24 Mei 2014 hari tu, ada short vacation yang sempat aku buat.. Alhamdulillah, percutian kali ni fully sponsored by "bonus Shaklee".. first time nak pergi bercuti dengan mak abah & Encik Adiey sekali.. selalu pergi berdua ataupun pergi dengan ahli keluarga lain.. ni pergi berempat jer.. serius seronok sangat2! bercuti ke Pulau Pinang kali ni kitaorang naik flight dari KLIA2.. memang pengalaman di KLIA2 kali ni adalah pengalaman pertama kitaorang.. selalu naik dari LCCT kan.. bila tau flight dari KLIA2 memang agak risau sebab ramai sangat kata KLIA2 tu besarrrrr dan kalau nak ke sana kena datang awal 2 jam sebelum wakktu penerbangan..
Pukul 4.30 pagi dah bersiap sebab flight pukul 8 pagi.. nak ke KLIA2 pukul 5.30 pagi.. awal cikit ke KLIA2 sebab tempat baru, so risau sesat ke dan nak elak kelam kabut.. kalau aku berdua jer dengan Encik Adiey boleh la lari2 cikit.. ni bawak mak abah tak kan nak suruh diaorang berlari2 sebelum gate tutup kan.. so, nak selamat pukul 5.30 pagi kitaorang gerak gie KLIA2..
Sampai sana, memang agak jauh berbeza dengan LCCT dulu.. besarrrrrrr dan luassssss.. tapi kemudahan memang ok.. tandas banyak.. surau pun banyak.. kedai makan tak payah cakap, memang banyak! nak shopping pun banyak.. pukul 6 pagi kedai2 untuk shopping dekat KLIA2 bukak jer.. macam2 boleh shopping, sediakan duit jer.. heheheh..
Dari tempat pemeriksaan nak ke pintu gate tu agak jauh la.. macam kitaorang hari tu, kena turun ke bawah then kena menapak jalan ke pintu gate.. nasib baik kitaorang dapat gate J1 so yg depan sekali la, kalau dapat yang hujung J22 tu? perghhhhh, lap peluh gak la.. bak kata abah, "sayup jer gate yang kat hujung sana tu kan?".. aku terus tak boleh bayangkan kalau gate kitaorang kat nun hujung sana.. masakkkkk nak berjalan wei..
Sebelum gate bukak, beli breakfast kat Dunkin Donut dulu.. mak abah masa ni nampak macam cuak tapi happy.. comel sangat2 tau.. diaorang berdua ni memang romantik selalu.. asyik nak berkepit jer.. mak lak suka manja2, abah lak suka gurau2 gelak..
Masa gate dah bukak, kitaorang malas nak masuk cepat2 sangat.. dah beli seat so no need kelam kabut.. lagipun sekarang tak perlu nak jalan ke flight.. dari pintu gate tu jalan cikit dah boleh terus direct masuk dekat flight.. bagus untuk elakkan warga emas atau orang yang tak berapa sihat untuk naik tangga.. tau2 dah sampai..
Masa balik dari Penang, dah pukul 10 malam.. so, keadaan kat KLIA2 memang sesak sangat2.. dengan badan penat, kitaorang pun menapak la nak ke tempat mengambil penumpang kan.. jauh gilerrrrr ok!!! aku dah seret kaki jer time tu.. kesian lak kat mak abah sebab kena jalan jauh.. kalau masa tu tak penat, mau banyak kedai boleh singgah sebab kiri kanan kedai kan.. tapi, dengan penatnya, dengan kesian kat mak abah seret jer kaki tu.. hehehehe..
KLIA2 ni rasa memang dah cukup best la.. first sebab banyak kedai.. hahahha.. korang boleh datang sajer2 untuk shopping jer yer.. then tempat makan punyalah banyak! tapi semua kedai asyiklah penuh.. padahal kitaorang sampai tu belum subuh & kitaorang balik dah 10 malam.. huhuhu..
Kalau rasa2 macam blur kan, cari orang yang ada pegang signboard "?".. diaorang akan sedia membantu.. banyak staff diaorang kat sana.. so insyaAllah even kawasan luas korang senang nak ke tempat yang dituju cumanya jalan jauh cikit la yer semua.. cikit jer, x banyak.. lebih cikit daripada LCCT jer.. hehehe..
Cumanya part keluasan dia tu membuatkan better sampai KLIA2 awal sejam atau 2 jam sebelum gate tutup.. sebab takut korang kena jalan jauh.. sejam ok jer tapi kalau dah biasa la.. kalau tak biasa tu 2 jam ok.. biar sampai awal lagi2 kalau ada bawak anak kecik atau warga emas.. kesian kat diaorang nak jalan laju2 lak nanti.. dah kat dalam tu senang.. surau, tandas & kedai melambak2.. so kalau rasa bosan pun pergilah cuci mata..
Next entry - Aktiviti pertama di Pulau Pinang, Nasi Kandar Line Clear!
* Seronok dapat bawak mak abah berjalan.. Alhamdulillah, kesihatan diaorang pun baik walaupun umur semakin meningkat.. kalau ada yang mencari makanan tambahan atau vitamin yang sesuai untuk dihadiahkan kepada ibu dan ayah boleh click link di bawah.. ada set kesihatan secara menyeluruh dan juga kesihatan tulang khas untuk warga emas.. kalau berminat boleh terus buat pembelian.. barang dihantar terus ke pintu rumah anda.. call/sms/whatsapp Zana (013-6065246) untuk pertanyaan lanjut.. ;)
syoknya cuti2
ReplyDeletetak pernah lg naik dr KLIA 2.. hihi nampak macam best
ReplyDeletebest nyer...nieyl dah lame x pegi berjimbara ngan en.husband...rindu pulak nak g jenjalan..tapi nka buat mcner kan kekangan masa, kerja...
ReplyDeletebestnya..berjalan saja zana ni..belanja orang tua sekali bertambah berkat rezeki kita..
ReplyDeletepenang memang syok..dok dalam wishlist menunggu gak tu nak bercuti..
terbayang nasik kandar dah ni..heheee
ramai ckp jauh nyer mcm sekilo meter!
ReplyDeletesue tak pernah jejk lagi KLIA 2, tah bila tah..sbb tak plan nak gi mana2..huhuhu
ReplyDeletekalau bnyk kedai blhlah sesaje pgkan.. buat lawatan.. x naik kapal terbang pun xpe...
ReplyDeleteklia2 memang besar, lenguh giler jalan dalam tu
ReplyDeleteKalau kita nak bercuti dalam negeri kena guna passport tak... Rasa takut pulak... Nk cuba jugak naik flight, selalu naik kereta... Cer tolong explain camne nk naik flight dalam negeri .
ReplyDelete