Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012!



Selamat Tahun Baru 2012 istimewa buat semua pengunjung & followe blog aDieyZa!

Semoha tahun 2012 membawa lebih banyak rezeki, kebahagiaan, keberkataan, kejayaan dan kebaikan kepada kita semua.. jadikan kenangan 2011 sebagai kenangan yang terindah untuk kita semua...


Photobucket

Friday, December 30, 2011

Handmade Card Wallet


Masa tengah blogwalking tadi, terjumpa 1 blogshop yang best! 
 
Tote Boutique Studio
 



 
Ralit betul aku tengok blogshop tu.. cantik2 nanti nak order gak la untuk sumbat segala macam kad yang ada dalam wallet aku sekarang.. 
 



nampak unik sebab design tu sangatlah cun! jatuh hati sudah.. harus order supaya hati x terus gundah gulana.. hahahha.. tapi untuk sekarang ni, owner blog tu tengah bercuti, so minggu depan baru leh order..


Photobucket

Hari Terakhir Bekerja Di Tahun 2011


Pagi Jumaat yang indah.. semoga membawa keberkatan kepada kita semua.. hari ini merupakan hari terakhir bekerja di tahun 2011..  akan kembali bertugas di tahun 2012 dengan lebih bersemangat.. 

Hari ni berharap agar dapat kemas & arrange workstation dengan lebih kemas.. nak simpan kalendar meja 2011 di atas meja sebab dah ada 2 kalendar meja 2012 yang sedia menanti.. nak pastikan semua kertas yang x digunakan, disisih dengan rapi.. kabinet dan laci juga nak dikemas supaya senang nak cari dokumen atau barang kemudian hari.. diari & planner 2012 pun nak kena susun rapi atas meja supaya masuk kerja Selasa depan dah boleh terus catat apa yang penting nanti.. kerja hakiki jugak tak dilupakan walaupun 2 big boss x masuk office hari ni.. 
 
Korang lak macam mana? bersemangat & gembira kerja di hari terakhir 2011 ni ? 
 


 
 atau stress sebab banyak kerja 2011 yang tertangguh ke tahun depan?
 


 
P/S: Hari ni mungkin akan cuba update lagi beberapa short entry.. untuk entry yang panjang, mungkin kena tunggu minggu depan yer..
Photobucket

Thursday, December 29, 2011

Menang Sepasang Sutera Batik!

Syukur Alhamdulillah.. 

2 minggu lepas ada masuk contest My Great Cuti-Cuti Cinta anjuran Pn Stoberi.. masuk contest tu sebagai tanda sokongan pada rakan blog.. entry penyertaan pun dihantar last minute sebab kekangan masa untuk mengarang ayat.. masa buat ayat untuk contest tu, tetiba keluar idea nak masukkan banyak pantun.. sebab kononnya nak nampak kelainan la kan.. huhuhu.. 
 
Alhamdulillah, masa diumumkan keputusan, ada jugak rezeki aku menang.. menang tempat ke 2.. hadiahnya cukup menarik & tertarik.. 
 
 
Sepasang sutera batik! yang lagi bestnya, warna sutera batik tu adalah antara warna kegemaran aku, purple! teruja sangat masa bila tau menang hadiah sutera batik tu..  x sabar nak terima hadiah tu!! 
 
Untuk penganjur, terima kasih Kekda sebab anjurkan contest yang GREAT tu! untuk juri, terima kasih sebab sudi pilih entry penyertaan tu sebagai pemenang tempat ke 2..

P/S: sutera batik tu bakal menjadi antara baju raya untuk tahun depan.. hihihi..
 
Photobucket

Spontaneous Thursday - Motivasi Diri




 Senyuman yang ikhlas mampu membahagiakan orang lain..
 


 Hanya kita yang tahu apa yang tersirat di dalam hati kita..
 


 Belajar memaafkan kesalahan orang lain..
 
P/S: kata2 semangat yang bagus sempena menyambut tahun baru 2012..

Photobucket

Wednesday, December 28, 2011

Mood Blogging Jatuh Menjunam!

Entah virus mana yang datang menyerang pun aku x tau.. tetiba rasa malas nak update entry baru.. padahal banyak jer cerita nak dikongsi! nak blogwalking manjang x sempat pulak sebab balik cuti seminggu, macam2 keje kena siapkan.. tapi lepas cuti lama ni, aku asyik ngantuk jer kat office.. kejap2 ngantuk, kejap2 ngantuk.. serius takut aku dengan perangai aku sekarang ni.. apa ke halnya ni??????
 
So antara azama tahun baru 2012 adalah untuk memastikan blog di update sekurang2nya sekali sehari!!

p/s: mencari kekuatan untuk update blog!

Photobucket

WordLess WednesdaY - Cuti-Cuti Kuala Lumpur!


KUALA LUMPUR BIRD PARK



 
KUALA LUMPUR DESA WATERPARK





Photobucket

Tuesday, December 27, 2011

Welcome Back Adieyza!



Setelah seminggu x masuk pejabat, keadaan adalah sangat stress.. sampai pejabat, staff bagitau ada audit hari ni.. perasaan?? hilang mood terusssssssss.. mengapakah nak buat audit di hari pertama aku kembali nekerja??? sajer nak jeles pasal aku sakan bercuti la tu kan???

Lepas tu konon2nya nak terus update tentang cuti2 mingu lepas.. sekali check kat handbag, pendrive tertinggal la pulak!! ni gara2 ada insiden kelam kabut bagi kami suami isteri pagi tadi.. huhuhu...
 
Rindu pada blog ni.. rindu pada blog kawan2 blogger.. mesti dah banyak terlepas cerita best dan menarik dari korang kan??


Berangan jugak nak blogwalking hari ni sebab waktu cuti x sempat sangat nak online.. tapi hasrat terpaksa dipendam sekejap sebab nak make sure fail untuk audit dah lengkap semuanya.. lepas tu insyaAllah boleh blogwalking dengan perasaan yang tenang..

Pada yang bekerja, selamat bekerja!! walaupun mood hujung2 tahun ni agak layu, tapi nak buat amcam mana kan.. kenalah kuatkan jugak.. pada yang bercuti, selamat bercuti!! semoga cuti anda semua dapat dimanfaatkan bersama yang tersayang...


Photobucket

Thursday, December 22, 2011

Tuan Blog Adieyza.Blogspot



Tuan blog x sempat nak on9 lama2..
Tuan blog x sempat nak blogwalking lama2..

Tuan blog x sempat nak up entry baru yang banyak..
Tuan blog x sempat nak upload gambar baru yang banyak..

Tuan blog tengah seronok bercuti dengan family tersayang..
Tuan blog tengah bahagia cuti bersama suami tesayang..


Take care guys!
 
Photobucket

Wednesday, December 21, 2011

WordLess Wednesday - Hero Pak Su!

Encik Adiey bersama 2 hero manja!

Hero di kiri dan kanan.. manja lebih dengan pak su dari mak su.. huh!

Photobucket

Monday, December 19, 2011

Mood Bercuti Di Hari Isnin



Selamat pagi semua.. hope hari ni lebih ceria dari biasa yer.. hari ni no Monday Bluessss bagi aku.. bangun pagi dengan ceria.. banyak kisah menarik yang berlaku semalam.. lagipun, start esok aku akan mula bercuti..perasaan memang best kan bila nak bercuti ni..

Apply cuti untuk esok sampai Jumaat nanti.. tapi yang bertambah bestnya bila Isnin depan pun cuti ganti untuk Krismas.. so hanya akan masuk keje pada Selasa minggu depan.. makanya saya akan bercuti selama 7 hari.. seronok!!!!!

X ada planning nak pergi mana2 pun.. memandangkan akak aku ada kursus kat Bangi minggu ni, maka dia bawak sekali la husband & semua anak2 dia stay rumah aku.. abang ipar aku apply cuti seminggu gak.. anak2 buah pulak memang tengah cuti sekolah, so tu yang senang nak berkampung kat rumah aku.. hihihi..

Bila akak aku kursus dari pagi sampai malam, jadi tanggungjawab untuk menjaga anak2 buah jatuh pada abang ipar aku, encik adiey & aku sendiri.. so masa tu mungkin akan digunakan untuk bawak diaorang jalan2.. semalam tengahri diaorang sampai, petang dah mula bawak berjalan.. tapi yang jadi mangsa dah tentulah encik adiey.. diaorang kan lebih manja dengan encik adiey dari aku sendiri.. 

Maka, hari ni marilah bekerja dengan sepenuh hati dengan semangat yang membara walaupun sebenarnya hati dah tertinggal kat rumah.. hihihihi..

Photobucket

Friday, December 16, 2011

"My Great Cuti Cuti Cinta Contest"

Menaip entry penyertaan bagi contest "My Great Cuti Cuti Cinta" dengan hati yang berbunga cinta.. maklumlah, hati mana yang x suka bila bercakap soal percutian kan?? So, kali ni nak mencuba nasib dengan join contest dari teman blogger yang cukup dekat di hati aku.. contest dari PnStoberi a.k.a Kekda sempena bakal menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 3 bersama suaminya yang tercinta.. jom kita mulakan entry contest yang istimewa ni!!


PnStoberi atau Kekda gelaran diberi
Entry dihantar penambat hati juri
Semoga kemenangan diraih nanti

Cameron Highlands penuh strawbery
Suasana sejuk romantik sekali
Di sanalah kami sambut First Anniversary
Destinasi Great Cuti-Cuti Cinta kami

Cameron Highlands (CH)! Itulah destinasi percutian yang paling GREAT setakat ni.. GREAT sebab di situlah tempat kami suami isteri menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama..percutian yang sememangnya dirancang sejak awal perkahwinan.. GREAT sebab di situlah tempat kami suami isteri memenuhi impian masing2 untuk menjejakkan kaki ke CH.. pengalaman, memori, kenangan yang sememangnya indah untuk dikenang!!

Persediaan nak ke CH makin GREAT bila baca blog PnStoberi yang baru balik dari CH!! Sepanjang perjalanan ke CH, bertambah seronok sebab sesi komen mengomen di FB bersama PnStoberi! sempat lagi dia bagitau kat mana ada jual ice cream stoberi sedap!!! so haruslah rasa makin teruja nak sampai ke CH!

 2hari 1malam penuh aktiviti
Dari pagi sehinggalah ke malam hari
Banyak tempat yang kami kunjungi
Pengalaman hebat tersemat di hati

Hari pertama di CH memang perasaan yang cukup GREAT!! hati berbunga riang setiap kali nampak stoberi di sana sini.. hati melonjak gembira bila dapat makan ice cream stoberi coklat dekat Healthy Strawberry Farm!


Hati bertambah suka bila dapat tengok pelbagai jenis bunga dekat Mardi CH.. wajah tersenyum gembira bila berada di Cameron Valley untuk lihat kehijauan teh boh.. hari pertama yang menggambarkan sejuta rasa kebahagiaan di hati kami berdua..


Percutian GREAT diteruskan keesokkan hari
Dinginnya pagi di puncak tinggi
Teruja bersiap suami dan isteri
Bayangan stoberi ada di sana sini

Hari kedua di CH bertambah GREAT!! bau haruman rose di Rose Valley membuatkan hati sesiapa pun boleh teruja.. suasana makin membahagiakan bila mana berpimpinan tangan bersama suami sambil melihat rose yang tumbuh mekar di sana sini.. perjalanan romantis diteruskan ke Butterfly Garden dalam suasana dingin.. melihat rama-rama berterbangan membuatkan hati bertambah riang..



Bertambah manis percutian kali ni bila dapat makan stoberi coklat di EQ Strawberry Farm.. menikmati kelazatannya sambil melihat stoberi yang merah menyala di kiri kanan taman.. melihat keindahan pokok kaktus di Cactus Point sememangnya pengalaman yang unik di CH!! Sememangnya CH menjanjikan pengalaman yg menarik!


Penat cuci2 mata, kami cuci2 poket dengan bershopping di Strawberry Corner.. di sini, macam2 cenderahati yang boleh dibeli.. cuma harganya sedikit mahal.. penat cuci2 poket, kami cuci2 perut makan ice cream goreng stoberi di Tanah Rata.. ditemani dengan suasana dingin di puncak bukit, sememangnya GREAT!!


Puas berjalan puas berposing
Senyuman terukir walaupun penat 
Sebelum pulang sibuk bershopping
Kenangan indah memori tersemat

Hari terkahir di CH digunakan sepenuhnya untuk membeli hadiah cenderahati untuk kami sendiri, keluarga dan tak lupa juga untuk teman2.. memang rambang mata masa bershopping di Kea Farm.. stoberi melambak di sana sini.. bau jagung pun menusuk2 hidung.. keharuman rose sepanjang deretan kedai juga buatkan hati aku betul2 tertinggal di CH! sememangnya percutian di CH sangat GREAT!!!!

Panduan tambahan:

1) Kos yang terlibat sepanjang cuti ni xdelah mahal mana pun sebab pergi 3hari 2 malam dan berdua jer.. memandangkan kami menginap di rumah peranginan persekutuan (RM50 - 2 malam) untuk kakitangan awam, maka banyak yang dapat dijimatkan kat situ.. shopping kat sana habis RM700 sahaja.. kedai makan kat sana banyak cuma agak mahal, kos makan habis dalam RM250.. untuk kos pengangkutan (minyak & tol) dari Putrajaya ke CH menggunakan Myvi dalam RM200.. total perbelanjaan RM1200 sahaja..

2) Beli map CH sebab banyak sangat maklumat ada kat map tu.. memang map tu tersangat2lah membantu.. map tu kiranya macam benda penting dalam merancang perjalanan & aktiviti kita kat sana.. kat map tu ada disediakan semua nama serta no telefon hotel, tempat2 menarik & macam2 lagi..

3) Shopping cenderahati dekat Kea Farm sebab kat situ memang murah.. fridge magnet RM1 pun banyak kat situ.. sayur dan bunga paling murah dekat situ.. kedai jual jagung pun paling sedap kat Kea Farm.. teh stoberi dan buah stoberi pun banyak yang murah kat situ.. cenderahati yang murah lagilah berlambak kat situ.. so grab peluang untuk shopping sepuas-puasnya masa kat Kea Farm ok!

4) Pasar malam yang selalu disebut2 di CH hanya dibuka pada hari Jumaat dan Sabtu.. so kalau nak pergi pasar malam yg meriah tu, datanglah masa 2 hari tu yer..

5) Untuk kedai makan yang murah, mungkin boleh pergi dekat Medan Selera Brinchang.. situ murah cikit berbanding dengan harga di Tanah Rata.. KFC pun ada jugak kat pekan Brinchang tu..

6) Tawar harga barang masa membeli cenderahati.. jangan terima jer berapa harga yang diberi sebab kat sana kalau bijak menawar, memang banyak untungnya.. sebelum menawar, mungkin boleh buat perbandingan harga kat banyak kedai.. dari situ boleh dapat agak berapa banyak yang kita boleh mintak kurang..

Jawapan saya bagi soalan PnStoberi adalah:

i) Berikan tempat CUTI CUTI CINTA yang PnStoberi pergi untuk bulan Januari, Julai dan Oktober 2011  

Januari - Sabah
October- Hong Kong

ii) Lengkapkan ala-ala slogan ini - Saya suka blog PnStoberi kerana ....

Blog PnStoberi sangat menarik & berinformasi.. katakan sajer tentang cerita apapun samada tempat percutian, tempat makan, cerita2 tv, promosi2 terbaru, gosip artis, tips2 dan kata2 motivasi yg menarik, aktiviti seharian PnStoberi dan suami, cerita FB,  dan yang terbaru blog PnStoberi sentiasa ada cerita tentang promosi deal yang GREAT!!! pakej yang lengkap di blog PnStoberi.. macam tagline Astro, "macam2 ada..."

Selain tu jugak, PnStoberi rajin update blog.. rajin jugak menyinggah dan memberi komen di blog lain.. entry di blog PnStoberi lebih santai.. pembaca akan merasakan seolah2 PnStoberi ada di depan mata sambil bercerita.. gaya penulisan yang menarik & bersahaja!

Blog PnStoberi menarik sekali
Rasa janggal tak jenguk sehari
Macam2 tips macam2 informasi
Singgah la selalu pasti tak rugi

Suka blog PnStoberi jugak sebab dah 2 kali jumpa face to face dengan PnStoberi! First jumpa masa nak dekat raya then second jumpa masa TTC Gathering..


Bertambah suka blog PnStoberi, sebab dah dapat 4 hadiah istimewa dari PnStoberi iaitu fridge magnet stoberikuih raya, kad raya dan terbaru minyak wangi dari percutian PnStoberi di Hong Kong.. GREAT kan PnStoberi!!

Sekian saja entry penyertaan
Semoga hati juri tertawan
Happy 3rd Anniversary Adieyza ucapkan
Semoga kebahagiaan kekal berpanjangan

p/s: Kekda, sorry lambat hantar penyertaan.. minggu ni zana betul2 sibuk..



Photobucket

Lawak IT


Gelak2 aku pagi ni bila baca dialog kat atas tu.. hihihi..


Photobucket

Thursday, December 15, 2011

Insiden Di Pejabat


Seharian badan mula rasa x selesa.. semuanya gara2 insiden di office pagi semalam.. pagi semalam aku kemaskan kabinet kat workstation aku.. maklumlah nak hujung tahun ni.. so kenalah asingkan perkara2 penting dan buang segala yang dah x penting.. masa tengah sedap mengemas, telefon berbunyi.. masa nak bangun tu boleh pulak bahagian belakang ni terlanggar kerusi.. terlanggar kat bahagian kerusi yang keras.. betul2 kena kat bahagian pinggang belakang.. memang sakit gilerrrrrr masa tu.. tapi berlagak cool lagi..

Lepas insiden tu, memang badan dah mula rasa sakit2.. tidur malam tadi pun x lena sebab x boleh tidur terlentang.. kena tidur mengiring jer.. encik adiey pun x tidur lena sebab aku sibuk merengek2 kata sakit.. bengkak kat pinggang tu dah makin buatkan aku rasa x selesa..

Bangun pagi ni memang tak larat sangat.. tapi bila fikir minggu depan nak cuti panjang, so kena gagahkan jugak diri ni untuk gie keje.. tapi dari pagi tadi dah mula rasa nak demam pulak.. sekarang ni pun berlagak buat cool.. tapi sakit tu makin buatkan aku rasa x tenteram.. rasa macam nak tercabut pinggang ni.. 

Memang kalau orang dengar macam biasa jer.. ye lah, setakat terlanggar/terhantuk kerusi jer.. tapi yang buatkan sakit tu sebab kena kat bahagian pinggang.. memang nak tunduk sakit.. nak duduk kat kerusi pun sakit.. nak baring terlentang pun sakit.. rasa x selesa sangat.. yang tambah x selesa bila badan pulak rasa nak demam.. hope x demam dalam masa terdekat ni.. banyak urusan yang menanti.. urusan keje dan urusan peribadi..

Doakan aku sihat yer.. harap sangat rasa demam ni x berpanjangan.. take care guys!
 
Photobucket

Spontaneous Thursday - SMILE




 
Senyum walaupun jauh di sudut hati ada perasaan sedih..

Senyum walaupun diduga dengan pelbagai ujian..

Senyum walaupun pelbagai masalah menghantui diri..

Senyum walaupun pahit demi insan tersayang..

Senyumlah seikhlas hati demi kebahagiaan yang berpanjangan..

Photobucket

Tuesday, December 13, 2011

Khasiat Buah-Buahan

Khasiat buah-buahan:
 





  • Mangga
    Anti kanser, menjaga kesihatan penglihatan, membantu penghadaman, menjaga kesihatan kulit, membantu membaiki kesihatan seksual, menambah berat badan, menguatkan daya ingatan, berfaedah untuk anemia (kurang darah) dan mencegah selaran panas.




  •  Mangga memang kesukaan encik adiey.. so secara automatik, aku pun suka.. kalau balik kampung, encik adiey suka petik buah mangga.. sampai jiran2 mula tanya samada aku pregnant ke?? kelakar ok bila semua jiran mula jerit2 tanya, "dah mengidam ke zana?".. kadang2 aku jawabnya, "bukan saya tapi adiey yang mengidam.." hihihihi..
     


  • Anggur/kismis
    Mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung dan hilang ingatan, antipenuaan, antioksidan, antiradang, kesihatan kulit, mata, kardiovaskular, kesihatan gastrik, kesihatan saluran kencing dan penyakit gusi. 




  •  Aku memang suka makan kismis.. kalau beli sampai berkotak2.. sedapppp ooooo.. dulu suka makan kismis sebab orang kata leh jadi bijak makan kismis.. korang pernah dengar x?



  • Buah oren
    Kesihatan jantung, penglihatan, pelalian dan mengurangkan risiko penyakit kanser. Pada masa sama, buah sitrus ini turut memiliki kelebihan sebagai antioksidan, membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.




  •  Aku suka fresh orange jer.. kalau makan buah oren sesajer tu agak kurang la.. tapi kalau nak dekat raya cina tekak ni ok jer lak nak makan oren banyak2.. pelik sungguh!
     


  • Buah Epal
    Pengambilannya yang kerap dikatakan dapat mencegah dementia atau nyanyuk, mencegah kenaikan berat badan, menurunkan kolesterol, menentang kanser dan antioksidan.




  • Aku suka sangat epal hijau.. kalau dapat epal hijau tu, memang laju jer aku makan.. tapi kalau epal merah tu macam kurang sedap la.. tapi kan, ada yang aku dengar kata x elok makan epal dengan kulit, ada pulak yang kata elok makan dengan kulit.. confius aku!




  • Buah pear
    Bersifat antioksidan, menjaga kesihatan kardiovaskular, antiradang, menjaga kesihatan jantung, menyembuhkan luka dan lebam, membaiki tisu, menjaga kesihatan penglihatan, menentang jangkitan, menyokong transmisi saraf dan melawaskan perut.




  •  Buah pear ni jarang lak aku makan.. tapi sedap jer.. tak tau la pulak yang elok untuk penglihatan.. lepas ni nak makan selalu la.. sebabnya rabun aku ni makin teruk! 




  • Kiwi
    Buah yang kaya dengan vitamin C dan berasal dari New Zealand ini membantu mengatasi insomnia (sukar tidur), mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida), membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas dan batuk malam), mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit, menjaga kesihatan penglihatan, kesihatan kolon dan kesihatan prostat.




  •  Jarang2 makan tapi setiap bulan mesti ada beli.. banyak gak khasiat buah ni kan.. lepas ni boleh la rajin2 feel omputih makan buah kiwi banyak2..




  • Pisang
    Bagi mereka yang mudah stres atau alami tekanan, buah pisang boleh menjadi pilihan. Ini disebabkan ia kaya khasiat antikemurungan (membantu membaiki mood dan tidur), antioksidan, mengawal tekanan darah, meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan, meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan risiko kanser, menentang ulser peptik, melegakan cirit-birit dan sembelit.  




  • Yang ni memang selalu sangat makan.. balik kampung jer harus abah bekalkan setandan pisang! encik adiey pun rajin beli pisang.. patutlah aku makin kuat tidooooo, rupanya pisang dapat bantu untuk baiki mood dan tidoooooo.. hihihi


    P/S: Korang suka makan buah apa yer? ada tips/petua menarik tentang buah boleh la share yer..
    Photobucket