Tuesday, September 6, 2011

Jumpa Akak Blogger - PnStoberi @ Kekda

Sehari sebelum balik beraya ke kampung halaman, aku sempat lagi jumpa sorang akak blogger ni.. syukur Alhamdulillah kerana hajat kitaorang untuk berjumpa dipermudahkan Allah.. akhirnya dapat jugak aku jumpa dengan Kekda aka PnStoberi.. perjumpaan yang singkat tapi cukup bermakna!!

Kekda bagitau aku yang dia nak buka puasa kat Putrajaya.. so dia pun tanya samada aku free x masa tu sebab nak ajak berbuka sama.. memandangkan hari tu banyak urusan yang aku kena selesaikan, so aku x dapat la nak join Kekda buka puasa sama2.. tapi aku bagitau dia yang aku akan datang jumpa dia lepas buka puasa..

Kekda buka puasa kat Umai D'Lake Cafe.. rugi jugak x dapat join buka sama sebab aku memang selalu gie Umai tu.. menu memang banyak yang sedap.. masa sampai sana, Kekda tengah makan lagi.. aku tunggu Kekda kat tepi tasik jer, x masuk pun dalam Umai sebab ramai sangat orang..
First jumpa Kekda, terus bual2 macam dah lama sangat kenal & jumpa.. padahal sebelum ni kenal dalam blog jer.. mungkin sebab kita blogger ni hari-hari baca blog masing-masing so tau tentang perkembangan orang tu, makanya banyak la cerita nak diborakkan.. memang best jumpa Kekda ni.. hope nanti ada masa untuk kitaorang jumpa lagi.. 

Zana Adieyza & PnStoberi  (curi gambar ni dari blog Kekda)
 
Kekda, thanks sebab sudi jumpa zana ni.. thanks jugak sebab bagi zana kuih.. dalam sebulan, Kekda bagi 3 barang kat zana.. first FM, lepas tu kad raya & sebelum raya dapat kuih raya pulak.. thank u so much Kekda.. siap ada entry khas dari Kekda lepas kita jumpa eh.. 

P/S: mood keje masih ke laut.. penat panggil mood keje, tapi x sampai2 lagi..

7 comments:

  1. hihi. kuih raya je la mampu akak kasik sbb nak bagi duit raya sure kena bagi note besau ni.. officer MOF kekdahnya. Hihi.

    Nenati kita jumpa lagi yer.

    Tp seyes la..Zana cute giler.. mujo akak tak cubit2 je pipi. Hihik (wah..sesuka ekau nak cubit pipi bini org kan)

    ReplyDelete
  2. sonok kan kalau dari alam maya boleh berkawan sampai ke alam nyata..:)

    ReplyDelete
  3. mmg best kalau dpt jumpa kwn blogger ni...mengeratkan perhubungan dari alam maya ke alam nyata...

    ReplyDelete
  4. salam zana..wah!bestnya jumpa kawan blogger.Bila zana nk jumpa k.atie lak?ngeeeee

    ReplyDelete
  5. waaaaaaaa jumpe blogger..
    bila lahh nk jumpe NF kn..
    huhu

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..