Thursday, June 12, 2014

Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) di Pulau Pinang - Nasi Kandar Line Clear

Sampai Penang pukul 9.15 pagi.. janji dengan kereta sewa pukul 10 pagi.. so, sampai2 terus call suruh orang tu datang jer terus sebab tak nak tunggu lama2 kat aiport Penang tu.. hehehe.. dalam fligth lagi dah fikir tentang Jalan-Ja;an Cari Makan (JJCM) di Pulau Pinang dan perkara pertama yang terlintas adala Nasi Kandar Line Clear.. hehehe


Tunggu around 10 minit orang tu pun sampai.. kitaorang sewa kereta Wira Auto utk 2 hari dengan bayaran RM170 (En.Rahman, 013-4351973).. masuk kereta mak dah tanya2 tau jalan ke tak.. aku cakap jangan risau.. zaman canggih, cari jer kat GPS.. hehehehe.. 
Sampai2 kasi warm up dulu.. lalu jambatan Penang lama.. nak jambatan baru tak tau kat mana.. hahaha.. Encik Adiey kata, apa motif kita lalu jambatan ni? aku cakap, motifnya sebagai tanda perkenalan dan sesi berkenal-kenalan dengan Penang.. hahaha.. lepas dah lalu tu, patah balik.. tu jer! memang dasar ngada kan? hahaha..


Lepas tu terus misi untuk Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) dekat George Town.. lokasi pilihan, Nasi Kandar Line Clear.. masa sampai sana pukul 11.45 pagi.. so makanan panas2 & lauk pun tersusun elok lagi.. tapi sorry tak dapat ambik gambar lauk sebab orang ramai..


Kitaorang makan 4 orang siap air RM45.. kira murah lagi lah utk makan nasi kandar dengan harga tu.. ramai yang kata kedai tu tak pentingkan aspek kebersihan.. tapi masa aku sampai bersih jer.. tak taulah kalau bersih tu sebab awal lagi kan.. even kedai ni bukak 24 jam tapi lauk untuk tengahari diaorang masak baru panas2 lagi.. 


Rasa bagi aku, sedap la.. kari memang sedap la kan.. fresh jugak seafood kat situ.. portion memang besar.. hazab sungguh nak habiskan.. hehehe.. tapi mak abah & Encik Adiey relaks jer makan sampai habis.. abah & mak kata famous sangat ke kedai kat lorong macam ni? sebab ramai jer orang kan..


Lokasi kedai ni aku tak berapa nak pandai nak terangkan kedudukan sebenar.. sebab masa tu kitaorang harap GPS semata2.. tapi tak jauh pun daripada Mydin kat George Town tu.. dekat jugak dengan Pasar Chowrasta tempat orang banyak jual jeruk tu.. parking tak boleh sesuka hati, nanti kena towing sebab banyak kitaorang nampak kereta kena towing.. so, cari tempat parking yang berbayar k.. banyak jer kat area situ cuma ada yang mahal dan ada yang murah.. 



Ramai jer yang cadangkan tempat makan sedap-sedap kat Penang tapi memang kitaorang tak sempat nak pergi semua sebab datang pun 2 hari jer kan.. ditambah pulak abah ni kalau kedai makan ni dia banyak memilih cikit.. hehehe.. so, kena ikut selera dia.. sebab tak nak kita try banyaj tempat tapi tak ikut selera dia kan.. kata nak bawak dia jalan.. so, kena penuhi keperluan & kehendak mak abah dulu la.. :)

Next entry - Hydro Hotel Penang & Padang Kota Lama


* Lepas makan nasi kandar dan makanan bergoreng ni selalunya kita akan risau tentang isu masalah berat badan kan? lagi2 kalau seronok bercuti sambil JJCM, memang boleh buat berat badan naik mendadak! boleh click link di bawah untuk rahsia penurunan berat badan dengan kos yang rendah dan hasil yang terbaik.. kalau berminat boleh terus buat pembelian.. barang dihantar terus ke pintu rumah anda.. call/sms/whatsapp Zana (013-6065246) untuk pertanyaan lanjut.. ;)

SET PENURUNAN BERAT BADAN SECARA SIHAT!


- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

3 comments:

  1. penang x abis pusing lagi..:)

    ReplyDelete
  2. sue tak sure la.. sblum ni pergi nasi kandar line clear mcm lain je.. ke byk nasi kandar line clear kat sana? heheh

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ