Awal tahun hari tu ambik kesempatan bawak anak sedara yang baru lepas SPM ke Sunway Lagoon Theme Park.. sebenarnya anak sedara yang beria nak ke sana.. dia pulak jenis suka naik rides yang mencabar2 ni.. yang bestnya tentang Sunway Lagoon ni sebab kawasannya luas dan ada banyak theme park attractions.. keseluruhan ada 5 attractions dekat Sunway Lagoon tu..
Water Park
Amusement Park
Wildlife Park
Extreme Park
Scream Park
Kalau nak ikutkan aku, memang letih nak ke tempat macam tu.. letih menjerit! hahaha.. yerlah, rides banyak yang mencabar, so mestilah nak jerit kan.. aku kan penakut dengan rides yang mencabar2 ni.. hahaha.. nasib baik Encik Adiey nak ikut, so bolehlah teman Intan naik rides yang ada kat sana.. kalau nak tunggu aku, memang Encik Adiey tak ada peluang la nak jejak kaki kat Sunway Lagoon tu.. hehehe..
Sampai agak awal kat Sunway Lagoon tu, pukul 9.30 dah settle beli tiket semua.. untuk makluman, tiket masuk untuk dewasa adalah RM90 untuk semua 5 attractions yang ada kat dalam Sunway Lagoon tu.. sebelum masuk, pihak Sunway Lagoon adalah buat persembahan kat depan pintu masuk tu,, comel jer tengok maskot Sunway Lagoon tu menari2..
Pukul 9.45 Sunway Lagoon dah open gate untuk pengunjung masuk.. so, kalau nak best datang la awal pagi.. tak ramai orang dan nak naik rides pun selesa tak payah tunggu lama..
First kitaorang ke Wildlife Park.. tempat ni memang jadi "kegilaan" untuk Encik Adiey.. hehehe.. dia kalau dapat masuk zoo macam ni memang sehari suntuk pun tahan.. paling best kat sini, boleh tengok singa putih dan harimau belang secara dekat.. memang sangattttt dekat! pemisah dinding kaca yang membolehkan kita berdepan dengan harimau dan singa tu secara dekat.. seronok!!!! Ada jugak burung2 kat Wildlife Park Sunway Lagoon ni.. iguana pun ada, ular besar pun ada, merak dan macam2 lagilah..
Dekat sejam gak kot kat sini sebab nak bagi Encik Adiey ambik mood sebelum nak mandi manda nanti.. hahaha.. kemain seronok dia kat situ.. cuma kat sini x buat style petting zoo macam kat Tambun dulu.. kat Tambun best sebab kita boleh pegang banyak jenis haiwan.. :)
Lepas tu, kitaorang ke Amusement Park.. naik ride yang biasa jer.. sebab kebanyakan Amusement Park ni untuk kanak2.. tapi orang dewasa boleh jer naik.. ada gak rides yang nampak x mencabar tapi bila tengok benda tu berpusing lajuuuu jer.. huhu.. sekejap jer kat sini sebab anak sedara aku lagi excited nak naik rides yang lebih mencabar..
So, proceed terus ke Extreme Park.. kat sini anak sedara dan Encik Adiey jer yang main games kat situ.. aku, tunggu kat bawah sambil layan whatsapp customer Shaklee.. hahaha.. x kuasalah nak sakitkan tekak dengan jerit2 naik rides yang mencabar semua tu.. baik duduk kat kerusi jer tunggu diaorang.. *padahal penakutttt! So gambar masa dekat Extreme Park ni x adalah sebab dioarang tak bawak DSLR dan phone pun..
Lepas diaorang dah naik rides kat Extreme Park, beria ajak aku masuk Scream Park.. adoiiii.. acik ni dah la penakutttt, nak masuk rumah hantu lak tu.. kena jalan kaki lak tu.. tak suka betul la.. tapi sebab dah kena paksa, masuk jugaklah.. dekat 20 minit kat dalam tu kalau jalan slow2, tapi sebab kitaorang jalan laju, x sampai 15 minit dah keluar.. hahahahaha..
Sepanjang jalan aku berdiri kat tengah.. sebelah kiri pegang tangan anak sedara, sebelah kanan pegang tangan Encik Adiey.. anak sedar la paling kesian sebab hantu banyak keluar dari tingkap kat sebelah kiri kita.. Encik Adiey kat kanan banyak dinding, tapi still banyak hantu gak! atas kiri kanan semua kacau kita.. mencik betul.. kat bahagian pocong sangat mendebarkan sebab banyak giler pocong then ko tak tau mana 1 pocong jadian tu.. sekali dia kat depan sekali belah kanan.. tanjat ok!! kat dalam ni aku banyak jalan pandang bawah jer.. hahaha.. tapi best la rumah hantu ni! *best sebab ko tak nampak hantu sangat kan zana??
Lepas dah masuk semua park tu, kitaorang naik jambatan gantung yang panjang kat dalam Sunway Lagoon tu.. mula2 macam ok, tapi bila dia mula bergoyang aku mula cuak.. rasa x selesa nak jalan, dah la kayu kat jambatan tu jarang2, nampak air kat bawah.. seram oii.. tak tinggi, tapi sebab bergoyang2, cuak la kan..
Kalau kat atas tu tak ramai orang, tak terasa sangat bergoyang.. tapi, bila ramai yang jalan sekali atas tu, haruslah bergoyang2 sampai rasa nak jalan pun tak boleh sebab terhuyung-hayang.. tapi dalam takut2 tu, ambik gambar masih senyum lagi.. hahaha.. posing sakan sebab rasa macam nilah pertama kali dan terakhir nak ke situ.. hahaha..
Lepas dah settle bergembira, barulah tukar pakaian untuk mandi manda.. time ni memang dah tak pegang phone dan DSLR.. semua campak dalam loker! sebab masing2 nak mandi puas2.. so gambar masa mandi manda tiada! hehehehe..
Rides yang mencabar2 kebanyakan sorang dan berdua.. yang paling fampus Vuvuzela tu boleh naik sampai 6 orang, tapi tak mungkin la aku nak naik.. tak sanggup nak jerit2 takut dalam tu.. hati aku sangatttt kecik.. hahahaha.. rides yang berdua dah tentu2 anak sedara naik dengan Encik Adiey.. nasib baik masa pergi hari tu tak ramai orang, so tak beratur panjang sangat la..
Rides paling best dekat water theme park adalah "The World's First Waterplexx 5D".. sangat ohsemmmmm!!!! serius best sampai masuk 2 kali.. ni kalau banyak kali pun x apa.. best sangat! duduk macam kat dalam wayang, then tengok cerita dengan pakai cermin mata 5D tu, ohsem wei... nak best duduk tengah! masa kitaorang duduk depan tak best sebab tak basah sangat, tapi bila duduk tengah habis lencun basah sebab air kiri kanan atas bawah semua ada.. terbaik!!!
Pukul 4.30 petang kitaorang dah siap2 nak tukar pakaian dan balik.. anak sedara dan Encik Adiey nak cuba flying fox tapi ramai sangat orang so kesian masing2 tak dapat naik.. kecewa budak 2 orang tu.. hehehe.. sepanjang kat dalam tu, tak makan pun yer.. makanan mahal dan lagi 1 kitaorang dah makan kenyang2 sebelum masuk Sunway Lagoon tu.. sebelum balik, sempat bergambar dengan hantu2 kat Scream Park tu.. make-up diaorang real seram ooo..
So keseluruhannya, Sunway Lagoon ni best kalau datang ramai2 dan semua jenis suka naik rides yang mencabar2 ni.. hahaha.. kalau macam aku ni rugi jer masuk sebab setakat berendam dekat air dan naik rides yang tak mencabar.. hehehe.. tapi still seronok la sebab dapat puaskan hati anak sedara yang nak sangat ke Sunway Lagoon tu.. hadiah lepas SPM katanya.. huhuhu..
Sedikit tips :
- Siapa yang nak bawak anak2 mandi manda kat sini oklah.. rides untuk kanak2 main banyak.. aktiviti kat water park pun banyak..
- Kerusi nak lepak2 kat pantai buatan pun banyak..
- Kemudahan loker disediakan dengan bayaran RM20..
- Tak payah sewa pelampung sebab nak naik rides semua pelampung dah disediakan.. kalau guna pun hanya dekat pool terbuka tu pun air xdelah dalam sangat.. so, mcm tak berbaloi la kalau sewa pelampung.. yang budak2 ni bawak jer pelampung dari rumah, sampai sana baru pam atau tiup..
- Makanan luar susah nak diseludup sebab diaorang bukak beg kita untuk check.. air mineral kat dalam tu RM4 tapi ada banyak water cooler so boleh refill air.. jimat dah kat situ.. hehehe..
- Pergi awal pagi sebab time ni naik naik rides tak perlu beratur lama..
Selamat bercuti ke Sunway Lagoon!
Salam sayang,
~ Zana Adieyza ~
Hari terakhir di Grand Lexis Port Dickson..
Bangun pagi terus masing-masing cakap lapar.. lapar tapi malas keluar.. hehehe.. nasib baik bekalan makanan kat bilik tu banyak.. tu yang kata, perginya 2 hari 1 malam tapi bonet kereta penuh macam pergi 10 hari! tu semua penuh macam2 makanan..
Buffet breakfast suruh makyong & Nana jer turun.. sebab kesian pulak Adam tak ada makanan yg sesuai untuk dia pagi tu.. dan risau pulak kalau makyong x kenyang makan light2 ni.. hehehehe..
Lepas breakfast, apa lagi aktiviti kan? terjun kolam la! sejukkkkk giler air dalam swimming pool tu.. terketar-ketar kitaorang mandi.. masa mandi ni Cinta beria ajar aku berenang tapi dia pun pakai pelampung.. apa citer??? hahahaha.. lepas tu dia sakat kata aku terbayang2 mandi dalam swimming pool masa first honeymoon kat Grad Lexis masa baru seminggu kahwin dulu.. over tau Cinta ni!
Lepas mandi, siap2 untuk aktiviti tukar-tukar hadiah.. sebelum bercuti, dah deal yang masing2 beli hadiah yang x lebih RM15.. then nanti kita cabut nama untuk tentukan kita dapat hadiah daripada siapa..
Masa nak cabut nama pun kemain lama.. sebab ada jer yang terambik nama sendiri.. hahaha.. mintak Adam tolong cabutkan nama & bagi kat kitaorang tapi kemain lama Adam nak bagi kertas nama tu.. hehehe..
Yana dapat hadiah daripada Cinta.. hadiah Cinta kecik tapi comel ok!!! unik!!! comel jer bila Cinta pakaikan gelang kat tangan Yana..
Yannie dapat hadiah daripada Nana.. Nana bagi shawl pashima yang cantik!!! makyong mesti suka.. sebab mak yong Yannie ni memang suka belit2 tudung & shawl.. hahaha..
Cinta dapat hadiah daripada Yana.. Yana bagi toiletries bag yang memang buatkan Cinta melompat happy sebab dia memang baru cadang nak beli.. x payah beli sebab dah dapat hadiah!
Nana dapat hadiah daripada aku.. aku belikan jam dinding yang ada gambar bear comel.. hehehe.. teruja Adam tengok jam tu ada bear comel.. siap ada bateri tu tau Nana.. hahaha
Aku dapat hadiah daripada Yannie.. ni aku rasa lebih daripada RM15 ni! hahaha.. macam2 benda dia sumbat.. fridge magnet ada 2, keychain, tudung & kitchen towel ring bentuk gajah.. comel sangat2!!
Lepas dah tukar2 hadiah, posing2 cikit2.. then masa untuk mengemas barang.. ohoii, part ni kecoh sebab nak make sure tak ada barang tertinggal.. dan nak make sure barang masing2 tak bercampur dgn barang orang lain..
Siap kemas dekat pukul 12 lebih.. check out dan berhenti makan dekat PD Waterfront.. makan seafood.. kemain banyak menu.. ikan siakap sambal la, kerabu sotong, daging masak kicap, sambal petai udang la, lala masak sambal, tom yam, sayur kailan ikan masin, telur dadar.. makan 5 orang baru RM84 siap air semua.. rasa sedap, harga murah.. cuma service lambat cikit..
Settle makan dekat pukul 2.. masa gerak balik ni mula2 panas then dah nak sampai hujan lebat. aku memang tahan mata, ngantuk wei.. aku kan memang jenis kuat tido.. hehehe.. diaorang pun dah tau perangai aku tu.. tapi sebab masing2 borak sakan, tahan la mata tu.. hahaha.. sampai Putrajaya dekat pukul 3.30.. husband masing2 dah tunggu kat bawah lobi rumah aku.. dah macam suami jemput isteri balik kem motivasi pun ada aku rasa.. hahaha..
Apapun, percutian singkat 2hari 1malam yang semenangnya best! dapat borak2, dapat masak & makan sama2.. dapat buat surprise! seronok dapat pakai tudung Aidijuma design sama cuma warna jer lain.. hehehe..
Yang penting, semua happy.. paling happy Adam kot sebab dikelilingi mommy yang ramai.. kecoh pulak tu.. nasib baik Adam ni memang jenis senang nak dengan orang.. so boleh gilir2 jer jaga dia.. x banyak meragam pun.. asyik buat muka kelakar adalah! so cute! nanti tunggu baby Yannie keluar lak.. mesti Adam lagi tunjuk macho! eh? hahahha
Jumpa lagi untuk next vacation.. insyaAllah..
Alhamdulillah.. weekend hari tu adalah antara weekend yang terindah untuk dikenang.. percutian dengan kawan2 yang pada awalnya hanya melalui blog.. lama2 menjadi rapat dan semakin rapat.. syukur untuk ukhwah yang terjalin ni..
Kitaorang kumpul duit sama2 nak gie holiday kali ni.. setiap bulan masuk duit dalam tabung khas.. hehehe.. budget macam nak jalan jauh jer kan? padahal PD jer uols.. hehehe..
Percutian 2 hari 1 malam di Grand Lexis Port Dickson.. pilihan hotel dibuat memandangkan masing2 nak berendam dalam swimming pool yang ada kat bilik.. lagipun nak ambik 1 bilik yang boleh muat masuk 5 orang.. tak nak bilik asing2 kononnya.. hehe..
Percutian kali ni hanya melibatkan kaum isteri.. para suami tinggal rumah sekejap.. nasib baik suami masing2 dah saling kenal & bagi keizinan.. restu suami kan penting!
Aku, Yannie , Yana , Cinta & Nana memang excited la nak gie holiday sama.. sebab tak pernah lagi nak holiday sama2.. walaupun hanya kaum isteri, tapi angkut sekali sorang lelaki dalam percutian kali ni.. tak boleh tinggal sebab "bekalan minuman" dia ikut sekali.. hahaha.. Nana bawak anak bujang handsome dia, Adam.. budak Adam ni sepanjang 2 hari macam2 gelagat ok!
Gerak dari Putrajaya pukul 12.30 tengahari.. naik 1 kereta jer.. sebab nak jimat kos! bonet penuh barang macam nak bercuti 10 malam! hahaha.. dalam perjalanan singgah masjid utk solat, singgah beberapa kedai utk keperluan dan bekalan makanan..
Sampai PD terus menuju ke PD Waterfront.. kitaorang nak buat BBQ kat situ.. BBQ guna magic pan jer uols! bawak dapur gas kecik tu, then bakar ayam & kambing.. sedapppppp.. walaupun angin x bertiup kencang & cuaca sangatlah panas, tapi kitaorang happy jer..
Sambil makan, sambil borak.. sambil borak, sambil gelak2.. gelak sebab Adam ada jer perangai comel yg dia buat.. jumpa Adam kali ni bayak pulak dia tak puas hati dengan aku.. hahaha.. kalau sebelum ni ok jer, tapi kali ni asyiklah nak bergadoh! jalan2 tanpa pandang aku tapi dia cubit tangan aku.. lepas tu tunjuk2 jari kat aku macam marah sangat! kelakar ok!
Cinta yang bertanggungjawab perap ayam & kambing.. lepas tu dia gak yang membakar.. haha.. kesian dia.. makan dengan coleslaw, mash potatoes, sos black pepper.. memang sedap!
Baru perasan gambar aku tak de pun! hahaha.. sebab aku yang ambik gambar.. time ni monopod tertinggal dalam kereta malas nak ambik.. jadi sila pasrah muka aku tak ada dalam gambar.. korang memang sabotaj aku ke apa ni Yannie, Nana, Yana & Cinta??? hahahah..
Time tengah seronok makan, Cinta & Yana gie check in dulu.. sebenarnya tujuan asal bukanlah check in tapi ada agenda lain.. nak tau agenda apa? tunggu next entry yer.. hehehe..
Salam sayang untuk semua...