Showing posts with label Spa SeRViCe. Show all posts
Showing posts with label Spa SeRViCe. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012

Lulur Mandi/Scrub Dari Sumber Ayu & Puteri Binari


Hari ni nak kongsi sikit tentang produk lulur mandi/scrub kesukaan aku dari Sumber Ayu dan Puteri Binari.. aku ni mula rajin nak ber"lulur" and ber"scrub" ni masa zaman Universiti dulu.. masa zaman sekolah nan hadonya nak berlulur bagai.. hihihi.. biasalah kalau duduk hostel masa kat U dulu pantang nampak member beli produk baru, semuanya nak dicuba jugak kan.. cepat terpengaruh! lulur mandi/scrub dari Sumber Ayu dan Puteri Binari ni memang best!!

Lulur Mandi/Scrub Dari Sumber Ayu & Puteri Binari

Sebelum citer tentang produk yang best, meh kita tengok kebaikan lulur/scrub ni..
 
Kebaikan Lulur/Scrub 

• menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah.
• Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.
• Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat paha, lutut,siku & celah ketiak.
• Mengurangkan tekanan & keletihan.
• Mengekalkan tenaga.
• Menghindarkan bau badan dan peluh berbau.
• Memperbaiki tekstur kulit.
• Mengurangkan dehidrasi 

Since memang banyak kebaikannya, so haruslah merajinkan diri untuk melulur & meng"scrub".. lagipun, kalau buat sendiri pun lebih jimat.. kalau ada duit lebih, boleh la ke spa..
 
Setakat ni, ada 2 produk yang bikin hati aku jatuh cinta..
 
Lulur Mandi/Scrub Dari Sumber Ayu & Puteri Binari

First, Lulur Scrub Puteri Binari.. scrub ni memang best sangat.. harga yang sangat berpatutan (lingkungan RM10-12, bergantung pada kedai yang jual).. tekstur scrub ni cair cikit.. kiranya kena pakai banyak cikit untuk dapatkan hasil yang lagi best.. 
  
Bau lulur scrub yang jadi kesukaan aku adalah haruman Bunga Chrysan..wangiiiiiiiiiiii.. bekas scrub ni pun aku suka sebab pink.. boleh gitu?? hihihihi..
 
Selain tu, ada 1 lagi produk yang betul2 buat aku jatuh hati.. Lulur Mandi Sumber Ayu.. lulur mandi ni memang mengancam habis la bagi aku.. harga murah gilerrrrr (lingkungan RM5-7, bergantung pada kedai yang menjualnya).. tekstur lebih pekat, bau yang wangi dan haruman lebih kekal lama.. hasilnya, kulit jadi lebih lembut & lembap..

Lulur Mandi/Scrub Dari Sumber Ayu & Puteri Binari

Untuk Lulur Mandi Sumber Ayu ni, ada pelbagai jenis haruman.. pilih jer yang mana berkenan di hati.. aku suka haruman Bunga.. bau dia lebih lembut dan wangi.. masa pakai lulur ni, feeling2 dalam taman bunga yang penuh dengan bunga-bungaan.. feeling2 romantis gitu.. lepas pakai lulur ni, kulit lebih lembut.. bila kulit dah lembut, encik suami nak belai2 pun jadi lebih syok.. hihihi..

Untuk lulur mandi/scrub dari Sumber Ayu & Puteri Binari ni, aku memang puas hati sangat.. setakat ni memang 2 produk ni jer yang sesuai dengan aku.. ada jugak try yang lain, tapi kulit aku jadi sensitif lak.. so depends jugak la pada kulit korang yer.. maybe ada yang sesuai, maybe ada yang x sesuai.. tapi 2 scrub ni berasaskan bahan semulajadi, so lebih natural..

Kita digalakkan pakai scrub sekurang2nya 2-3 kali seminggu.. tapi nak lagi best, pakai selang sehari.. lulur scrub sebelum mandi (masa badan kering since lebih berkesan).. then bilas macam biasa.. lepas bilas, kalau rasa x nak bersabun pun ok jer.. 

Tapi kalau nak lagi feeling2 spa, try pulak sabun badan tu dengan mandian spa.. banyak produk mandian spa kat pasaran sekarang ni.. pilih jer yang mana berkenan.. nanti kalau ada masa aku cerita pulak produk mandian spa yang aku suka k..
 
Korang pulak suka pakai srcub/lulur apa? jom kongsi cerita.. sharing is caring!

Nota cinta: 

- untuk yang dah berkahwin, try la buat service lulur/srcub untuk pasangan.. korang akan feel lebih romantis nanti.. oooppppssssss....


Photobucket

Tuesday, December 6, 2011

2 Deal Menarik Untuk Persiapan Sambut Birthday!

 
Persiapan untuk sambut birthday encik suami hampir selesai nampaknya.. walaupun lagi sebulan lebih, tapi kaum perempuan memang mudah excited bab2 macam ni kan.. hihihi..
 
Perancangan bertambah mudah bila ada segala deal di laman web.. betapa mudahnya zaman sekarang ni.. semuanya online.. 
Last week beli deal untuk spa package.. menarik gak deal ni.. sebab dapat jimat RM 1340!! harap2 spa ni oklah kan.. first time nak cuba bust enchancement treatment.. segan la pulak!!!! *blushing*


Deal spa


Hari ni pulak dah beli deal untuk makan2.. aku x pernah sampai pun tempat tu.. so haruslah rebut peluang untuk cuba sesuatu yang baru dengan segera..
 

Deal makan2 yang menarik!

 
Lagipun dah baca 3 review yang kata deal ni menarik! so aku rasa memang pilihan untuk sambut birthday encik suami kat sini tepat gak la.. dengan suasana yang romantik, so mestilah bertambah best kan.. deal ni masih tinggal beberapa jam.. so siapa nak beli, haruslah cepat yer..


review dari mrs.k

review dari maya dhira

review dari kekda @ pnstoberi


So tinggal hadiah jer belum selesai lagi.. setiap kali lalu kedai yang ada jual "barang" tu encik suami dah cakap pasal "barang" tu.. maybe tu klu terbesar dia nak bagitau aku yang dia nak hadiah tu.. setakat ni rasanya ni jer klu yang besar diberikan.. hope betul la tekaan aku terhadap klu yang diberikan.. kalau salah, nasiblah ye encik suami.. siapa suruh x nak terus terang nak hadiah apa bila saya tanya.. hihihi.. 
 
P/S: hari2 bukak macam2 deal.. nafsu membeli kena kawal!! kalau x, semua nak dibelinya.. tepuk dada, tanya selera, tanya poket! hihihi..

Photobucket

Thursday, December 1, 2011

D'Aura Spa, Seri Kembangan - Couple Spa

Hujung minggu adalah masa terbaik untuk memanjakan diri di spa bersama yang tersayang.. weekend hari tu, aku dan encik adiey sempat buat appointment dengan D'Aura Spa untuk couple spa package.. bulan November lepas memang kitaorang agak sibuk sikit.. so badan ni memang perlu dimanjakan sikit..

Sampai D'Aura Spa pukul 4petang.. macam biasa, layanan dekat kaunter memang memuaskan hati.. lagipun awal pagi lagi diaorang dah call untuk ingatkan appointment.. customer service yang boleh dipuji..


spa hydro theraphy

First kitaorang ambik package spa hydro theraphy (buble bath spa).. berdua dalam bilik mandi yang ada bath tub besar sangatlah best!! treatment ni lebih kepada anti stress treatment.. berdua dalam bath tub sampai diiringi alunan muzik yang menenangkan, sangatlah romantik!


Gambar ni jer yang lepas untuk kategori umum.. yang lain untuk simpanan peribadi.. gambar tuan blog dalam bath tub haruslah x boleh disiarkan di sini.. tapi syok pakai bath coat warna hijau yang super cool tu!

Bagi aku, buble bath spa ni adalah antara treatment yang bagus untuk suami isteri meluangkan masa bersama dengan suasana yang tenang..

Lepas puas bermandi manda dalam bath tub, kitaorang buat foot spa treatment.. mula2 buat treatment ni agak x selesa sebab geli bila kaki ni diurut2.. tapi bila dah mula selesa, rasa nak tertidur la pulak.. hihihi.. treatment yang bagus bagi kita yang penat berjalan selepas tawaf banyak shopping complex.. huhuhu..

Lepas buat treatment, memang badan rasa best sangat.. sesekali dapat manjakan diri macam ni memang seronok! apatah lagi dapat buat treatment bersama yang tersayang, double seronok!

Nota tambahan : Since ada yang tanya tentang harga pakej yang aku ambik, so aku bagitau la yer.. harga bagi buble bath spa & foot spa untuk 2 orang adalah RM152 (harga member card).. so kalau nak harga yang murah, boleh apply untuk member card yer..

Nota tambahan : D'Aura Spa ni terletak dekat Taman Equine (berhadapan dengan Jusco Taman Equine)..

Nota tambahan : Aku pernah review spa (click untuk review) ni masa celebrate birthday encik adiey.. 



Photobucket

Friday, November 18, 2011

Petua Tradisional Untuk Kulit



Caranya :
- Ambil 5 atau 6 keping asam gelugur/asam keping.
- Rebus hingga mendidih.
- Biarkan sehingga airnya suam-suam kuku.
- kemudian rendamkan kaki kedalam air rebusan itu tadi selama 10 atau 15 minit.
- Sambil merendam kaki anda, gosok-gosokkanlah asam keping itu pada tumit yang pecah-pecah.
- Lakukan selalu insyaAllah tumit anda akan menjadi licin dan lembut.


Bahan-bahan:
6 sudu besar madu asli
4 sudu besar garam kasar
1 biji limau nipis
1 sudu besar minyak zaitun


Cara Membuat
1. Campurkan semua bahan-bahan tadi ke dalam mangkuk
2. Perahkan air limau ke dalam campauran bahan tadi
3. Kacaukan adunan tersebut sehingga sebati tetapi jangan sampai garam terlarut
4. Ambil satu sudu campuran bahan tersebut dan gosok perlahan-lahan pada tangan dan kaki anda termasuklah pada bahagian kuku. 
5.Bilas dengan air dan biarkan kering.

* Petua ini juga boleh diamalkan pada bahagian kasar pada siku dan lutut.

Cara-caranya:
-Ambil sedikit susu tepung bayi.
-Campurkan dengan sedikit air dan madu. Biar pekat.
-Lumurkan ke wajah dan seluruh badan. Biarkanselama 5-10 minit.
-Setelah itu, bersihkan wajah dan badan dengan air suam dan selawat ke atas Nabi 3 kali.
-Amalkan seminggu sekali untuk hasil yang memuaskan..
Photobucket

Tuesday, October 25, 2011

Review Qalesya Spa di Bangi

Semalam aku ada update tentang kenangan pergi MotoGP kan.. balik dari sana, kaki aku sakit sangat2! rasa nak tercabut kaki ni tau!!! so semalam, aku try la google tentang khidmat urutan kaki sekitar Putrajaya dan Bangi.. lepas penat menggoogle, aku jumpa la 1 blog spa ni.. Qalesya Spa yang terletak di Bangi..

Qalesya Spa di Bangi

Qalesya Spa Beauty & Healthy

Spa ni baru bukak 2 minggu lepas.. memang baru sangat! masa tengok harga yang ditawarkan, terus rasa teruja nak pergi.. harga memang berpatutan! so terus telefon Qalesya Spa untuk booking urutan kaki petang semalam..

Balik kerja, encik adiey terus hantar ke spa tu.. masa sampai jer, layanan dari staff memang mesra.. ditambah dengan alunan muzik yang tenang, hilang kejap rasa sakit kaki tu.. hihihi..

Semalam aku just ambik pakej untuk urutan kaki.. masa kena urut tu, rasa macam lega cikit sakit2 tu.. minyak yang digunakan untuk urut tu pun best, based on Lavender.. sedapnya kaki ni bila kena urut.. 

Since spa ni baru buka, so aku dapat free gift mug sebab jadi antara pelanggan terawal yang datang ke spa tu.. syok kan! urut kaki dapat, free gift pun dapat..

 Banyak sebenarnya perkhidmatan & pakej yang ada kat spa ni.. kalau korang nak tau lebih lanjut, mungkin boleh bukak blog atau cari FB Qalesya Spa ni.. dekat situ korang boleh tau tentang pakej yang ada kat sana, nombor telefon untuk booking pun ada kat dalam blog tu jugak.. 
 

Qalesya Spa di Bangi

 
Aku pun baru pertama kali cuba, tu pun sekadar urutan kaki so x berani nak bagi testimoni lebih2.. tapi rasanya spa ni mampu bagi kepuasan kepada pelanggan berdasarkan harga, layanan & pakej yang ditawarkan..
 
So pada sesiapa yang tinggal dekat Bangi, Putrajaya, Kajang atau kawasan sekitarnya, boleh la cuba spa ni.. aku rasa, spa ni antara spa yang menawarkan harga berpatutan & khidmat yang memuaskan.. sekarang ni susah jugak nak jumpa spa yang masih menawarkan harga berpatutan terutamanya dekat kawasan bandar ni kan.. so bila ada spa yang tawarkan harga berpatutan, why not kita cuba kan..
 
p/s: ini bukan iklan berbayar.. review ni berdasarkan pandangan peribadi aku & sekadar berkongsi pengalaman dengan semua pembaca blog ni..

Photobucket

Friday, October 14, 2011

Tips Penjagaan Rambut

Rambut adalah mahkota wanita.. penting untuk menjaga kesihatan dan kecantikan rambut terutamanya bagi wanita bertudung.. rambut yang diperap terlalu lama perlu diberi perhatian lebih yer.. jangan ingat pakai tudung tak perlu jaga kesihatan rambut.. nanti boleh buat rambut cepat berbau dan berkelemumur kalau tak dijaga dengan baik.. so kali ni jom kita cerita tentang tips penjagaan rambut.. 

Tips Penjagaan Rambut


Cara mencuci rambut yang betul

1) Basahkan rambut terlebih dahulu sebaiknya menggunakan air suam untuk membuka kutikel-kutikel rambut.

2) Tuangkan syampu lebih kurang 1 sudu makan ke tapak tangan anda dan gosok menggunakan kedua-dua belah tangan, kemudian barulah digosokkan perlahan-lahan pada rambut. Usap hingga ke kulit kepala  untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. Jika tidak inilah yang akan menyumbang pada kelemumur. Elakkan menyental bahagian hujung rambut. Tidak perlu untuk menaikkan semua rambut anda ke atas kepala kerana ini akan menyebabkan rambut kusut.
3) Bilas rambut dengan sempurna iaitu dengan sebersih-bersihnya.

4) Untuk mengeluarkan lebihan air pada rambut anda, lurutkan perlahan-lahan dan tekan rambut anda. Tetapi jangan pula mengasari atau menarik-narik rambut anda kerana rambut amat lembut di dalam keadaan basah.

5) Setelah mengeluarkan lebihan air pada rembut, inilah masanya untuk mengenakan conditioner. Sapukan conditioner ke seluruh rambut anda dan lebihkan pada bahagian  hujung rambut. Pastikan sapuan keseluruh bahagian rambut kemudian tutup rambut menggunakan shower cap dan biarkan selama lebih kurang 10 minit.

6) Bilas rambut sebersih-bersihnya. Langkah ini amat penting agar tidak berlaku iritasi pada kulit kepala. Sebaiknya bilasan terakhir menggunakan air sejuk kerana ini akan menutup kembali kutikel rambut anda semula di samping memberi efek rambut yang bersinar.

7) Seminggu sekali gunakan hair treatment yang sesuai untuk rambut anda.

Tips Penjagaan Rambut

Tips rambut yang perlu diketahui
  • Sebenarnya rambut tidak perlu memakai leave on moisturizer kerana ini akan menyebabkan rambut melekit dan membawa kepada kerosakan.
  • Lebih baik menggunakan serum rambut yang dapat menyuhatkan rambut dan membuatkan rambut lebih bersinar.
  • Jangan sesekali meninggalkan perapi (conditioner ) setiap kali bersyampu.
  • Biarkan rambut anda kering sendiri lebih baik dari menggunakan hair dryer jika anda tidak sibuk.
  • Sikat rambut sebelum mula bersyampu membuatkan rambut lebih senang diurus dan mengelakkan rambut kusut ketika bersyampu yang mana boleh mengundang pada kerosakan.
Kredit : Avon Paradise

Kalau berminat nak dapatkan Vitamin Shaklee khas untuk rambut gugur, boleh click link kat bawah ni untuk terus membuat pembelian..

VITAMIN RAMBUT GUGUR ] 

Berminat untuk membeli produk Shaklee dengan harga isitmewa atau menjadi sebahagian daripada team "miracle" Shaklee zana? boleh hubungi zana melalui cara berikut:

FB : https://www.facebook.com/zana.adieyza
Page : https://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza
Call/SMS/Whatsapp : 013-6065246
Emel : adieyza_1110@yahoo.com

- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"
Photobucket

Monday, August 1, 2011

First Wedding Anniversary aDieyZa

23 Julai 2011, genap setahun kami bersama sebagai suami isteri.. segalannya serba indah.. segalanya berjalan lancar.. manisnya kehidupan sebagai suami isteri makin dirasai dari hari ke hari..


Pengalaman selama setahun banyak mengajar erti persefahaman, tolak ansur dan saling hormat menghormati.. masih banyak yang perlu diperbaiki.. masih banyak yang perlu dipelajari.. semakin lama hidup bersama, semakin bahagia rasanya.. syukur di atas rahmat dari-Nya..


Menghabiskan masa bersama di rumah pada hari ulang tahun perkahwinan sememangnya indah.. seperti mood pengantin baru.. hihihi.. segalanya serba ringkas namun tetap bermakna untuk dikenang.. sesungguhnya, masa bersama itu sememangnya lebih indah daripada segala-galanya..




Menghabiskan masa bersama di spa pada hari ulang tahun perkahwinan sememangnya pengalaman yang menggembirakan.. memanjakan diri di spa bersama suami sememangnya antara waktu yang cukup berharga untuk dinikmati.. lepas memanjakan diri di spa, sememangnya aura pengantin baru makin memuncak.. hahahaha.. sila jangan gelak jahat ok.. sila gelak sopan2 di bulan puasa ni.. hihihihi..



Walaupun ianya sekadar suatu tarikh, tapi ianya satu tarikh yang cukup bermakna untuk diingati kami suami isteri.. sesugguhnya tarikh keramat itu akan terus diingati sehingga akhir hayat kami..

Syukur Ya Allah di atas rahmat daripada Mu.. perkahwinan ini sememangnya membuatkan kami suami isteri semakin bahagia dari hari ke hari.. terima kasih Ya Allah di atas anugerah yang tidak terhingga ini.. kami memohon agar perkahwinan ini sentiasa berada di bawah lindungan & rahmat Mu Ya Allah.. kurniakanlah kami kebahagiaan yang berpanjangan di dunia & di akhirat kelak.. murahkan rezeki kami suami isteri & serikanlah perkahwinan ini dengan zuriat yang kami idam2kan selama ini Ya Allah.. 




Sayang, terima kasih untuk perkahwinan ini.. terima kasih kerana sudi menjadikan diri ini sebagai isteri dan permaisuri di hati sayang.. segala pengorbanan, kasih sayang, perhatian, semangat,sokongan, belaian dan cinta daripada sayang terlalu bermakna bagi diri ini.. hanya Allah yang tau betapa isteri mu ini terlalu menyintai dirimu sayang..


~LOVE aDieyZa~

Tuesday, January 25, 2011

BraZiLiaN WaX + B2B + WiFeY aT HoMe


Enrty kali ni agak 18sx cikit.. so, meh rapat2.. takut orang lain dengar lak.. hihihihi..

Utk yg dah berkahwin, utk yg nak lalui malam pertama & utk husband yg sayangkan isteri digalakkan membaca.. utk adik2 yg sekolah, bimbingan orang dewasa amat digalakkan.. hahahaha.. dah macam nak buat filem la pulak... apakah??????

Brazilian wax..

Aku dulu dengar cerita tentang brazilian wax ni masa dekat2 nak bertunang.. excited lebih nak tau.. tanda2 gatal nak kahwin la tu kan.. hihihi

Sekarang ni ramai gak rupanya B2B yg berani utk cuba brazilian wax ni.. pada yg masih samar2 tu, maybe boleh tengok tentang brazilian wax ni.. nak lagi jelas, boleh baca info ni pulak..

Mula2, terfikir gak nak cuba be4 kahwin.. kononnya utk malam pertama la kan.. ahakss!!!

Tapi perasaan takut tu sangat kuattttttt!!!! malu x payah ckp la kan.. gerenti malu punya.. giler seram gak bila fikir2 utk buat brazillian wax ni.. so sampai sudah x buat jugak..

Lepas kahwin ni, semangat nak memanjakan & mencantikkan diri tu makin menebal ok.. demi encik suami tersayang.. hihihi..

Entry sebelum ni, aku ada citer tentang mobile spa dari FlowerPowerSpa.. so dipendekkan cerita, aku booking Tim untuk buat wax kat rumah..

Tapi aku x terus buat brazilian wax sebab takut lagi..

Sebagai permulaan, aku cuba body wax & skin lightening kat bahagian armpits..

Mula2 tu Tim panaskan dulu honey utk wax.. bila dah panas baru lah Tim apply honey tu kat armpits..


Sakit???

Ada la jugak rasa sakit tu.. ada jugaklah menjerit cikit2 especially bila Tim strip tu.. rasa terkejut2 cikit.. hihihihi..

Then lepas dah selesai wax tu, Tim buat skin lightening kat bahagian armpits.. masa ni x sakit dah..

Skin lightening tu ambik masa lama gak..

Perbezaan???

Perbezaan memang boleh terus nampak.. aku sendiri macam terkejut tengok hasilnya.. terus hilang perasaan malu.. yg ada perasaan happy jer.. teruja nak bagitau kat encik suami... oppppsssss... hihihihi..

So far semuanya ok lah.. even aku x try lagi brazilian wax, tapi pengalaman buat skin lightening pun dah cukup hebat!!!!!!!!

So, bagi sesape yg nak cuba tu, boleh la cuba contact Tim yer.. service memang terbaik!! ada gak review dari B2B yg pernah cuba brazillian wax dari Tim ni..


Monday, January 24, 2011

D'Aura Spa SpeCiaL FoR HusBanD & WiFe or B2B

Ingat lagi x tentang D'Aura Spa yg aku cerita dalam entry ni??

So hari ni aku akan review tentang D'Aura Spa ni sebab aku rasa spa ni banyak pakej yg menarik dengan harga yg berpatutan..

Location D'Aura spa ni terletak kat Seri Kembangan.. berhadapan dengan Jusco Taman Equine.. memang senang nak cari spa ni.. dulu spa ni kat South City Plaza but diaorang dah berpindah kat depan Jusco ni sejak 2 bulan lepas..

Antara promosi terbaru..


Maybe ada yg pernah terbaca tentang spa ni since banyak kali jugak iklan tentang spa ni kat majalah2.. rancangan Nona,TV3 pun ada buat review tentang spa ni..

Pakej harga yg spa ni tawarkan sangat berpatutan.. kalau nak yg lebih baik, jadilah ahli spa ni.. sebab terlalu banyak keistimewaan yg kita boleh dapat..

Just bayar RM138 utk pendaftaran seumur hidup.. nak lagi best??? tambah RM100 shj if pasangan kita pun nak jadi member..

Antara keistimewaan jadi member ni:

1) once daftar, dapat 1 voucher percuma utk 1 jacuzzi treatment.. if korang daftar dgn pasangan so terus dapat 2 voucher.. so kita & pasangan boleh guna sama2..

2) setiap kali birthday, dapat 1 voucher percuma lagi utk 1 jacuzzi treatment..

3) setiap kali anniversary, dapat 2 voucher percuma utk 1 jacuzzi treatment.. so kita & pasangan akn dapat treatment percuma sebagai hadiah anniversary kita.. best kan????? so setiap kali anniversary, kita berdua akan dapat layanan terbaik dari D'Aura Spa ni..

*harga biasa utk 1 jacuzzi treatment bernilai RM138.. so bayangkan berapa banyak yg kita boleh dapat jimat if kita jadi member???*

Utk para isteri, x perlu risau tentang husband yer.. sebab yg buat treatment utk husband kita adalah staff lelaki.. so x perlu risau if ada wanita lain yg memanjakan suami kita.. hihihihi

Keistimewaan lain, discount utk setiap treatment & pakej yg ditawarkan.. korang boleh nampak beza harga bagi ahli & bukan ahli..

Utk B2B pun ada pakej yg menarik.. postnatal treatment pun ada.. harga memang sangat berpatutan.. service memang terbaik.. staff sangat professional & ramah..

Environment memang mendamaikan.. dengan alunan muzik yg menenangkan.. hilang rasa penat & stress..
So, pada sesape yg x tau nak bagi hadiah apa utk yg tersayang, maybe boleh cuba ke D'Aura Spa ni.. sekurang-kurangnya setiap kali hari bersejarah utk kita & pasangan, kita akan dapat layanan dari spa ni..

Semakin mesra & bahagia bila kita dapat luangkan masa bersama yg tersayang di spa!!

Friday, January 21, 2011

FirsT BirthDay CeLeBRaTioN aS HusBanD


Semalam merupakan antara hari2 yg terindah untuk dikenang..

20 Januari 2011 merupakan birthday encik adiey yg ke 28 (sayang, mcm x percaya sayang dah 28thn.. hihihihi)

Syukur Alhamdulillah semua yg dirancang berjalan dengan lancar.. kenangan kali pertama celebrate birthday suami memang indah..

Tepat 12 malam, menjadi org pertama yg wish birthday depan mata encik adiey sendiri.. feel yg sangat lain.. hihihihihi..

Aktiviti pagi just luangkan masa berdua.. tapi ni pun dah cukup bermakna.. mentang2 birthday dia, habis la aku kena buli kan.. semua benda x boleh buat sendiri.. katanya ni lah masa nak manja lebih.. nasib la birthday tu setahun sekali kan..

Petang keluar makan kat Pizza Hut.. dah lama rasanya x gie makan kat fast food.. misi nak control dari makan kat fast food terpaksa dilupakan sekejap.. sila abaikan muka saya yg makin tembam itu!!!!!!

Lepas dah kenyang haruslah jalan2 kan.. penat gak shopping kali ni sebab sana sini kedai buat sale.. maklumlah, nak raya cina so haruslah sale sana sini..

Dah lewat petang encik adiey ajak balik rumah.. tapi dia x tau yg aku dah booking sesuatu utk kitaorang berdua.. then terus aku ajak dia ke 1 tempat..


So, terus menuju ke D' Aura Spa kat Taman Equine.. tenang sangat masa masuk spa ni.. suasana & alunan muzik memang menenangkan jiwa..

Sebenarnya, aku memang dah buat booking utk couple massage kat D'Aura Spa ni.. just ambik pakej 1 hour body massage..

Nak bagi peluang kat encik suami berada di spa masa birthday dia..

Memang namanya couple massage, tapi ada tabir yg menghalang antara room aku & room encik adiey.. sebab yg urut aku dah tentulah ladies kan dan yg urut encik adiey pulak dah tentulah lelaki.. even x nampak muka, tapi still berborak dengan encik adiey..

Service sangat puas hati.. nanti aku review tentang D'Aura Spa ni yer.. sebab pakej & harga yg ditawarkan tersangat menarik.. lagi best utk yg dah kahwin sebab dapat buat spa treatment dgn yg tersayang.. tunggu review tu yer sbb memang menarik!!!

Lepas buat body massage, terus balik rumah.. time tu maybe encik adiey ingat x de hadiah dari aku sebab aku dah bawak dia ke spa.. tapi sangkaan dia meleset sama sekali..

Hadiah jam ni aku belikan khas utk dia pakai utk aktiviti lasak.. sbb be4 ni dia banyak koleksi jam utk kasual & formal jer.. lagipun kebelakangan ni encik adiey makin minat dengan aktiviti lasak..

Plus, masa beli jam ni kat City Chain, memang tengah ada sale.. since jam ni new edition sempena Tahun Baru 2011 & ada 10% discount so memang haruslah beli kan..


Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. happy sangat bila encik adiey happy sepanjang hari.. semoga kegembiraan semalam akan terus kekal hingga akhir hayat..

Friday, January 14, 2011

Spa Di RuMaH - The Flower Power Spa


Just nak share 1 blog ni dengan korang semua.. sharing is caring kan..

Nampak macam menarik kan service yg ditawarkan..

Macam2 pakej ada.. pakej utk pengantin pun ada.. kalau ikut harga, nampaknya macam berpatutan..

Yg lagi menariknya sebab service ni kita boleh dapat kat rumah kita sendiri.. kiranya sesape yg rasa x sempat nak gie spa, boleh la contact owner blog ni, Tim untuk datang ke rumah korang..

Orang sekarang ni semua bz2 belaka.. so dgn ada service mcmni, senang la ckit kan..


Aku baru nak cuba 1 of the service dari The Flower Power Spa hujung minggu ni.. insyaAllah nanti kalau ada masa, boleh la aku review tentang service ni kat korang yer..

okay ladies, stay healthy, clean & beautiful!!!! (trademark The Flower Power Spa)