Friday, August 2, 2013

Persiapan Raya Tahun 2013



Rata-rata dah update kad raya digital dekat FB & Blog.. ramai yang akan mula bercuti hari ni.. ramai yang esok dah nak balik kampung.. ramai jugak yang malam ni dah nak balik kampung.. ramai yang dah siap packing2 baju nak balik kampung.. ramai yang dah siap2 servis kereta nak balik kampung jauh..

Senang cerita mood raya tu dah merata-rata sekarang ni.. aku? keperluan raya untuk aku rasanya tinggal lagi 10% jer tak selesai lagi..

Isnin masih bekerja.. isnin jugak baru nak balik kampung.. baju nak pakai raya weekend ni baru nak basuh.. beg nak bawak balik kampung pun weekend baru nak kemas2.. kereta dah servis 2 minggu lepas..  

Tahun ni macam tahun2 sebelumnya jugak.. guna konsep giliran.. giliran la sangattttt.. padahal jarak rumah mak & mertua tak jauh mana.. hahaha.. tapi yang pentingnya malam raya & pagi raya di rumah siapa.. 

Tahun ni dekat rumah aku.. sebab tu aku boleh pilih warna tema raya tahun ni.. kalau tahun lepas Encik Adiey dah pilih warna hitam, tahun ni aku buli dia dengan warna kesukaan aku.. hahahaha.. tahun lepas aku yang gelap ni pasrah jer pakai baju warna hitam, tahun ni biar Encik Adiey lak pasrah pakai baju warna yang aku suka..

Tahun ni aku tak banyak beli kuih raya.. sebab last year beli banyak sampai tak termakan then siap bawak balik kampung sebab kat kampung mak aku ramai sangat tetamunya.. hehehe..

Rumah pun baru kemas cikit.. weekend ni la baru kemas beria.. x ada perabot baru.. yang ada cadar & comforter baru jer.. hahaha.. boleh gitu?? langsir pun pakai tahun lepas punya.. masih cantik & elok.. nak beli bunga hiasan jer kot.. tunggu weekend baru cari la.. 

Baju raya tahun ni ada extra cikit drpd tahun sebelumnya.. maklumlah kakak sendiri dah ambik tempahan menjahit.. maka hantarlah banyak2 kat dia.. murah pun murah, jahitan pun cantik.. baju t-shirt/kemeja raya Encik Adiey jer baru dapat 3 pasang & sehelai baju melayu.. weekend nanti la beli lagi.. 

Kasut raya? tahun lepas dah dapat kasut as hadiah birthday.. since kasut tu baru pakai 2 kali, so pakai jer la kasut tu.. nanti Encik Adiey kata aku tak suka lak hadiah dia bagi.. padahal bukan tak suka tapi sayang sangattttttt nak pakai.. kasut Encik Adiey pun x sempat cari lagi.. dah survey bape banyak kedai.. tapi belum ada yang berkenan kat mata dia.. ohhhh, cerewet jugak dia..

Eh, tadi kata 10% tak siap lagi.. bila dah list macam banyak pulak belum siap.. hehehehe.. so weekend ni tak ada istilah berehat yer.. banyak benda nak dibuat.. 

Nota Cinta : selamat membuat persiapan terakhir untuk hari raya.. tapi jangan lupa pada amalan rohani jugak di malam2 terakhir di bulan Ramadhan ni.. insyaAllah..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~


Photobucket

8 comments:

  1. seronoknya..dh siap semua..alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. sal banyak lagi tak siap..sibuk kat dapur jer dengan kek.. hujung minggu nie baru nak cari apa yang patut..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum zana. bestnyaa raya dekat2 je. hehehe selamat hari raya zana :)

    ReplyDelete
  4. warna kegemaran???pinky ker??hihi
    kalo laki2 memang nak elak pink ni..
    btw, selamat hari raya..

    ReplyDelete
  5. tau dahhh...kaler kita sama kannn.. hikhikkkkkk

    ReplyDelete
  6. sama lah kita..js pun ada lg yg blm siap..hehe

    ReplyDelete
  7. samalah ... persiapan biasa² jer, rasa mcm tgl sikit.. tp kalau senarai giulah bnyk jadinya... nak pakai tudung pink jugak .. nak tema pink amir xkan setuju.. dia dgn ayah dia kan sehati sejiwa.. huhuhuhuhu ...

    jomlah sesama hujung minggu ni penuhkan shopping kompleks .. padahal langsir kat rumah pun x tukar lagi .. baru amik daripada dobi kikikiki

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..