Tuesday, August 12, 2014

iPod Touch "Zana Adieyza" - Hadiah Birthday Saya!

Syukur Alhamdulillah.. semalam antara hari yang bahagia.. setahun sekali diraikan.. semalam jugak dapat hadiah iPod Touch daripada suami tersayang.. terlalu banyak cerita tentang hadiah iPod Touch ni.. ada macam2 drama pulak bila cerita part hadiah birthday ni..

Drama bermula bila tengahari semalam ada orang DHL call mintak turun ambik barang.. pelik dah ni sebab aku tak ada order barang.. barang Shaklee pun baru order pagi semalam, tak kan tengahari dah sampai kan? lagipun Shaklee guna Gdex bukannya DHL.. tengah syok rehat tu pun turun jer la.. masa sampai bawah, orang DHL suruh sign semuanya.. tengok sender macam pelik jer.. apasal daripada oversea lak ni??? hahahha.. surprise sangat haih!



Mula2 nak bukak time tu gak, tapi call suspek utama dulu.. tanya dia ada pos apa2 ke untuk aku? dia gelak2 ok! geram pulak hati kita... main2 yer.. cubit kang! lepas tu dia kata jangan bukak hadiah tu, biar bukak sama2 kat rumah.. adoiiii, baik bagi by hand jer gitu bang oiii.. sajer buat kita suspen! then sajer nak bagi kita "kencing manis" ke apa ni sebab macam sweet pulak dia semalam.. hahahaha..

Daripada pukul 1.50 tengahari sampai nak tunggu Encik Adiey ambik 4.30 petang tu kemain rasa lama tau! puas teka2 apa dalam kotak.. tapi yang pasti hadiah kecik sebab kotak ringan & kecik jer.. hehehe.. tapi memang bertambah pelik sebab guna alamat luar negara.. bila pulak dia berhubung dengan orang luar negara ni? hahahaha..

Balik sampai rumah terus excited nak bukak.. dengan baju kerja tu jugak aku duduk bukak hadiah.. payah pulak nak bukak.. ganas la aku bukak sebab tak sabar.. hahaha.. sekali bukak.............



(VIDEO DARIPADA YOUTUBE ADIEYZA ZANA)

Alhamdulillah.. dapat iPod Touch! tak pernah terfikir sebab tak tau guna dan tak ambik pusing benda tu macam mana & untuk apa.. hahaha... sekali dapat, tercengang jap.. sekali pusing belakang iPod Touch tu, nangisssss jap...


Ada nama kita "Zana Adieyza"

Ya Allah, terasa macam terus ada satu perasaan "cinta" yang mengalir dekat iPod Touch tu.. bila ada nama kita dekat barang yang kita dapat, rasa macam sesuatu sangattttttt.. rasa macam, "eh, ni saya punya tau.. ada nama saya"... hahahhaha.. gitulah rasanya...

Tanya Encik Adiey kenapa alamat luar negara, bukan dalam Malaysia? sebab kedai Apple tu ada yo kek Alamanda tu ha.. apasal sampai nak luar negara lak??? rupanya sebab nak tempah engraving/ukiran nama aku dekat iPod Touch tu lah yang sampai ke luar negara.. sebab kalau beli direct dekat kedai Apple, tak boleh buat engraving ni.. kalau nak ada engraving ni, beli melalui online (either phone call or online system) then request buat engraving tu.. 


So, iPod Touch yang request nak buat engraving tu memang akan dibuat terus dekat oversea tu sebelum dipos ke Malaysia.. so sebab tulah alamat sender dari oversea.. maka, terjawab sudah part sender tu.. 

Part seterusnya, aku tanya la kenapa iPod Touch? Dia kata sebab aku selalu bising kata nak masuk lagu banyak tak boleh kat Note II tu sebab ada 16gb jer then bila buat routine business Shaklee, bateri cepat habis.. aku jugak selalu mengadu anak buah suka main phone Note II tu sampai aku tak sempat nak belek pun phone sendiri.. nak belikan phone aku memang dari dulu kata tak suka ada 2 nombor.. since Note II memang masih elok lagi, so dia x nak la beli phone lagi kan.. iPod Touch kan senang, tak payah ada simcard.. so, settle part kenapa iPod Touch yang dipilih sebagai hadiah..

Part terakhir ni lagi best.. part nak pakai.. aku mana pernah pakai brand Apple ni haaaa.. tanyalah dekat orang yang hadiahkan.. dia pun tak tauuuuuu.. hahahaha.. sebab dia kata dia survey bab harga, kegunaan dan kelebihan jer.. bab cara guna dia tak survey.. hahahha.. 

Sudahnya, semalam menujulah kami ke dealer Apple dekat Alamanda tu ha.. bagitau diaorang yang mintak ajar nak guna.. daftar Apple ID dan iTunes dekat situ.. kalau tak dafatr memang tak boleh guna.. kat situlah aku tanya macam2.. orang yang bagi pulak sibuk tanya pekerja sorang lagi tentang iPhone 6 yang nak keluar tak lama lagi.. hai bang, bagi hint mintak iPhone sebab dah bagi saya iPod ke? hahahahha.. macam ada udang di sebalik mee jer ni.. hahahhaha.. 

Lepas dah belajar dan try cikit2 kat kedai tu, barulah rasa yakin cikit.. yerlah, aku rasa system android dengan apple ni macam jauh beza gak la.. kekok cikit nak guna.. nanti kalau aku dah pandai guna, aku review kat sini eh.. hehehe.. 


Alhamdulillah.. selamat berjasa wahai iPod Touch! semoga 64gb tu diisi dengan sebaik mungkin.. semoga nama Zana Adieyza dekat iPod tu akan memberikan satu rasa "cinta" yang berpanjangan di antara kami berdua.. cewahhhh!

Terima kasih sayang!


Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

9 comments:

  1. Wah. Best tu. Happy birthday zana. Semoga semakin mekar cinta ye.

    ReplyDelete
  2. happy belated bestday zana.. wahhh bestnya dapat hadiahhh special..

    ReplyDelete
  3. Wahhh!bestnyer..untung akak tau...

    ReplyDelete
  4. fuyooo! dapat iPod! hihi :D
    happy belated birthday! :)

    ReplyDelete
  5. ouch romatik sgt encik adiey ni tau

    ReplyDelete
  6. huishhh bestnyaaa... okay ai is jelly.. huaaa nak juga!!!

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum zana. fuyohhhh dasyat adi ni.. hehehe gempak buat suprised camni. mesti melting zana kan ~~~

    ReplyDelete
  8. manyakk syok wooooooooooooooooo

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ