Friday, July 1, 2011

MeNanTi 300 FoLLoWeRs



Dulu pernah buat entry Menanti 100 Followers & 200 Followers.. so rasanya x salah kalau nak buat entry menanti 300 followers kan.. kiranya macam entry kesinambungan la jugak kan..

Kalau ada yg kata aku nak kecoh2 pasal followers ni, aku nak minta maaf sangat2 yer.. bukan niat aku nak kecoh2 pasal bilangan followers ni, cuma aku rasa perlu untuk aku hargai semua followers blog aku ni.. bukan ke semua blogger mengharapkan ada followers yg sudi baca blog diaorang? rasanya semua blogger akan gembira bila hasil penulisan diaorang dibaca kan.. lagi bertambah gembira bila dapat share macam2 perkara menarik dengan followers.. bertambah2 best bila kita dapat tau macam2 info yg best dari blog yg kita follow.. kalau dapat komen dari followers, lagilah gembira.. setuju x?

Blog aku yg x popular ni, bila followers bertambah memang rasa gembira sangat2.. walaupun aku tau bukan semua yg follow blog aku ni baca blog aku hari2.. mungkin ada followers aku baca blog aku ni setahun sekali, mungkin sebulan sekali, mungkin seminggu sekali, atau mungkin ada yg baca hari2 (kalau ada, memang aku terlalu hargai sangat2).. x mustahil ada yg follow & baca blog aku ni sekali jer.. siapa sangka ada yg follow blog ni hanya sekadar untuk jadikan gosip & bahan umpatan sebab terlalu cemburu dengan aku..

Tapi yg penting, aku tau setiap yg sudi follow blog ni ada sebab tertentu.. mungkin dulu ramai B2B & anak dara yg baca & follow blog aku.. masa tu kan aku ada cerita tentang persiapan kahwin aku.. lepas aku kahwin, lebih ramai isteri2 yg follow blog aku ni.. mungkin lepas kahwin aku banyak cerita tentang kehidupan suami isteri.. makin banyak jugak blogger Putrajaya yg sudi follow blog ni sebab aku ada selitkan info tentang event2 sekitar Putrajaya..

So, sempena menanti follower yg ke 300 ni aku nak ambik kesempatan untuk ucapkan terima kasih yg teramat2 sangat untuk semua followers atau silent readers yg sudi follow & baca blog aku ni.. blog ni hanyalah sekadar tempat untuk aku abadikan segala memori dalam kehidupan aku.. hanya untuk berkongsi info dengan blogger lain.. hanya untuk menambah kenalan di blog.. itu sahaja.. bukan niat aku untuk mendabik dada dengan kehidupan aku.. bukan niat untuk menunjuk2.. jauh sekali untuk mencari musuh..

Mungkin hanya blogger yg faham niat seseorang tu untuk berblogging.. mungkin bagi yg x ada blog anggap blogger menulis untuk menunjuk2.. kalau x, masakan ramai yg ambik keputusan untuk privatekan blog diaorang.. semuanya kerana x tahan dengan kata2 umpatan dari orang yg mengenali blogger tu & bercerita tentang apa yg tertulis di dalam blog.. sekali lagi, hanya bloggers yg faham maksud sebenar berblogging tu.. setuju?

InsyaAllah kalau ada rezeki & kesempatan, sekali lagi aku akan menghadiahkan sesuatu yg istimewa untuk follower yg ke 300.. hadiah x semestinya mahal, yg penting keikhlasan untuk memberi.. jom sama2 kita nantikan followers bertuah tu yer..

P/S: keep blogging guys!!

Adab2 Suami Terhadap Isteri

1- Bersabar dengan karenah isteri. Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud: "Sesiapa bersabar di atas perangai buruk isterinya, dia akan dianugerahkan oleh Allah pahala seperti yg diberikan kepada Nabi Ayub dan sesiapa (isteri) yg bersabar di atas perangai buruk suaminya nescaya dia dianugerahkan oleh Allah pahala seperti Aisyah isteri kepada Firaun."

2- Menjaga penampilan, kemas dan bersih. Ibn Abbas berkata: "Sesungguhnya aku senang berhias untuk isteri sebagaimana aku senang jika isteri berhias untukku."

3- Mengajar dan mendidik ilmu fardhu ain kepada isterinya, terutamanya hukum berkaitan fiqah wanita

4- Hendaklah menyuruh isterinya supaya tekun menunaikan solat. Jika isteri ingkar, maka tidurlah terpisah satu hingga tiga malam, dan jika masih tidak berubah (masih ingkar), maka pukullah tetapi jangan sampai mencederakan isteri.

5- Menegur dengan berhikmah jika ada perbuatan isteri yg menyalahi syariat.

6- Berlemah lembut dalam pergaulan dengan isteri.

7- Cemburu tidak keterlaluan. Tidak boleh cemburu dipengaruhi oleh emosi yg berlebihan sehingga menyebabkan berlakunya sengketa.

8- Redha akan isterinya kerana itu akan memudahkannya untuk masuk syurga

Sumber : Majalah Solusi Isu 29

Thursday, June 30, 2011

PiZZa HuT BuY 1 Free 1


Jumaat minggu lepas sempat terjah ke Pizza Hut Delivery(PHD) Putrajaya.. memandangkan Jumaat tu mood nak ke dapur agak berkurangan, so ambik jalan mudah terus ke PHD.. ditambah pulak Jumaat minggu lepas adalah Final Maharaja Lawak, so alasan nak makan Pizza sambil tengok final tu turut digunakan.. lepas tu gunakan alasan dapat kupon dari PHD, rasa rugi pulak kalau x gunakan kupon tu sebab bukan selalu dapat kupon macam tu..



Macam2 alasan betul!! cakap jer lah yg ko memang nak makan pizza wahai cik puan zana.. huhuhu..

Oh ye, masa aku tengah terjah website Pizza Hut, baru aku tau yg Pizza Hut Hot Delivery tu kita boleh bayar guna kad kredit atau debit kad masa nak buat pembayaran.. kiranya, masa orang pizza tu hantar pizza ke rumah kita, kita nak bayar guna kad kredit boleh, guna debit kad pun boleh.. kiranya x payah la nak bagi cash & risau pasal duit baki..


Wah, canggih la pulak kan.. ke aku yg baru tau ni?? kalau korang dah tau, ko anggap je la aku ni memang selalu ketinggalan.. agaknya dah bertahun kot korang guna cara ni, tapi aku jer yg baru tau..hehehehe..

P/S: dah2, jangan gelakkan aku kalau korang dah lama tau pasal bayar guna debit kad tu k.. kalau nak gelakkan jugak, jangan sampai aku dengar yer..

Wednesday, June 29, 2011

Sayang aBaH & eMaK !!

Loving couple forever!!

Romantik + suka manja2 + suka berkepit + suka kongsi makanan + suka karaoke sama2 = ABAH & EMAK

Suka sangat tengok kemesraan abah & mak.. kalau depan anak2, menantu2 & cucu2 pun abah & mak suka romantik2.. kalau berjalan mesti nak berkepit.. sampaikan ada kawan lama abah buat gosip abah gie shopping berpeluk & berpegangan tangan dengan perempuan lain.. kawan abah nampak perempuan tu dari belakang jer, so x perasan muka perempuan tu.. sekali pergi dekat, rupanya perempuan tu ialah mak.. kawan abah kata, x sangka abah & mak masih romantik2 selalu.. hihihi..

Kalau pergi kedai makan, suka tengok abah & mak rasa makanan masing2.. abah rasa mihun kungfu mak cikit, mak pulak rasa mee goreng abah..

Abah suka pilihkan mak baju.. kalau abah yg pilih baju mak, mesti semua anak2 puji sebab cantik.. abah memang pandai memilih.. dari baju, handbag, kasut & tudung mak kebanyakannya abah yg pilih..

Kalau pergi kenduri kahwin rumah sedara yg ada buat karaoke ke, abah & mak suka nyanyi sama2.. cucu2 terlopong tengok atok & nenek diaorang menyanyi.. hihihi..

Mak selalu jeling abah setiap kali telefon abah bunyi.. hahaha.. kelakar betul.. padahal masa tu kitaorang adik beradik yg call abah.. mak takut ada perempuan lain call abah la tu.. abah kata tu tandanya mak cemburu, cemburu tandanya sayang..

Sebelum 5 orang anak perempuan abah kahwin, kitaorang selalu kesian kat abah.. kalau abah tengah bertukang buat dapur, semua anak2 dia tengok jer.. semua x reti nak tolong.. kalau tv kat rumah x clear, abah sendiri panjat atap rumah nak betulkan antena tv tu.. kalau raya, abah sorang pasang kayu nak pacak pelita..

Kalau anak2 nak exam, abah yg tido lambat teman anak2 study sebab anak2 penakut nak study sendiri sampai lewat malam.. kalau nak pergi tandas waktu malam, anak2 kejut jer abah supaya abah teman sampai pintu tandas sebab rumah kampung kan tandas kat luar rumah.. kesian abah, kalau anak tengah sakit perut sebab salah makan makanya abah terpaksa bangun teman anak2 gie tandas berkali2..


Abah selalu kata mak beruntung sebab bila mak masak, semua anak2 tolong.. bab kemas rumah semua anak2 tolong.. bab hias rumah semua anak2 boleh tolong.. sebab semua anak2 perempuan..

Tapi abah x pernah merungut yg abah penat buat kebanyakan keje kat rumah tu sorang.. sebab anak2 suka teman abah masa abah buat keje.. sambil abah buat keje, sambil kitaorang borak2 dengan abah.. abah pulak suka cerita tentang zaman abah ngurat mak dulu.. hihihi.. so sweet!!

Sekarang, mak pulak yg cemburu dengan abah.. bila abah dah nikahkan anak2 perempuan abah, abah dapat 5 menantu lelaki yg semuanya rajin tolong abah.. bertambah untung bila abah ada 11 cucu lelaki yg sangat manja & rapat dengan abah.. cucu perempuan hanya 2 orang..

Ramai orang kata sebab anak abah semua perempuan, so bila dapat cucu ramai lelaki la pulak.. apapun, tu semua rezeki dari Allah kan.. aku pulak berharap sangat agar aku dapat berikan abah & mak cucu dari rahim aku sendiri.. semoga doa aku dimakbulkan Allah hendaknya..


Monday, June 27, 2011

Umai D'Lake Cafe Presint 2 Putrajaya


Petang ni aku nak share tentang satu tempat makan yg best kat Putrajaya ni.. Umai d'Lake Cafe yg terletak di Monumen Alaf Baru, Presint 2.. cafe ni dulu beroperasi kat Presint 15, memang dekat dengan rumah aku.. so kalau balik keje, selalu jugaklah lepak kat situ.. sebab menu petang kat cafe ni memang TERBAIK!!!

2 bulan aku tension sebab cafe ni x bukak.. betul2 dah rindu nak makan kat situ.. setiap kali lalu, mesti tension sebab cafe tu tutup.. huhuhu.. nak dijadikan cerita, aku terdetik hati nak google tentang cafe ni.. akhirnya jumpa info terbaru tentang cafe ni..

Rupanya diaorang dah pindah ke Presint 2.. patutlah cafe yg kat Presint 15 tu tutup jer sejak 2 bulan hari tu.. yg aku pulak x terfikir nak google tentang cafe tu.. kalau aku google lebih awal, xdelah aku tension sangat sebab x dapat makan kat situ.. huhuhu..


So last week ambik kesempatan untuk gie cafe tu.. masuk cafe tu terus happy oooo.. masa pekerja tu nak ambik order, terus aku luahkan perasaan aku.. aku cerita la 2 bulan ni aku rasa tension sebab cafe diaorang tutup.. aku cakap kalau ye pun nak pindah, letak la notis kan.. senang cikit customer nak tau.. aku cerita la yg aku siap google tentang cafe ni semata2 sebab dah lama sangat x makan kat cafe tu.. sesi luah perasaan berlangsung agak lama.. hahahaha..


Malam tu order menu yg paling aku suka.. Roti Jala Umai Cafe.. roti jala kat cafe ni memang sedap sangat!! makan dengan kuah kari yg sedap & ditambah dengan rendang ayam yg sangat mantap.. pergghhhhh, layannnnnnn.. lepas tu order Cucur Udang Umai Cafe ( gambar lupa nak snap sebab tengah menghayati kesedapan makanan kat situ ).. perrrggghhhh, lagi layan la.. memang sedap!!

For info, roti jala & cucur udang memang menu yg special kat cafe ni.. so x mustahil la roti jala & cucur udang kat situ memang sedap.. banyak lagi menu yg ada kat cafe ni.. dari menu masakan kampung sampailah menu western.. semuanya ada..

Harga makanan kat cafe ni agak berpatutan.. yg bestnya kalau gie cafe ni waktu petang.. boleh tengok pemandangan tasik Putrajaya, kalau nak lagi best boleh tunggu matahari terbenam.. memang cantik pemandangan kat situ.. masa aku gie minggu lepas waktu malam.. customer memang ramai, kebanyakan suka makan dekat luar cafe.. open air.. memang layannnn..

Lepas ni kalau rasa nak lepak waktu petang sambil layan roti jala, haruslah aku terjah ke sana lagi.. layanan pun ok.. tunggu order pun xdelah lama sangat.. so warga Putrajaya, rasanya x rugi kalau korang cuba makan kat cafe ni terutamanya kalau nak cuba roti jala kat situ..

Info tambahan, kedai ni buka setiap hari dari pukul 8 pagi sampai 11 malam.. menu pelbagai dari kampung, western, cake, kuih muih & macam2 lagi..

Info tambahan lagi, kedai ni terletak bersebelahan dengan Monumen Alaf Baru di Presint 2.. berhampiran dengan Masjid Sultan Mizan Putrajaya.. cafe ni menghadap tasik..

P/S: Tuan cafe kata, Tun Mahathir selalu singgah cafe ni.. wah, hebat la cafe ni!!