Thursday, January 12, 2012

Happy Birthday Mak!


Selamat Hari Lahir istimewa untuk mak mertua tersayang, Puan Noriah Binti Musa..

Semoga mak sentiasa dimurahkan rezeki, diberkati usia & berada dalam lindungan Allah selalu.. kak ngah doakan agar Allah berikan mak kebahagiaan di samping ayah, anak2, menantu2 & cucu2 tersayang..

 Tahun ni dapat jadi orang pertama yang ucap "Selamat Hari Lahir" dekat mak.. suka!!! encik adiey yang suruh aku call mak sebab dia nak mandi dulu.. lepas tu dia jeles sebab aku dapat jadi orang pertama.. eh, bukan dia ke yang kata call la dulu.. now nak jeles2 lak eh?? hihihi..
 
Pagi tadi masa call mak, risau sangat.. risau bila mak tengah demam sekarang ni.. risau sebab tau mak tu jenis payah jugak nak diajak ke klinik.. lebih selesa makan ubat panadol jer.. kena pujuk lebih cikit baru lembut hati nak ke klinik.. hope mak cepat sihat yer..
 
  Nota Cinta: x sabar nak balik kampung minggu depan.. rindu masakan mak & mak mertua.. 
 
Photobucket

Wednesday, January 11, 2012

Biskut Munchy's Oat Crunch

 Last week masa tengah beli barang dapur, nampak 1 tin yang sangatlah menawan hati.. pelik gak mula2 nape tin yang cun tu terletak kat bahagian biskut2.. bila tengok dekat2, x sangka tin yang menawan hati tu rupanya tin biskut!!
 
Tin Biskut Munchy's Oat Crunch!

Sangat currrrlas la tin biskut sekarang ni kan.. siap ada macam2 corak!! stylo habis tin biskut zaman moden ni.. hihihi.. memang cantik menarik la tin biskut ni!


Harga tin biskut ni cuma RM8.90! ada 16 paket kecik dalam tin tu.. perasa stoberi & blackcurrant.. yummy2!!! terkenang tin biskut zaman dulu.. dalam bekas tin yang besar bentuk segiempat & ada bahagian macam cermin untuk kita tau biskut apa kat dalam tu.. korang ingat x tin tu?

Tin dulu2.. credit gambar to Blues Riders blog

 
 Sekarang zaman dah makin canggih.. marketing kena bagus untuk tarik perhatian pembeli.. kena pandai kaji selera pembeli sebelum buat sesuatu barang.. tu yang macam2 idea keluar tu.. tin biskut pun dah boleh jadi hiasan! currrlasss.. bijak marketing Munchy's ni kan.. jangan kata aku yang perempuan ni jer tertawan kat tin biskut ni, encik adiey pun sama suka.. hihihi

 
 
Lepas dah habis biskut dalam tin tu nanti, boleh letak macam2 barang dalam tu.. kiranya berbaloi la jugak beli tin biskut ni.. x delah buang jer tin biskut tu kan..
 

 
Nota cinta : tin biskut pun boleh jadi entry?? hahahaha.. merapu sungguh la blog ni!

Photobucket

Tuesday, January 10, 2012

Cenderahati Bandung, Indonesia


Jumaat lepas terima parcel dari sorang blogger.. teruja nak bukak bungkusan tu! terpampang nama Ann GreenStrawberry kat bungkusan tu.. masa ni dah dapat detect apa barang kat dalam tu sebab kak Ann dah bagitau aku yang dia nak pos cenderahati dari Bandung..

Masa bukak jer parcel tu macam terkejut gak la.. sebabnya, kak Ann kata dia kirim Fridge Magnet Bandung untuk aku.. tapi sekali bukak, bukan ada FM Bandung jer, siap dapat 2 batang pen & 2 keychain! perggghhh, dapat 3 barang sekali tu!!! seronok habissssssss..




Segan jugak dengan kak Ann sebab aku bagitau dia nak kirim FM tu dengan duit.. tapi bila aku nak bayar FM tu, dia kata x perlu.. segan ok! dah la sekali 3 FM dia bagi.. pulak tu ada hadiah lain lak kan.. walaupun just pernah jumpa 2 kali & contact thru blog/fb tapi kak Ann sudi hadiahkan cenderahati dari Bandung untuk aku... 




Kat sampul bungkusan tu, kak Ann siap tulis ni
 


 
Terharu!!! maybe dia maksudkan yang aku support dia untuk promote buku All About My 1st Year tu.. tapi aku ikhlas tolong promote buku tu.. xde pun harap apa2 balasan.. padahal kak Ann ni lagi la banyak bagi support tentang perjalanan aku untuk menanti "rezeki" yang aku idam2kan selama ni..

Untuk kak Ann, terima kasih sangat2 untuk cenderahati dari Bandung tu.. zana suka sangat!!! bertambah la koleksi FM zana.. keychain & pen tu pun dah selamat digunakan.. tq so much kak Ann!!
 



Untuk sesiapa yang nak dapatkan pakej2 melancong ke, boleh la try contact kak Ann yer.. sebab dia ada pakej2 melancong yang best2! kalau blogger yang ada baby & berminat untuk dapatkan All About My 1st Year Book pun boleh contact kak Ann kat blog Mrs.AGC ..

Nota Cinta: siapa nak pergi bercuti boleh la bagitau aku.. nak jugak kirim FM (kirim dengan bayaran).. seronok bila tengok koleksi FM dah bertambah..
 
 
Photobucket

Monday, January 9, 2012

Pertemuan Geng TTC Corner Di Ambang Tahun Baru 2012

Penghujung tahun 2011 dan permulaan tahun 2012 disambut dengan penuh kegembiraan & kebahagiaan.. kenangan indah meraikan Tahun Baru 2012 sememangnya sukar untuk dilupakan..


Alhamdulillah sebab penghujung 2011 hari tu, aku & encik adiey sempat untuk join gathering dengan geng TTC (trying to conceive) Corner.. perancangan gathering ni kira last minute jugak la.. organize beberapa hari sebelum tahun baru.. since last minute, so hanya 6 orang geng TTC yang dapat join.. walaupun 6 orang tapi tetap meriah!!!


Puan Pengerusi, PnStoberi decide untuk buat gathering dekat Restaurant Steamboat, MAEPS Serdang.. semua sesat barat jugaklah nak cari restaurant ni.. huhuhu.. so untuk tau direction ke restaurant ni, leh follow direction dari PnStoberi ni k,

"Direction untuk ke Restoran Maeps ni : Masuk main entrance (yg dr spital Serdang), terus je, lps tu mcm ada lorong - masuk kanan, terus je, dlm 100meter camtu ada simpang. Amik kanan. Dkt simpang tu ada post guard belah kirinya dan ada bangunan keselamatan ke apa tah nak masuk simpang tu. Jadi, lps simpang tu terus ja. Nati napak paking besar di sebelah kanan. Kedai tu kat belah kanan tu la. Better call dulu before pegi sbb seme orang booking dulu."

Geng TTC Corner yang datang memang 6 orang, tapi ada 4 orang yang bawak pasangan.. aku datang dengan encik adiey sebab memang kitaorang free hari tu.. PnStoberi, Yani dan Eida pulak datang dengan pasangan masing2.. Cinta & Nana pulak datang sama2 since husband diaorang kerja.. 


Ni kali ketiga aku jumpa PnStoberi, kali kedua jumpa Cinta & kali pertama jumpa Yani, Nani dan Eida.. walaupun kali pertama, tapi serius macam dah 10 kali jumpa! first time jumpa tapi borak macam dah rapat sangat2.. sampaikan husband masing2 x percaya kitaorang first time jumpa.. hihihi.. biasalah blogger kan, memang mudah mesra.. hari2 "jumpa" kat blog masing2.. huhuhu.. tapi memang rancak kitaorang borak, sambil makan, sambil borak.. memang meriah.. para husband pun rancak gak berborak, memang sporting la diaorang layan kawan2 baru..


Lepas perut dah kenyang, haruslah bergambar kan.. masa ni memang tambah mesra.. yang tambah bestnya, para husband pun mula nampak gelak2.. semua sporting malam tu..



Plan asal memang nak sambut tahun baru sama2, tapi semua x tau nak lepak kat mana malam tu.. since Putrajaya yang paling dekat, so semua suruh aku & encik adiey bawak diaorang lepak kat Putrajaya.. tapi kitaorang dah decide x nak dekat dengan kawasan konsert sebab mesti ramai giler orang.. so kitaorang lepak kat depan dataran Putrajaya & berhadapan bangunan mahkamah.. 



Sampai Putrajaya, acara bergambar makin rancak.. tanpa hiraukan orang ramai kat situ, kitaorang sakan bergambar.. tambah pulak dengan para husband yang sporting.. gelak2 kitaorang bergambar.. 



Tapi yang sedihnya, xde bunga api la pulak malam tu! nasib baik niat utama kitaorang nak bergambar dan beramah mesra.. kalau niat nak tengok bunga api, balik tu boleh meraung gak la..huhuhu.. 


Penat bergambar & berborak, semua dah kehausan.. so kitaorang teruskan gathering ke kedai mamak pulak.. sampai ke mamak gathering kitaorang ni kan.. memang hebat kan?? nampak sangat x puas nak gosip2 kan.. huhuhu..


Overall, kitaorang memang enjoy habis la dengan gathering kali ni.. semua sporting! dapat tambah kawan baru & dapat kongsi petua2 baru dari member2 TTC Corner.. diharapkan agar perkenalan ni akan berkekalan hendaknya.. jika ditakdirkan Allah ada antara geng TTC ni yang pregnant dulu, kitaorang sentiasa berdoa agar perkenalan kitaorang x terhenti.. sebab perkenalan ni bukanlah semata2 kerana "rezeki", tapi kepada keikhlasan dan persefahaman..




Nota Cinta: doakan ada "rezeki" untuk kami semua geng TTC..




Photobucket

Friday, January 6, 2012

GiveAway Birthday?


Semalam check kalendar 2012.. sedar tak sedar lagi 2 minggu encik adiey nak sambut birthday.. last year masa nak sambut birthday dia, ada jugak la aku buat simple GA kat blog ni kan.. sambutan agak menggalakkan.. so insyaAllah aku akan buat simple GA lagi sempena birthday encik adiey yang bakal muncul tiba x lama lagi..


sumber: google

Konsep GA simple.. kali ni maybe aku akan buat beberapa soalan mudah dan peserta kena bagi jawapan pada kotak komen sahaja, x perlu create entry untuk join GA ni.. mudah kan? cuma soalan jer belum sempat terfikir buat masa ni.. takut pulak nak buat soalan susah2 sebab nanti x ada pulak yang nak join.. hahahaha.. ada ker nak join? hihihi
 
Soalan apa yang best ditanya eh??

Nota Cinta: berharap agar sambutan hari jadi kali ni membawa lebih kebahagiaan pada encik suami.. insyaAllah..


Photobucket