Friday, March 21, 2014

Kecil-kecil cili padi



Aku akui yang aku ni memang rendah.. tapi, aku cukup pantang kalau bab fizikal aku ni dikutuk.. sebab fizikal ni kurniaan Allah.. kalau ko kutuk fizikal aku ni, bermakna ko mengutuk ciptaan Allah.. tak cukup rasa bersalah???

Apatah lagi bila ko mengaitkan dengan perkataan yang x sesuai untuk disamakan dengan manusia.. perkataan "katik" tu rasanya sering digunakan untuk menyebut "ayam katik".. dah macam nak samakan aku dengan haiwan pulak ke??? hey, memang melampau sangat la kan..

Tak cukup dengan tu, nak membandingkan bab apa yg aku ada dan apa yg aku beli... selera setiap orang berbeza.. so, kenapa perlu nak pertikai kenapa dia beli barang jenama XXX sedangkan ko rasa jenama YYY lagi bagus.. eh, sukati dialah nak beli jenama apa.. dia beli mesti bersebab.. maybe sebab dia suka warna barang tu dan bukan jenama tu.. maybe dah tu budget dia bulan tu utk beli jenama tu sebab budget dia nak beli barang lain yg lagi penting.. tak perlu pertikai ok..

Kalau ko rasa apa yg ko beli semua bagus dan apa yg orang lain beli tak bagus, cukup ko cakap dalam hati.. lainlah orang tu mintak pendapat ko jenama apa yg bagus, design mana yg cantik, warna mana paling menyerlah.. tu boleh la ko nak bagi pendapat.. ni orang tu beli, budget dia & pilihan dia tapi ko nak sibuk2 buat apa kan? selagi dia x mintak duit ko, xperlulah ko nak sibuk seolah2 ko yang bayar gaji orang tu setiap bulan.. *malas nak sebut bab gaji ni sebab nanti ada pulak yang kata fresh graduate macam aku ni gaji berapa sangatlah & dia lagi dapat banyak padahal sanggup menipu gaji berapa sebab nak nampak hebat.. motif sangat2 tau..

Bila aku buat business Shaklee, ada pulak yg kata aku obses sangat nak dapat duit bonus setiap bulan.. eh, aku buat business ni memang sebab nak bantu meningkatkan taraf ekonomi aku.. dan secara tak langsung nak bantu family dari aspek kewangan, nak bagi lebih duit & barang2 dekat parents aku.. aku jugak nak bantu orang lain jugak utk hidup sihat & dapat tambah pendapatan sampingan.. tak dapat nak bagi duit kat kawan2 dapat bantu diaorang cari duit tambahan tu bukan ke baik? tak dapat nak bagi rawatan sebab bukan doktor tapi dapat bantu kawan2 jaga kesihatan bukan ke cukup membahagiakan?

Jangan pandang rendah dekat orang tu bila dia mulakan sesuatu yg baik.. jangan pertikaikan segala impian yang dia harapkan sebab tu impian dia, itu yang membuatkan dia bahagia.. jangan mempertikaikan apa yang dia ada & apa yang dia nak beli.. kalau ko tak nak sokong sekalipun apa yang dia buat atau ko tak suka apa yang dia ada & dia beli, better ko senyap.. senyap tu lebih baik..

Pengajaran utk semua & lebih ditujukan kepada diri aku sendiri, better jangan terlalu masuk campur urusan kehidupan orang lain.. setiap orang ada pilihan masing-masing.. setiap orang ada impian masing-masing.. setiap orang ada kemampuan serta kelebihan masing-masing..

Selamat menjalani kehidupan yang lebih bahagia.. elakkan hasad dengki dan berhenti membuat perbandingan antara kehidupan kita dengan kehidupan orang lain.. 

Salam sayang untuk semua..

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

3 comments:

  1. betul..setuju kan ngn zana..ann cukup rimas dgn org yg ade je komen..

    part yg mengata kita pn xboleh terima jugak.xphm org yg xleh nk menjaga perasan org...

    semoga kita dikurniakan kesabaran yg tinggi

    ReplyDelete
  2. Ok sepppp kiter pun rendah gak :)

    ReplyDelete
  3. diorang tu cemburu tu zana...tak leh tgk org lain lebih...huhuhu

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ