Tuesday, January 6, 2015

Jalan-Jalan Cari Makan - Warung Bunian

Edisi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) di Warung Tapak Sulaiman atau nama "glamour"nya adalah Warung Bunian! Lokasi kedai yang jauh tersorok kat kawasan kampung di Sungai Merab (dekat sangat dengan Putrajaya).. Memang tak sangka ada sebuah warung kecik di kawasan pedalaman yang menjadi pilihan JJCM TV3.. 



Ni alamat lengkap Warung Bunian :

Warung Tapak Sulaiman/ Warung Bunian
No. 80 A, Jalan Jamaluddin,
Desa Putra, Sungai Merab,
43000 Kajang, Selangor.
017-3812246

Kalau nak senang, taip jer dekat Waze atau Google Maps "Warung Bunian", InsyaAllah pasti jumpa.. Memang kedai ni sentiasa ramai orang yer.. Nak makan kat sini kena buat tempahan dulu.. Tapi nasib kitaorang hari tu agak baik, sajer terjah tanpa buat tempahan.. Nasib baik diaorang terima lagi, tu pun sebab datang bertiga katanya.. Kalau ramai, tak terima dah sebab makanan yang disediakan hari tu semua ikut jumlah tempahan.. So, yang dari jauh tu silalah buat tempahan dulu yer.. 


Warung Bunian ni dibuka setiap hari untuk sarapan pagi.. Untuk makan tengahari, dibuka setiap hari kecuali Jumaat dan Ahad.. So, kalau nak makan tengahari jangan pergi hari Jumaat dan Ahad yer.. 

Untuk menu makan tengahari dekat Warung Bunian ni, kita bagitau jer nak minum air apa dan makan untuk berapa orang.. tak payah pening2 nak makan lauk apa sebab semuanya dah disediakan.. semua orang yang datang ke Warung Bunian tu akan makan menu yang sama.. kiranya kalau datang hari Isnin, semua yang datang hari Isnin akan makan menu yang sama.. menu setiap hari untuk makan tengahari memang berbeza-beza..

Isnin/Khamis
Gulai Ketam, Ikan Kicap, Ayam Goreng dan Sayur 

Selasa
Gulai Udang Galah, Sambal Ayam, Ikan Goreng dan Sayur

Rabu
Gulai Ayam Kampung, Sambal Udang, Sambal Terung dan Ikan Masin Goreng

Sabtu
Salah satu menu di atas

Macam masa hari Sabtu hari tu, menu makan tengahari aku adalah Gulai Ketam, Sambal Udang, Ayam Goreng dan Sayur..


Gulai Ketam

Memang sedap sangat! kuah pekat, kuah lemak sedap dan isi ketam fresh!

Sambal Udang

Sambal udang sedap, udang besar dan fresh!

Ayam goreng

Digoreng sempurna! Memang sedap sangat even hanya Ayam Goreng.. hehehe

Sayur (ada sambal belacan dan ulam sekali, lupa ambik gambar)

Sayur rangup, sambal belacan sedap berapi!

Memang sedapppppppppp.. Portion 3 orang makan macam untuk 5 orang makan jer.. serius banyak! udang besar2 adalah dekat 10 ekor sepinggan.. ketam ada 9 ekor! ayam goreng ada dalam 8 ketul.. sayur banyak, sambal belacan pedas tapi sedap! kitaorang datang bertiga pun jenuh nak habiskan! tapi sebab sedap, makan slow2 sampai habis.. 

Since aku dan anak sedara tak makan udang, so semua udang Encik Adiey yang makan.. aku rasa sekor jer dah mula lain macam.. since Encik Adiey kenyang makan udang, dia makan ketam tu sekor jer dan anak sedara aku makan 2 ekor.. jadi aku belasah sampai 6 ekor ketam!!!! sedapnyaaaaa...

Aku tak pasti bab harga sama setiap hari atau berbeza sebab terlupa nak tanya.. tapi macam aku datang hari Sabtu dengan menu yang aku dapat tu dikira RM18 seorang.. dengan portion yang besar & rasa yang sedap rasanya berbaloi jugaklah harga tu.. so kalau nak tau hari yang korang datang berapa ringgit sekepala, call la Warung Bunian tu dulu yer.. 


( Landmark Warung Bunian, kredit blog:
http://anniesaj.blogspot.com/2013/05/warung-bunian.html )

Menu pagi katanya ada Nasi Lemak (boleh pilih nak lauk apa) dan ada Roti Canai.. Encik Adiey kata dia pergi breakfast dengan kawan2 dia kat situ pun sedap jugak.. dan memang kedai ni kalau breakfast lagi ramai orang! So kalau nak pergi time weekend tu, pergi awal2 la yer.. pukul 7 pagi sampai 10 pagi jer waktu menu breakfast kat Warung Bunian tu..


Sesiapa yang suka Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) mungkin boleh pertimbangkan untuk ke Warung Bunian tu.. setakat ni baca review dekat blog memang semua kata sedap! makan dekat warung dekat kawasan kampung dengan menu yang sedap, memang terbaik la! Selamat mencuba!

Salam sayang,
~ Zana Adieyza ~

Photobucket

22 comments:

  1. wahhhh teruja sudah, bole cuba ni...tapi masa tu yang nak kena set betul2. kalau saya datang berdua je still kena buat booking jugak ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ann, still kena buat tempahan dear.. tapi kalau bernasib baik,x ramai orang boleh la terjah.. tapi nak selamat baik booking, lagi2 kalau datang jauh2 dengan perut lapar.. hehehe

      Delete
  2. woww...mmg dh pernah bc psl kedai ni, tp tgk zana post detail cmni rs nak terjah jugak la..sedap tgk lauk2nye..

    ReplyDelete
  3. glamer tempat ni..tak sesat eh..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sesat sebab husband dah pernah pergi dengan kawan2 dia.. hehehe.. nak selamat, guna waze yer dear..

      Delete
  4. nak cuba juga nanti...harap ada la rezeki nak makan kat warung bunian nie...

    ReplyDelete
  5. Dah ramai geng2 putrajaya citer pasal warung bunian ni... tp x penah try... nnti la nak try gak...

    ReplyDelete
  6. Zana, otw gi opis boleh singgah sarapan kat Warung Bunian, pepagi tak yah book, tapi time lunch mmg kene book la.. lauk dia nampak cam biasa tapi.. rasaaaaaa.........pergh! terangkat habis...

    ReplyDelete
  7. Sal pun dah 2 kali ke sana setakat nie memang terbaik..

    ReplyDelete
  8. Wowww.... sedap sedapnya lauk... kena cuba ni nanti kalau ke sana

    ReplyDelete
  9. nak try jugak makan kt sini..sebb lauk2 nampak sedap sgt ni...

    ReplyDelete
  10. Hi, boleh visit villa 827 di A Famosa Resort:) 5* villa


    www.villafamosaresort.com

    ReplyDelete
  11. Hi, boleh kunjungi A Famosa Resort lain kali :) 5* Villa 827

    www.villafamosaresort.com

    ReplyDelete
  12. aaaa..baru ingat..memg pernah masuk JJCM.... next time boleh try!

    ReplyDelete
  13. InsyaAllah, boleh p singgah sarapan pagi Warung Bunian nanti. Tq :)

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..