Thursday, March 31, 2011

Hari Terakhir Berkursus

Bangun pagi dengan senyuman lebar.. perasaan yg berbunga2.. lebih2 lagi bila dapat morning call dari encik suami.. wah, bahagianya!!!! (sorry entry over jiwang pulak)

Petang nanti akan jumpa encik suami setelah 3 hari berjauhan.. rindu!! sesekali berjauhan macam ni, teringat kenangan masa zaman bercinta dulu.. hihihi..


Tuesday, March 29, 2011

Kehabisan Stok

Semalam sempat menerjah ke Vincci Alamanda.. niat di hati nak beli handbag baru.. last week ada nampak handbag yg comel kat Vincci, so semalam bertekad nak pergi membeli handbag tu.. balik kerja terus ajak encik suami ke Alamanda..

Sampai Vincci terus hampa.. sebab handbag tu dah kehabisan stock!!!!!!!

Adoi, punah harapan.. baru nak feeling2 bawak handbag baru gie kursus tapi x ada stock la pulak.. oleh kerana encik suami tengok mulut isteri muncung ke depan, lalu dibelikannya kasut kat Vincci tu.. katanya 'xdapat handbag baru, kasut baru pun ok lah kan"..

Tapi part yg paling x bestnya, bila malam tadi tido termimpi2 handbag tu.. parah betul la aku ni!!

Monday, March 28, 2011

PJJ

Ingat lagi entry yg aku pernah buat tentang PJJ?? perhubungan jarak jauh.. bukan pengajian jarak jauh yer..

Perhubungan jarak jauh.. esok sekali lagi aku akan merasai pengalaman PJJ ni.. tapi kali ni perasaan risau melalui saat2 berjauhan dah kurang cikit.. maklumlah dah ada pengalaman sebelum ni..


Sekali lagi aku akan berkursus selama 3 hari di Melaka.. kursus bermula esok sehinggalah Khamis nanti.. sekali lagi encik suami akan ditinggalkan..demi tanggungjawab, terpaksalah berkorban kan..


First time berjauhan memang agak menyeksakan.. part paling nak menyeksakan bila nak tido.. pusing kanan, pusing kiri, pusing kanan balik tapi still x boleh lelap.. ingatkan aku sorang yg susah nak tido, rupanya encik suami pun susah nak tido.. hope kali ni xkan terjadi lagi la yer kes susah nak tido ni..

So segala persiapan encik suami untuk ke tmpt keje selama 3 hari nanti aku dah siapkan.. as usual, gerenti encik suami akan makan kat kedai la sebab mesti dia xde mood nak masak untuk diri dia sorang kan.. bab rumah pun x perlu dirisaukan sebab orang yg suka selerakkan rumah adalah orang yg pergi kursus.. hihihihi..

InsyaAllah aku akan cuba update blog macam biasa sepanjang 3 hari ni nanti guna phone aku k.. but x janji dapat blogwalking sepenuhnya kat blog korang semua.. insyaAllah ada masa terluang aku akan cuba blogwalking & drop comment kat blog korang k..

Keep blogging guys!!


Friday, March 25, 2011

Aktiviti di hari gaji


Semalam kan orang keje government dapat gaji.. so bila hari gaji tu macam2 la planning yg keluar kat kepala ni kan.. mulalah fikir nak beli tu, nak beli ni..

Semalam lepas balik kerja terus siap2 untuk keluar jalan.. xdelah jalan mana pun, pergi Jusco Cheras Selatan tu jer.. sajer cuci mata sambil cuci2 duit dalam purse cikit.. hihihi.. semalam x ramai orang sangat kat Jusco tu even tengah ada sale.. tapi aku yakin weekend ni mesti ramai orang x kiralah kat shopping complex mana pun..


Penat cuci mata & purse, encik suami ajak makan dekat Secret Recipe.. sajer la tu nak mintak dibelanja.. xpelah, next week turn aku pulak cuci purse dia.. hihihihi.. sharing is caring kan..



Masa nak balik, lalu depan The Mines.. tetiba nampak macam ada bazar kat situ.. ramai pulak orang kat situ.. terus encik suami berhenti.. rupanya bazar larut malam yer.. memang ramai orang, sampai pusing 3 kali nak cari parking..

Bazar ni baru start 1 Mac hari tu.. memang ramai orang.. tapi kebanyakan kedai kat situ jual baju.. ada jugak la yg jual barangan rumah, makanan, barangan peribadi.. sape bercadang nak pergi bazar ni, sila pergi pukul 10 malam ke atas sebab dah nama pun bazar larut malam kan, so diaorang bukak kedai lewat cikit la.. bazar ni berhadapan The Mines yer, senang jer nak cari..


Siapa lagi yg dapat gaji semalam sila angkat tangan tinggi2 cikit supaya senang aku nampak.. hihihi.. gurau jer.. apa aktiviti or planning korang pulak??

Thursday, March 24, 2011

Suka Fridge Magnet!!



Aku & encik suami ada hobi baru sejak 4 bulan yg lepas.. sebelum ni xminat pun nak buat benda ni.. hobi kumpul FRIDGE MAGNET (FM)!!! Memang kitaorang sekarang ni suka sangat kumpul fridge magnet ni..


Sebelum ni kitaorang x berapa minat nak kumpul FM ni.. siap kata macam semak jer letak FM banyak2 kat fridge tu.. tapi ntah dari mana aura suka tu datang pun aku & encik suami xtau.. mula2 cuma suka2 jer.. lama2 dah jadi macam hobi pulak..

FM aku x banyak lagi pun.. maklumlah baru 4 bulan suka dengan hobi ni kan.. bahagian atas fridge aku letak FM banyak berkonsepkan bunga & alam sekitar.. nampak macam poyo lak statement konsep tu kan.. hahaha.. siap konsep la konon.. padahal main susun jer tu.. kalau korang perasan, ada nota ecik disebalik FM tu.. tu schedule aku untuk aktiviti di rumah.. maklumlah pelupa so kena letak schedule baru boleh ingat hari tu nak buat apa.. hihihi..

Bahagian bawah fridge memang bahagian kesukaan aku!!!! sebabnya separuh dari koleksi tu adalah pemberian dari bos kat office aku.. so haruslah suka lebih bila ada orang yg sudi hadiah kita FM kan.. kesemua FM yg bos aku hadiahkn adalah koleksi dari luar negara.. lagilah suka!! sebab aku belum mampu nak pergi luar negara.. so x dapat pergi sana, dapat FM dari sana pun dah berganda2 suka!!!

Separuh lagi koleksi FM yg sempat kitaorang beli masa pergi bercuti dalam Malaysia.. koleksi ni yg paling sikit sekali.. tapi aku akan cuba pastikan koleksi ni akan bertambah dari masa ke semasa..


Yang aku paling suka FM Argentina tu.. gaya yg sungguh seksi!!! hihihi.. yg paling aku sayang pulak adalah FM New Zealand sebab bila keadaan gelap FM ni akan bercahaya.. cantik!!!

Bahagian tepi fridge aku buat konsep lebih santai.. kebanyakan FM adalah gambar cartoon.. bagi mood ceria2 cikit masa nak bukak fridge tu.. hihihi..

Sekarang ni pergi mana pun mesti cari FM.. nak penuhkan koleksi lagi.. walaupun baru 4 bulan dengan hobi ni, tapi aku dapat rasa aura hobi ni sangatlah best!! paling best bila encik suami pun beria2 beli FM & join aku susun FM ni.. mestilah tambah bersemangat kan bila yg tersayang pun ada hobi yg sama dengan kita..


Kalau ada sesiapa yg nak pergi bercuti ke, boleh la infom2 aku yer.. boleh jugak aku kirim2 FM ni kan.. nanti dapatlah aku tambah koleksi FM aku kat rumah ni..

So, siapa lagi yg suka kumpul FM ni atau ada koleksi FM?? Jom share cerita sama2!!


Wednesday, March 23, 2011

Ungu = Purple

Pagi2 ni aku terlebih rajin buat research.. research tentang warna kegemaran jer pun.. x kuasa la pulak aku nak buat research tentang politik ke, ekonomi ke..

Setiap orang ada warna kegemaran masing2 kan.. kadang2 sebab warna pun mood kita boleh berubah.. contohnya nampak warna hijau mood kita akan rasa tenang jer.. tapi depends jugak, kalau dah memang tengah panas baran, nampak hijau pun still panas lagi.. Hulk pun kalau marah bertukar jadi warna hijau..

Warna kesukaan aku purple @ ungu.. ni warna yg paling aku jatuh hati la.. suka jugak warna pink tapi warna purple tu mengatasi warna pink la..

Ni hasil research aku terhadap peminat warna purple..

1) campuran warna merah dan biru yg melambangkan sifat unik.. perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, peka dan berperasaan mendalam.. sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh dengan harapan dan positif..

2) seorang yg luar biasa.. dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu.. apa yg dikerjakan kamu adalah terbaik.. kamu pandai mengikuti perkembangan zaman.. dalam bercinta, hanya mereka yg kuat mental akan dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu..

3) seorang yg pemurah, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap..

4) purple is royalty.. a mysterious colour, purple is associated with both nobility and spirituality..

Ada yg kena dengan diri aku, ada yang x kena.. tapi x bermaksud aku suka purple semua barang aku nak beli warna purple kan.. kebanyakan barang peribadi aku warna pink.. kalau untuk hiasan dalaman rumah pulak aku suka warna merah..

Warna paling kurang mendapat tempat di hati aku adalah hijau & kuning.. seboleh2nya aku nak elak dari pakai baju warna hijau.. sebab dulu pernah baca artikel yg tulis tentang warna ni, katanya kalau pakai baju warna hijau akan nampakkan badan kita sedikit besar..

Terus rasa macam nak elakkan dari pakai baju warna hijau sebab x nampak besar.. tapi aku ni dah memang chubby kot so pakai baju warna apa pun akan nampak besar jugak.. hahahhaha.. kuning pulak sebab kulit aku x cerah so aku rasa kalau pakai warna kuning makin terserlah kegelapan aku ni.. hihihi..

Lain orang, lain kegemarannya kan.. korang pulak suka warna apa??

Tuesday, March 22, 2011

Ketagih


Mula ketagih ini..




Pantang jumpa, mesti nak beli.. bukan beli sepaket, tapi berpaket2.. xtau lah kenapa.. aura kesedapannya melampau2!! yg peliknya, dulu aku rasa chocolate ni biasa2 jer.. kadang2 xpandang pun chocolate ni.. mentang2 chocoloate ni murah..

Tapi kenapa sekarang kesedapannya luar biasa bila sampai kat dalam mulut aku ni???


Monday, March 21, 2011

Rumah Baru aDieyZa

Perasan x rumah baru aku??

Siapa yg perasan tu, dah tentu2 korang rajin masuk rumah aku ni kan.. ni yg buat aku makin sayang kat korang semua..

Ada sebab kenapa aku tukar rumah baru ni.. sebab utama adalah kerana ada seseorang yg baik hati telah menghadiahkan header yg cantik kepada aku!!!!

Haruslah melompat keriangan!!


Since ada header baru, so aku buat keputusan nak tukar la layout blog ni.. tapi x habis touch up lagi la.. maklumlah belum ada masa yg betul2 terluang.. so buat masa ni aku sempat buat mana nak yg mampu jer dulu.. tapi kira ok lah kot..



Cantik x header baru tu??? hadiah dari teman blogger,
Nadia.. Nadia ni jugak la yg hadiahkan watermark untuk aku.. wah, beruntungnya aku!!!

Nadia, xterkata happynya zana bila dapat semua ni.. thanks sangat2 dear.. zana terlalu hargainya..


First time ok ada header sendiri.. x kisah la orang nak kata ketinggalan ke apa.. janji sekarang aku ada header sendiri.. terasa semangat nak update blog selalu.. tu yg hari ni 3 entry terus keluar.. wah, semangat sangat kan..


Nanti ada masa nak touch up lagi blog ni.. bagi kemas cikit.. maklumlah, semangat blogging makin kuat kan.. so guys, keep blogging ok!!!


Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta


Sabtu hari tu cuaca mendung & hujan dari pagi.. so aktiviti luar rumah agak terbatas.. pagi mengemas rumah, tengahari memasak, lepas lunch mata haruslah mengantuk then tido kejap (mana x naik berat badan tu zana oiiiii)...

Tapi petang tu paksa diri untuk keluar jugak.. bosan jugak seharian duduk kat rumah.. nasib baik petang tu mendung jer so nak jalan pun best la kan.. sampai dekat Hot Air Ballon pukul 5 petang.. agak terkejut sebab jalan sesak sesangat.. ramai sangat orang waktu tu.. nasib baik senang dapat parking.. kata office depan tapak pesta jer kan, so mestilah tau selok belok nak cari parking dengan mudah.. wah, berlagak pulak ko yer zana..

Kebetulan sampai sana, penganjur tengah nak lepaskan hot air ballon.. masa sampai ni cat hot air ballon baru nak dilepaskan.. wah, teruja ko!!!


Punyalah ramai orang masa ni, sampai aku dah x nampak jalan.. padat, penuh, sesak!! dah macam iklan Milo padat maksimum la masa tu..

Dah la aku ni rendah kan so terjingkit2 aku nak tengok ballon ni dekat2.. akhirnya pasrah tengok ballon dari jauh.. sebabnya encik suami kesian tengok si isteri tersepit di tengah2 ketinggian orang lain.. hihihihi..




Banyak jugak kedai jualan.. tapi macam biasalah, setiap kali karnival mesti benda yg sama jugak dijualnya.. cuma yg lainnya kali ni, dari aku sampai tapak pesta tu sampailah nak balik, ramai orang bawak bola besar warna warni.. dari anak kecik sampailah bapak budak, ramai yg bawak bola besar ni..


Since kebanyakan kedai jualan lebih kurang sama, so x singgah mana2 kedai jualan pun.. lebih teruja tengok hot air ballon jer.. lepas tu berangan naik hot air ballon tu.. sebab apa berangan?? orang yg beratur nak beli tiket naik hot air ballon dah sama panjang dengan landasan keretapi!!


Nasi Goreng Mak

Assalamualaikum & selamat pagi semua.. hope hari ni semua ceria2 la yer..

Pagi ni mood ceria lebih cikit.. no monday bluess.. sebab bangun tido tadi bau nasi goreng kat dapur.. boleh macam tu??

Kisahnya, mak & abah memang ada kat rumah aku sejak semalam.. so pagi tadi mak sempat masakkan nasi goreng untuk aku.. bila bangun tido bau nasi goreng buatan mak sendiri, aura lapar menaik 200%.. hahahhahaha..

Selalunya, pagi aku just buat simple breakfast.. sebabnya aku masuk keje 7.30pagi kan, so agak kelam kabut jugak kalau everyday nak masak berat2 untuk breakfast.. encik suami pulak masuk keje pukul 9pagi & memang akan breakfast kat cafe office dia.. so aku just buat simple breakfast untuk alas perut be4 encik suami gie keje.. kalau over rajin barulah sempat nak masak berat2 untuk breakfast ( maaf sebab kena explain detail since nanti 'orang tu' kata aku memang malas buat breakfast pulak.. hahahahhaha)

Back to story, bila bangun tido dah bau nasi goreng, so mood automatik jadi ceria.. encik suami pun bangun 10 minit awal dari biasa sebab bau nasi goreng mak mertua dia.. hihihihi..

So bila bangun tido mood ceria, nak buat keje pun jadi happy.. so kalau kena marah dengan boss pun senyum jer lah.. apakah??

Tu lah penangan kasih sayang seorang mak kan... mampu buat hidup kita bahagia!!

p/s: aku nak settlekan keje yg pending dulu, then nanti aku akan buat entry tentang Hot Air Ballon Putrajaya k..

Friday, March 18, 2011

Apam Balik Nipis


Setelah sekian lama xmakan apam balik, semalam nampak orang jual apam balik terus rasa nak beli.. padahal masa tu dah kenyang sesangat.. tapi hati ni meronta2 nak beli apam balik..

Aku suka apam balik nipis.. bukan yg tebal macam biasa tu.. sebab kalau yg nipis tu kan rangup cikit.. memang layan la kan.. sambil taip entry ni pun aku dok terbayang jer apam balik semalam.. rasa macam nak beli lagi jer hari ni.. hihihihi

Xsempat tunggu sampai rumah, dalam kereta jugak aku belasah makan apam balik ni.. sedapppppppppppppppppppp....


Aku x pasti kenapa tiba2 aku rasa tersangat berselera dengan apam balik nipis tu.. maybe sebab dah lama x makan kot kan.. tapi memang aku makan dengan penuh berselera sampai encik suami buat muka pelik tengok isteri dia x pandang kiri kanan.. huhuhuhu

Maybe bila dah lama sangat x makan apam balik then sekali dapat tu yg aku selera sangat kot.. lepas tu dapat makan waktu petang.. yelah, macam tengahari memang layan nasi jer la kan tapi kalau makan nasi waktu petang kan kurang cikit feelnya.. korang faham x eh apa yg aku cuba jelaskan?? hihihi.. bahasa dah tunggang langgang sebab otak fikir apam balik nipis semalam..

Adakah hari ni aku akan ke Presint 9 lagi untuk beli apam balik nipis tu??? macam harus pergi jer.. takut termimipi2 lak.. hihihihi..


p/s: korang lak suka makan apa petang2 ni yer??


Senyum di pagi hari


Pagi2 ni jom kita layan gambar2 yg boleh buat kita senyum & gelak.. kalau pagi2 dah senyum & ceria, InsyaAllah sepanjang hari akan gembira hendaknya..










Credit to Zon Bebas


Thursday, March 17, 2011

3rd Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta

Hari ni bermulalah 3rd Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta 2011.. dari office aku ni dah boleh nampak meriahnya program ni.. awal2 pagi banyak hot air ballon yg dilepaskan.. macam2 bentuk.. tapi sekejap jer.. sekarang ni ada 4 hot air ballon jer yg dilepaskan.. tapi still nampak meriah!!

Macam2 bentuk hot air ballon ni.. tu yg buat nampak meriah & unik..

Hot air ballon fiesta ni akan berlangsung selama 4 hari bermula hari ni sampai hari Ahad nanti.. since buat masa cuti sekolah, so confirm ramai orang.. kalau nak beli tiket tu gerenti kena beratur panjang..

Sesiapa yg nak tau tentang aktiviti sepanjang 4 hari ni, boleh cuba tengok website khas hot air ballon fiesta ni sendiri.. tengok betul2 masa & tarikh untuk setiap program.. sebabnya ada masa tertentu untuk sesiapa yg nak naik hot air ballon ni.. jangan salah time ok..

p/s: sorry semalam dah x tahan sangat sampai boleh keluar entry marah2.. aku akan cuba elakkan daripada keluarkan entry marah2 macam tu lagi..