Friday, March 21, 2014

Susun Atur Barangan Di Rumah

Weekend bakal bermula.. jadi, apa perancangan kita untuk gunakan masa cuti yang ada? Apa kata kita cuba timbulkan mood dan suasana baru dalam rumah tanpa perlu mengeluarkan kos yang banyak dan mungkin tanpa perlu kos langsung! kita boleh cuba untuk buat projek susun atur barangan di rumah kita.. 


Antara tips yang boleh kita cuba:

1) Cuba tukar posisi perabot dalam rumah.. susun atur semula perabot dalam rumah untuk menampakkan kelainan.. kalau risau nak tukar susunan di ruang tamu, cuba tukar susun atur kat bilik tidur.. bila susun atur ni berubah, kita akan dapat rasa seolah-olah berada di satu tempat baru.. pasti akan lagi teruja!

2) Cuba tukar langsir rumah.. tak perlu tempah yang mahal sebab belum nak raya lagikan.. hehehe.. beli yang ready made pun ok asalkan bertukar.. cuba tukar warna langsir tu.. satu perasaan yang akan membuatkan kita rasa masuk rumah baru!
3) Cuba tukar bunga hiasan di rumah.. kalau selalunya guna bunga rose sebagai tema hiasan di meja makan atau meja hiasan, cuba tukar bunga lily atau orkid ke.. cari kelainan! nak lagi timbulkan suasana romantis, sesekali letakkan bunga hidup di meja makan atau di bilik tidur.. pasti rasa lebih romantis!

4) Cuba tukar pewangi rumah.. kalau biasa kita gunakan pewangi semburan, cuba kali ni bertukar kepada lilin aromaterapi.. kalau selalu guna pewangi haruman lavendar, cuba pewangi haruman lain yang boleh mengubah mood kita dalam rumah.. pasti rasa nak lebih lama berada di rumah daripada di shopping complex!


5) Kalau ada ruang untuk menanam pokok bunga, cuba kita tanam pokok bunga.. tanam dalam pasu yang kecik jer pun x apa.. tanam pokok kaktus yang dalam bekas paling kecik pun dah ok.. berbakti pada tanah.. kalau rasa susah nak jaga pokok yang berbunga, carilah pokok yang tak berbunga.. banyak jer pokok tak berbunga & senang dijaga.. bila ada pokok menghijau & bunga2 segar kat rumah, pasti mood orang dalam rumah tu akan lebih tenang!

Sesekali kita kena ubah "mood" dalam rumah kita.. nak elak kita rasa "bosan" dengan apa yang kita tengok setiap hari.. x perlu nak beli perabot baru atau tukar cat baru selalu.. cukup dengan susur atur dan sedikit perubahan hiasan.. insyaAllah hasilnya pasti mengujakan..

Selamat mencuba!

Salam sayang untuk semua..

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

10 comments:

  1. Bila r za nk ada rumah sndri. Mesti best dpt susun perabot ikut kesukaan sndri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. za, rumah zana tu pun rumah kuarters jer.. hehehe.. tapi susun atur masih boleh kita tukar2.. mengecat tu jer la kot yg macam malas cikit sbb bukan rmah sendiri kan..

      Delete
  2. ha..part pewangi rumah tu..ade suggestion x guna ape??yg baunye maintain..ann byk kali kot tkr, mcm2 jenis dh..ade set pkai bateri tu, yg lidi,yg mcm biji2, skrg ni pkai sembur je..huhuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ann, zana suka cari pewangi kat LovelyLace.. of course teddy bear la yg jadi pujaan hati.. tahan lama gak bau dia.. yg lidi2 tu x berapa nak ok la dear.. :)

      Delete
  3. betul tu sesekali kena ubah mood kat rumah.. susun atur yg lain bg kelainan.. x perlukan modal.. yg penting bila dah berubnah u jadi satu kepuasan kan.. hihihihi...

    ReplyDelete
  4. Saya tak pandai nak susun perabot.hehee
    Pokok bunga pun xde.apapun good tips

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum zana. wahh nice tips... sheila pun dah lama tak tukar posisi barang dalam rumah, hehehehe ~~~

    ReplyDelete
  6. tq for da tips..ske tgk pokok2 kecik tu.. wlpun kecik tapi tetap rasa HIJAU..hehhe

    ReplyDelete
  7. as salam. kak ayu hari2 nak kena mengemas.. anak ultraman kan... hehe. cantik deko u buat tu

    ReplyDelete
  8. Tips bagus.. saya selalu ubah kedudukan barang dlm bilik, memang mood jadi best tiap kali ubah.. hehehehehe..

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ