Wednesday, March 19, 2014

Monopod & Shutter Untuk Handphone Android

Sekarang ni tengah musim orang ber"monopod".. sana sini orang cerita tentang monopod ni.. aku tau tentang monopod ni seminggu sebelum aku pergi bercuti kat Langkawi.. hari tu jugak la aku PM ramai seller kat Instagram yang ada jual monopod & shutter untuk handphone android.. memang semua balas, tapi majoriti kena pre order.. masa tu dah nak cepat, mana boleh tunggu kan? kebanyakkan yang jual untuk iphone.. monopod & shutter untuk handphone android tak ada stok.. 


Masa tu ada seller ni kata ada stok.. tapi yang ada hanyalah warna hitam.. walaupun hati nak sangat pakai warna pink tapi sebab nak cepat, aku gagah jugak la beli warna hitam.. then kebetulan, seller ni tak ada jual shutter.. so, aku kena cari seller lain yang ada jual shutter.. time nak beli, semua wireless shutter tak ada stok, yang ada semua jenis shutter wayar tu.. so, rembat jugaklah.. dah kata nak cepat kan..

So, untuk monopod aku beli daripada seller " ILOVELBM ".. boleh search nama tu kat Instagram atau tengok kat website www.ilovelbm.com atau whatsapp 013-6448636.. masa aku beli harga RM50 termasuk postage.. hari ni aku buat bayaran, esoknya dah dapat.. cepat kan?

Untuk shutter pulak, aku beli daripada seller "MIAKA_LISA.. boleh search nama tu kat Instagram atau tengok kat website www.lelong.com.my/merchant/miakalisa.htm atau whatsapp 019-2665006.. harga shutter aku beli RM36 termasuk postage.. sama jugak macam seller monopod, hari ni aku bayar esoknya dah sampai shutter ni.. memang pantasss sangat!

Sebenarnya ramai jer seller yang jual monopod & shutter ni.. korang boleh search jer kat FB, Instagram atau website.. dan sekarang memang ramai yang jual wireless shutter.. monopod yang warna warni pun dah banyak kat pasaran.. seller pun ramai jer buat harga promosi dgn free gift semua.. tapi pastikan korang pilih holder yg sesuai ikut saiz telefon yer.. jangan telefon korang jenis tab tapi holder korang beli yang untuk Note II lak.. shutter pun ada yang untuk android & ada yg untuk iphone.. so, pilihlah yang mana berkenan di hati & mengikut jenis telefon masing2.. 




Secara jujurnya, memang mudah sangat2 bila ada monopod ni.. kalau pergi bercuti berdua, selalunya mesti segan nak suruh orang ambikkan gambar.. tapi dengan monopod ni x payah susah-susah tebalkan muka minta orang tolong ambikkan gambar.. kita masih boleh bergambar berdua hanya dengan pasang monopod ni kan telefon.. kalau pandai adjust, 1 gambar ni boleh muat gambar sampai 20 orang tau! 




Ni tutorial ringkas yang aku buat masa kawan2 tanya dekat FB.. boleh refer tutorial ni bagi yang baru nak belajar untuk pakai monopod.. sangat2 mudah..

Masa kat Langkawi hari tu, memang ke mana2 pun bawak monopod ni.. sangat2 membantu untuk aku & Encik Adiey berposing sakan.. mula-mula memang segan sebab orang pandang kan.. tapi dah lama2 tak kisah lagi.. janji dapat bergambar & jadikan kenangan.. :)




Siapa yang suka ambik gambar tu, rasanya monopod ni memang antara gadget yang perlu korang ada.. kalau yang jenis kaki travel tu lagilah perlu monopod ni.. senang nak bergambar.. tak payah susah2 mintak orang tolong ambikkan gambar.. 

Bila ada monopod, gambar percutian jadi banyak 2 kali ganda.. sebab senang sangat nak bergambar bersama.. :)

Salam sayang untuk semua.. 
Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

7 comments:

  1. senang nak selfie bila ada monopod ni hehe

    ReplyDelete
  2. best nya boleh selfie macam macam hehehe...

    ReplyDelete
  3. wow..bestnya sakan la..mudah gak kan kalo ada monopod ni

    ReplyDelete
  4. Memg senang je kalo nak bergambar kan..

    ReplyDelete
  5. oh my...ketinggalan zaman i ni...baru tau benda ni wujud! hehehehe :-P

    ReplyDelete
  6. dah jadi trend kan pakai monopod ni. haihh...macam tergoda plak nak beli nih.sangat berguna bila travel kan.

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ