Tuesday, August 19, 2014

Kisah Hari Raya Pertama - Syawal 2014

Baru berkesempatan untuk update tentang kisah Hari Raya pertama Syawal tahun 2014.. Syawal 2014 merupakan tahun kelima aku beraya sebagai seorang isteri.. tahun ni turn beraya rumah mertua.. 


Tahun ketiga beraya dirumah mertua pada pagi Syawal.. dah boleh faham adat dan tradisi keluarga ni.. mula2 agak kekok sebab ada beberapa perkara yang berbeza antara rumah sendiri dan rumah mertua tapi lama kelamaan perbezaan tu dah boleh diterima.. lain keluarga, lain ragamnya.. melalui perkahwinan la kita dapat belajar tentang keluarga orang lain kan?


Pagi raya dimulakan dengan bergambar berdua.. sebab kitaorang dah siap awal, so better bergambar berdua sebelum terlupa dan tak sempat.. kitaorang siap awal sebab masing2 siapkan diri sendiri jer.. tak kena siapkan anak sebab belum ada anak, sebab tu cepat jer kami bersiap.. hehehe..


Lepas dah bergambar berdua, susun kerusi untuk sesi bersalaman dan bagi duit raya.. lepas tu terus jer sesi bergambar bersama keluarga mertua.. tahun ni agak meriah jugak sebab dah makin bertambah anak buah Encik Adiey.. masa aku kahwin dulu ada sorang jer.. now dah bertambah nak masuk 9 orang.. :)



Tema kitaorang tahun ni last minute baru nak pilih.. pilih dekat kedai.. sebab sejak couple sampai sekarang baju mesti nak sama warna sampai Encik Adiey dah tak tau nak pilih warna apa since baju melayu dia dah banyak warna.. hehehe.. sebelum pergi kedai pilih warna coklat, sekali sampai sana warna coklat semua tak cun.. so, ambik jer warna navy blue.. 


Lepas bersalaman dan bergambar terus beraya ke rumah sedara mara mertua.. sedara belah ayah mertua dekat-dekat situ jer so senag jer nak gie ziarah diaorang.. gambar memang tak ada sebab aku sibuk makan.. hahaha.. entah la, masa ni bawak jer DSLR, tapi malasnya nak keluarkan.. phone pun dalam handbag jer.. hahaha..

Petang lepas zuhur tu gerak balik rumah sendiri.. tak sabar nak jumpa mak abah.. kali ni balik bawak family mertua sekali.. so memang meriah la kan.. walaupun dah rumah kelima tapi diaorang boleh jer makan rendang mak bertambah2.. 



Sementara diaorang makan, aku ambik kesempatan salam dan bergambar dengan mak abah.. as usual kalau salam mak mesti emo, tapi bila part nak salam abah mesti gelak.. sebab nanti abah akan buat lawak sambil perli apa kesalahan yang kita pernah buat.. kalau tak ada salah pun nanti dia kata, "oooo, ni budak yang mengada banyak sangat tu, cepat mintak maaf".. orang dah ready nak syahdu2 dia buat lawak pulak.. ngada tau abah ni..



Sempat la jugak posing2 sekejap dengan anak buah dan kakak2.. nasib baik keluarga mertua memahami dan boleh tunggu aku bergambar.. bergambar mana yang sempat jer.. bagi duit raya kat anak buah pun dekat luar rumah.. sempoiii lak aih!


Mak dan abah pun sempat la bergambar dengan besan diaorang di petang Syawal tu.. seronok tengok gambar ni.. rasa macam "mahal" sangat gambar ni.. terasa beruntung masih diberikan peluang oleh Allah untuk melihat mereka berempat sehingga ke saat ni.. 



Tak lepas peluang bergambar dengan anak2 dara yang makin cantik ni.. Intan dah makin besar.. tahun ni dah nak ambik SPM.. sekejap masa berlalu.. Alya pulak dah makin bijak.. dah mula becok asyik nak bercakap.. dah pandai pilih baju sendiri nak pakai  setiap hari.. semoga mereka membesar dengan baik dan berjasa kepada keluarga dan agama hendaknya..



Sebelum balik. posing dengan keluarga mertua dekat rumah mak abah.. seronok sangat bila keluarga sendiri dan keluarga mertua dekat2.. dalam sehari, boleh bahagiakan dua belah keluarga serentak.. rezeki yang Allah bagi kan.. jodoh dekat, rezeki daripada Allah.. :)



InsyaAllah, nanti bersambung untuk kisah raya seterusnya.. gambar lepas raya kedua pun tak banyak.. mana yang ada dalam DSLR tu kita update la yer.. :)

Nota Cinta: Syawal kelima sebagai suami isteri dan masih berdua.. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kami berdua.. Alhamdulillah..

Photobucket

Wednesday, August 13, 2014

Makan-Makan & Menonton Wayang!

Entry last la yer tentang birthday.. setahun sekali jer kan, bagi peluang la nak cerita tentnag hari istimewa diri sendiri.. malam lepas solat Maghrib, menuju ke Alamanda untuk makan-makan.. lagipun nak ke dealer Apple sebab nak belajar cara guna iPod Touch yang dihadiahkan tu.. maklumlah, kami suami isteri tak pernah pakai brand ni so memang kekok nak guna.. 


Plan nak makan dekat Kenny Rogers sebab masa anniversary hari tu nak makan kat situ tapi ayam dah habisssss.. sedih betul pukul 9malam ayam dah habis.. hahahaha.. so, cakap dekat Encik Adiey silalah belanja saya makan dekat KR sebab dari bulan lepas tak dapat makan ayam KR.. hahahaha.. 

Nasib baik ayam ada lagi masa kitaorang sampai tu even ramai orang.. malam tu banyak kena paksa ambik gambar dengan Encik Adiey.. katanya tahun depan tengok balik gambar ni, bandingkan dengan muka tahun depan.. makin nampak bulat ke x.. jahatttttttnyaaaa kamuuuuuuu....




Kita nak makan pun orang tu sibuk ambik gambar... dah kenapa nak buat kita "kencing manis" sebab awak sweet sangat hari tu.. hahaha.. orang dah lapar nak makan dia sibuk snap2 gambar kita.. habiskan ayam KR orang tu nanti baru tau!


TQ la yer sebab banyak bagi kita rasa "manis" hari tu..

Lepas makan menuju ke dealer Apple.. dapat belajar cikit2 jer sebab kedai ramai orang.. cuma tak sempat survey harga casing iPod Touch ni.. aku ni dah la ganas sikit jaga barang.. takut terlepassss jer iPod tu dari tangan.. semalam pun dah nak terlepassss, nasib baik atas katil.. hukhukhuk.. kecik & ringan sangat, tangan pulak besar.. hahahaha..

Then ingatkan nak terus balik.. sekali ada orang ajak tengok wayang pulak.. dah lama giler tak dating tengok wayang sama2.. awal-awal kahwin selalu gak la.. then lepas tu semua download jer dari internet.. hahaha.. kantoi download movie kat internet.. 


Since hari gembira, layan cerita santai2 jer la.. cari cerita yang kelakar2.. Adnan Sempit Sawadikap.. memang banyakkkkk gelakkkk la layan citer ni.. gelak daripada bunyi sampai gelak tak bunyi.. hilang stress jap... 

Habis wayang pukul 12.. so tamatlah hari yang indah.. tahun depan baru boleh sambut lagi dan rasa diraikan.. itupun kalau masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ni.. apapun, bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merasai kebahagiaan sepanjang hari tu.. semoga Allah memberkati segalanya..

TQ so much semua yang menceriakan saya sepanjang hari Isnin hari tu.. ucapan, doa dan ingatan kamu semua amatlah dihargai.. terlalu bermakna semuanya.. 

Untk suami tersayang, "Terima kasih yang teramat sangat.. Semoga Allah jadikan abang sebagai suami yg sentiasa penyayang dan boleh membimbing sayang ke jalan-Nya.."

Photobucket

Tuesday, August 12, 2014

iPod Touch "Zana Adieyza" - Hadiah Birthday Saya!

Syukur Alhamdulillah.. semalam antara hari yang bahagia.. setahun sekali diraikan.. semalam jugak dapat hadiah iPod Touch daripada suami tersayang.. terlalu banyak cerita tentang hadiah iPod Touch ni.. ada macam2 drama pulak bila cerita part hadiah birthday ni..

Drama bermula bila tengahari semalam ada orang DHL call mintak turun ambik barang.. pelik dah ni sebab aku tak ada order barang.. barang Shaklee pun baru order pagi semalam, tak kan tengahari dah sampai kan? lagipun Shaklee guna Gdex bukannya DHL.. tengah syok rehat tu pun turun jer la.. masa sampai bawah, orang DHL suruh sign semuanya.. tengok sender macam pelik jer.. apasal daripada oversea lak ni??? hahahha.. surprise sangat haih!



Mula2 nak bukak time tu gak, tapi call suspek utama dulu.. tanya dia ada pos apa2 ke untuk aku? dia gelak2 ok! geram pulak hati kita... main2 yer.. cubit kang! lepas tu dia kata jangan bukak hadiah tu, biar bukak sama2 kat rumah.. adoiiii, baik bagi by hand jer gitu bang oiii.. sajer buat kita suspen! then sajer nak bagi kita "kencing manis" ke apa ni sebab macam sweet pulak dia semalam.. hahahaha..

Daripada pukul 1.50 tengahari sampai nak tunggu Encik Adiey ambik 4.30 petang tu kemain rasa lama tau! puas teka2 apa dalam kotak.. tapi yang pasti hadiah kecik sebab kotak ringan & kecik jer.. hehehe.. tapi memang bertambah pelik sebab guna alamat luar negara.. bila pulak dia berhubung dengan orang luar negara ni? hahahaha..

Balik sampai rumah terus excited nak bukak.. dengan baju kerja tu jugak aku duduk bukak hadiah.. payah pulak nak bukak.. ganas la aku bukak sebab tak sabar.. hahaha.. sekali bukak.............



(VIDEO DARIPADA YOUTUBE ADIEYZA ZANA)

Alhamdulillah.. dapat iPod Touch! tak pernah terfikir sebab tak tau guna dan tak ambik pusing benda tu macam mana & untuk apa.. hahaha... sekali dapat, tercengang jap.. sekali pusing belakang iPod Touch tu, nangisssss jap...


Ada nama kita "Zana Adieyza"

Ya Allah, terasa macam terus ada satu perasaan "cinta" yang mengalir dekat iPod Touch tu.. bila ada nama kita dekat barang yang kita dapat, rasa macam sesuatu sangattttttt.. rasa macam, "eh, ni saya punya tau.. ada nama saya"... hahahhaha.. gitulah rasanya...

Tanya Encik Adiey kenapa alamat luar negara, bukan dalam Malaysia? sebab kedai Apple tu ada yo kek Alamanda tu ha.. apasal sampai nak luar negara lak??? rupanya sebab nak tempah engraving/ukiran nama aku dekat iPod Touch tu lah yang sampai ke luar negara.. sebab kalau beli direct dekat kedai Apple, tak boleh buat engraving ni.. kalau nak ada engraving ni, beli melalui online (either phone call or online system) then request buat engraving tu.. 


So, iPod Touch yang request nak buat engraving tu memang akan dibuat terus dekat oversea tu sebelum dipos ke Malaysia.. so sebab tulah alamat sender dari oversea.. maka, terjawab sudah part sender tu.. 

Part seterusnya, aku tanya la kenapa iPod Touch? Dia kata sebab aku selalu bising kata nak masuk lagu banyak tak boleh kat Note II tu sebab ada 16gb jer then bila buat routine business Shaklee, bateri cepat habis.. aku jugak selalu mengadu anak buah suka main phone Note II tu sampai aku tak sempat nak belek pun phone sendiri.. nak belikan phone aku memang dari dulu kata tak suka ada 2 nombor.. since Note II memang masih elok lagi, so dia x nak la beli phone lagi kan.. iPod Touch kan senang, tak payah ada simcard.. so, settle part kenapa iPod Touch yang dipilih sebagai hadiah..

Part terakhir ni lagi best.. part nak pakai.. aku mana pernah pakai brand Apple ni haaaa.. tanyalah dekat orang yang hadiahkan.. dia pun tak tauuuuuu.. hahahaha.. sebab dia kata dia survey bab harga, kegunaan dan kelebihan jer.. bab cara guna dia tak survey.. hahahha.. 

Sudahnya, semalam menujulah kami ke dealer Apple dekat Alamanda tu ha.. bagitau diaorang yang mintak ajar nak guna.. daftar Apple ID dan iTunes dekat situ.. kalau tak dafatr memang tak boleh guna.. kat situlah aku tanya macam2.. orang yang bagi pulak sibuk tanya pekerja sorang lagi tentang iPhone 6 yang nak keluar tak lama lagi.. hai bang, bagi hint mintak iPhone sebab dah bagi saya iPod ke? hahahahha.. macam ada udang di sebalik mee jer ni.. hahahhaha.. 

Lepas dah belajar dan try cikit2 kat kedai tu, barulah rasa yakin cikit.. yerlah, aku rasa system android dengan apple ni macam jauh beza gak la.. kekok cikit nak guna.. nanti kalau aku dah pandai guna, aku review kat sini eh.. hehehe.. 


Alhamdulillah.. selamat berjasa wahai iPod Touch! semoga 64gb tu diisi dengan sebaik mungkin.. semoga nama Zana Adieyza dekat iPod tu akan memberikan satu rasa "cinta" yang berpanjangan di antara kami berdua.. cewahhhh!

Terima kasih sayang!


Photobucket

Monday, August 11, 2014

Surprise Birthday Zana Daripada Soulsisters!

Semalam petang dapat surprise birthday daripada sahabat yang mulanya hanya kenal di blog tapi sekarang makin mesra dari hari ke hari.. terkejut sangat! sebab tak sangka diaorang nak sambut birthday aku sehari awal.. lagipun plan asal nak datang beraya jer.. pandai yer diaorang nak kenakan adik kesayangan diaorang ni.. hehehe..

Lepas zuhur semalam, siap2 penuh semangat nak beraya rumah parents Yannie (http://idreamoflittlebunnies.blogspot.com/).. niat utama nak tengok baby Sabrina.. *baru teringat entry baby Sabrina tak ada lagi yer.. nanti mama Zana buat entry tu untuk awak yer sayang.. dah alang2 tengok Sabrina, beraya sekali la kan.. 

PM untuk set time dengan Cinta (http://akubukanblog.blogspot.com/), Yana (http://leeyanaradhi.blogspot.com/) dan Nana (http://ainasuraya.blogspot.com/) untuk ke rumah Yannie.. mula2 elok jer semua respond nak datang.. tetiba semalam Nana senyap bila aku PM dia. rupanya dia bz since adik dia bertunang semalam.. diaorang kata boleh lak si Nana ni lupa semalam adik dia nak tunang.. hehehe.. 

Sampai rumah Yannie, makan2 borak2.. laki masing2 pun sama naik berborak.. dari citer Yannie belah perut nak bersalinkan Sabrina, cerita orang bersunat, cerita jalan jem sampailah cerita orang mabuk darah (siapalah agaknya yer.. hahahaha)

Time rancak borak, Yannie & Cinta masuk dapur.. Cinta kata nak tumpang bilik air.. sekali rupanya...



Surprise!!!!


(VIDEO DRPD YOUTUBE ADIEYZA ZANA)

Ya Allah, nak nangis pun ada tapi cover la kan.. laki masing2 ada kot.. nanti tak comel la kalau menangis depan diaorang.. hahahhaha.. 

Seronok sangat2 sebab tak sangka pun diaorang senyap2 plan nak sambut birthday aku semalam.. kek sangatlah sedap! tapi sampai sekarang aku tak tau siapa beli kek.. diaorang kata Uwan (Nenek Yannie), bibik Yannie dan Sabrina yang pergi beli.. hampeh betol tau diaorang ni.. orang nak tau sape beli kek pun tak nak bagitau.. surprise sangat la kononnya kan.. hehehe.. 


Potong kek pun menggigil2.. happy dan segan sebenarnya.. happy sebab diberikan rezeki dapat kenal dengan sahabat-sahabat yang baik.. segan sebab buat riuh rendah kat rumah Yannie.. nasib baik masa tu parents Yannie tak ada sebab pergi beraya.. kalau tak lagi segan aku..


Lepak makan sambil borak kemain lama.. masa berborak, sorang2 dok pangku Sabrina.. gelak kemain kuat memasing tapi Sabrina relakssss jer tidooo.. awak nak jadi ratu tido macam mama Zana jugak ke Sabrina?? hahahhaha.. tak apa, dia dah biasa kot dengar orang bising2 dari dalam perut.. sebab kitaorang kalau jumpa memang bising jerlah memasing kan.. 


Encik Adiey semalam melantak cempedak goreng kemain banyak.. mentang2 kesukaan dia.. masa nak balik, parents Yannie dah sampai kat rumah.. Rizal husband Yannie boleh lak cakap kat ayah Yannie yang Encik Adiey suka cempedak.. hambik ko, sebiji cempedak besar ayah dia bagi semalam.. hahahaha.. siap kata boleh la ikut pergi dusun ayah Yannie nanti.. amboiiiii, over tau!

So, semalam memang daripada rumah Yannie sampai Putrajaya senyum meleret jer la.. rasa bertuah dikelilingi mereka yang baik hati.. ramai kawan2 yang sentiasa menceriakan hati aku.. selalu berdoa agar Allah ramaikan teman2 & sahabat2 aku serta jauhkan aku daripada musuh2 & orang yang  tidak senang dengan kehidupan aku.. semoga Allah memakbulkannya.. insyaAllah..

Yannie, Cinta, Nana & Yana, TQ SO MUCH untuk segalanya.. hanya Allah yang mampu balas jasa baik korang semua.. 
Photobucket

Happy 28th Birthday!

Syukur Alhamdulillah.. 11 Ogos 1986 (Isnin) - 11 Ogos 2014 (Isnin), genap 28 tahun hari ni.. Happy 28th Birthday NORSAHZANA BINTI MOHD JUMARO..


 Syukur kerana masih dipinjamkan usia utk terus menunaikan tanggungjawab sebagai hamba-Nya.. Terima kasih mak yang melahirkan saya.. Terima kasih abah yang sama2 membesarkan saya.. Terima kasih suami yang sudi menerima saya sebagai isteri.. Terima kasih semua yang sudi menceriakan hari2 saya..

Ya Allah, hari ini aku amat bersyukur di atas segala rahmat dan rezeki daripada-Mu.. setiap kebahagiaan yang hadir dalam hidupku terlalu bermakna.. setiap rezeki yang diterima dalam hidupku terlalu besar ertinya.. setiap kejayaan yang diraih dalam hidupku terlalu istimewa nilainya.. syukur Ya Allah.. 

Nota Cinta: InsyaAllah akan update cerita tentang surprise advance birthday daripada sahabat2 tersayang lepas ni.. lepas dah update cerita birthday baru keluar cerita raya yer.. lum terlewat rasanya sebab masih bulan Syawal lagi.. :)


Photobucket