Saturday, November 19, 2011

Tips Dapur Kemas Tersusun

Kalau dapur kemas tersusun, mood nak memasak pun akan rajin.. kalau dapur kemas tersusun, hati pun jadi lebih bahagia setiap kali memasak.. so, penting sebenarnya bab menjaga kekemasan dapur ni.. kali ni jom kongsi tips agar dapur kemas tersusun.. 



Tips Dapur Kemas Tersusun.. 

Tip 1

Kumpulkan segala barang-barang yang tidak selalu digunakan. Segala bekas aiskrim, botol-botol plastik , alatan memasak seperti penapis atau apa sahaja alatan yang jarang digunakan. Masukkan kesemua barang tersebut ke dalam satu kotak. Simpan di stor kotak tersebut. Tunggu sehingga 3 bulan, jika masih tidak digunakan anda boleh buang atau berikan kepada orang lain.

Anda perlu meminimakan barang-barang yang terdapat didalam dapur anda. Begitu juga barang-barang elektrik yang diletakkan di atas kaunter dapur. Jika jarang digunakan simpan sahaja ke dalam kabinet dapur. Anda perlu mempunyai dapur yang teratur supaya kerja –kerja memasak anda akan lebih mudah.


Tip 2

Selepas memasak, anda mesti membasuh kesemua alatan memasak yang digunakan seperti periuk , kuali dan sebagainya. Jangan tangguhkan kerja mencuci sehingga anda habis makan kerana kotorannya akan sukar dibersihkan dan ianya akan menambahkan bebanan kerja anda nanti. Sentiasa bersihkan segala kekotoran yang terhasil semasa proses memasak. Anda perlu selalu mengelap semasa anda memasak. Itu tidaklah susah sangat kan.


Tip3

Elakkan dari sikap suka mengumpul pinggan mangkuk untuk dibasuh. Selagi muat sinki selagi itulah pinggan mangkuk anda dikumpul tidak dicuci. Bila sudah semakin banyak, anda pun dah mula malas. Lebih malang lagi kadangkala dengan isu pinggan mangkuk pun suami isteri boleh bertengkar.

Jika kita mengamalkan tabiat sentiasa memastikan sinki dapur bersih , anak-anak pun akan membasuh pinggan mereka sendiri tanpa disuruh. Begitu juga dengan sampah di dapur. Jangan biarkan sampah sampai berbau dan berulat barulah nak membuangnya.


Tip4

Rangkuman dari ketiga-tiga langkah di atas, langkah yang ke 4 ini lebih kepada tabiat kita. Jadikan ‘clean as you go’ sebagai paraturan didapur.. Jangan melengah-lengahkan kerja membersihkan dapur.  Pastikan dapur saya kemas dan bersih sebelum saya masuk tidur. Manalah tahu, kalau terlambat bangun dari tidur untuk menyediakan sarapan, saya tidak akan kelam kabut.



Photobucket

6 comments:

  1. tips yg berguna tu.. thanks kak.. :-)

    ReplyDelete
  2. blog ni aku rasa dah jd blog tips

    ReplyDelete
  3. tip ke3 tu..
    mmg tabiat masyarakat hari ini..
    hahahahaha..
    kalau kat bilik ni..
    mmg gitu lahhh...
    pastu hari minggu baru nak cuci...sorang sorang membebel..
    haha

    ReplyDelete
  4. bena tak suka cuci periukkkkk . memang tak boleh ! basuh2 pinggan mangkuk tapi bile de je periuk. bena biarkan je . hahahaha ;)

    ReplyDelete
  5. good tips. i have many tupperware, periuk, segala mak nenek ni i susun kat rak..tapi rasanya kena masuk kotak balikla. semak..nak bagi orang tak boleh. the price is high!

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..