Monday, July 18, 2011

Minggu Bahagia



Alhamdulillah.. minggu yg dinanti telah tiba.. cuma menunggu hari yg dinanti jer.. menanti dalam kebahagiaan.. semoga terus dikurniakan kesihatan yg baik untuk meraikan hari bahagia itu!!

5 days to go!!

P/S: no monday bluess sebab x sabar menanti hari bahagia.. lalalalalalala

Friday, July 15, 2011

Tips 8 "P" Untuk Bahagia

8 "P" 

1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. Apabila anda menghadiahkan sesuatu pada hari bermakna, pasangan akan merasakan anda sentiasa mengingati tarikh tersebut.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.


Ust. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau ayat ke-200.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.

P/S: semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi hidup kita..

Thursday, July 14, 2011

TaG - Encik aDieY


Aku telah ditag oleh Yana untuk jawab beberapa soalan tentang encik aDieY..


 so, jom kita tengok soalan2 cepu emas yg diberikan.. 
1.  He's sitting in front of the TV, what is on the screen?
Astro Nat Geo Wild Channel 550

2. You're out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
mayones, kismis & buah

3. What's one food he doesn't like?
nasi ayam

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?

nescafe o suam & mihun kungfu


5. Where did he go to high school?
Sekolah Menengah Agama Datuk Haji Ahmad Mustafa &
Sekolah Menengah Dato' Mansur


6. What size shoe does he wear?
size 8


7. If he was to collect anything, what would it be?
Jam tangan & kasut


8. What is his favorite type of sandwich?
tuna


9. What would this person eat every day if he could?
telur dadar & sambal sotong

10. What is his favorite cereal?
honey star

11. What would he never wear?
kemeja batik

12. What is his favorite sports team?
semua yg menang dia sokong.. hihihi

13. Who did he vote for?
undi adalah rahsia katanya..

14. Who is his best friend?
Zana (haruslah letak nama isteri kan)
Syahril & Cha 

15. What is something you do that he wishes you wouldn't do?
  window shopping & beli perkakas dapur warna pink

16. What is his heritage?
Melayu sejati Negeri Sembilan

17. What is his favourite colour?
  merah & biru

18. What is his habit?
basuh kereta lama2 & geletek isteri (ooopppsss)

19. What is he proud of?
bila ramai yg puji rumah & kereta dia bersih

20. Lastly, do you think he will read this?
dia akan baca cuma mungkin lambat cikit

Siap 20 soalan!!! ok, sekarang aku nak tag 3 orang ni.. yg kena tag WAJIB buat yer.. yg x kena tag digalakkan sanagt buat.. sekurang2nya ada jugak idea untuk update blog kan.. hihihi..


Akak2 ku tersayang, anda bertiga zana tag yer..

Kak Diana @ MAPPIAU
Kak Ida @ Puan Stoberi 
Kak Fiza @ Mrs Fiza

Yg kena tag, HARUS buat yer.. yg x kena tag, aku galakkan sangat buat.. sekurang2nya, ada jugak idea nak update blog kan.. hihihi..

Tuesday, July 12, 2011

Susu Anlene

Siapa pernah cuba minum susu Anlene? Kalau pernah, apa kata korang share cikit pengalaman tu dengan aku.. manalah tau pengalaman korang tu boleh membuatkan hati aku semakin berkobar2 untuk minum susu tu.. hihihi.. ke ada antara korang yg x suka minum susu?

Aku baru jugak cuba minum susu Anlene tu.. sebelum ni minum susu jenama lain.. tapi macam x best jer.. maybe x serasi dengan aku kot.. lain orang, lain cara penerimaan tubuhnya kan..

First cuba minum susu Anlene adalah lepas kahwin.. sebab nampak kat tv iklan Anlene yg mana isteri tu menari2 dengan suami  dia, lepas tu tiba2 isteri tu sakit pinggang.. then isteri tu minum Anlene, terus boleh menari macam gaya peserta dalam rancangan Mari Menari kat Astro tu.. oh, teruja aku!!! terus rasa nak feeling2 menari lepas tengok iklan tu.. hahahaha..

Semangat minum susu turut disokong oleh encik suami.. oh, ni mesti kes dia pun teruja tengok iklan tu kan.. hahaha..

Percubaan membeli susu Anlene berjaya.. percubaan minum susu Anlene hari2 gagal!! sebabnya, kadang2 terlupa la pulak nak minum.. tapi xdelah sampai kitaorang minum seminggu sekali.. sekurang2nya 2 hari sekali..

Tapi sejak beberapa minggu yg lalu, percubaan untuk minum susu Anlene hari2 telah berjaya!! cuma percubaan untuk minum 2 kali sehari tu masih belum berjaya dilaksanakan.. aku minum sehari sekali jer, waktu malam.. 

Nak tau kenapa aku berjaya untuk minum susu Anlene tu hari2? semuanya disebabkan dapat mug percuma bila beli susu Anlene.. 


Dapat mug percuma ni dengan pembelian susu Anlene.. bila dapat mug percuma ni, terus bersemangat nak minum susu hari2.. mungkinkah faktor gambar dekat mug tu yg membuatkan aku beria2 nak minum susu Anelene? mungkinkah sebab faktor ada penunjuk aras untuk letak susu Anlene tu? apa yg pasti hari2 aku beria2 nak minum susu Anlene tu..


Bila hari2 minum susu tu, rasa beberapa perubahan positif kat badan ni.. aku rasa yg bila aku buat keje berat or mengemas rumah ke, kurang la rasa sakit pinggang.. kalau dulu, lepas mengemas 1 rumah, rasa sakit la kat pinggang tu.. bila kat office pulak, aku cuba untuk duduk dengan postur badan/cara yg betul, yg duduk dengan keadaan badan tegak tu.. kalau dulu, sekejap jer dah rasa lenguh pinggang, now dah ok cikit.. yg aku perasan, lepas minum susu Anelene tu, masalah berkaitan 'pembuangan" pun dah x ada.. aku pun x tau apa kaitannya, tapi lepas minum susu tu, proses penghadaman tu nampaknya berjalan lancar la..

Yg pasti susu ni baik untuk tulang.. so x rugi kalau kita minum susu Anlene ni demi kesihatan kita semua.. kalau kita x rasa sepenuhnya perubahan pun, sekurang2nya kita mencuba untuk jaga kesihatan tulang kita kan.. siapa lagi nak sayang badan kita kalau bukan kita sendiri kan.. lagipun mungkin kita rasa tulang kita kuat sekarang, tapi akan datang kita x tau kan.. so jom jaga tulang demi kesihatan kita semua..


P/S: Tapi aku belum mampu untuk buat aksi macam gambar dekat mug tu.. hahahaha..