Thursday, May 31, 2012

Hadiah Chocolate Dari Officemate

2 hari berturut-turut aku dapat hadiah coklat.. suka!!


Hari Selasa dapat chocolate dari Japan.. officer yang pergi persidangan kat luar negara yang bagi.. katanya transit kat Japan, so belilah chocolate dari Japan..  dapat Selasa tapi sampai hari ni belum rasa lagi.. sebab sejak Selasa aku puasa, malam jer lepas buka dah lupa nak makan.. kalau aku puasa sampai encik adiey balik, jawabnya memang coklat ni aku makan dengan encik adiey la nanti.. hahaha.. dasar pelupa!



Semalam dapat chocolate Kinder Bueno.. officemate yang menjadi teman gaduh setiap hari yang bagi chocolate ni..  ni pun x makan lagi.. TQ yer encik teman gaduh! ni antara chocolate yang aku memang selalu beli.. yummy2!!! 

Ni mesti ada yang kata, "eleh, dapat coklat murah pun nak kecoh2..".. ni aku nak jawab, "hello, x kisah la murah ke mahal.. yg pntg orang tu ikhas bagi kat kita.. tangan yang menghulur tu lebih baik drpd tangan yg menerima.. jadi beruntunglah orang yg sudi memberi tu, bersedekah tu adalah antara amalan yg patut kita amalkan tanda kita sentiasa bersyukur.. kita yg menerima ni pun beruntung jugak sebab masih ada yg ingat kat kita.."

*Makin pelik sebab sekarang ni asyik la orang kata, kecoh la budak boolat tu.. semua nak update.. semua nak cerita.. saya x paksa kamu baca yer.. saya cerita ni pun suka2.. x perlu la nak susah2 hati kenapa semua benda saya nak cerita.. sebab yg ceritanya saya.. hihihi..*



Photobucket

Spontaneous Thursday - Rindu Itu Indah!

Perasaan rindu itu indah.. setiap detik kita merasai perasaan rindu, setiap detik jugalah hati kita merasai perasaan cinta yang mendalam..



Perasaan rindu itu indah.. setiap kali kita menyebut perkataan rindu, setiap kali itulah diri kita merasai pentingnya kehadiran insan tersayang di sisi...



Perasaan rindu itu indah.. setiap kali kita mengingati orang yg kita rindu, setiap kali itulah hati kita akan merasai nadi cinta..



Perasaan rindu itu indah.. setiap kali seseorang itu merindui  kita, setiap  kali itu jugalah jantung kita berdegup kencang merasai perasaan rindu itu..



Perasaan rindu itu indah.. setiap detik yang dilalui dengan perasaan rindu, setiap detik jugalah kehidupan kita menghargai makna sebenar kasih sayang..


RINDU ITU INDAH!! 


Wednesday, May 30, 2012

Cadar Baru Untuk Mood Pengantin Baru

Happy bila dah beli set cadar & comforter baru untuk sambut suami balik..

Kenapa beli cadar baru  pun nak kecoh2 dalam blog?? suka hati sayalah.. ini blog saya.. itu cadar saya.. hihihihi.. *tetiba perasaan sekarang ni macam nak menuju ke malam pertama lak.. hahahahaha.. gelak jahat!! *
 

Gambar masa bertunang.. motif letak gambar ni? sebab ada nampak sipi2 gambar katil & cadar masa bertunang.. hihihi

Siapa yang suka tukar2 cadar? sila angkat tangan?? kenapa perlu tukar cadar selalu?? sebab cadar yang baru & bersih dapat membantu untuk tidur yang lebih baik.. saya x adalah selalu beli set cadar & comforter baru.. 3 bulan sekali baru beli.. tu pun tunggu sale.. hihihi.. tapi mesti tukar cadar tiap2 minggu.. walaupun mak saya selalu cakap, "x kisah cadar baru ke x, asal baring jer ko dah lelap..".. hihihi.. 
 
Ye, saya & adik beradik semuanya adalah antara orang yang paling senang untuk tido.. x de bantal pun x kisah.. x de tilam empuk pun x kisah..kalau dah mengantuk, atas lantai pun boleh.. beralas tangan pun x kisah.. 
 
Tapi bila kami adik beradik senang tido, anak buah saya semuanya susah nak tido.. kena paksa baru nak tido.. adakah sebab mama diaorang asyik senang tido masa mengandungkan diaorang sampai bila diaorang lahir terus jadi susah tido?? 
 
Sekian cerita cadar dan tido dari saya.. *terasa sangat sopan pulak guna kata ganti nama "saya".. hihihi..
 
*cadar adalah bahasa pasar.. nama glamour adalah bedsheet.. hihihi..

Photobucket

WordLess Wednesday - Destop Background


My Lappy!


Gambar destop background untuk lappy/pc/hp korang pulak?

Kerja Awak, Saya Ingatkan.. Kalau Saya Tak Ada?


Saya stresssssssssssssss....

Kalau dah memang benda tu awak kena buat hari2, so pandai2lah buat yer.. tapi saya masih baik hati.. hari2 ingatkan awak supaya hantar keje awak kat saya.. nanti senang saya nak hantar kat HQ.. tapi, kalau dah hari2 saya ingatkan, tapi awak masih jugak buat2 lupa hantar keje tu dan kalau hantar pun dah lewat sangat, salah saya jugak ke??

Saya pergi exam, kursus atau cuti rehat.. jadi memang saya x masuk office.. walaupun internet kat rumah ada, tapi kalau tengah bercuti maka memang x dapat la nak ingatkan awak tentang keje awak tu.. tapi, pandai2lah awak hantar kat saya keje tu.. bila awak dah hantar, soal sama ada saya hantar ke HQ atau tak dah jadi masalah saya.. bukan masalah awak.. x kanlah bila saya x masuk office, saya nak kena ingatkan awak jugak?? baik saya x payah cuti! x payah pergi kursus! x payah pergi exam!

Hari2 nak kena layan bak puteri & putera raja.. tapi saya x kisah.. sebab saya ingatkan awak tentang keje tu pun demi nak jaga imej Bahagian.. lagipun dah jadi keje saya untuk hantar keje awak ke HQ.. walaupun keje mengingatkan tu x termasuk pun dalam keje saya, saya tetap buat.. sebabnya kalau x ingatkan, memang lagilah awak x buat kan? so janganlah terlalu manja sampaikan masa yang saya x ada kat office pun berharap saya akan ingatkan.. kalau gitu, susahlah kan.. tolak ansur cikit boleh kan? 

*awak tu bukan seorang.. tapi beberapa orang.. walaupun diaorang x baca entry ni, tapi tetap nak luah jugak..*

*adat junior officer.. adat bekerja.. jadi terimalah dengan redha.. tapi kesian sebab blog menjadi mangsa..*



Photobucket

Tuesday, May 29, 2012

Jadual - Respect Pada Yang Bergelar Ibu


Sekarang ni makin rasa ketinggalan zaman la.. banyak rancangan kat TV yang aku x tengok.. x kisah la channel x berbayar atau yang berbayar..

Dah 2 minggu x tengok cerita super spontan, mentor 6, bunga2 syurga.. kalau cerita drama pukul 7 pun x pernah layan sekarang.. kalau orang cerita tentang drama terbaru semuanya aku macam blurrrrr... 

Balik rumah selalunya terus  sediakan makan malam.. encik adiey dah buat budaya makan sebelum pukul 7.. makan malam pun simple2 jer.. nasi just sekali dua jer.. yang lain, ikut selera encik adiey hari tu.. hihihi.. so bila sebelum pukul 7 nak makan, maka memang masa tu macam laju jer bergerak.. sampai rumah terus solat, bersilat kat dapur, mandi & makan.. tapi ada gak bagusnya, dah macam persediaan sebelum berpuasa kan..

Lepas Maghrib dah sibuk mengemas rumah pulak.. walaupun duduk berdua, rumah tu ada jer yang seleraknya.. habuk x payah cakap.. ada pembinaan depan rumah ni, so hari2 berhabuk jer.. tension gak... tu yang betul2 segan bila ada member yang datang mengejut ke rumah.. macam 2 minggu lepas, tau2 jer geng TTC nak tumpang solat kat rumah.. masa tu tebalkan jer muka bawak diaorang masuk rumah.. dah la sebelum jumpa diaorang x mengemas rumah.. pasrah jer la.. huhuhu..


Settle mengemas, membasuh & melipat baju dah pukul 9 lebih.. nak iron baju untuk esoknya pulak.. lepas tu baru solat Isya'.. lepas dah solat tu mata ni asyiklah mengantuk.. nak blogwalking pun x bermaya.. nak draf entry pun x berapa nak ada mood.. terus zzzzzzzzzzzz...

Sebab tu aku respect habis dengan orang yang ada anak terutamanya anak kecik.. dengan nak urus anak, urus suami & urus rumah, memang supermak betul kan.. tu belum masuk yang ada buat business sampingan.. lagilah sibuk kan.. tapi diaorang masih sempat lagi nak uruskan semua.. aku yang belum ada rezeki ada anak pun dah lintang pukang.. hihihi.. so tahniah pada semua para ibu yer sebab mampu uruskan lebih banyak perkara daripada saya yang belum ada anak ni.. hihihi

Nota Cinta: jadual korang sebagai waita bekerjaya macam mana pulak? ke aku sorang jer yang poyo lintang pukang padahal orang lain relaks jer.. over betul zana ni.. huhuhu..


Photobucket

Nasihat Dari Rakan Blogger - Pendam Rindu & Baju Pengubat Rindu


*Hari ke 5 melalui pengalaman yang membuatkan aku lebih menghargai kehadiran insan tersayang dalam hidup.. semoga kembalinya suami di sisi mengukuhkan lagi hubungan kami suami isteri..*


Masa weekend hari tu, x berapa terasa sangat berjauhan.. maybe sebab kat kampung.. dikelilingi keluarga, anak buah & saudara mara.. bila balik Putrajaya hari Ahad hari tu, mula terasa lain.. nasib baik anak buah sulung aku stay kat rumah aku sepanjang tempoh encik adiey x ada.. adalah jugak peneman tido kat sebelah.. hihihi.. dasar penakut punya mak cu ni, anak buah pulak lagi berani.. nyampah!

Setiap kali encik adiey call, rasa macam berdebar2 lak.. hihihi.. kelakar sungguh perasaan tu.. macam mula2 nak bercinta dulu.. jantung berdegup kencang setiap kali sang kekasih menelefon... oh, tiba2 terasa diri terlalu muda remaja.. huhuhu..

Setakat ni aku masih stabil.. *dah macam pesakit lak nak bagitau stabil ke atau kritikal.. poyo ok puan zana!*.. kesihatan masih baik, emosi pun tenang.. encik adiey pun bagitau dia sihat.. beberapa jemaah lain dah mula demam.. harap encik adiey dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang dia kat sana.. insyaAllah..

Klau ikut nasihat seorang kakak blogger yang agak rapat dengan aku, Kak Ann, dia nasihatkan aku supaya x rindu lebih2 kat encik adiey..  takut terganggu ibadah dia kat sana.. 

So nak pendam rindu tu, aku cuba elak dari terlalu fikirkan dia.. memanglah sentiasa ingat, tapi ingat biasa2 jer.. x nak lah ingat sampai menangis2.. lagipun nampak benor over kalau asyik menangis.. macamlah aku sorang jer yang berjauhan dengan suami kan?? aku pun x sms dia melainkan dia sms aku.. setiap kali dia telefon, aku buat suara ceria sebab x nak bagi dia risau.. berkesan gak cara tu.. dia happy, aku pun happy..   

Bila kat rumah asyik la pakai baju yang ada bau encik adiey.. sebelum dia pergi hari tu, 5 hari dia tido pakai baju yang sama.. hahahaha.. *dapat bayangkan x betapa baju tu melekat kuat dengan bau encik suami.. hihihi...* tu semua sebab petua orang lama2 lah.. bagitau supaya tinggalkan baju yang ada bau orang yang berjauhan dengan kita sebagai pengubat rindu.. member aku & merangkap seorang blogger jugak, Cik Pidah Laser pun bising2 suruh aku amalkan petua ni.. hihihi.. 

Eh, tapi memang best aku tido dengan baju tu tau.. terasa dekat jer dengan encik adiey.. *tapi rasanya masuk seminggu baju tu dah bau aku pulak, hilang bau encik adiey.. hahahaha.. over betul puan zana ni tau!!*


Nota Cinta: 

- sorry kalau asyik cerita tentang encik adiey.. harap x adalah yang menyampah asyik aku dok ulang cerita ni jer.. nanti aku selang selikan dengan cerita lain k.. 

- nak transfer gambar asyik lupa jer.. so kalau ada cerita bergambar, adalah.. kalau x ada, baca jer lah karangan budak booolat ni yer..




Photobucket

Monday, May 28, 2012

Tetamu Allah - Syukur Alhamdulillah Kerana Rezeki Itu




Assalamualaikum..

Salam pagi Isnin yang ceria.. semoga hari ni lebih baik daripada hari semalam.. hari ni masuk hari ke 4 berjauhan dengan suami tersayang.. setakat ni perasaan masih tenang, cuma sesekali perasaan sayu tu hadir.. perasaan rindu? haruslah sentiasa ada.. tapi dipendam jauh dalam sudut hati.. 

Untuk yang belum tau ke mana encik adiey pergi, maaf kerana lewat menceritakannya.. bukan sengaja, tapi keadaan belum mengizinkan.. 

Syukur Alhamdulillah kerana Allah telah menjemput encik adiey sebagai tetamu ke rumah-Nya.. encik adiey telah pergi menunaikan umrah pada hari Jumaat, 25 April 2012..

Ayah encik adiey merupakan ketua rombongan bagi membantu jemaah yang ingin mengerjakan umrah.. jadi kali ni, ayah dia beria mengajak encik adiey untuk ke sana.. tapi berita tu hanya disampaikan sebulan sebelum tarikh berangkat.. 

Berita yang hanya diketahui sebulan sebelum tarikh berangkat menyebabkan perasaan kitaorang bercampur aduk.. memang gembira, dalam masa yang sama masih terkejut.. namun kitaorang panjatkan kesyukuran yang tak berbelah bahagi di atas rezeki yang dikurniakan-Nya..

Sememangnya kalau ikut perancangan sejak berkahwin, kitaorang memang nak pergi ke sana bersama.. namun, belum rezeki aku untuk ke sana sebagai tetamu-Nya.. memang ada beberapa sebab yang menyebabkan aku tak dapat nak ikut encik adiey kali ni, tapi biarlah aku simpulkan bahawa semuanya sudah ditentukan Allah.. Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kami suami isteri.. insyaAllah..

Semalam hati ni makin sebak & sayu.. makin ramai pulak yang bertanya kenapa aku tak ikut encik adiey sekali? sayu kerana suami jauh di sisi, sedaya upaya nak elakkan perasaan rindu yang melampau kerana takut menjejaskan perasaan dia di sana.. tapi bila soalan tu diajukan, aku jadi sedih.. 





Siapalah yang tak nak ke rumah Allah? apatah lagi mengerjakan ibadah Umrah bersama yang tersayang.. isteri mana yang tidak mendambakan untuk bersama suami tersayang memohon hajat bersama di hadapan Kaabah?

Tapi, jika tertulis belum rezeki-Nya untuk kita ke sana, kita kena redha & faham ketentuan tersebut.. jika kita ada wang ringgit sekalipun, kalau belum tertulis rezeki kita untuk ke sana, kita x ke sana juga.. semuanya rezeki ketentuan daripada Allah..

Mungkin ada yang terguris hatinya bila aku buat kenyataan kat atas ni.. tapi, aku nak tekankan bahawa pergi menunaikan umrah tersebut bukanlah seperti kita pergi bercuti.. kalau bercuti, sememangnya pelik jika suami pergi bercuti meninggalkan isteri.. tapi, ini soal menunaikan ibadah sebagai tetamu Allah.. Allah dah menetapkan siapa yang bakal menjadi tetamu-Nya.. kita hanya berusaha & berdoa agar ada peluang untuk kita merasa menjadi tetamu-Nya untuk beribadah di sana.. insyaAllah..

Aku doakan agar ada rezeki untuk kita semua ke sana satu hari nanti.. aku jugak berharap akan ada rezeki dari-Nya untuk aku menjejakkan kaki ke sana, dan berharap kali itu aku pergi bersama suami yang mampu membimbing aku dengan lebih baik untuk beribadah di sana kerana pengalamannya kali ni..

Di kesempatan ni, aku nak minta jasa baik semua agar mendoakan agar encik adiey diberikan kesihatan yang baik, selamat menunaikan umrah dengan tenang & agar dia selamat pulang ke sisi keluarga hendaknya.. hanya Allah yang mampu membalas jasa baik korang dengan titipan doa tersebut buat encik adiey.. semoga Allah memurahkan rezeki & merahmati kehidupan korang hendaknya.. insyaAllah..


Thursday, May 24, 2012

Esok Harinya.......


Esok harinya... 

Hampir sebulan menanti.. hati berdebar2 memikirkan perasaan ditinggalkan suami tercinta..  walaupun cuma 2 minggu, tetapi hati ni terlalu sedih.. maklumlah, kali pertama berjauhan untuk tempoh masa yang lama.. sebelum ni paling lama 2 malam jer.. ni 14 malam tanpa encik suami di sisi.. perasaan?? biarlah disimpan di dalam hati..

Minggu ni sedaya upaya menghabiskan sepenuh masa di rumah bersama suami.. tiada entry baru di blog.. tiada blogwalking.. on9 pun sekadar 5-10minit.. selebihnya, bergurau senda bersama yang tersayang.. hari2 yang dilalui terasa begitu indah... semoga perasaan indah itu akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat kami.. insyaAllah..



Semoga encik adiey selamat pergi dan pulang hendaknya.. semoga dia dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang berjauhan ini.. hati isteri mana yang tak risau setiap kali memikirkan suami menguruskan diri sendiri.. selalunya semuanya disediakan.. bila dia pergi seorang tanpa kita di sisinya, perasaan risau itu selalu hadir.. semoga segalanya dipermudahkan Allah..

InsyaAllah, cerita penuh tentang pemergian encik suami ke destinasi itu akan diupdate hujung minggu nanti.. doakan agar semuanya berjalan lancar yer.. 

Photobucket

Monday, May 21, 2012

Gara2 5S.. Blog menjadi mangsa...

Musim 5S dah tiba!! jadi haruslah letak gambar baru kat sudut 5S kan.. suka dengan gambar baru ni sebab lebih ceria.. muka kena ceria walaupun keje 5S tu langsung x menceriakan hidup aku.. hihihi..


Sebab 5S ni lah aku dah x ada banyak masa dengan blog.. huhuhu.. serius rasa kesian kat blog ni.. bulan ni entry kosong jer aku dapat sajikan.. lagi teruk bila x update setiap hari..

Hope bulan 6 ni dapat update blog dengan rancaknya.. nak kembali aktif dalam dunia blogging.. *jgn tinggal angan2 jer sudah la yer puan zana.. huhuhu..

Nota Cinta: menghitung hari sebelum Jumaat..

Photobucket

Friday, May 18, 2012

Jumaat Ini & Jumaat Depan


Pada hari yang sama minggu depan, pada waktu yang lebih kurang sama pada minggu depan, aku akan dapat melalui satu pengalaman baru.. pengalaman yang mengajar aku untuk lebih berdikari apabila berjauhan dengan yang tersayang..

Anggap perpisahan sementara ini sebagai pengalaman sekiranya perpisahan yang abadi terjadi.. sesungguhnya ajal maut itu di tangan Allah.. sesungguhnya juga insan yang tersayang itu hanyalah pinjaman sementara buat kita.. *tetiba rasa betapa kita perlu menghargai setiap masa yang ada bersama insan tersayang..


Dengan penuh harapan agar dengan berjauhan sementara ini akan menyusul beberapa berita2 gembira buat kami.. semoga berjauhan sementara ini akan membawa lebih banyak kebaikan dan kegembiraan buat kami sekeluarga.. InsyaAllah..

Nota Cinta: dah mula tolong encik adiey packing2 barang.. hope semuanya berjalan lancar..

Thursday, May 17, 2012

Anak Buah Perempuan - Teruja Lebih!



 Seronoknya bila memangku si kecil.. bertambah seronok bila dapat cium bau si kecil tu.. masa tengok anak buah baru ni, berat sungguh hati nak balik Putrajaya.. rasa nak stay kat kampung jer.. hari2 boleh cium si kecil tu.. over kan mak cik sorang ni?? hihihi




Perasaan teruja sangat bila dapat anak buah perempuan.. sebab dah lama sangat berharap nak dapat anak buah perempuan kan..




Perangai Alya jauh beza dengan abang dia, Aqil.. 

- Aqil x suka panas, Alya pulak x suka sejuk.. 
- Aqil x suka tido bergelap, Alya pulak suka tido bergelap.. 
- Aqil senang tido dengan keadaan sunyi, Alya pulak senang tido dengan keadaan bising..

Walaupun perangai lain2, tapi Aqil tetap pandai jaga Alya.. sejak dapat adik, terus dia stop menyusu.. terus dia pandai buat macam2 perkara sendiri.. perubahan yang positif! good job Aqil!!

Nota Cinta: Masa tengok Alya tu, ramai tetamu yang tanya bila aku pulak nak dapat anak sendiri? aku just senyum sebab x nak rosakkan mood yang sedang bergembira dapat anak buah baru.. hanya aku mintak diaorang tolong doakan untuk aku jer.. :)


Photobucket

Spontaneous Thursday - Husband & Wife





You don't marry someone you can live with, you marry the person who you cannot live without.


Tuesday, May 15, 2012

Gathering Bersama Rakan Blogger



Gathering bersama rakan blogger.. kisah penuh akan diupdate kemudian kerana tuan blog sedang menumpukan perhatian pada kerja2 di atas meja sebelum menghadapi minggu yang super duper sibuk + sedih + mencabar minggu hadapan... serius takut nak melalui hari2 di minggu hadapan.. semoga hati ini terus kuat!! chaiyok2 zana!!!
Photobucket

Pengaruh Warna Setiap Hari

Last week hadir kursus yang sangat menarik.. so ada beberapa ilmu baru yang aku dapat & nak kongsikan bersama..

Tentang warna pakaian yang sesuai dipakai mengikut hari..




Hari Isnin - merah atau warna2 yang terang (membuatkan kita lebih semangat)

Hari Selasa - kuning (membuatkan kita lebih yakin)

Hari Rabu - coklat atau kelabu (melambangkan kebijakan dan kecerdasan)

Hari Khamis - biru atau ungu (melambangkan hari yang penuh kasih sayang)

Hari Jumaat - putih atau hijau (melambangkan kesucian hati dan ketenangan diri)


So dengan yakinnya, hari ni aku pakai baju yang ada unsur kuning.. nak pakai yang serba kuning x berani sebab nanti nampak macam kerabat diraja pulak... hihihihi.. *yang sebenarnya aku x suka warna kuning sebab bila pakai nampak aku makin gelap.. so terus x suka.. hihihi..

Nota Cinta: Warna baju korang hari ni?

Photobucket

Monday, May 14, 2012

Shopping Kain Pasang - Hasil dari Nuffnang


Akhirnya dah berjaya menggunakan sebahagian duit Nuffnang yang diterima.. bulan lepas dapat cheque dari Nuffnang, then terus cari idea nak guna duit tu untuk apa.. kononnya nak beli sesuatu yang boleh digunakan..

Masa tengah belek2 website online shopping, nampak promosi kain pasang kat FB Yatie Lavender Shop - http://www.facebook.com/yatielavender.shop.. 

Gambar daripada FB Yatie Lavender Shop

Since kain pasang tu nampak cantik, terus jer beli guna duit yang dapat dari Nuffnang.. hujung bulan ni baru nak hantar kain pasang tu ke tailor.. x decide lagi nak pakai baju tu untuk raya puasa atau raya haji.. *puasa pun belum, dah fikir raya haji?? gilerrr!

Suka sangat berurusan dengan Kak Yatie dari Yatie Lavender Shop ni - http://www.facebook.com/yatielavender.shop.. message kat FB tengahari, buat bayaran keesokan harinya then 2 hari kemudian kain tu dah sampai kat office.. memang pantas.. so kalau ada yang masih tercari2 website online shopping yang menjual kain pasang, mungkin boleh cuci mata dekat FB Yatie Lavender Shop.. service adalah terbaik! 

Ada lagi balance duit dari Nuffnang tu, so nanti nak beli tudung yang sesuai dipakai dengan baju tu nanti.. yang tu kemudian2 la yer.. sebab tunggu kain tu dah siap jadi baju baru fikir tentang tudung.. huhuhu



So terima kasih kepada kamu semua yang sudi singgah blog yang x seberapa ni.. dengan hasil kunjungan anda, saya mampu memiliki sepasang baju yang cantik *(pada aku cantik, tapi x tau bagi korang cantik ke x..hihihi).. kerana kunjungan anda semua saya mampu bergaya dengan baju merah menyala di hari raya nanti.. terima kasih semua!! * dah macam ayat artis menang award pulak.. hahahha..

Nota cinta: warna baju tu sesuai dengan saya sebagai Mak Ngah.. MERAHNYA MAK NGAH!!!!!

Photobucket

Hari Ibu - Doa, Impian & Harapan

Semalam merupakan sambutan Hari Ibu.. setiap hari adalah Hari Ibu.. jadi bukanlah bermakna Hari Ibu itu perlu disambut hanya sekali setahun..

Tatkala melihat ucapan demi ucapan Selamat Hari Ibu diterima di kalangan kawan2, jauh di sudut hati terasa pilu.. namun, segera dijauhkan perasaan pilu tu supaya hati x terus merintih sedih.. dengan adanya suami di sisi, perasaan pilu segera dibuang jauh.. aku yakin, pasti Allah sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk kami suami isteri..

Untuk rakan blogger yang bergelar ibu,emak,mama,ummi,mummy atau apa sahaja gelarannya, Selamat Hari Ibu.. semoga kamu semua terus menjadi ibu yang terbaik & semoga Allah melindungi kamu semua..

Untuk rakan blogger yang masih menanti untuk bergelar ibu, semoga ada rezeki untuk kamu mempunyai zuriat sendiri.. semoga ucapan Selamat Hari Ibu itu akan kamu dengari dari mulut suami & anak2 kamu satu hari nanti.. insyaAllah..

Untuk diri sendiri, kuatkan semangat kamu Zana.. yakinlah bahawa Allah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kamu.. percayalah bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. janganlah bersedih kerana Allah sedang menguji kamu..



Nota Cinta: semoga ada rezeki untuk aku menyambut Hari Ibu untuk diri aku sendiri.. insyaAllah..

Thursday, May 10, 2012

Persiapan demi persiapan....



Rindu nak celoteh panjang kat sini.. waktu kerja memang x sempat sebab banyak keje.. sejak semalam sampai esok ada kursus.. nasib baik penceramah best!! asyik gelak jer..

Bila balik kerja, semangat nak update blog & blogwalking.. tapi banyak urusan untuk bantu encik adiey sebelum dia berangkat jauh hujung bulan nanti.. sebagai isteri, memang banyak bantuan moral, fizikal & mental perlu aku lakukan demi memastikan encik adiey dapat pergi dengan tenang & sempurna.. insyaAllah.. 

InsyaAllah hujung minggu nanti aku akan cuba jenguk blog korang yer.. take care guys!


Photobucket

Tuesday, May 8, 2012

Entry atau Status FB?


Tiada entry baru kerana tuan blog ada banyak urusan kerja serta peribadi yang perlu diselesaikan segera.. harap maaf..

*pendeknya entry ni.. dah macam buat status kat FB pulak.. hihihi
Photobucket

Monday, May 7, 2012

Celoteh Menantu Di Pagi Isnin

Selamat pagi semua..

Hari ni maybe x dapat nak update panjang2.. kesihatan agak kurang baik.. Jumaat lepas tiba2 jer demam.. mula rasa menggigil dekat office lepas lunch hour.. merana gak la nak tunggu waktu balik 4.30 petang tu.. masuk jer dalam kereta waktu balik tu, terus tido.. encik adiey punyalah pecut supaya sampai awal kat kampung.. 

Turun jer kereta, x sempat cakap apa, mak mertua dah tanya aku demam ke? maybe dia tau aku x sihat sebab selalunya turun jer kereta terus aku panggil dia.. ni aku diam jer sebab dah x larat sangat2.. masuk rumah, mak terus bentang tilam kat ruang tamu.. aku x sempat tukar baju terus baring kat situ.. serius punya x senonoh perangai menantu yang sorang ni.. dengan baju kurung, make up x sempat cuci terus baring.. tapi masa tu memang dah x tahan sesangat.. mak selimutkan aku dengan 2 helai toto tapi aku masih sejuk.. bila mak pakaikan stokin pun aku still rasa sejuk.. 

Lama gak mak urut2 badan, kepala dan kaki aku.. sambil sapu2 vicks sebab aku dah mula nak selsema.. sambil tu mak baca jugak doa.. masa mak baca doa tu, mengalir air mata.. terharu kerana dijaga dengan begitu baik.. mak duduk jer kat sebelah aku sampai pukul 10malam.. sampaikan mak terbaring & terlelap kat sebelah aku sambil tangan memeluk erat badan aku.. serius terharu buat sekian kalinya..

Tersedar pukul 10 lebih, perut rasa lapar.. walaupun demam still rasa nak makan.. dasar budak booolat.. huhuhuhu.. lepas makan malam, makan ubat terus rasa nak baring & tido lagi.. teruk kan?? bangun hanya untuk makan.. nampak sangat perangai x senonoh tu.. huhuhu..

Malam tu encik adiey pulak yang ambik turn jaga aku.. tapi kesian gak la kat dia, sebab dia panas tapi x boleh on suis kipas since aku dah kesejukan.. bila dah dapat dijaga dengan begitu baik sekali, makanya esok tu badan dah x panas sangat.. tinggal sakit2 badan jer.. nasib baik cepat sembuh sebab petangnya tu aku nak balik rumah kakak aku yang baru bersalin tu.. nak gie gomol2 baby Alya, so kalau demam memang x dapat la nak manja2 dengan dia.. nanti takut berjangkit lak.. nanti aku update cerita & gambar baby Alya yer..





Oh, maybe ada yang kata, eleh kena jaga dengan mak mertua macam tu pun nak kecoh ker? eh, ni bukan soal kecoh tapi soal menghargai.. sebab wanita tu adalah mak mertua kita.. wanita yang melahirkan dan membesarkan suami kita.. bila wanita tu menjaga kita sehabis baik macam tu, haruslah hati ni terharu.. wanita yang bukan melahirkan kita, bukan menyusukan kita dan bukan membesar kita tapi sanggup menjaga kita di waktu kita merasai kesakitan.. betapa indahnya perasaan tu.. setuju x?

*eh, bukan kata x nak update panjang2 ke? ni dah panjang ni... huhuhu..

Nota Cinta: just demam biasa, bukan sebarang "petanda" kerana bendera Jepun sedang berkibar dengan gembiranya.. hihihi...
Photobucket

Friday, May 4, 2012

Cerita kosong di hari Jumaat....



Lambat update blog hari ni.. selalunya dah siap2 buat schedule entry.. tapi malam tadi x sempat nak update entry baru..  kebelakangan ni, aku asyik rasa mengantuk jer.. pukul 9 malam dah rasa mengantuk sesangat.. so sekarang ni memang tido awal.. hari2 mintak maaf berkali2 dengan encik adiey sebab aku asyik tido awal.. kesian dia tengok tv sorang2.. hihihihi..

Petang ni nak balik kampung.. nak jumpa anak buah baru.. x sabar sangat2.. cium baby yang baru lahir tersangatlah nikmatnya kan.. perasaan yang cukup indah.. tengok jer muka baby rasa hilang segala penat lelah.. 

Sejak dapat anak buah perempuan yang ke 3 ni, anak buah perempuan yang sulung dah mula merajuk.. katanya kasih sayang aku dah lebih pada baby Alya.. hihihi.. bagi aku sama jer kasih sayang tu, cuma bila dah lama mengidam nak dapat anak buah perempuan, so bila dapat memang teruja lebih.. lagipun, anak buah perempuan aku yang sulung dah masuk 15 tahun, nak gomol2 pun dah x syok.. hahahaha.. sekarang ni anak buah sulung tu dah jadi teman gaduh jer.. huhuhu

So sorry pada blog kesayangan kerana tuan kamu seakan2 meminggirkan kamu sejak kebelakangan ni.. terlalu banyak masa dihabiskan bersama keluarga tersayang.. lebih2 lagi, x lama lagi nak berjauhan sebentar dengan encik adiey.. so masa untuk blog pun makin berkurangan.. 

Selamat bercuti semua!!

Photobucket

Thursday, May 3, 2012

Spontaneous Thursday - Confident





Nota Cinta: jangan terlalu memikirkan apa yang orang perkatakan tentang kita..