Monday, April 28, 2014

Percutian Ke Port Dickson - BBQ Di PD Waterfront

Alhamdulillah.. weekend hari tu adalah antara weekend yang terindah untuk dikenang.. percutian dengan kawan2 yang pada awalnya hanya melalui blog.. lama2 menjadi rapat dan semakin rapat.. syukur untuk ukhwah yang terjalin ni..

Kitaorang kumpul duit sama2 nak gie holiday kali ni.. setiap bulan masuk duit dalam tabung khas.. hehehe.. budget macam nak jalan jauh jer kan? padahal PD jer uols.. hehehe.. 

Percutian 2 hari 1 malam di Grand Lexis Port Dickson.. pilihan hotel dibuat memandangkan masing2 nak berendam dalam swimming pool yang ada kat bilik.. lagipun nak ambik 1 bilik yang boleh muat masuk 5 orang.. tak nak bilik asing2 kononnya.. hehe..

Percutian kali ni hanya melibatkan kaum isteri.. para suami tinggal rumah sekejap.. nasib baik suami masing2 dah saling kenal & bagi keizinan.. restu suami kan penting! 

Aku, Yannie , Yana , Cinta & Nana memang excited la nak gie holiday sama.. sebab tak pernah lagi nak holiday sama2.. walaupun hanya kaum isteri, tapi angkut sekali sorang lelaki dalam percutian kali ni.. tak boleh tinggal sebab "bekalan minuman" dia ikut sekali.. hahaha.. Nana bawak anak bujang handsome dia, Adam.. budak Adam ni sepanjang 2 hari macam2 gelagat ok! 

Gerak dari Putrajaya pukul 12.30 tengahari.. naik 1 kereta jer.. sebab nak jimat kos! bonet penuh barang macam nak bercuti 10 malam! hahaha.. dalam perjalanan singgah masjid utk solat, singgah beberapa kedai utk keperluan dan bekalan makanan..  


Sampai PD terus menuju ke PD Waterfront.. kitaorang nak buat BBQ kat situ.. BBQ guna magic pan jer uols! bawak dapur gas kecik tu, then bakar ayam & kambing.. sedapppppp.. walaupun angin x bertiup kencang & cuaca sangatlah panas, tapi kitaorang happy jer..



Sambil makan, sambil borak.. sambil borak, sambil gelak2.. gelak sebab Adam ada jer perangai comel yg dia buat.. jumpa Adam kali ni bayak pulak dia tak puas hati dengan aku.. hahaha.. kalau sebelum ni ok jer, tapi kali ni asyiklah nak bergadoh! jalan2 tanpa pandang aku tapi dia cubit tangan aku.. lepas tu tunjuk2 jari kat aku macam marah sangat! kelakar ok!



Cinta yang bertanggungjawab perap ayam & kambing.. lepas tu dia gak yang membakar.. haha.. kesian dia.. makan dengan coleslaw, mash  potatoes, sos black pepper.. memang sedap!



Baru perasan gambar aku tak de pun! hahaha.. sebab aku yang ambik gambar.. time ni monopod tertinggal dalam kereta malas nak ambik.. jadi sila pasrah muka aku tak ada dalam gambar.. korang memang sabotaj aku ke apa ni Yannie, Nana, Yana & Cinta??? hahahah..


Time tengah seronok makan, Cinta & Yana gie check in dulu.. sebenarnya tujuan asal bukanlah check in tapi ada agenda lain.. nak tau agenda apa? tunggu next entry yer.. hehehe..

Salam sayang untuk semua...

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

10 comments:

  1. haaaammmboooiii...seronok ler bbq tak hangus...hihihihih...boleh tiru nie...

    ReplyDelete
  2. mudah kan ngn pemanggang ajaib tu, senang di bawa ke mana-mana....

    ReplyDelete
  3. Bestnya... seronok kan bila berkumpul ngan kawan2 camtu... semoga menjadi kawan selamanya.. Amin..

    ReplyDelete
  4. Geng blogger gituew
    Ai loikeee
    Gegurlz semua...best gak cuti gini ekk

    ReplyDelete
  5. seronoknya enjoy dgn kwan² x sabar nak tunggu next entry

    ReplyDelete
  6. Simple je..pasti seronok kan..:)

    ReplyDelete
  7. Salam ukhwah, 1st time singgah sini..jalan-jalan blogwalking.. salam perkenalan =)

    waahh seronok nye...dh lama x bekelah mcm ni

    ReplyDelete
  8. As salam. masa picnic tu ada x pak guard (bangla) tegur x boleh picnic situ.. sy kena halau sebab kat papan tanda kata x dibenarkan?? sy tgk x ada plk.

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ