Percutian Di Langkawi - MARDI Agro Park
Lepas seronok membeli dekat Beras Terbakar, kitaroang menuju ke MARDI Agro Park, Langkawi.. lokasi agak sukar nak dicari.. signborad dah nak dekat baru ada.. so, kali ni kitaorang harapkan GPS dan peta pelancongan sahaja.. sebab kawasan nak ke sana lalu kawasan perkampungan, ada gak la kitaorang berhenti tanya orang sebab risau salah jalan since banyak kawasan rumah jer..
Tiket masuk ke MARDI hanyalah RM5.00.. masa sampai tak ada orang pun kat situ.. hahaha.. mula2 macam kelakar gak la sebab tak ada orang kan.. tengah tunggu tram nak bawak jalan2 pusing MARDI tu ada la pasangan mat salleh yang datang ke situ.. tunggu tram dalam 5 minit..
Baru jer naik tram tu, tour guide tu dah hadiahkan kitaorang gelang & cincin yang diperbuat daripada daun kelapa... hehehe.. unik sangat kan? katanya sebagai tanda perkenalan dan penghargaan daripada pihak MARDI.. bagi kita orang Malaysia maybe biasa jer benda ni tapi bagi pasangan mat salleh yang ada sekali dengan kitaorang memang agak unik la.. diaorang nampak friendly tapi aku tak terlupa lak nak bergambar sama.. maybe sebab masing2 seronok makan buah free kat dalam MARDI ni.. hahahha..
First pit stop adalah kawasan pokok cempedak.. mula2 dia explain dekat mat salleh tu.. then terangkan kat kitaorang pulak.. tour guide ni sangatlah peramah ok.. lupa lak nak tanya nama & ambik gambar dgn dia.. tapi sepanjang perjalanan memang kitaorang gelak jer.. ada jer yang dia borak dan cerita.. padahal kalau nak ikutkan tak perlulah dia beria terangkan kat kitaorang kan sebab kitaorang ni dah kenal banyak pokok kat sana tapi still dia terangkan.. lepas terang dalam Bahasa Inggeris, terang dalam Bahasa Melayu lak..
Dia suruh kitaorang posing ikut gaya yang dia suruh.. kitaorang pun ikutkan jer la walaupun pelik mulanya.. bila dah sudah tu, tengok balik gambar yang dia ambik, tergelak2 kitaorang.. hahahhaha.. so cute!!! dalam tram kitaorang gelak2 jer.. teknk bergambar dia tu buat gambar tu jadi unik la kan.. aku pernah gak nampak gambar ni kat blog blogger lain.. tapi Encik Adiey tak pernah, so dia teruja lebih la..hehehe..
Next pit stop berhenti makan buah.. katanya kalau tengah musim buah-buahan lagi banyak buah boleh dihidangkan.. tapi masa kitaorang datang tu bukan musim buah so pilihan buah-buahan yang ada terhad jugaklah.. tapi mat salleh tu makan beria tau semua buah-buahan kat situ.. sedap sangat la kan.. hehehe..
Lepas dah kenyang makan buah, kitaorang ke ladang anggur.. kat situ boleh petik buah anggur sendiri.. ada buah yang masam, ada yang manis.. yang pasti sedap! seronok pulak petik buah anggur ni.. sebelum ni petik stoberi jer kan.. tapi kena pandai cari buah anggur ni sebab buahnya kecik dan terselit2 di sebalik pokok.. kalau anggur hijau lagi susah nak nampak sebab dah sama warna dengan daun pokok.. heheheh..
Ada jugak berhenti dekat kawasan pokok kelapa & nenas.. teruja betul mat salleh tu tengok pokok nenas.. tour guide ni siap suruh mat salleh tu buat2 gaya aksi panjat pokok kelapa.. tergelak2 diaorang..
Paling kelakar dekat area pokok belimbing.. macam2 gaya dia suruh kitaorang buat tau.. sampai aku kata dah x nak buat lagi sebab penat gelak.. hehehe.. Encik Adiey kemain seronok dia..
Sebenarnya yang buatkan MARDI ni best adalah bila korang dapat tour guide yang best.. sebab ada jugak aku baca cerita pengalaman blogger yang rasa tak berbaloi ke MARDI tu.. sebab tu aku kata, tour guide tu memainkan peranan yang penting.. untung kitaorang masa tu dapat yang ok.. memang mesra, peramah & baik hati.. nak balik siap dia petik bunga raya bagi kat kitaorang.. hahaha.. sempat jer tangan dia petik bunga kat tepi laluan nak balik tu..
Kitaorang memang puas hati la dapat gie MARDI ni.. sebab bukan jer dapat makan buah free, tapi tau tentang cara tanaman anggur & banyak lagi buah-buahan kat sana.. tram yang disediakan pun tak delah kena tunggu lama.. even kita ada 2 orang jer pun dia tetap bawak pusing2 MARDI tu.. kawasan MARDI tu luas yer.. so memang kalau suruh jalan kaki tak kan boleh habis pusing la..
Kalau ada sesiapa yang bercuti di Langkawi, rasanya boleh la singgah sekejap kat MARDI ni.. tak rugi pun.. anggap pengalaman yang tak selalu ada.. walaupun pokok-pokok kat situ majoritinya kita tau & pernah jumpa tapi sesekali nak pusing2 naik tram dekat dusun buah-buahan best jugak kan.. :)
wahhh 1st time tau psl ni dik!bagus laaa..
ReplyDeletehahaha... memang mencuit hatilah zana gambar² ni .. hilang strees tau nak buat kerja... bestnya kalau dpt tour guide yg mcm ni...
ReplyDelete