Showing posts with label TiPs. Show all posts
Showing posts with label TiPs. Show all posts

Friday, June 19, 2015

Pengalaman dan Perkongsian - Jangan Pertikai Cara Orang Lain Menguruskan Rumahtangga Mereka

Tahun kelima berpuasa sebagai isteri.. masa tahun pertama tu baru 3 minggu bergelar isteri.. agak kelam kabut tak reti nak sesuaikan masa.. ada yang terbangun awal sangat, ada yang terbangun lambat sangat, ada yang masak terlebih, ada yang masak cukup2 jer dan macam2 lagilah.. tapi tu semua pengalaman berharga.. mengajar untuk jadi lebih matang dalam menguruskan hal rumahtangga..

Aku ni jenis senang jugaklah bangun pagi.. dengar bunyi jam boleh terus bangun la.. maybe jugak Encik Adiey jenis bunyi jam pun akan boleh tersedar, so kira dua2 boleh alert la kan.. setakat ni la, rasanya ada sekali dua jer kot terbangun lewat ckit.. tu pun lewat setengah jam sebelum habis waktu sahur.. 

Balik kerja 4.30 petang terus balik rumah.. masak jer lauk walaupun simple dan berulang2.. hehehe.. kuih2 boleh goreng yang frozen ataupun buat manisan yang mudah macam kek batik, cheesekut, puding roti atau agar2.. makan pun berdua, Encik Adiey pulak jenis tak memilih makan so senang cikit la..

Masa tahun pertama memang banyak beli.. sebab masa tu memang tak berapa yakin memasak time puasa sebab tak boleh rasa.. hehehe.. tahun kedua dah mula jarang ke Bazar Ramadhan melainkan balik lambat atau tak berapa sihat.. dan kalau pergi pun untuk beli makanan yang setakat nak rasa.. tahun ketiga dan keempat memang sekali dua jer pergi Bazar Ramadhan sebab nak beli apa yang teringin.. since kat cafe ofice pun ada jualan makanan, so beli gak kuih muih kat situ..

Berdua memang jimat beli orang kata.. jimat masa, tak penat.. jimat dari segi kewangan tu susah nak cakap.. sekarang ni harga semua dah naik.. pergi bazar tu bawak RM10 untuk 2 orang pun hanya dapat seberapa, apatah lagi kalau yang ada anak2.. jadi, ramai yang beli bahan basah dan masak sendiri ikut selera dan kuantiti yang kita nak.. rasanya macam lagi jimat.. 

Dari segi rasa bila kita beli ni ikut nasib la.. kalau kedai tu kita biasa beli masa bukan bulan Ramadhan, insyaAllah sedap dan puas hati.. memang berbaloi.. tapi kalau kedai tu kita tak biasa dan hanya berniaga waktu Bazar Ramadhan, untung nasib la.. kalau nasib baik sedap la, kalau kurang bernasib baik kadang tu tak sedap, basi dan harga memang mencekik! so kena pandai pilih kedai yang menjual tu, kalau memang dah tau sedap, tak salah membeli.. balik kerja petang tu tinggalkan panaskan jer lauk.. 

Tapi mungkin dari aspek kepuasan bila memasak tu memang lain.. rasa seronok tengok suami dan anak2 makan bertambah2..  walaupun kadang rasa masakan tu biasa2, tapi bila nampak keluarga makan rasa lebih seronok.. padahal kadang tu mungkin diaorang makan bertambah sebab lapar.. hehehe.. pai tak kisahlah, janji yang kita masak habis.. 

Apapun, jangan rumitkan benda yang senang.. kalau senang masak, masak.. kalau senang beli, beli.. ikut keadaan masing2.. 

- balik dah dekat pukul 7 tapi nak masak jugak, boleh jer tapi bahan dah siap2 perap dan sediakan sebelum pergi kerja pagi tu jadi balik tinggal masuk dalam kuali dan masak..
- balik dah dekat pukul 7 then nak beli, beli jer asalkan jangan membazir..
- balik kerja awal tapi ada yang nak rehat dan mungkin lebih menumpukan pada ibadah lain, jadi beli jer asalkan jangan membazir.. 
- balik kerja awal dan rasa nak masak, masak jer.. 


Kita jangan pertikai kenapa orang lain balik awal tapi tak masak.. sebab? semua orang ada alasan masing2.. kita tak tau, diaorang yang melaluinya.. tak semestinya memasak tu menjadikan kita sempurna, cuma mungkin yang memasak tu kita nampak lebih bijak mengatur rumahtangga.. tak semestinya tak memasak menjadikan kita tak sempurna, sebab kita ada alasan yang tersendiri.. banyak aspek lain selain memasak yang kita boleh tengok.. mungkin hari biasa dia tak masak tapi hujung minggu dia masak dan ajak ramai2 orang berbuka puasa dekat rumah dia.. siapa tau kan? so, berhenti berkata tentang orang lain..

Yang penting, kita memenuhi tuntutan berpuasa.. dan menjaga segala amal kebaikan sepanjang bulan Ramadhan tu.. daripada sibuk pertikai orang tu masak atau tak, orang tu rajin atau tak, lebih baik tumpukan pada ibadah dan amal kebaikan yang boleh kita buat.. 

Selamat berpuasa.. Salam Ramadhan buat semua.. 

*Perkongsian semata2 sebagai peringatan untuk diri sendiri jugak.. jangan mudah menilai orang lain.. kita tak tau apa yang mereka lalui.. :)

Photobucket

Wednesday, June 17, 2015

Barangan Keperluan Penting Di Dapur Semasa Ramadhan

Alhamdulillah.. bulan Ramadhan yang mulia dan yang dinantikan oleh semua umat Islam telah pun tiba.. bulan penuh kemuliaan dan keberkatan.. dalam kita nak menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ni, apa kata kita kongsikan tentang beberapa barangan keperluan penting yang perlu ada di dapur sepanjang bulan Ramadhan ni nanti.. 
 

Barangan memasak
- bahan barang memasak ni termasuklah barang basah contohnya ikan, ayam, udang, sotong, ketam semua tu dan barangan kering contohnya minyak masak, beras, bawang, ikan bilis, cili boh, kunyit dan lain2.. ni termasuklah segala jenis rempah ratus, garam, gula, tepung dan semua bahan2 yang diperlukan untuk memasak... yang ni hari biasa pun kena ada, tapi bulan Ramadhan ni lagi banyak keperluan memasak untuk bersahur dan berbuka nanti..

Makanan segera
- kadang ada kes yang lewat bangun bersahur kan.. so tak sempat nak masak untuk bersahur.. so, alternatif boleh masak makanan segera.. maggie (jangan makan selalu yer), nudget, kuih frozen, roti, biskut, cereal (koko-krunch, honey star dll) ataupun boleh beli energy bar chocolate.. 

Minuman
- kena fikir jugak menu minuman untuk bersahur dan berbuka puasa.. kalau boleh jangan terlalu banyak minum air manis yer.. lebihkan jugak air masak bila bersahur dan lepas berbuka nanti.. cari minuman yang berkhasiat dan membekalkan tenaga lebih semasa berpuasa ..

Kurma
- rasanya kurma ni macam dah jadi makanan yang wajib ada ketika berpuasa.. makan 3 biji kurma masa berbuka then minum air masak sebelum makan makanan yang lain.. so, jangan lupa beli stok kurma di rumah yer..

Keperluan mencuci 
- jangan lupa jugak beli sabun basuh pinggan.. maklumlah kerja-kerja di dapur akan bertambah masa bulan puasa ni.. jadi, banyak periuk kuali, cawan, pinggan dan sudu yang nak dibasuh.. nampak remeh tapi penting tau.. beli la sekali span pencuci dan pencuci tangan sekali.. 

Plastik sampah
- nampak remeh tapi sangatlah penting.. sebab ada antara kita yang akan ke bazar Ramadhan atau ke kedai2 untuk beli juadah utama atau juadah sampingan.. semuanya plastik bekas makanan tu akan dibuang.. jadi kalau boleh, beli plastik sampah yang agak tebal.. kalau ada palstik2 yang beli barang dekat pasaraya tu pun boleh jer gunakan.. ikat elok2 plastik sampah sebelum dibuang.. sebab kebanyakan dalam plastik sampah tu sisa makanan, kalau tak diikat dan dibuang betul, takut ada haiwan yang selongkar plastik sampah tu pulak..

Gas memasak
- kalau ada ruang untuk sediakan tong gas extra memang bagus la.. kat kampung selalunya mak aku akan buat macam ni.. tapi kalau tak ada, kena pandai2 agak bila gas tu akan habis.. selalu jugak kita dengar kes gas habis bila tengah syok memasak juadah berbuka.. hehehe.. ingat bila tarikh last tong gas tu ditukar.. standby siap2 nombor telefon orang penghantaran gas ke rumah..

Setakat ni rasanya 6 barangan dan keperluan ni jer yang aku rasa penting kena ada kat dapur bila dah nak berpuasa ni.. kalau ada yang aku lupa boleh share yer dekat ruangan komen ni..


*************************************************************************

Dikesempatan ni Zana nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia kepada semua pembaca blog adieyza.blogspot ni.. Semoga Ramadhan kali ni lebih baik daripada tahun2 sebelumnya dan semoga Allah menerima segala amalan kebaikan kita sepanjang bulan Ramadhan kali ini.. InsyaAllah

Photobucket

Monday, June 8, 2015

5 Tips Ringkas Pemilihan Langsir

Ada yang dah mula pening ke pilih atau beli langsir untuk Hari Raya nanti? sekarang ni punya trend langsir memang tak terkejar gak la.. ada jer trend dan design baru.. corak dan warna x payah cakap la.. macam2 ada kan.. jom kita cuba kongsi idea tentang beberapa tips pemilihan langsir yang bersesuaian dengan rumah kita.. 



5 tips ringkas pemilihan langsir

1. Tentukan anggaran bajet

Pilihan bajet berdasarkan kemampuan.. nilah yang paling asas sebenarnya.. tak kisah mahal atau murah yang penting cantik dan kena dengan selera kita.. x perlu nak membazir ikut trend, tapi ikutlah kemampuan.. yang murah tak semestinya tak cantik kan?

2. Padankan corak dan warna langsir dengan kediaman anda

Kena sesuaikan jugak dengan corak dan warna langsir dengan beberapa perabot lain dalam rumah.. kalau sofa warna gelap, boleh cuba cari langsir yang warna terang cikit.. kalau rumah berkonsepkan tradisional, kenalah cari langsir yang lebih kurang konsepnya.. tak kan konsep tradisional kita beli langsir corak inggeris pulak.. hehehe.. 


3. Buat ukuran, dan tentukan bentuk langsir

Ambil ukuran tingkap dan pintu siap2.. lakar bentuk tingkap dan pintu beserta ukuran dekat buku nota.. bawak sekali masa pergi kedai langsir.. peniaga ni memang mahir so diaorang akan bantu kita dapat beli kain langsir yg cukup mengikut ukuran tadi..


4. Langsir siang, langsir malam

Boleh beli atau jahit 2 jenis langsir berbeza.. 1 langsir tebal hanya untuk kegunaan malam.. satu langsir lagi lebih nipis untuk kegunaan siang.. bila siang, anda ikat dan gantung langsir tebal tadi dan biarkan langsir nipis sahaja untuk lebih pencahayaan ke dalam rumah.. 


5. Beli perkakas tambahan yang lain

Bila langsir dah siap dijahit, jangan lupa pastikan beli cangkuk yang bersesuaian dengan jenis palang dan pastikan ianya mencukupi.. beli sekali tali pengikat langsir yang sepadan dengan langsir atau kontra dengan warna langsir untuk menambahkan seri langsir tadi..


Selamat mencuba :)
Photobucket

Friday, May 29, 2015

Kata-Kata Motivasi Pagi Hari Jumaat

Kata-kata motivasi pagi ni sebenarnya penting untuk kita rasa lebih bersemangat sepanjang hari.. macam aku sendiri suka share kata-kata motivasi pagi dekat Facebook.. sebab aku rasa kata-kata motivasi pagi tu akan buatkan aku lebih berfikiran positif sepanjang hari.. 


Bila kita berkongsi kata-kata motivasi pagi ni bukanlah bermakna kita ni terlalu hebat untuk memotivasikan orang lain.. anggap bila kita berkongsi tu untuk peringatan diri kita sendiri.. kalau ada kawan2 yang baca tu suka dengan apa yang kita kongsi dan terus rasa bersemangat lepas baca tu kan lebih baik.. secara tak langsung mungkin kita boleh bantu orang lain lebih bersemangat dan ceria sepanjang hari..



Bila awal pagi kita dah bersemangat dan baca sesuatu yang positif, insyaAllah kita akan lalui hari tersebut dengan lebih baik dan bahagia.. so kali ni ada beberapa ayat atau kata-kata motivasi pagi yang pernah aku kongsikan dekat Facebook dan InsyaAllah lepas ni akan cuba buat entry setiap minggu untuk himpunan kata-kata motivasi pagi yang aku dah kongsikan dekat Facebook dan letak kat blog ni..









Kalau dulu hari Jumaat jer kita akan nampak ramai yang berkongsi kata-kata hikmah yang positif.. tapi sekarang, dah ramai pakar motivasi, ustazah/ustaz, penceramah agama atau orang biasa yang berkongsi kata-kata motivasi pagi terutamanya pada hari Jumaat...





Selamat pagi dan salam Jumaat untuk semua..

Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~
Photobucket

Thursday, May 28, 2015

Tudung Bawal Aidijuma Pelbagai Gaya

Tudung bawal Aidijuma memang boleh digayakan dengan pelbagai gaya.. walaupun tudung bawal, tapi tudung bawal Aidijuma ni selalunya boleh dijadikan macam shawal jugak.. kadang tu memang tak nampak macam kita pakai tudung bawal Aidijuma tu pun.. dengan harga tudung bawal Aidijuma yang berpatutan dan design yang menarik, penggemar tudung bawal Adijuma sekarang nampaknya semakin bertambah..  




Bagi penggemar tudung bawal Aidijuma yang lebih mesra dipanggil AJrians ni, kebanyakannya suka pakai dengan pelbagai gaya berbeza.. kalau masuk dekat group FB AJrians ni, macam2 gaya yang ada.. kadang tu sampai tak terfikir pun boleh pakai tudung bawal Aidjuma sampai jadi macam tu sekali.. kalau aku, memang pakai gaya yang senang jer.. 




Tapi bestnya tudung bawal Aidijuma ni, kain tudung bawal Aidjuma ni memang mudah sangat dibentuk.. serius! pakailah label apa sekalipun, memang senang nak pakai.. nak pakai tudung bawal jadi gaya biasa lagilah senang, nak jadikan shawl pun senang.. pusing macam mana pun boleh..




Mula2 beli tudung bawal Aidijuma ni memang aku pakai gaya tudung bawal biasa jer.. sebab rasa tak berani nak mencuba.. tapi bila dah tengok macam2 gaya AJrians buat dengan tudung bawal Aidijuma tu terus belajar cikit2.. tapi still tak pandai nak gayakan dengan banyak gaya.. setakat cuba 3,4 style jer la.. jadilah kan.. janji selesa.. 




Paling basic, pakai jer tudung bawal Aidijuma ni macam tudung bawal biasa dan tak perlu selempangkan hujung tudung tu.. ikat jer hujung tudung tu! ni style yang paling asas tapi digemari oleh ramai AJrians sebab Datin Juma pun memang akan buat style ni untuk setiap kali gambar promosi tudung bawal Aidijuma baru yang akan keluar.. nak lagi nampak menarik, cuba tambah kerongsang kat tengah2 tudung sebagai penambah seri..




Style tudung lipat dua pun senang gak.. lipat jer tudung bawal Aidijuma kepada 2 bahagian.. pakai macam tudung bawal biasa, jadikan bahagian tengah kain tu dekat bahagian muka.. lepas tu jadikan sebelah panjang dan sebelah lagi pendek.. yang panjang bawak ke atas dan kemas kat bahagian tepi.. bahagian pendek tu pin dekat bahu.. style ni selalunya akan nampak tudung macam terpenyek cikit.. tak jadi muncung sangat la bagi muka aku yang sedia bulat ni.. tapi nilah yang nampak lain kan..




Style tudung bawal Aidijuma nampak macam shawl lagi aku suka.. serius kalau pergi kenduri memang aku prefer pakai style ni.. nampak lain.. eh, ke bagi korang sama jer? hahaha.. style ni korang lipat tudung jadi dua gak.. tapi, jangan lipat dua sama rata.. lebihkan 1 bahagian tu dalam 1 inci.. then jadikan bahagian tepi tudung yang lebih 1 inci tadi tu dekat muka.. tepi tudung kan nipis, so bila pakai nampaklah macam shawl.. 1 bahagian panjang, 1 bahagian pendek.. yang panjang tarik ke atas, yang pendek pin kat bahu.. siap!





Ni contoh macam mana 1 tudung yang sama boleh dijadikan pelbagai gaya.. gambar aku pakai seluar bergambar dengan kak long tu aku pakai tudung bawal Aidjuma tu macam biasa jer.. cara yang paling mudah dan asas.. 1 lagi bergambar dengan mak mertua yang mana aku jadikan tudung bawal Aidijuma tu nampak macam shawl.. 

Since tudung bawal Aidijuma ni ada yang coraknya berbeza dekat 1 helai tudung, so bila pakai pelbagai gaya, tak nampak macam tudung yang sama pun.. macam yang pakai jadi shawl tu, dekat kepala nampak tudung ni lebih kepada peach kan.. yang pakai gaya biasa lebih kepada warna pink.. nampak macam 2 tudung berbeza tapi sebenarnya tudung yang sama.. 

Sampai bila nak follow trend tudung bawal Aidijuma ni? Aku just beli mana yang aku suka.. takdelah semua design ada.. design hot2 pun tak ada.. just beli mana yang nampak cantik.. then kalau ada warna pink yang memang menarik selalunya memang akan beli.. tak perlu beli semua, ikut minat dan poket jugak.. hehehe :)

Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~
Photobucket

Tuesday, May 26, 2015

Baju Kurung dan Baju Melayu Sedondon Suami Isteri

Keyword tentang baju kurung dan baju melayu sedondon suami isteri makin naik dekat Nuffnang aku.. ni mesti kes ramai yang dah mula mencari baju raya sedondon suami isteri ni.. maklumlah musim raya dah nak dekat kan.. tapi sebenarnya trend fashion baju kurung dan melayu sedondon suami isteri ni rasanya memang sentiasa di hati suami isteri.. semua suami isteri mesti nak pakai sedondon, barulah nampak bahagia dan ceria!


Aku dan kakak2 aku memang suka pakai sedondon suami isteri ni.. sebabnya kitaorang mewarisi hobi sedondon mak abah.. mak abah tu, kalau pergi kenduri atau jalan2 memang sukalah pakai warna sedondon ni.. pulak tu, abah sedaya upaya akan beli baju dia atau baju mak mesti warna sama.. manalah kitaorang adik beradik tak ikut jejak langkah mak abah tu kan..

So, berbalik pada baju kurung dan baju melayu sedondon suami isteri ni, rasanya ramai dah ada pilihan warna untuk hari raya nanti.. majoriti terutama perempuan mesti dah ada baju raya pertama.. ada beberapa tips sebenarnya untuk baju sedondon ni..


1) Cari baju suami dulu.. macam aku memang suka cari baju Encik Adiey dulu.. sebabnya warna baju perempuan ni banyak sangat, so xdelah susah sangat nak match dengan baju lelaki.. isteri boleh beli baju bercorak yang warna tanah atau warna bunga sama dengan warna baju suami..


2) Jadikan kain pasang untuk baju melayu suami tu sebagai kain atau baju kurung isteri.. ni lagi senang.. beli 4meter untuk suami dan 2meter untuk isteri daripada kain pasang kosong yang sama.. 2meter lagi untuk isteri boleh cari kain pasang yang bercorak.. tips ni aku tak pernah buat, tapi boleh cuba gak nanti..


3) Beli 8meter kain pasang kosong untuk suami dan isteri.. yang ni confirm2 sama! isteri boleh jahit manik atau jahit lace dekat baju yang kosong tu untuk nampak lebih berseri.. then pakai tudung yang bercorak.. cantik dan memang confirm2 nampak sedondon habis..


4) Kalau agak2 susah nak jumpa yang sedondon, isteri boleh beli tudung yang betul2 sedondon dengan baju melayu suami.. still nampak sedondon sebab bila bergambar kan selalunya kita lebih fokus pada muka.. jadi still nampak warna baju melayu suami dan warna tudung isteri sedondon.. yang tips ni aku pernah buat masa tahun pertama kahwin.. 


5) Last sekali, jangan cari baju sedondon last minute.. ni memang susah la nak dapat yang betul2 sama atau lebih kurang sama.. kalau dapatpun susah nak dapat size baju if beli dah siap dan mungkin tak cukup meter if beli untuk jahit sendiri.. 3 bulan sebelum raya dah boleh merancang dan membeli.. bukan terlebih excited, cuma untuk persiapan awal..

So, apa tema warna baju kurung dan baju melayu sedondon korang suami isteri tahun ni? Kitaorang pilih warna........ SURPRISE la.. hihihih.. tunggu raya la yer.. sebab baju kurung aku tu pun baru hantar jahit manik.. tapi apapun yang penting, bukan sedondon warna tu.. yang penting, sedondon hati dan perasan... ececece... hihihihi...

" Koleksi baju sedondon suami isteri "

Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~ 
Photobucket

Friday, October 3, 2014

Tips Ringkas Persiapan Bercuti/Melancong

Sebenarnya kalau cakap pasal travel ni rasanya semua orang pun suka kalau dapat berjalan2 dengan orang yg tersayang kan.. macam aku sendiri memang suka lah berjalan2 ni.. walaupun banyak tempat belum pernah pergi, tapi suka baca blog2 orang yang suka travel ni.. boleh berangan sampai kat tempat tu bila baca entry blogger yang pergi bercuti kat blog.. hehehe.. so kali ni nak kongsi tentang 11 tips ringkas persiapan sebelum pergi bercuti atau melancong.. 



Kadang tu balik bercuti semangat nak update cerita kat blog.. tapi kadang sebab gambar tak transfer, masa terhad dan macam2 alasan tak sempat nak upload.. macam dekat blog ni, cerita masa aku pergi bercuti dekat Singpaore rasanya tak update lagi.. tak pasti nak update ke tak sebab dah lama giler pergi tu.. setahun yang lepas.. hahaha.. setahun tak berupdate.. cerita pergi bercuti ke Melaka hujung tahun lepas pun tak berupdate jugak.. cerita pergi family day dekat Terengganu awal tahun hari tu pun tak berupdate.. so ada 3 cerita travel yang aku tak update kat blog ni.. maybe kalau terlebih rajin nanti aku update la.. kalau x update jugak, buat alasan pergi bercuti lagi sekali ke tempat tu baru update.. hahaha.. melampau sangat tau! my bad!

Ok, now just nak share beberapa tips ringkas persiapan bercuti yang maybe perlu diberi perhatian sebelum nak pergi bercuti..



1) survey - kena rajin survey blog atau website untuk dapatkan info2 terkini.. boleh dapat gambaran awal tentang tempat yang kita nak pergi tu..

2) tiket - kalau ada yang kena beli tiket masa tengah bercuti tu, better ambik tau sama ada boleh beli tiket tu awal atau kena beli pada tarikh kita bercuti tu.. kalau nak beli tiket pengangkutan, kena ambik tau tentang harga promosi untuk dapat lebih penjimatan.. kalau beli ticket flight, pastikan tiket di bawa bersama sebelum ke lapangan terbang dan siap2 buat check in sebelum waktu penerbangan.

3) tarikh percutian - kena rancang awal nak pergi bercuti bila.. kalau tak suka sesak, boleh pergi waktu biasa dan bukan cuti sekolah.. kalau nak pergi kawasan laut, elakkan hujung tahun sebab musim hujan dan musim tengkujuh.. kalau nak bercuti ke negara 4 musim, boleh la pilih ikut musim apa yang kita nak pergi.. 




4) kos - kena sediakan kos perbelanjaan tu terlebih awal.. if dah tau nak bercuti jer, cuba asingkan duit untuk pergi bercuti tu siap2.. anggaran kos ni kita boleh tau lepas kita survey2 (tips nombor 1) tadi.. jangan lupa sediakan duit kecemasan dalam pengiraan kos percutian.. duit ni untuk pastikan kita ada duit lebih sekiranya berlaku apa2 kecemasan.. kos ni termasuk makan minum, penginapan, pengangkutan, tiket masuk tempat menarik, cenderahati dan sebagainya..

5) keperluan semasa bercuti - kalau rasa perlu beli baju atau keperluan baru untuk bercuti, boleh beli awal sebenarnya.. boleh beli sikit2 untuk elak rasa terbeban.. 

6) konsep backpacker - backpacker lebih jmat sebenarnya.. rancang percutian sendiri tanpa melalui agen pelancongan.. yang ni mungkin sesuai untuk dalam Malaysia dan negara Asia.. tapi sekarang ni rasanya dah ramai yang mula melancong ke Eropah dengan konsep backpacker.. cuma kena rajin buat survey la sebab nak pastikan dapat info secukupnya dulu..




7) packing - disarankan packing barang bercuti lebih awal.. elakkan esok nak pergi bercuti hari ni baru packing.. sebab kita takut ada keperluan yang tak cukup nanti.. kalau rasa tak nak bawak baju yang banyak, boleh asingkan siap2 perbelanjaan untuk beli baju di tempat bercuti jer nanti.. 

8) passport - yang ke luar negara pastikan semak passport korang dulu.. tengok tarikh tamat passport tu.. kalau rasa perlu renew sila renew siap2 beberapa mingu sebelum pergi bercuti..

9) pengangkutan - ambik tau jugak tentang pengangkutan tempat bercuti.. kalau naik flight, boleh survey siap2 tentang kereta sewa atau pengangkutan awam.. kalau drive sendiri, ambik tau tentang kos minyak dan tol semasa nak pergi bercuti.. pastikan jugak kereta dah siap service ye..




10) itinerary - paling penting rasanya ni.. dah siap semua persiapan, kenalah buat itinerary.. rancang siap2 nak pergi mana.. contohnya nak pergi bercuti 4 hari 3 malam.. so dah tau hari pertama pergi mana, hari kedua pergi mana, hari ketiga nak berjalan ke mana dan tau hari terakhir tu nak pergi mana.. selalunya hari terakhir untuk sesi shopping.. tetapkan masa sekali so senang korang nak pastikan dapat pergi semua tempat menarik kat situ.. yang ni better buat seminggu sebelum pergi bercuti.. lepas dah buat itinerary ni senang la korang nak survey2 info2 menarik kat tempat tu..

11) relaks! - tips untuk bercuti yang penting jugak sebenarnya ni, relaks! nak pergi bercuti tak boleh stress.. so kalau yang bekerja tu, pastikan semua kerja disiapkan sebelum bercuti so nanti sehari sebelum bercuti dan relaks sikit.. jangan buat persiapan bercuti dengan rasa stress.. nanti jadi tak happy.. dan relaks dalam buat perancangan semasa bercuti.



Kalau ada yang nak baca kisah aku pergi bercuti ke beberapa tempat ni, jemputlah baca link kat bawah ni.. percutian biasa-biasa tapi pengalamannya memang luar biasa! jauh perjalanan luas pemandangan kan?

" ENTRY CUTI-CUTI ADIEYZA "

Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah
Day 5 - Apa dalam bag saya
Day 6 - My Love
Day 7 - Apa Yang Saya Baca
Day 8 - Fashion Saya
Day 9 - Selfie
Day 10 - Vision Board
Day 11 - 5 Lagu Cinta Kegemaran
Day 12 - Tips Kecantikan
Day 13 - Petua Orang Lama
Day 14 - Favourite Colour
Day 15 - Blog I Love
Day 16 - Obsession
Day 17 - Travel
Photobucket

Sunday, September 28, 2014

Tips "Kecantikan Hati"

Percaya tak salah satu tips untuk kelihatan cantik secara semulajadi adalah dengan menjaga "kecantikan hati"?


Kecantikan hati ni maksudnya kita cuba sedaya upaya untuk menjaga keikhlasan hati.. selain tu kita kena sentiasa cuba menggembirakan hati kita dan orang di sekeliling kita.. insyaAllah bila kita gembira dan orang di sekeliling kita gembira, muka kita akan nampak lebih ceria dan bahagia.. bila selalu ceria, insyaAllah kecantikan luaran tu akan terpamer dengan sendirinya.. 


Kecantikan hati ni memang susah nak dijaga.. hati sentiasa berubah-ubah.. kadang tu hari ni hati kita suka, kadang esok lusa dah jadi benci.. so berbalik semula kepada pencipta Yang Maha Esa.. kerapkan berdoa agar Allah menjaga dan melindungi hati kita daripada perkara yang tidak baik.. berdoa agar Allah kuatkan hati kalau perkara tu perkara yang baik.. 

Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah
Day 5 - Apa dalam bag saya
Day 6 - My Love
Day 7 - Apa Yang Saya Baca
Day 8 - Fashion Saya
Day 9 - Selfie
Day 10 - Vision Board
Day 11 - 5 Lagu Cinta Kegemaran
Day 12 - Tips Kecantikan

Photobucket

Wednesday, September 24, 2014

Keluarga - Kesayangan Saya!

Keluarga.. jawapannya yang cukup mudah bila ditanya tentang "My Love".. itu perkara pertama yang terbayang dan bermain di kotak fikiran aku bila sebut tentang "My Love"..


Suami yang penyayang dan sentiasa berusaha menjadi yang terbaik setiap hari..

Mak abah yang sentiasa ceria dan mengajar kami sekeluarga erti sebenar kasih sayang.. 

4 orang kakak yang sentiasa memanjakan dan menyediakan "bahu" setiap kali aku gembira ataupun sedih.. 

Anak2 buah yang sentiasa menceriakan hati walaupun mereka semua lebih banyak "membuli".. 

Mak dan ayah mertua yang sentiasa memahami dan memberi nasihat yang baik.. ipar duai yang ceria..


K.E.L.U.A.R.G.A




Allah menghadirkan mereka yang baik hati untuk kita sentiasa menjadi lebih baik.. Allah mengurniakan kita keluarga yang penyayang agar kita sentiasa menjadi lebih penyayang.. Allah memberi kita rezeki keluarga yang sentiasa mengutamakan Allah agar kita sentiasa berpesan-pesan ke arah yang lebih baik setiap hari.. 

Nikmat apa yang ingin kita dustakan lagi bila Allah mengurniakan kita sebuah keluarga? Allah, peliharalah kebahagian setiap ahli keluarga kami.. jadikan kami keluarga yang sentiasa mendekatkan diri dengan agama-Mu Ya Allah..


Salam sayang untuk semua

With love,
~ Zana Adieyza ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah
Day 5 - Apa dalam bag saya
Day 6 - My Love

 
Photobucket

Monday, September 22, 2014

Tips Mengemas Rumah Yang Paling Asas!

Mengemas rumah ni sebenarnya bergantung pada keadaan.. ada rumah yang tak perlu nak dimop hari2.. ada rumah yang x boleh nak disapu tapi lebih baik menggunakan vacum.. ada rumah yang setiap hari perlu dikemas, ada rumah yang cukup seminggu 2,3 kali dikemas.. banyak faktor yang membuat aktivit mengemas ni berbeza.. antaranya faktor keluasan rumah, bilangan ahli dalam rumah, lokasi rumah dan macam2 lagi..



Blog ni pernah kongsi beberapa tips mengemas rumah yang mudah antaranya korang baca link entry kat bawah ni yer:

 Tips dapur kemas dan tersusun
 Tips disiplin di bilik tidur
 Habuk di rumah
 Susun atur rumah
 Blog tips mengemas rumah
 Rutin mengemas rumah

 Tips bilik sempit


So kali ni nak berkongsi 2 tips paling asas untuk mengemas rumah.. 2 tips paling asas ni kalau kita follow, insyaAllah mudah nak mengemas rumah.. 


SISIH BARANG YANG TIDAK PERLU
Sebenarnya kalau nak mengemas rumah perkara pertama yang kena buat adalah SISIH! Sisih bermaksuh buang semua barang yang memang dirasakan tak dipakai lagi.. sebab kebanyakan daripada kita suka simpan barang yang jarang atau tak pernah dipakai lagi.. so, asingkan barang yang dah tak pakai then boleh buang kalau betul tak perlu atau boleh hantar ke pusat kitar semula kalau barang tu boleh dikitar semula.. jangan sayang2 sangat barang tu.. kalau betul rasa tak pakai dan tak ada sentimental value yang tinggi, buang jer yer.. bila barang dah kurang, senang kita nak mengemas..


JADIKAN AKTIVITI RUTIN

Paling penting dalam bab nak mengemas ni adalah jadikan ianya RUTIN! Letak barang di tempat sepatutnya.. nampak selerak sikit terus kemas.. nampak kotor sikit terus lap.. nampak habuk sikit terus bersihkan.. yang ni sebenarnya paling susah.. nak jadikan rutin yang mana nampak terus buat.. tapi insyaAllah kalau biasa buat lama2 akan jadi mudah.. tapi perlukan kerjasama semua ahli keluarga la.. bila jadikan rutin ni, tak risau lagi kalau tetiba ada tetamu nak datang rumah!

So, rasanya cukup 2 tips mudah ni dulu.. nanti ada masa kita share lagi tips tentang mengemas rumah dan susun atur rumah ni yer.. 

Kalau rasa nak jenguk balik entry2 tentang tips penjagaan rumah ni, boleh click link di bawah yer.. 

TIPS HIASAN, SUSUN ATUR DAN MENGEMAS RUMAH

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah

Photobucket