Wednesday, March 7, 2012

WordLess Wednesday - Perut Comel Kakakku

Minggu lepas post gambar perut Mak Ngah (kakak no.2).. minggu ni post gambar Mak Teh  (kakak no.4) pulak.. suka sangat tengok perut comel kakak aku yang mengandung..


Gambar ni masa aku balik kampung minggu lepas.. akak aku pregant anak ke 2, dah nak masuk 32 minggu.. seronok jer tengok perut orang pregnant ni.. nampak comel! lagi seronok bila dapat tau bila baby tu maybe girl.. bestnyaaaaa....

Again, kakak yang pregnant, tapi pipi aku yang over booooolat... adoiiiiii, x boleh nak buat apa.. dah memang tembam kan.. terima jer la kenyataan tu cik puan zana oiiiiiii..


Nota Cinta: seronok tengok perut kakak2 aku.. boooolat!


Photobucket

Wedding Iza & Alif - Cinta Universiti



Selamat Pengantin baru istimewa buat pasangan merpati 2 sejoli, Puan Iza dan Encik Alif.. 

Pasangan pengantin ni merupakan kawan masa aku kat UiTM Melaka.. diaorang bercinta dari zaman diploma lagi.. bercinta 1 class.. seronok usik diaorang.. lecturer yang tau pun semua suka sakat pasangan ni.. syukur Alhamdulillah akhirnya jodoh diaorang panjang sehinggalah ke jinjang pelamin..



Masa diaorang tunang, aku ada gak buat entry kat blog ni.. masa dapat tau diaorang bertunang, memang happy.. siapalah yang tak bahagia bila tengok kawan dapat melangkah ke fasa kehidupan yang baru kan..




Aku memang excited nak pergi wedding diaorang.. rasa teruja nak tengok pasangan yang dah lama bercinta nak bersama di atas pelamin.. setelah hampir 6 tahun bercinta, akhirnya ikatan yang sah tersimpul juga.. sebagai kawan, dah tentu aku betul2 tumpang gembira dengan perkahwinan diaorang..



Tak sangka la pulak aku pakai baju ikut tema majlis.. dah geng2 U aku kata aku sajer nak ikut tema.. masa bergambar ramai2, terasa sangat meriahnya.. maklumlah, semua geng pengantin perempuan adalah geng pengantin lelaki.. meriahhhhhhh.. 



Masa salam pengantin perempuan, aku nangis la pulak.. maybe sebab terharu sangat2.. semoga perkahwinan diaorang kekal bahagia hendaknya.. 



Nota Cinta: masa kenduri tu, hanya aku jer yang datang dengan suami.. yang lagi masih belum kahwin.. tapi yang bertunang ada 2 orang.. tetiba rasa diri ni terlebih matang lak.. hihihi
Photobucket

Tuesday, March 6, 2012

Laman Duta Presint Diplomatik



Memandangkan aku ni duduk kat Presint Diplomatik, jadi haruslah merajinkan diri untuk meneroka kawasan sekitar perumahan tu kan.. kalau orang tanya apa yang menarik kat situ, tau jugaklah nak jawab apa kan.. so hari tu, aku & encik adiey sempat lepak kat salah satu taman kat Presint 15 tu..







Nama taman tu Laman Duta.. waktu petang2 ramai parents bawak anak2 beriadah kat situ.. ada padang yang agak luas kat situ.. sebelah padang tu ada playground.. kalau petang2 tu memang penuh la dengan orang ramai yang datang beriadah..





Sebelah Laman Duta ni ada Muzium Alam Semulajadi.. muzium ni selalu buat pameran berkaitan haiwan dan alam semulajadi.. aku pernah gak buat entry tentang muzium ni (post).. masa aku pergi ni still ada lagi pameran buaya tu.. penganjur panjangkan tempoh pameran tu..






Aku & encik adiey just bergambar jer kat luar muzium tu.. x masuk dalam pun sebab masa tu nak cepat gie jumpa member.. so x dapat bagi details tentang pameran tu kat korang yer.. sorry...






Sebenarnya ada lagi taman dan kawasan yang jadi tumpuan orang ramai kat Presint 15 ni.. nanti ada masa aku try pergi taman2 tu then review kat blog ni k..

Nota Cinta: jarang sungguh bergambar area Putrajaya walaupun dah 2 tahun menetap kat Putrajaya.. huhuhu..


Photobucket

Monday, March 5, 2012

4 Hari Lagi Adalah Hari Jumaat!


Selamat pagi!

4 days till Friday!!

Tajuk entry adalah untuk memotivasikan diri sendiri.. xmo rasa Monday Blues sangat sebab lagi 4 hari dah hari Jumaat.. kalau fikir baru balik bercuti, mesti asyik rasa Monday Blues jer.. so marilah kita fikir positif walaupun sebenarnya memang kita tengah Monday Blues.. hihihi..

Hari ni kesihatan agak terganggu.. semalam pergi kenduri rumah member, malam tadi aku & encik adiey sakit perut.. dari pukul 11 malam sampai lah pagi nak pergi keje asyik ke toilet jer.. penat ooooooo...

Weekend lepas balik kampung.. rasanya berat badan naik mendadak.. mak & mak mertua asyik masak semua makanan kesukaan aku & encik adiey.. asyik kena paksa makan.. asyik tersandar kekenyangan jer.. kalau balik kampung jer mesti jadi macam tu kan?? semua menu mak nak masak.. semua kuih muih mak mertua nak buat.. yang jadi mangsanya, perut! makin membuncit.. adoiiiiiiii...

Entry tentang weekend ni aku cerita jap2 lagi eh.. now nak clearkan emel jap.. dah bertimbun emel office & peribadi tu.. kursus 3 hari minggu lepas memang x sempat nak tengok emel.. balik kampunng dari hari Jumaat lagilah x sempat nak bukak internet, asyik makan jer... hahahahampeh betul..

Hari ni ada beberapa "misi adieyza.blogspot" perlu dilaksankan:

1) nak contact pemenang GA hari tu.. ramai lagi yang x bagi details ni.. 
2) nak buat entry tentang "cari persamaan" hari tu.. nak bagi hadiah kat pemenang!
3) nak lawat blog member2 sebab dah lama sangat x menyinggah.. rindu!
4) nak buat entry baru sebab blog ni dah makin suram rasanya.. tapi idea jap ada jap xde!

Nota Cinta: hope misi dapat dilaksanakan..

Photobucket

Friday, March 2, 2012

Happy Birthday Mak!!




Happy birthday to u..
Happy birthday to u..
Happy birthday to emak..
Happy birthday to u..


Semoga emak terus dimurahkan rezeki, diberkati usia dan sentiasa bahagia disamping abah, anak2, menantu2 dan cucu2 tersayang.. 



Adik & adiey doakan agar Allah sentiasa merahmati kehidupan emak di dunia dan di akhirat.. jumpa malam ni untuk dinner bersama yer..


Love u so much Mak.. mmmuuuaaahhhh!!!



Photobucket