Wednesday, December 29, 2010

MaJLiS PerSanDingaN aDieyZa


Majlis persandingan yang dinanti akhirnya tiba di kemuncaknya.. debaran memang x dapat dielakkan.. even dah selamat dinikahkan, tapi menanti majlis persandingan pun dah cukup hebat debaranya..

Pukul 10 pagi aku dah mula bersiap.. request utk siap awl supaya bila tetamu dtg, pengantin dah siap utk jumpa tetamu.. sbb kadang2 ada tetamu yg ada jemputan kat tempat lain, so if siap awl & tetamu x dapat tgk majlis sanding, diaorg boleh bergambar dulu dgn pengantin kat bilik or mini pelamin..

Lepas bersiap, sempat OP shoot beberapa gambar.. sempat bergambar solo & sempat jugak bergambar dgn tetamu yg masuk dalam bilik pengantin..


Member2 rapat request bergambar kat mini pelamin sementara tunggu pengantin lelaki sampai.. riuh rendah masa ni.. indah rasanya bila dikelilingi teman rapat di hari bahagia kita sendiri.. perasaan yg cukup indah!!

Tengah syok bergambar, dgr bunyi kompang menandakan rombongan pengantin lelaki dah sampai.. debar balik.. hehehe..

Masa mula berarak, memang risau sesangat.. malu & segan tu dah sememangnya la kan.. semua mata tertumpu kat kita.. Alhamdulillah masa berarak ni cuaca redup jer..

Lepas berarak terus ke pelamin.. bagi peluang kat tetamu yg x sempat utk menepung tawar masa majlis berinai sebelumnya..

Acara seterusnya makan beradap.. masa makan beradap ni, memang ramai tetamu datang nak bergambar.. mcm biasalah, pengantin sempat makan beberapa suap jer.. masa ni memang x rasa lapar sebab kegembiraan mengatasi segalanya..


Lepas dah selesai makan beradap, kitaorg terus ke pelamin utk sambung bergambar.. syukur sgt sebab masa sesi bergambar kat pelamin, aku & encik adiey mampu bagi pose yang lebih baik.. maklumlah, majlis akad nikah & malam berinai tu memang malu sampai pose pun tak berapa menjadi..


Cinta yang disemai selama 9 thn akhirnya bersama juga..


Penantian untuk bersama kini terlerai juga..


Ya Allah, kuatlah cinta antara kami..

Syukur padaMu Ya Allah kerana mempertemukan kami.. semoga kebahagiaan ini berkekalan hendaknya..

Majlis selesai pukul 4 petang.. masa ni tetamu kebanyakkan dah balik.. tinggal family & jiran terdekat..

Pukul 4.30, OP ajak utk buat sesi outdoor.. insyaAllah aku akan review sesi outdoor utk kedua2 majlis sekali ye nanti..

Syukur segala yang dirancang berjalan lancar.. bahagia bila semua tetamu balik dgn senyuman.. perasaan gembira bila diraikan cukup indah!! kenangan yg sgt bermakna utk disimpan & dikenang sepanjang hayat..

Next update - Resepsi Majlis Menyambut Menantu..

Friday, December 24, 2010

MaJLiS BeRiNai aDieyZa


Majlis Berinai dibuat pada sebelah malam, kiranya lepas majlis nikah.. mula make up lepas maghrib since majlis berinai mula pukul 9 malam.. time ni dah hilang semua perasan berdebar.. maklumlah, dh selesai majlis akad nikah..



Tapi, bila dgr bunyi kompang menandakan rombongan encik adiey dah sampai terus rasa berdebar balik.. hehehe..

Dalam debar tu, ada yang kelakarnya.. aku siap kena sound dgn tetamu sbb katanya pengantin perempuan jalan laju sangat.. aku rasa dah habis perlahan aku jalan tapi rupanya still laju jugak.. habislah kena usik kata pengantin perempuan x sabar nak jumpa pengantin lelaki.. hihihi..

Syukur Alhamdulillah, majlis berinai malam tu memang meriah..

Majlis tambah riuh sebab abah & abg ipar aku bakar bunga api.. aku kat pelamin risau jer kalau polis datang serbu rumah.. mana x nya, abah bakar stock bunga api yang macam nak sambut tahun baru tu.. kalau betul polis datang serbu, x ke haru jadinya?? hehehe..


Time posing atas pelamin memang segan.. semua dok pandang.. terus jadi kaku nak pose.. hihihi.. tapi kena gak cuba bagi pose yang terbaik sebab majlis sanding esoknya lagi ramai orang kan.. so kiranya malam berinai tu warm up dulu la..



Lepas majlis berinai, aku sempat tukar 3 pasang baju persalinan.. atas permintaan keluarga, so aku ikut jer..

First sekali, persalinan white dress.. dress ni encik adiey yang pilih.. dia pilih dress ni sebab dress ni je la yang sesuai dengan ketinggian aku.. dress lain semua stock2 untuk gadis tinggi lampai ok.. aku kan rendah so x bape sesuai la dress yg lain tu.. hehehe..

Persalinan kedua korea.. baju ni adik ipar yang pilihkan.. dia kata nampak comel jer.. persalinan kedua ni memang tepat.. sebab boleh cover aku yang chubby ni.. since baju ni besar so xde lah nampak bentuk tubuh aku yang chubby.. hihihi.. so selamat di situ..

Persalinan terakhir, persalinan jawa.. dah kata ada keturunan jawa, so wajiblah pakai persalinan ni kan.. persalinan terakhir ni memang seksa ok!! sebab time pakai cucuk2 sanggul kat kepala tu, rasa sakit kepala aku.. tapi muka kena maintain senyum even kepala tu dah sakit.. hihihi..


Majlis selesai pukul 12 malam.. memang penat.. tapi gembira sebab semua yang dirancang berjalan lancar..

Next update - Majlis Persandingan

Thursday, December 23, 2010

MaJLiS aKaD NiKaH aDieyZa


Akhirnya detik yang dinanti tiba.. percintaan selama 9 thn akhirnya disatukan dengan sebuah akad.. penantian sekian lama akhirnya terlerai..

Pertunangan selama 5 bulan akhirnya berakhir dgn majlis akad nikah.. sayang jugak rasanya nak tinggalkan alam pertunangan yg sememangnya MANIS tu..

Ringkas tp meriah.. itu yg boleh aku simpulkan tentang majlis akad nikah aku.. segala yang dirancang berjalan lancar..

23 Julai 2010 akan jadi tarikh yang akan aku kenang hingga akhir hayat.. tarikh di mana 2 hati menjadi 1.. penyatuan cinta antara 2 jiwa..

Sebelum majlis akad nikah, aku mmg berdebar sampai senyum pun x kena jer rasanya.. kesian jugak dekat OP sbb susah nak dpt shoot yg bagus sbb aku payah sgt nak senyum.. nasib baik OP & pengapit kesayangan byk bg tips & tlg pastikan aku sentiasa senyum..


Majlis akad nikah buat kat rumah jer, atas permintaan keluarga.. majlis memang meriah bila ditemani ahli keluarga, teman rapat & jiran tetangga..

Masa ni usikan memang x henti2.. semuanya mengusik.. usikan nakal?? dah semestinya ada.. hihihihi..

Anak buah aku ada yang x percaya aku nak kahwin.. kelakar ok sbb anak buah kata aku kecik lg tapi dah nak kahwin?? mentang2 mak su korang ni rendah, korang kata mak su kecik eh? korang mmg comel la.. buat mak su malu jer.. hihihihi..

Rombongan pihak lelaki sampai lepas solat Asar.. tok kadi jer lewat sbb nikahkan 2 lagi pasangan kat masjid, so kena dulukan yg kat masjid baru dtg majlis akad nikah kat rumah aku..

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz aku sah bergelar isteri kepada suami tersayang, encik adiey..


Perasaan? hanya Allah yg tau.. semuanya perasaan datang bertalu2.. yang pasti perasaan BAHAGIA mengatasi segala2nya..

Air mata syahdu menitis tanpa aku sangka.. sebab dah nekad xnak nangis time majlis akad nikah tu.. risau make up rosak tapi mmg x boleh tahan lebih2 lagi bila mak & mak mertua usap2 belakang badan aku..

Acara pembatalan air sembahyang mmg MENDEBARKAN tapi MEMBAHAGIAKAN.. sukar nak diluah dgn kata2.. hanya yg dah lalui akn faham situasi ni.. saat mata bertentangan, bergetar seluruh jiwa raga.. sungguh, getaran tu sememangnya INDAH!!

Saat lebih bahagia bila semua ucap tahniah.. doa & pesanan x henti2 utk aku & encik adiey.. semoga kebahagiaan suami isteri milik kami berdua.. insyaAllah..



Syukur segalanya dipermudahkan Allah..


Next update - majlis berinai..

Wednesday, December 22, 2010

BerMuLaNya KiSaH..

Syukur Alhamdulillah.. masih ada yg sudi singgah kat blog kesayangan ni even dh 5 bulan blog ni sepi tnpa sebarang cerita..

Masih ada juga yg sudi meninggalkan jejak komen yg m'beri semangat utk aku terus menulis kat blog ni.. aku hargai sangat semua komen2 tu.. tq so much pd semua yg sudi komen & bg semangat utk aku trs blogging..


InsyaAllah, aku akan terus kembali dalam dunia blog.. dunia yg sememangnya menarik.. dapat kenal kawan baru.. dapat bertukar pndgn & idea.. dapat tmbh ilmu di dada bila dgr cerita other bloggers.. hope semuanya hanya membawa kebaikan..

Aku harap keputusan ni adalah keputusan yg terbaik.. cuma aku belum putuskan utk update cerita yg mana dulu..

dd ada bg idea, insyaAllah akn dipertimbangkan.. cuma malu jugak sbb dh 5 bulan baru nak update citer ttg kahwin.. maybe aku akn update cuma x details.. just sbgai kenangan utk diabadikan dalam blog kesayangan ni..


So, kini bermulalah kembali kisah aku sebagai seorg blogger..

Tuesday, December 21, 2010

KeMBaLi Ke Dunia BLoG.. MaSiH aDa Ke Yang SuDi MemBaCa? MaSiH aDa Ke Yang InGaT?


Selepas 5 bulan menyepikan diri dalam dunia blog, hati meronta2 untuk kembali menaip entry2 di blog sendiri..

Selama 5 bulan menyepikan diri, aku masih baca semua kisah2 other bloggers..

Selama 5 bulan menyepikan diri, hari2 nekad nak update blog sendiri tp sampai ke sudah xde 1 entry pun yg berjaya dipublish..

Selama 5 bulan menyepikan diri dlm dunia blog, rasa bersalah pd semua followers & silent readers sbb terus senyap mcm tu jer.. serius rasa bersalah even tau yg kehilangan aku xberi apa2 mkna pun pd bloggers lain.. hihihi.. agaknya xde sorang pun yg perasan yg aku dh x update blog selama 5 bulan.. tp rasa bersalah sbb terus mendiamkan diri tu tetap ada..

Selama 5 bulan menyepikan diri, terlalu byk kenangan manis yg x sempat nak diluahkan di blog.. hanya menyimpan kenangan indah tu jauh di sudut hati.. walaupun kenangan manis tu indah utk dikongsi..

Tiba2 rasa rugi sbb x kongsi segala keindahan tu.. sbb xkan nak citer bnda yg lama berlaku kan? tp bila baca blog Thalha, Thalha ada tulis 1 ayat ni yg buat aku rasa mcm x salah kot nak citer bnda yg dh lama berlaku..

"Berapa lama masa berlalu, memori tetap adalah memori.."

Keputusan sebenar masih samar.. xpasti samada harus terus update cerita kat blog, atau kembali mendiamkan diri.. tp hati meronta2 utk terus meluahkan segalanya dalam blog kesayangan ni.. (even x update selama 5 bulan, tp hati ni terlalu sayangkan blog ni..)

Mungkin perlu mendapat kekuatan & semangat utk terus menulis di blog ni.. terfikir ada ke yg masih sudi membaca luahan & coretan aku kat blog ni??

Kalau teruskan niat utk menulis, nak mulakan semula dr mana?

Cerita kahwin yg memang langsung belum dikongsi tapi masih kekal diingatan?
Cerita pengalaman pertama kali menyambut hari lahir pada 1 Ramadhan bersama suami?
Cerita pengalaman pertama kali menyambut hari raya sebagai isteri?
atau terus bercerita ttg kehidupan sekarang??

Semuanya masih belum diputuskan.. yg pasti hati meronta2 utk kembali menulis.. rindu pada semua comment2 dr followers & silent readers.. rindu utk bertukar2 pndpt n cerita dgn other bloggers.. rindu pada keindahan menulis & meluahkan perasaan di blog sendiri..

Kalau ada yg sudi baca entry ni, terima kasih yg teramat sgt.. bermakna, masih ada yg menghargai..

Sangat rindu pada dunia blog (even hari2 bukak blog sndiri & baca kisah other bloggers).. hihihi.. yg pasti, aku teramat rindu!!!