Blog ni memang tak banyak entry resepi.. Tapi entry jalan-jalan cari makan (JJCM) banyak jugaklah.. Maklumlah tuan blog bukanlah teror sangat nak memasak ni.. Masa mula2 kahwin tu memang banyak google jer bila blur nak masak apa.. Lebih2 lagi kalau bulan puasa, memang google tu jadi teman setia nak cari resepi.. Hehehehe.. nasib baiklah masa nak masak cempedak goreng rangup aku tak google resepi kalau tak memang kena bahan la sampai ke tua.. hehehe
Cempedak goreng kesukaan kami sekeluarga!
RESEPI GOOGLE
Cakap pasal resepi ni sebenarnya kita boleh cari dekat google atau tanya dengan mereka yang teror dan selalu masak ni.. Kalau dekat google tu, cari resepi yang mudah nak dapat barangnya.. Yang penting ramuan utama ada.. Contoh kalau nak masak Ikan Siakap Stim Lemon tapi lemon tak ada, boleh ganti dengan limau kasturi atau asam boi.. Kena cari alternatif dan pelbagaikan resepi ikut selera kita..
3 SUMBER, 3 RASA
Kadang tu kalau search resepi kita cuba search lebih daripada 3 sumber berbeza.. Contohnya cari 3 orang blogger yang ada share resepi yang masakan yang sama.. Daripada situ kita boleh agak mana bahan yang penting dan mana bahan yang sampingan sahaja.. Bila ada sumber berbeza, kita akan dapat lebih banyak ilmu tentang resepi tu.. Macam aku nak buat sotong celup tepung dulu pun kemain banyak sumber aku rujuk.. Padahal sotong celup tepung jer tapi sebab nak dapatkan sotong celup tepung yang memuaskan hati kenalah study jugak kan..
MASTERCHEF
Kalau yang baru nak belajar memasak tu kalau boleh jangan la terus cari resepi daripada chef terkenal.. Boleh pengsan nak ikutnya.. Sebab kalau dah chef tu mestilah bahan2 yang digunakan agak banyak dan kadang tu kita tak pernah tau pun tentang bahan tu.. So nak senang, cari blogger2 yang baru berkahwin atau blogger yang rajin memasak ke kan.. Sama2 belajar.. Macam aku buat puding roti guna pemanggang ajaib tu dulu pun aku ambik info daripada blogger yang baru kahwin..
TRY & ERROR ALA-ALA TUNJUK TEROR
Masak ni kena try dan error jugak.. Kadang bahan semua ada tapi teknik pulak salah.. Patutnya bakar tapi kita kukus pulak ke.. Kadang tu teknik dah betul tapi masa pulak salah.. Patutnya bakar 10minit tapi kita bakar 30minit sampai hangus rentung.. Kadang time dah ok tapi sukatan pulak salah.. Macam2 faktor jugaklah kena ambik kira.. Kalau sekali buat tak berjaya tu normal.. Jangan tak jadi terus give up jer.. macam mula2 aku buat cheesekut, tak berapa nak umph rasanya.. kali kedua try tukar susu segar fresh kepada susu segar stoberi jadi sangatlah yummy!!! try & error la namanya tu..
TIPS MASAK DENGAN HATI DAN ZIKIR
Tips masak yang aku suka kongsi adalah ikhlas hati dan zikir.. Masak dengan niat seikhlas hati nak bagi orang yang makan tu rasa sedap & kenyang walaupun menu tu simple.. Mulakan memasak dengan Bismillah dan zikir sambil memasak supaya rezeki makanan tu lebih berkat..
RESEPI CEMPEDAK GORENG RANGUP!
Cempedak goreng! Siapa yang tak tau resepi cempedak goreng??? Semua orang tau kot.. Hahahaha.. Tapi sebab aku nampak gambar cempedak goreng dalam handphone ni jadi marilah buat resepi cempedak goreng..
Cempedak
Tepung gandum
Minyak
Garam
Air masak putih
Bancuh tepung gandum dengan air masak putih.. Letak secubit garam ke dalam adunan.. Tips untuk adunan tadi adalah jangan terlalu pekat dan jangan cair.. Kalau terlalu pekat bancuhan tu nanti akan jadi terlalu tebal tepung tu.. Kalau terlalu cair nanti tepung tu tak melekat sepenuhnya dengan cempedak.. Pastikan adunan bancuhan tepung tadi tak berketul2 yer.. Bancuh sehingga adunan tepung sebati..
Tips lagi, kalau nak tepung tu rangup dan tak melekat antara 1 sama lain, letakkan sedikit minyak masak ke dalam adunan bancuhan tadi.. Gerenti cempedak goreng korang akan rangup! Yummy2!
Gaul cempedak ke dalam adunan bancuhan tadi.. Ada orang suka letak kunyit tapi mak kata tak perlu nak letak kunyit sebab warna asli oren merah cempedak tu dah boleh jadikan cempedak goreng tu akan kekuningan.. Panaskan minyak masak dan goreng! Goreng sampai kekuningan, jangan sampai hangus lak.. Dah siap!
So tu jer serba sedikit tips yang boleh dikongsi tentang resepi masakan.. Tips yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mereka yang baru berkahwin rasanya sebab yang dah lama kahwin mesti dah sedia teror.. Hihihihi..
Selamat mencari resepi dan selamat memasak..
With love,
~ Zana Adieyza ~
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
CABARAN 30 HARI BLOGGING
Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi
With love,
~ Zana Adieyza ~
guna tepung beras comfirm ragup anum memang buat cm tue
ReplyDeleteAkak pula selalu campur tepung beras & gandum, minyak digantikan dgn marjerin :) mmg hantu cempedak goreng!
ReplyDelete