Wednesday, August 13, 2014

Makan-Makan & Menonton Wayang!

Entry last la yer tentang birthday.. setahun sekali jer kan, bagi peluang la nak cerita tentnag hari istimewa diri sendiri.. malam lepas solat Maghrib, menuju ke Alamanda untuk makan-makan.. lagipun nak ke dealer Apple sebab nak belajar cara guna iPod Touch yang dihadiahkan tu.. maklumlah, kami suami isteri tak pernah pakai brand ni so memang kekok nak guna.. 


Plan nak makan dekat Kenny Rogers sebab masa anniversary hari tu nak makan kat situ tapi ayam dah habisssss.. sedih betul pukul 9malam ayam dah habis.. hahahaha.. so, cakap dekat Encik Adiey silalah belanja saya makan dekat KR sebab dari bulan lepas tak dapat makan ayam KR.. hahahaha.. 

Nasib baik ayam ada lagi masa kitaorang sampai tu even ramai orang.. malam tu banyak kena paksa ambik gambar dengan Encik Adiey.. katanya tahun depan tengok balik gambar ni, bandingkan dengan muka tahun depan.. makin nampak bulat ke x.. jahatttttttnyaaaa kamuuuuuuu....




Kita nak makan pun orang tu sibuk ambik gambar... dah kenapa nak buat kita "kencing manis" sebab awak sweet sangat hari tu.. hahaha.. orang dah lapar nak makan dia sibuk snap2 gambar kita.. habiskan ayam KR orang tu nanti baru tau!


TQ la yer sebab banyak bagi kita rasa "manis" hari tu..

Lepas makan menuju ke dealer Apple.. dapat belajar cikit2 jer sebab kedai ramai orang.. cuma tak sempat survey harga casing iPod Touch ni.. aku ni dah la ganas sikit jaga barang.. takut terlepassss jer iPod tu dari tangan.. semalam pun dah nak terlepassss, nasib baik atas katil.. hukhukhuk.. kecik & ringan sangat, tangan pulak besar.. hahahaha..

Then ingatkan nak terus balik.. sekali ada orang ajak tengok wayang pulak.. dah lama giler tak dating tengok wayang sama2.. awal-awal kahwin selalu gak la.. then lepas tu semua download jer dari internet.. hahaha.. kantoi download movie kat internet.. 


Since hari gembira, layan cerita santai2 jer la.. cari cerita yang kelakar2.. Adnan Sempit Sawadikap.. memang banyakkkkk gelakkkk la layan citer ni.. gelak daripada bunyi sampai gelak tak bunyi.. hilang stress jap... 

Habis wayang pukul 12.. so tamatlah hari yang indah.. tahun depan baru boleh sambut lagi dan rasa diraikan.. itupun kalau masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ni.. apapun, bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merasai kebahagiaan sepanjang hari tu.. semoga Allah memberkati segalanya..

TQ so much semua yang menceriakan saya sepanjang hari Isnin hari tu.. ucapan, doa dan ingatan kamu semua amatlah dihargai.. terlalu bermakna semuanya.. 

Untk suami tersayang, "Terima kasih yang teramat sangat.. Semoga Allah jadikan abang sebagai suami yg sentiasa penyayang dan boleh membimbing sayang ke jalan-Nya.."

Photobucket

3 comments:

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..