Tuesday, August 9, 2011

Syukur Alhamdulillah

Kerajaan Umum Bonus Setengah Bulan Untuk Penjawat Awam, RM500 Untuk Pesara

KUALA LUMPUR, 8 Ogos -- Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

-- BERNAMA



P/S: syukur Ya Allah di atas rezeki ini.. thanks PM umumkan berita gembira ni.. hari ni mari kita bekerja dengan lebih semangat!!!

Monday, August 8, 2011

Selamat Menunaikan Ibadah Umrah Ayah

Hari Sabtu yang lalu, aku berkesempatan untuk pergi ke KLIA untuk mengiringi ayah mertua yang akan pergi untuk menunaikan Umrah.. ini kali pertama aku dapat berada bersama ayah di saat dia ingin ke Tanah Suci.. tahun lepas aku x berkesempatan hantar sebab kesibukan tugas.. awal tahun ni jugak x berkesempatan hantar sebab terpaksa hadir kursus.. namun, Alhamdulillah tahun ni Allah izinkan aku untuk mengiringi ayah yang akan menunaikan umrah..

Ayah merupakan ketua rombongan yang membawa beberapa jemaah Umrah.. setiap tahun begitulah rutin ayah.. tahun ni mak mertua tak menemani ayah ke sana memandangkan tahun lepas ayah dah bawa mak bersama..

Aku & encik adiey gerak dari Putrajaya ke KLIA 11 pagi.. kitaorang gie KLIA naik ERL dari Putrajaya sebab nak jimatkan masa.. first time naik ERL bersama encik suami.. seronok jugak sesekali naik pengangkutan awam ni..



Sampai KLIA, terus jumpa ayah.. meriah!! hampir semua adik beradik encik adiey ada kat sana.. sempat bergambar dengan ayah sebagai kenang-kenangan.. 

Bersama ayah & encik adiey..


Bersama ayah, biras & 2 adik ipar..


Ayah bersama anak lelaki..


 
Ayah bersama menantu perempuan..
Keluarga mertua..



Saat nak bersalaman dengan ayah sebelum ayah berangkat ke Tanah Suci, suatu perasaan yang cukup mengharukan.. bila mana memohon ayah mendoakan agar Allah permudahkan & murahkan aku dengan "rezeki" yang dinanti, air mata mengalir dengan sendiri.. pelukan ayah membuatkan aku berasa tenang.. terima kasih ayah..

Ya Allah, permudahkanlah urusan ayah untuk menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci nanti.. berikanlah ayah kesihatan yang baik agar dia boleh menunaikan ibadah dengan baik..

P/S: bila tengok balik gambar, nampak sangat yang aku paling rendah kan.. adik ipar & biras semua lagi tinggi.. hihihi..

Friday, August 5, 2011

Penghargaan Untuk Isteri

1. Anggap pasangan seperti diri sendiri

Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pun anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.

2. Isteri bukan pembantu rumah

Banyak suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

3. Isteri adalah manusia

Wanita ialah kaum yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

4. Ingat tarikh penting

Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung. Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai.

5. Bantu ringankan tugas isteri

Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suaminpun perlu membantu. Jika suami tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. 
 
6. Bawa isteri berehat

Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangya. Kini, cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan misalnya, pasti isteri akan lebih bahagia & teruja.

7. Ciuman khas untuk isteri
 
Ciuman di dahi atau kucupan di bibir isteri dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

8. Beri pujian kepada isteri

Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.

9. Dengar pendapat isteri

Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking' . Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang masalah kerjanya.

P/S: anda boleh print tips ni dan bagi bagi suami.. mana tau lepas ni suami semakin menghargai & memahami anda..

Thursday, August 4, 2011

aDieyZa Anniversary - Cameron Highlands Final Part

Petang hari ke 2 di Cameron Highlands diteruskan dengan melawat ke EQ Strawberry Farm.. petang2 dapat makan aiskrim & strawberry coklat adalah TERBAIK!!! ooooppppsssss, jangan fikir lebih2, tengah puasa ni kan.. huhuhu..



Tapi kan, kalau bercuti kat CH ni, memang makan strawberry setiap masa pun x jemu tau.. rasa macam strawberry tu dah jadi makanan ruji pulak kat sana.. hihihihi..


feel makan strawberry kat atas CH sana adalah lebih DASYAT daripada feel makan strawberry kat bawah sini.. nape eh? ke aku jer yang rasa macam tu??



Lepas dah puas menikmati strawberry coklat kat EQ Strawberry Farm, kitaorang terus ke Kea Farm.. masa ni, memang rambang mata.. harga barangan kat sini jauh lebih murah dari tempat2 lain.. harga teh jauh lebih murah dari Valley Teh yang aku beli hari tu.. then boleh tawar menawar lak tu..

Fridge magnet kat sini jauh lebih murah.. so kalau nak beli FM denagn kuantiti yang banyak, sila beli di Kea Farm ok.. harga strawberry, jagung & sayur pun murah sesangat.. sambil beli2 barang tu, sambil makan jagung rebus & jus strawberry.. perrrggghhhhh, memang nikmat!!!

Lepas dah puas membeli kat Kea Farm, kitaorang pergi Cactus Point pulak..



Dekat sini kita boleh beli barangan untuk gardening dengan murah.. pasu murah, baja bunga murah, pagar taman bunga murah.. so siapa yang suka gardening tu, boleh la beli pasu kat Cactus Point ni..

  
Tapi pelik juga nape harga kaktus kat situ x murah.. ye lah, nama pun Cactus Point tapi nape harga kaktus x murah berbanding tempat lain.. patutnya lagi murah la kan..

Lepas puas main cucuk2 jari dengan pokok kaktus, kitaorang terus ke Multicrops Central Market.. dekat sini memang banyak kedai yang jual cenderahati.. tapi harga agak mahal sebab barangan kat situ pun banyak yang ekslusif cikit.. tapi kalau nak beli jambangan bunga segar, rasanya sesuai beli kat sini sebab harganya murah.. 3 jambangan yg besar2 baru RM10.. kalau kat bawah ni, agaknya lebih RM50..



 Sebelah Multicrops Central Market ni, ada Uncel Sam Farm.. kitaorang x cadang langsung nak masuk farm tu.. cuma nak gie survey2 cenderahati kat luar farm tu.. sekali, jumpa sesuatu yang kitaorang suka!!! gambar kenangan di CH!! 


Kitaorang suami isteri, memang dari dulu suka sangat bergambar dengan sesuatu yang boleh menunjukkan kitaorang pernah pergi tempat tu..  suka sangat!! 

 
Tapi selalu tension sebab gambar tu cuma dapat hard copy jer.. gambar kat atas ni aku ambik guna phone jer.. x sempat nak scan lagi.. tp xpelah, yang penting kitaorang tetap suka!!

Lepas dah penat berjalan, kitaorang singgah minum petang dekat Snack Corner CH..



Makanan kat situ memang sedap.. harga makanan pun ok.. ada wifi jugak.. so sesuai la untuk lepak2 setelah penat berjalan.. 
Hari terakhir di CH x banyak aktiviti berjalan.. cuma banyak aktiviti membeli sajer.. masa ni memang borong strawberry, sayur, jagung, buah-buahan, cenderahati & segala macam coklat strawberry.. 3 kali ulang alik kereta sebab tangan dah penuh dengan barang.. seronok!!


Thanks pada semua yang sudi baca entry cuti2 di CH ni.. aku hargai sangat2.. entry ni sekadar untuk berkongsi kegembiraan aku dengan korang semua.. juga mungkin boleh dijadikan panduan untuk sesiapa yang bercadang nak bercuti di CH.. banyak lagi tempat yang menarik kat sana yang aku x sempat pergi.. so kalau ada yang nak pergi bercuti kat CH tu, belilah map CH yer.. korang akan nampak macam2 tempat menarik yang ada kat CH.. 


 

Sememangnya percutian selama 3 hari 2 malam di CH adalah TERBAIK!!!! memang percutian yang HEBAT!! betul2 x rugi pergi bercuti kat sana.. semuanya INDAH!!! bertambah BAHAGIA bila dapat bercuti dengan insan tersayang.. syukur di atas nikmat dari Mu Ya Allah.. Alhamdulillah..

P/S: entry wedding anniversary belum habis.. ada lagi entry untuk umumkan pemenang aDieyZa Wedding Anniversary GiveAway.. tunggu yer...

Korang ada tisu lebih tak?

Semalam kena attend meeting dari pukul 8.30 pagi sampai 5 petang.. peeerrrgghhhhh, terseksa jiwa raga.. 1 meeting tapi panjang berjela2.. membebel sana sani.. dah pukul 4.30 petang pun x de tanda2 nak berhenti.. pegawai semua dah mula buat muka nak balik.. tapi x berjaya jugak untuk memujuk Datuk supaya tangguhkan meeting.. bila meeting lambat habis, maka niat memasak terpaksa dilupakan.. jadinya beli sahaja di bazar.. punyalah ramai orang kat bazar tu.. bersesak2!! 

Makanya bila meeting sepanjang hari, jadi semalam langsung x sempat blogwalking.. sedih ok!!! sedih bila x dapat baca blog korang.. balik rumah tertanya2, apalah cerita budak2 blog ni.. sihat ke x diaorang eh.. tengok tu, betapa aku sayangkan korang sampaikan aku teringat2 kat blog korang tau.. maaf la pada sesiapa yang aku x sempat terjah blog korang yer.. bukan sajer2 ok, cuma keadaan x mengizinkan.. 

Aku cuba terjah blog korang hari ni yer.. harap dapat singgah & tinggalkan komen kat blog korang.. kalau x sempat, mesti balik ni nangis lagi ingat kat korang.. sob3.. sedih.. ada tisu lebih??