Tuesday, December 24, 2013

Kenangan Merdeka Tahun 2013 : Kisah Anak Merdeka

Tahun 2013 sambutan Hari Merdeka lebih meriah buat keluarga aku.. setiap tahun pun sebenarnya boleh tahan meriahnya.. maklumlah abah kan anak merdeka.. lahir tepat2 pada 31 Ogos 1957..


Tapi tahun ni lebih meriah sebab Jabatan Penerangan Negeri Sembilan sudi untuk datang sambut birthday abah & sekali sambut Hari Merdeka kat rumah abah mak... siap panggil Pengarah Pejabat Penerangan Negeri Sembilan datang meraikan sekali.. memang best!

Nak tambah meriah lagi, Pejabat Penerangan N.S siap panggil orang RTM untuk buat liputan.. yang paling happy? dah tentulah abah! senyum meleret2 sepanjang hari..
 

Petang tu memang meriah sangat kat rumah.. ramai yang lalu lalang depan rumah dengan melaungkan "MERDEKA!".. memang orang kampung majoriti tau yang abah anak merdeka.. sebab tu masing2 lalu depan rumah mesti jerit merdeka!
 
Ramai gak yang datang rumah petang tu.. nasib baik juga semua makanan cukup.. sebab tak sangka ramai yang nak singgah kat rumah tu.. 



Masa liputan RTM, boleh pulak dia panggil aku untuk temuramah.. entah apa aku merepek.. hahahha.. tapi yang kelakarnya kitaorang tak tau pun bila keluar kat TV.. hahahaha..
 


Kek birthday abah disponsor oleh Jabatan Penerangan Negeri Sembilan.. abah sukalah sebab kek tu gambar bendera Jalur Gemilang.. abah tu kalau nampak bendera lain macam sikit semangatnya.. sebab tu sentiasa penuh bersusun jer bendera kat rumah tu..

 
Tahun ni merupakan tahun terakhir abah masuk Pertandingan Keceriaan Rumah Merdeka.. dah 3 tahun wakil Negeri Sembilan untuk peringkat Kebangsaan.. tahun ni jugak merupakan kali ketiga berturut-turut abah jadi JUARA PERTANDINGAN KECERIAAN RUMAH MERDEKA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN.. 


Abah tak nak masuk lagi tahun depan sebab nak bagi laluan kat orang lain.. dan tahun ni memang rekod la sebab paling banyak abah masuk surat khabar dan masuk dekat TV1 & TV3.. Alhamdulillah..




Sememangnya semangat patriotik abah sukar untuk kitaorang adk beradik warisi.. cuma, kitaorang sentiasa sokong apa yang abah buat.. bila bendera dia lusuh, kitaorang cepat2 belikan untuk dia.. kalau dia mintak kitaorang bagi idea, sentiasa bersedia dengan idea untuk menceriakan rumah tu.. tak dapat buat sama macam abah buat, dapat bagi sokongan kat abah pun dah cukup bermakna..

  

Kalau nak tengok gambar penuh berkaitan rumah merdeka abah ni, boleh tengok dekat link ni

"Gambar Rumah Anak Merdeka Mohd Jumaro"
 
Salam sayang untuk semua!!!
 
With love,
~ aDieyZa ~
 
 
 
 
 
 
 
Photobucket

3 comments:

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..