan suami membuat pilihan.. jika beri pilihan lebih daripada dua, ia menyebabkan suami stress.. oleh itu, jangan tambahkan stress suami dengan pilihan yang lebih daripada dua..
 
6) Jika isteri berjanji untuk pulang pada waktu tertentu, sila tunaikan janji tersebut.. ini membolehkan suami itu memujuk mindanya..
 
7) Akhir sekali, jika isteri tadi puas ditemani suami bershopping dan semua barang serta kehendaknya tercapai, cepat-cepatlah puji suami itu di atas kesabarannya menemani dan mungkin boleh berikan sesuatu yang menajdi kegemarannya..

Sumber - Article by Pak Utih (Perunding Kekeluargaan) in Anis Magazine

Photobucket

BE November! Maybelline Fashion Week 2011


Alhamdulillah.. ada jugak BE yang sudi singgah kat blog ni untuk bulan November.. walaupun bulan ni macam kurang update & blogwalking sebab kesibukan kerja, tapi masih ada jugak rezeki untuk dapat BE.. thanks Nuffnang!!
 




BE dari Maybelline Fashion Show 2011!
 
Kalau cakap pasal Maybelline, aku memang suka pakai mascara Maybelline.. sebabnya dengan pakai mascara tu, ada beberapa orang tegur aku pakai bulu mata palsu.. salah sorang yang tegur adalah mak mertua! hihihi.. dia tegur masa raya hari haji hari tu.. bila aku cakap pakai mascara dia tengok balik mata aku.. hahahahaha.. comel jer..
 
Tadi masa buka website Maybelline, aku nampak mascara baru dari Maybelline.. cun gak! teruja sebab nampak warna pink! hihihi.. nanti boleh try la.. 
 



 
 So, thanks pada semua yang rajin singgah blog picisan ni.. aku hargai sangat.. maaf pada yang dah lama aku x tinggalkan jejak kat blog korang.. kesibukan melanda la minggu ni.. but weekend nanti akan ada banyak masa terluang untuk blogwalking yer! insyaAllah weekend nanti akan balas kunjungan rakan blogger yang x henti2 singgah2 blog ni.. terima kasih semua!!
 
Photobucket