Thursday, January 15, 2015

Sebulan Bersama Anak Dara Tersayang

Sebulan anak sedara tersayang duduk rumah aku.. lepas SPM terus culik dia ke Putrajaya.. memang tak nak bagi terus kerja, bagi dia rehat kejap sebelum dia nak sambung untuk ambik test MUET.. Seronok bila dia ada kat rumah.. ada teman bergaduh.. dan dia ni jugak pewaris nombor 1 "pink lover" macam aku.. pewaris nombor 2 kita serah dekat anak sedara lagi sorang, Alya.. 




Tak pasal2 layan gak 1 siri drama korea 18 Episod tajuk I Can Hear Your Voice masa dia ada kat rumah tu.. best jugak la citer ni.. aku layan drama ni waktu malam.. kalau bosan, dia ajak tengok Running Man pulak.. gelak2 tengok sampai Encik Adiey geleng kepala sebab dia x faham.. hahaha..




Budak sorang ni agak susah nak bergambar sebenarnya.. tapi dia suka ambik gambar muka dia sorang.. kalau dengan kita kemain la payah.. tapi selalu kena paksa sebab nak hantar gambar kitaorang bila berjalan ke mana2 dekat mama, atok dan nenek dia.. bila tanya nape x suka bergambar? dia jawab, "kakak pemalu".. huhuhu..




Bila rindu, tengok balik semua gambar2 yang ambik berdua dengan dia.. hilang la sekejap rindu kat dia.. lepas tu whatsapp dia kata rindu lah.. nanti dia akan balas, "tak rindu".. budak sorang ni memang suka buat kita merajuk tau.. nyampah!




Kalau dia ada rezeki masuk Uviversiti, harapnya dapatlah dekat dekat kawasan KL dan Selangor.. senang nak jenguk budak manja sorang ni.. nama jer anak sulung dan cucu sulung, tapi kemain manja! Manja dan pemalu.. masih single yer.. bagus, tak macam Acu dia yang dah mula bercinta sejak sekolah.. hahahaha..




Tak sangka sangat sebenarnya aku ada anak sedara yang dah habis SPM.. tetiba rasa umur semakin meningkat dewasa sangatttt.. beza 11 tahun yang mungkin membuatkan kitaorang masih boleh rapat macam kawan2.. dari kecik pulak tu dia memang tinggal dengan mak dan abah selama 11 tahun, so memang agak manja la dengan aku sebab kat rumah mak abah memang banyak masa aku luangkan dengan dia..




Ada rezeki, masuk Universiti sampai Master la yer.. sebab Acu dulu sampai Ijazah yer.. lepas tu dah gatal nak kahwin.. hahaha.. jadi, sila belajar lebih tinggi daripada Acu.. lepas tu kerja dan boleh kahwin.. eh? nanti Acu dapat cucu sedara la eh? Oh no!!!!! rasa muda lagi dah nak jadi Nek Cu.. *pengsan!

Salam sayang,
~ Zana Adieyza ~
Photobucket

3 comments:

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..