Thursday, July 5, 2012

Happy Birthday My Girl

Hari ini merupakan antara hari yang bahagia buat aku sekeluarga.. hari ini merupakan ulangtahun kelahiran anak buah sulung aku.. genap 15 tahun umur anak dara aku tu..


Beza umur aku dan dia 11 tahun.. menjadi mak cik yang paling rapat buat diri dia menjadikan aku terlalu sayang dengan dia.. 

Kalau dia buat perangai, akulah orang pertama yang dicari oleh Kak Long.. kononnya, aku mampu untuk nasihatkan dia & dia juga mampu menerima nasihat aku.. aku jugak senang nak korek rahsia dia.. maybe sebab aku selalu cakap kat dia, anggap aku macam kawan dia.. sebab tu dia selesa nak kongsi masalah dengan aku.. 

Jiwa remaja! biasalah kan?? so, daripada dia meluahkan pada kawan2 sebaya yang belum tentu menasihatkan dengan cara yang betul, biarlah aku yang menasihatkan dia.. 

Kuat merajuk! Suka pink! itu adalah perangai yang diwarisi dari aku.. semua orang x dapat nafikan bahawa aku bawak pengaruh yang cukup besar buat diri dia.. dan aku akui perkara tu.. sekurang-kurangnya, aku masih memiliki zana junior! 

Ternyata, kerana hubungan rapat itu, aku selalu menangis setiap kali melihat kejayaannya.. aku juga selalu menangis setiap kali melihat kesedihannya.. ternyata, dia terlalu istimewa di hati ini..


Intan Farhana, sesungguhnya kehadiran kamu dalam keluarga terlalu berharga.. menjadi anak sulung & cucu sulung dalam keluarga sememangnya menjadikan kamu terlalu istimewa sayang.. ketahuilah bahawa kamu sentiasa menjadi INTAN di mata kami semua.. 

Acu luv u so much sayang!!

12 comments:

  1. aunty zana dh tua yer.. kihkih.. xpe still comey lah :)

    ReplyDelete
  2. hehhee
    yahooooo dah tua dah
    hehe
    but stay comel kan

    ReplyDelete
  3. zana okey lagi...anak buah noora yang sulung umur 20tahun...hohoho...tp memang suka tiru maksu dia...grrrr...hehehe=)

    ReplyDelete
  4. nmpk matured anak dara sorang nie..;D

    ReplyDelete
  5. hepi bufday wseet gurl
    anak menakan lagik tinggi ni
    dah besaq ekk
    ai ni pun dah lama x jmpa anak buah sendiri
    nak blk ukur tinggi nanti hahaha...sure theyols pun dah tinggi ni
    uols nmpk mcm sebaya taw

    ReplyDelete
  6. Cucu sulung perempuan biasa memang rapat dgn mak usu dia... sebab mak usu tak ada adik secara tak langsung rasa macam adik.

    Tinggi betul ye dia Zana...

    ReplyDelete
  7. waa dah macam adik beradik da ek zana..

    ReplyDelete
  8. happy birhtday sayang...waahhh dah mcm adik beradik dah nih!

    ReplyDelete
  9. anak dara sulung sya dah umur 21 tahun tau...

    happy birthday to her

    ReplyDelete
  10. eh, mana acu mana intan ni..?? hihi

    ReplyDelete
  11. 15tahun umur dia? Sebaya arwah adik ida ..

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..