Tuesday, July 14, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Kian berlabuh tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal kian dinanti,
Seikhlas hati memohon kemaafan,
Moga kesalahan dapat dimaafi.



Dikesempatan ini, saya dan suami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua ahli keluarga, sahabat2, rakan2, pelanggan Shaklee, team Miracle Shaklee, rakan blogger, pengunjung, followers, pembaca setia & silent readers blog adieyza.blogspot.. Salam Aidilfitri juga istimewa buat semua yang mengenali kami suami isteri sama ada pernah bersua muka atau belum pernah berjumpa.. 




Kami dengan rendah diri, ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan, kekurangan dan kekasaran yang telah kami suami isteri lakukan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.. ampun dan maaf sekiranya ada tutur kata dan kelakuan yang menyakitkan hati dan menyinggung perasaan sesiapa sahaja..

Kami suami isteri mendoakan agar Syawal kali ini membawa lebih banyak keberkatan, kegembiraan dan kenangan indah buat kita semua.. semoga sinar kebahagiaan akan sentiasa mengiringi kita semua sepanjang Syawal tahun ini..

Dalam kita gembira menanti Syawal yang akan tiba, jangan dilupa pada mereka yang lebih memerlukan, berbelanjalah mengikut keperluan.. jangan juga kita lupa pada mereka yang telah tiada, perbanyakkanlah doa buat mereka..



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

IKHLAS DARIPADA:
ABDUL HADI, NORSAHZANA & KELUARGA

*Ucapan raya kat blog ni setiap tahun sama jer.. hihihi.. yang penting ikhlas.. sajer buat gambar hitam putih.. warna sebenar tunggu raya la yer :)
Photobucket

Thursday, July 9, 2015

Kisah Ramadhan dan Persiapan Raya 2015

Lama senyap.. sibuk sikit nak siapkan kerja-kerja sebelum cuti hari raya.. nampaknya misi untuk update 2 cerita cuti2 terpaksa ditangguhkan selepas hari raya nanti.. ada jugak draf beberapa entry cuti2 tu tapi sebab gambar tak habis transfer lagi so kita terpaksa simpan dulu.. 

Puasa tahun ni rasanya paling berjaya untuk bangun sahur.. tak pernah lagi lewat bangun sahur.. set jam pukul 4 pagi, pukul 4 pagi terbangun.. ada masanya set lebih awal, dan Alhamdulillah berjaya jugak bangun awal.. walaupun hanya panaskan lauk2 tapi still bangun awal sebab curi2 masa mengemas rumah sekali..

Baru 3 kali ke bazaar Ramadhan.. kali pertama just beli air tebu dan kuih karipap.. kali kedua beli murtabak.. kali ketiga beli roti john masa balik kampung.. dan setiap hari berjaya masak walaupun simple2 jer..

Puasa tahun ni Alhamdulillah rasa ada banyak perubahan positif yang aku cuba buat.. walaupun tak banyak, sekurang-kurangnya ada penambahbaikan daripada tahun sebelumnya.. ujian bulan Ramadhan kali ni hebat dari segi "hati".. diuji dengan perkara yang melibatkan hati, susah nak digambarkan.. hanya Allah yang mengerti.. nasib baik ada Encik Adiey.. nasihat dia setiap perkataan masuk ke dalam hati ni.. Allah hadirkan dia dalam hidup aku bukan semata2 sebagai pelindung tapi juga sebagai penenang di saat2 hati diuji..  

Persiapan raya kali ni lebih pada untuk keluarga.. tahun ni memang rasanya lebih fikir pasal rumah mak abah daripada rumah sendiri.. baju raya, kuih raya, tudung raya, keperluan rumah ke semua lebihkan pada keluarga sendiri dan mertua.. rasanya bila lebih pada orang yang kita sayang lebih bermakna..

Since memang aku dan Encik Adiey jenis suka beli baju raya awal, so memang awal2 dah siap semuanya.. x kisah harga dan design, konsep baju raya pertama hanyalah mesti warna sama.. design, corak, harga, jenis kain tolak tepi.. janji warna sama.. hahaha..

Baju melayu Encik Adiey tempah kat tempat biasa kat kampung.. sejak bujang memang tempah situ jer.. awal2 dulu RM70 jer sepasang baju melayu sekarang naik RM120.. tu harga dekat kampung.. dekat bandar mesti lagi mahal.. baju raya aku tempah dekat akak sendiri jer.. buat baju kurung moden jer then hantar jahit manik cikit.. baju raya kedua ketiga dan seterusnya pun akak aku yang jahit.. tapi baju tu pun bukan pakai raya semuanya, nanti pakai ke jamuan raya dan ke pejabat jer.. hehehe..

Cuti raya tahun ni pun ambik 4 hari jer.. nak simpan cuti.. insyaAllah nak guna untuk perkara yang lebih baik nanti.. jadual giliran tidur dekat kampung pun tak buat lagi.. kena ada jadual walaupun dekat jer rumah mak dan mertua tu.. supaya adil dan dapat gembirakan hati kedua keluarga.. 

Tahun lepas tak dapat buat BBQ raya dengan family sebab ramai yang raya rumah mertua dan tak ramai dapat cuti lama.. tapi tahun ni akan teruskan balik aktiviti BBQ raya dengan keluarga ni.. siap aku dah belikan semua yang perempuan tudung Aidijuma sama warna.. sedondon la semua malam tu nanti.. hehehe.. tak sabar nak berkumpul ramai2.. anak sedara makin bertambah.. maka, Acu ni pun makin pening nak melayan.. nasib baik ramai jugak yang dah masuk sekolah menengah so bolehlah tolong jagakan askar2 kecik yang lain.. hahahah..

Ada seminggu lagi sebelum Hari Raya.. insyaAllah cuba update beberapa entry sebelum hari raya.. lepas raya nanti kita marathon cerita raya dan cerita cuti2 sebelum pergi bercuti ke destinasi lain tak lama lagi.. hehehe.. 

Salam Ramadhan untuk semua.. :)
Photobucket

Tuesday, June 23, 2015

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa.. Alhamdulillah masih diberikan kesempatan waktu untuk melihat wajah emak, abah, mak mertua dan ayah mertua.. rezeki dan nikmat yang tiada bandingannya selain daripada dikurniakan seorang suami.. 




Tak sempat nak update entry tentang Hari Ibu.. jadi kita gabung sekali dengan entry tentang Hari Bapa.. tiada yang lebih bermakna bila Allah masih meminjamkan mereka di dunia untuk aku menumpang kasih sayang mereka.. tiada yang lebih berharga bila Allah izinkan aku untuk didakap dan dicium dengan penuh kasih sayang oleh mereka.. Ya Allah, aku bersyukur dengan semua ini Ya Allah..


Di saat orang lain belum puas bermanja dengan ibu dan ayah, Allah masih pinjaman emak dan abah yang sentiasa menyayangi aku setiap masa dan ketika.. sehingga saat ini aku masih dapat melihat wajah mereka di depan mata.. dapat dengar suara mereka.. dapat sentuh wajah mereka.. Allah... nikmat yang terlalu besar maknanya.. syukur Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah..


Di saat orang lain tidak sempat merasai kasih sayang seorang ibu atau ayah mertua, Allah kurniakan aku emak dan ayah mertua yang sangat2 baik dan menyayangi aku seperti anak kandung mereka sendiri.. menerima aku seadanya untuk menjadi penyeri di hati anak mereka.. menerima aku seadanya untuk menjadi menantu dalam keluarga mereka.. Allah, terima kasih Ya Allah..

Syukur Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah.. Ampunilah segala dosa-dosa emak, abah, emak mertua dan ayah mertuaku Ya Allah.. berkatilah dan lindumgilah diri mereka di dunia dan di akhirat kelak.. 


Sebenarnya, 5 insan hebat dalam gambar pertama entry ni adalah sebab utama aku sentiasa berusaha nak majukan diri sendiri setiap hari.. bila ada rezeki yang boleh dikongsi, lebih suka berkongsi dengan mereka berlima.. tiada yang lagi bermakna bila dapat gembirakan diaorang.. tapi lebih bermakna dengan apa yang aku buat selama ni mendapat redha dan sokongan mereka berlima.. :)

Photobucket

Friday, June 19, 2015

Pengalaman dan Perkongsian - Jangan Pertikai Cara Orang Lain Menguruskan Rumahtangga Mereka

Tahun kelima berpuasa sebagai isteri.. masa tahun pertama tu baru 3 minggu bergelar isteri.. agak kelam kabut tak reti nak sesuaikan masa.. ada yang terbangun awal sangat, ada yang terbangun lambat sangat, ada yang masak terlebih, ada yang masak cukup2 jer dan macam2 lagilah.. tapi tu semua pengalaman berharga.. mengajar untuk jadi lebih matang dalam menguruskan hal rumahtangga..

Aku ni jenis senang jugaklah bangun pagi.. dengar bunyi jam boleh terus bangun la.. maybe jugak Encik Adiey jenis bunyi jam pun akan boleh tersedar, so kira dua2 boleh alert la kan.. setakat ni la, rasanya ada sekali dua jer kot terbangun lewat ckit.. tu pun lewat setengah jam sebelum habis waktu sahur.. 

Balik kerja 4.30 petang terus balik rumah.. masak jer lauk walaupun simple dan berulang2.. hehehe.. kuih2 boleh goreng yang frozen ataupun buat manisan yang mudah macam kek batik, cheesekut, puding roti atau agar2.. makan pun berdua, Encik Adiey pulak jenis tak memilih makan so senang cikit la..

Masa tahun pertama memang banyak beli.. sebab masa tu memang tak berapa yakin memasak time puasa sebab tak boleh rasa.. hehehe.. tahun kedua dah mula jarang ke Bazar Ramadhan melainkan balik lambat atau tak berapa sihat.. dan kalau pergi pun untuk beli makanan yang setakat nak rasa.. tahun ketiga dan keempat memang sekali dua jer pergi Bazar Ramadhan sebab nak beli apa yang teringin.. since kat cafe ofice pun ada jualan makanan, so beli gak kuih muih kat situ..

Berdua memang jimat beli orang kata.. jimat masa, tak penat.. jimat dari segi kewangan tu susah nak cakap.. sekarang ni harga semua dah naik.. pergi bazar tu bawak RM10 untuk 2 orang pun hanya dapat seberapa, apatah lagi kalau yang ada anak2.. jadi, ramai yang beli bahan basah dan masak sendiri ikut selera dan kuantiti yang kita nak.. rasanya macam lagi jimat.. 

Dari segi rasa bila kita beli ni ikut nasib la.. kalau kedai tu kita biasa beli masa bukan bulan Ramadhan, insyaAllah sedap dan puas hati.. memang berbaloi.. tapi kalau kedai tu kita tak biasa dan hanya berniaga waktu Bazar Ramadhan, untung nasib la.. kalau nasib baik sedap la, kalau kurang bernasib baik kadang tu tak sedap, basi dan harga memang mencekik! so kena pandai pilih kedai yang menjual tu, kalau memang dah tau sedap, tak salah membeli.. balik kerja petang tu tinggalkan panaskan jer lauk.. 

Tapi mungkin dari aspek kepuasan bila memasak tu memang lain.. rasa seronok tengok suami dan anak2 makan bertambah2..  walaupun kadang rasa masakan tu biasa2, tapi bila nampak keluarga makan rasa lebih seronok.. padahal kadang tu mungkin diaorang makan bertambah sebab lapar.. hehehe.. pai tak kisahlah, janji yang kita masak habis.. 

Apapun, jangan rumitkan benda yang senang.. kalau senang masak, masak.. kalau senang beli, beli.. ikut keadaan masing2.. 

- balik dah dekat pukul 7 tapi nak masak jugak, boleh jer tapi bahan dah siap2 perap dan sediakan sebelum pergi kerja pagi tu jadi balik tinggal masuk dalam kuali dan masak..
- balik dah dekat pukul 7 then nak beli, beli jer asalkan jangan membazir..
- balik kerja awal tapi ada yang nak rehat dan mungkin lebih menumpukan pada ibadah lain, jadi beli jer asalkan jangan membazir.. 
- balik kerja awal dan rasa nak masak, masak jer.. 


Kita jangan pertikai kenapa orang lain balik awal tapi tak masak.. sebab? semua orang ada alasan masing2.. kita tak tau, diaorang yang melaluinya.. tak semestinya memasak tu menjadikan kita sempurna, cuma mungkin yang memasak tu kita nampak lebih bijak mengatur rumahtangga.. tak semestinya tak memasak menjadikan kita tak sempurna, sebab kita ada alasan yang tersendiri.. banyak aspek lain selain memasak yang kita boleh tengok.. mungkin hari biasa dia tak masak tapi hujung minggu dia masak dan ajak ramai2 orang berbuka puasa dekat rumah dia.. siapa tau kan? so, berhenti berkata tentang orang lain..

Yang penting, kita memenuhi tuntutan berpuasa.. dan menjaga segala amal kebaikan sepanjang bulan Ramadhan tu.. daripada sibuk pertikai orang tu masak atau tak, orang tu rajin atau tak, lebih baik tumpukan pada ibadah dan amal kebaikan yang boleh kita buat.. 

Selamat berpuasa.. Salam Ramadhan buat semua.. 

*Perkongsian semata2 sebagai peringatan untuk diri sendiri jugak.. jangan mudah menilai orang lain.. kita tak tau apa yang mereka lalui.. :)

Photobucket

Thursday, June 18, 2015

Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan

 Alhamdulillah.. hari ni hari pertama berpuasa di bulan Ramadhan pada tahun ni.. perasaan yang cukup menggembirakan.. bertemu bulan yang penuh keberkatan dan ganjaran pahala.. Allah, terima kasih kerana masih meminjamkan waktu untuk aku berjumpa Ramadhan pada tahun ni.. Alhamdulillah..



Pagi tadi macam biasa bangun memasak untuk sahur pukul 4 pagi.. lepas dah siap memasak semua, kejutkan Encik Adiey.. Alhamdulillah, dia memang jenis tak susah nak bangun pagi, jadi nak bangun bersahur tu pun memang tak menjadi masalah.. minum Milo campur ESP Shaklee untuk bantu lebih cergas dan bertenaga.. lepas sahur, mandi, solat dan bersiap gie kerja.. since kalau tak puasa pun aku memang masuk 7.30 pagi, so tak ada masalah nak pergi kerja awal.. semoga puasa hari pertama ni akan lebih dipermudahkan Allah..



Selamat berpuasa kepada semua pembaca blog adieyza.blogspot.. semoga Ramadhan tahun ni lebih bermakna untuk kita semua.. diharapkan agar Ramadhan tahun ni lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.. semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua dan menerima segala amalan kebaikan kita sepanjang bulan Ramadhan ni.. insyaAllah..


* Tahun kelima berpuasa sebagai seorang isteri.. Alhamdulillah :)

***********************************************************************

Click link di bawah untuk tips bulan Ramadhan :

"TIPS MELATIH ANAK BERPUASA"

"TIPS MUDAH BANGUN SAHUR"

Photobucket