Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan


Selamat menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadhan.. semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kita semua.. 

Saturday, July 30, 2011

Kemas Rumah Bersih2 Sebelum Puasa

Hari ni terpaksa kuatkan semangat untuk mengemas rumah sebaik mungkin.. maklumlah minggu depan dah start puasa.. so mestilah mood nak mengemas rumah tu agak merudum!! jadi marilah kita bersama2 mengemas rumah sebelum bermulanya puasa ye kawan2..


Maybe boleh guna checklist ringkas ni untuk pastikan semua kerja yang utama dapat disiapkan!

- Pastikan lantai disapu & dimop..
- Jangan lupa cuci bilik mandi & tandas jugak..
- Rajinkan tangan untuk tukar cadar baru untuk setiap bilik..
- Jangan lupa bersihkan dapur dan pastikan tiada kesan minyak di sekeliling dapur..
- Susun barangan di stor dengan kemas..
- Jangan lupa untuk lipat baju yang dah dibasuh..
- Cuci bunga hiasan supaya xde habuk yang boleh membuatkan kita selsema..

Untuk para suami sila ringankan tulang anda semua dalam membantu para isteri mengemas rumah yer..
- Tolong buang sawang2 di syiling rumah..
- Bantu isteri mencuci kipas..
- Pastikan air-cond turut diservis untuk memastikan ianya sentiasa berfungsi dengan baik..
- Pastikan tingkap rumah dicuci dengan bersih..
- Jangan lupa untuk buang sampah ke pusat pembuangan sampah setelah isteri siap mengemas!!!

Jom sama2 mengemas!!! 

Friday, July 29, 2011

Pengubat Rindu

Jumaat yang indah.. hujan rahmat di pagi hari.. semoga hari ni lebih baik daripada semalam.. 

Hari ni masuk office dengan perasaan yang berkobar2.. sebab nak update blog.. hihihi.. rindu betul nak menaip entry2 baru kat blog ni.. tapi rasanya macam x sempat lagi nak update tentang Cameron Highlands sebab gambar x habis nak resize lagi.. so insyaAllah next week aku akan update tentang percutian kat Cameron tu yer.. percutian tu biasa2 jer tapi cukup bermakna.. syukur Alhamdulillah..

Hari ni aku tunjuk cikit jer la gambar dulu yer..buat pengubat rindu korang dekat aku.. hahahaha.. gurau2 jer.. 




 



P/S: Terubat x rindu korang? hihihihi..

Wednesday, July 27, 2011

Update Laju2

Selamat petang semua!!! semoga hari ni korang lebih ceria dari biasa k..

Sepatutnya hari ni aku cuti lagi.. balik dari Cameron Highlands semalam, dapat sms daripada officemate bagitau yg aku kena hadir kursus hari ni sampai esok.. adoi!!!!!! baru cadang nak relaks2 kat rumah hari ni.. sekali kena cancel cuti la pulak.. x suka!!! tapi nak buat macam mana kan.. demi tanggungjawab dan berkhidmat untuk negara, terpaksalah kuatkan semangat untuk datang hari ni..

So, entry Cameron Highlands akan lambat la di update.. sebabnya dah gie kursus, so masa untuk update blog pun adalah kurang.. insyaAllah ada masa nanti aku cuba update cerita tentang percutian di Cameron Highlands tu k.. 

Aku cuba curi masa untuk blogwalking, tapi macam x sempat jer.. xpe, aku ada masa nanti aku gie terjah blog korang yer.. mesti banyak cerita terbaru korang yg aku terlepas kan.. x sabar nak baca blog korang!! rindu!! aku pun tengah cuba curi masa untuk transfer gambar dari kamera ke pc.. walaupun aku tau korang semua dah jemu tengok muka aku dalam blog ni, tapi aku tetap nak masukkan gamabr2 tu jugak.. hihihi..

Oh ye, untuk pemenang GA tu, insyaAllah next week aku umumkan.. sekarang ni tengah nak buat cabutan bertuah.. untuk ucapan yg paling menyentuh hati pun dah ada.. cuba aku nak umumkan sekali dengan cabutan bertuah tu.. hadiah pun dah beli dari Cameron Highlands.. tinggal tunggu masa untuk di pos sahaja.. pada yg sudi join GA tu, jutaan terima kasih aku ucapkan.. terharu bila ada yg sudi join.. tambah terharu bila baca ucapan2 untuk aku & encik adiey.. sangat bermakna, sweet & menyentuh hati betul la ucapan korang semua.. thanks sangat2 yer..

Apa lagi eh.. oh ye, tentang bloglist tu nanti aku akan cuba update yer.. bukan  apa, masa masih belum mengizinkan aku untuk ngadap pc ni lama2.. pada yg sudi tinggalkan link blog tu, terima kasih banyak yer..

Bnayak cerita nak tulis dalam blog.. tapi masa adalah terhad.. so aku mintak maaf yer sebab x sempat terjah blog korang lagi.. yg pasti aku rindu nak baca blog korang semua.. keep blogging guys!!

Tuesday, July 26, 2011

Cinta Hati

Selaut kasih
Sepantai sayang
Segunung rindu


Meniti hari bahagia bersama suami tersayang.. sesungguhnya aku bahagia memilikinya..

Monday, July 25, 2011

25 Julai - Setahun Yang Lalu





Sesungguhnya kami bahagia bersama...

aDieyza Bercinta di Cameron Highlands!!

Sedang menikmati keindahan alam di Cameron Highlands!! 

Ya Allah, syukur di atas kebahagiaan ini.. terima kasih Ya Allah kerana memberikan peluang untuk kami merasai nikmat perkahwinan ini.. semoga perkahwinan kami terus kekal bahagia & mendapat keredhaan dari-Mu Ya Allah..


BAHAGIA!!!

Saturday, July 23, 2011

23 Julai - Setahun Yang Lalu








Happy First Wedding Anniversary aDieyZa!!!

aDieyZa Wedding Anniversary GiveAway!!


STICKY POST SEHINGGA 23 JULAI 2011.. SILA SROLL DOWN UNTUK ENTRY TERBARU.. TQ


Syukur Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk anjurkan aDieyza Wedding Anniversary GiveAway (GA).. GA ni sempena menyambut ulangtahun perkahwinan aDieyZa yg pertama pada 23 Julai 2011 yg akan tiba tak lama lagi..

GA kali ni dibuat hanyalah sekadar untuk berkongsi kegembiraan kami suami isteri dengan semua teman bloggers yg disayangi terutamanya kepada yg sudi follow blog ni & selalu singgah ke blog ni..

Untuk yg sudi join GA ni, korang x payah susah2 nak create entry khas tentang GA ni yer.. GA ni akan bermula pada 28 Jun sehingga 23 Julai 2011.. syarat2 untuk GA ni rasanya mudah jer.. sebab aku risau kalau susah2 sangat nanti tak ada orang pulak yg nak join.. hihihi..

Syarat2 GA:


1- peserta perlu menjawab soalan yg dinyatakan di bawah:

apa yg korang rasakan menarik@tidak menarik dekat aDieyZa.BlogSpot?

(panjang jawapan adalah tidak terhad, tapi janganlah sampai korang buat karangan pulak.. hihihi..dalam 1,2 ayat pun dah cukup.. hope dapat jawab dengan ikhlas yer.. soalan ni hanyalah untuk perbaiki kelemahan dalam blog ni & juga untuk pastikan blog ni sentiasa menarik untuk semua yg sudi singgah ke blog ni)

2- tinggalkan sedikit ucapan sempena our 1st wedding anniversary..

(tak kisah la korang nak buat ucapan yg sweet2 ke, kelakar ke, jiwang2 ke atau apa saja bentuk ucapan la.. yg penting ikhlas dari hati korang..)

3- jangan lupa bagitau link blog korang yer..


Untuk GA ni, korang cuma perlu tinggalkan jawapan, ucapan & link blog korang tu dekat kotak komen entry ni sahaja.. senang kan.. kepada yg belum follow blog ni, korang dialu-alukan untuk follow blog ni supaya korang senang dapat info masa aku nak umumkan pemenang GA ni nanti..

Seorang pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah.. seorang lagi pemenang dipilih melalui ucapan yg dirasakan paling bermakna di hati kami suami isteri.. siapakah gerangan pemenang bertuah yg mampu menambat hati kami suami isteri dengan ucapan yg bermakna tu? sama2 kita nantikan..

Hadiah? sesuatu yg istimewa dari tempat kami suami isteri akan berhoneymoon sempena menyambut our 1st wedding anniversary nanti.. insyaAllah akan cuba cari sesuatu yg istimewa di sana nanti..

Hope korang sudi join GA ni yer..

Friday, July 22, 2011

BlogList aDieyZa

Sticky post.. Plz scroll down for new entry.. tq..

Aku rasa bloglist kat blog ni dah agak lama x berupdate.. yg aku perasan, ada followers yg dah kahwin tapi aku x update pun link blog diaorang ke bloglist lovely wife.. sorry la pada link blog yg x sempat tersenarai atau x berupdate tu.. tuan blog ni agak lambat nak update.. hihihi..

Apa kata korang bantu aku untuk aku buat bloglist baru?? nampak sangat aku pemalas nak update sendiri kan.. hihihihi.. tapi sesekali korang tolong aku apa salahnya kan.. lagipun untuk kita lebih dekat & senang nak blogwalking nanti.. kiranya boleh saling membantu untuk naikkan jumlah pengunjung ke blog kita semua kan..

Kalau korang sudi, boleh tinggalkan details macam kat bawah ni k.. aku akan cuba update bloglist ni dalam masa terdekat..

1) URL blog
2) kategori blog

kategori 
A-  untuk para isteri
B-  untuk wanita bujang @ bride to be
C- untuk sesiapa yg bekerja @ menetap di Putrajaya
D- untuk blogger lelaki (xkisah dah kahwin atau masih bujang)
E- untuk blogger yg ada buat sebarang bussines/service

*kalau blog korang jatuh pada 2 kategori yg sama, korang pilih la yer nak masuk dalam kategori yg mana.. cthnya, untuk yg dah kahwin dan stay kat Putrajaya, korang boleh pilih nak masuk bawah kategori A atau C yer.. nak masuk dua2 kategori pun xpe, aku x kisah pun.. pilihan di tangan anda (dah macam slogan iklan la pulak.. huhuhu)

Tapi aku akan cuba jugak untuk update bloglist blogger yg x sempat nak tinggalkan jejak kat entry ni dari masa ke semasa.. cuma masa untuk update tu lambat cikit la.. thanks pada yg sudi tinggalkan link blog korang.. korang memang best!!!

Keep blogging guys!!

aDieyZa Video

ZaNa aDieyZa Presents



Selaut Kasih
Sepantai Sayang
Segunung Rindu

Semanis Kurma

Bagi mengekalkan kemanisan dalam perkahwinan, cuba amalkan 10 tips berikut:

1. Ciuman 
Mulakan setiap hari baru anda dengan ciuman. Ciuman merupakan hadiah yang paling berharga untuk dihadiahkan kepada pasangan anda. Dengan ciuman anda akan rasa dihargai oleh pasangan anda.

2. Cincin/Gelang/Rantai perkahwinan 
Pakailah cincin/gelang/rantai perkahwinan anda setiap masa. Anda akan berasa dekat dengan pasangan anda setiap kali melihatnya.

3. Makan malam atau bercuti 
Rancangkan makan malam atau bercuti ke tempat-tempat menarik bersama pasangan anda, sekurang-kurangnya sebulan sekali, bagi merapatkan lagi hubungan anda suami isteri.

4. Perubahan 
Setiap mereka yang mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Ini kerana mereka akan terikat dengan ibubapa, isteri, anak-anak, masalah kewangan, kerja dan sebagainya. Oleh itu anda perlu menerima dengan positif perubahan tersebut.

5. Adab  
Dalam menjaga keharmonian berumahtangga, anda harus beradab (menghormati) pasangan anda. Adab itu perlulah dijaga, supaya tidak menyakiti hati pasangan anda.

6. Lemah-lembut dan berbudi bahasa 
Bagi kaum isteri, berlemah-lembutlah dalam perbuatan dan berbudi bahasalah dalam percakapan. Suara dan kata-kata yang lembut akan membuatkan suami anda rasa disayangi.

7. Hadiah 
Berikan hadiah kepada pasangan anda tanda anda menghargainya. Hadiah tidak semestinya pada hari yang istimewa sahaja, malah boleh diberikan pada bila-bila masa. Harga bukanlah ukuran, yang penting tanda penghargaan terhadap pasangan. Hadiah tidak semestinya berbentuk material, malah percutian atau makan malam bersama juga dikira hadiah yang istimewa.

8. Senyum 
Kata orang senyum itu sedekah, jadi tidak ada salahnya jika anda tersenyum pada pasangan anda setiap hari, bagi menyatakan rasa kasih dan sayang anda kepadanya.

9. Sentuhan  
Sentuhan boleh menyatakan perasaan anda kepada pasangan anda. Jika anda tidak dapat meluahkan perasaan sayang anda dengan perkataan, luahkan dengan sentuhan. Pasti pasangan anda akan memahaminya.

10. Impian  
Setiap orang ada impiannya, begitu juga bagi mereka yang telah berumahtangga, pasti ada impian yang masih belum tertunai. Ceritakan impian anda kepada pasangan anda, supaya dia dapat membantu anda dalam mencapai impian tersebut.Anda pasti ingin dihargai dan menghargai.
 
 
P/S: hampir setahun menyulam cinta di atas nama sebuah perkahwinan.. syukur atas segalanya..

Thursday, July 21, 2011

Lunch Bersama Blogger

Tadi ada sorang blogger ni call aku nak ajak jumpa.. blogger ni satu tempat keje dengan aku, cuma lain Bahagian jer.. so berjumpalah kami berdua pada pukul 1 tghr tadi.. 

First time jumpa tapi macam dah hari2 jumpa.. ada jer nak dibualkan.. gelak2 dalam kereta macam dah rapat sangat.. sebelum ni gosip2 dalam telefon jer.. hihihi.. 


Inilah tuan empunya diri, Errina.. sangat friendly!!! memang best keluar dengan Errina tadi.. lepas teman Errina beli barang nak buat kek, terus kitaorang gie lunch dekat Nu In Restaurant, Seksyen 9 Bangi.. 


 Kitaorang order Laksa.. 


Sedap!! kuah pekat betul.. bahan memang cukup semuanya.. tapi x habis sebab banyak sangat laksa tu.. bowl untuk laksa ni besar, so memang susah nak habiskan..

Aku order air cappuccino.. 



Errina lak order fresh orange.. 


 

Errina kata fresh orange tu sedap.. cuppoccino tu pun tip top.. kiranya puas hati la makanan & minuman kat situ.. patutlah ramai orang makan kat situ.. next time boleh pergi lagi la..


Errina, thanks yer sebab sudi ajak zana lunch sama.. best keluar dengan Errina.. hope Errina x menyesal la keluar dengan zana.. keep in touch dear!!

P/S: gambar tuan blog tiada.. sebab Errina kata kat dalam blog aku nampak besar, tapi kat luar nampak kecik.. so x nak letak gambar la.. hahahahaha..

Jusco + The Mines + Bazar Larut Malam

Semalam balik kerja terus ke Jusco Cheras Selatan.. cadangan utama nak pergi hari ni sebab ada JCard Day.. tapi bila fikir2 balik, x sanggup pulak nak bersesak2 untuk shopping.. lagi2 bila fikir kena beratur lama untuk fitting baju.. 

Shopping sikit jer sebenarnya.. beli keperluan untuk bercuti weekend ni.. shopping ngada2 namanya tu.. biasalah orang perempuan kan, nak pergi bercuti jer nak beli baju, kasut & handbag baru.. ngada2 la tu kan?? tapi aku rasa kaum perempuan yg baca entry ni mesti setuju kan tentang istilah shopping ngada2 ni?? plz mengaku yer.. hihihi

 
Sekejap jer kat Jusco sebab encik adiey nak gie The Mines pulak.. nak gunting rambut katanya.. konon nak rambut nampak lain masa gie bercuti ke syg??? huhuhuhu.. dia pun sibuk la kononnya gunting rambut tu pun persiapan sebelum bercuti.. hihihihi..

Balik dari The Mines, kitaorang pergi pulak Bazar Larut Malam depan The Mines tu.. makin meriah pulak bazar tu.. makin banyak kedai yg bukak & makin ramai pengunjung.. pergi bazar ni untuk cari sling bag.. sebab nak gie berjalan2 masa bercuti senang bawak sling bag.. kat bazar tu, aku jumpa sling bag yg terus buat hati aku cair.. 

Aku suka sangat sling bag ni.. first mungkin sebab warna pink+maroon tu yg buat aku beria2 nak beli.. second sebab harga kat situ giler murah.. lastly sebab sling bag ni boleh jadi bag sandang belakang (backpack)!!!  





2 in 1.. tu yg buat aku suka sangat kat bag ni, fuctional sangat.. agak2 bahu dah sakit & senget sebelah, aku jadikan jer dari sling bag kepada backpack.. syok!!

Tuesday, July 19, 2011

Floria Putrajaya 2011

Maaf sebab dah habis Floria Putrajaya (FP) baru terhegeh2 nak buat entry.. walaupun FP ni berlangsung selama 9 hari & terletak betul2 dekat depan office aku ni, tapi x ada jugak entry tentang FP ni kan.. orang lain dah habis update ttg FP, tapi aku baru terhegeh2 nak update.. jangan kata terhegeh2 nak update, aku jugak terhegeh2 nak pergi FP tu pada hari terakhir..


Pergi hari terakhir sebab nak tunggu mak & abah.. abah memang suka bunga2 ni.. lagipun bila pergi hari terakhir, mesti dapat beli bunga dengan harga murah.. makanya, pergilah kami ke FP pada pagi Ahad lepas.. pergi berlima, aku, encik adiey, mak, abah & anak buah aku.. mak & abah culik anak kakak aku.. kelakar betul bila nenek & atok culik cucu sendiri.. hahahha.. ni kes nenek & atok bosan tinggal berdua so culik cucu untuk jadi peneman diaorang..

Pagi Ahad tu memang ramai orang.. mungkin sebab semua nak beli bunga murah macam aku.. hahahaha.. bila sampai sana, abah mula rambang mata ok.. semua nak dibelinya.. mak geleng kepala jer sebab x boleh halang dah minat abah tu.. abah kata nasib baik dia x duduk Putrajaya, kalau dia duduk Putrajaya selama 9 harilah dia pergi FP tu beli bunga.. obses betul dengan bunga!





FP ni acara tahunan yg terbaik!! segala macam bunga ada dijual.. lepas tu harga memang jauh lebih murah.. abah kata kat kampung lagi mahal.. tu yg buat abah rambang mata sangat tu..


 

Abah pandai pilih bunga.. siap tau lagi anggaran pokok tu dah berbunga berapa kali.. abah banyak nasihatkan supaya beli pokok bunga yg baru nak berbunga so kita akan dapat tengok pokok tu berbunga banyak kali.. tapi kena jaga lebih la sebab pokok baru nak berbunga kan.. kalau kita ni bukan kaki bunga, better ambik jerlah pokok yg dah berbunga dengan lebatnya.. bila pokok tu dah x berbunga lagi, beli jerlah pokok baru.. huhuhu..

Kitaorang kat sana 2 jam jer.. sebab bawak budak kecik kan, so kesian kat dia nak jalan lama2.. lagipun kalau lagi lama, lagi banyak pulak duit habis beli bunga kan.. hihihi..

Malam tu, anak buah beria2 nak ajak tengok bunga api.. so untuk x hampakan dia, kitaorang pergi la FP tu lagi sekali.. pukul 9mlm dah sampai sana.. sampai2 jer, perarakan bot lampu berhias baru jer mula.. memang cantik2.. pukul 10.45mlm barulah ada acara bunga api.. memang meriah sebab malam terakhir kan, dengan orang bersorak, dengan bunyi percikan bunga api yg kuat & dengan suara riuh rendah pengunjung..


Walaupun dapat pergi FP ni sekejap jer, tapi tetap puas hati.. cuma x taulah kenapa x ada mood nak bergambar hari tu.. ntah ke mana mood tu lari pun aku x tau.. sampai hari ni x balik2 lagi mood tu.. ke mood bergambar tu dah sampai dulu ke tempat aku nak "honeymoon" weekend ni???

P/S: dalam hati ada taman!!