Ada beberapa kawan yang bagitau kalau kita nak selalu bahagia, kena ada minat yang sama dengan pasangan.. bagi aku, tak semestinya kena ada minat yang sama baru datangnya gembira dan bahagia tu.. cuma mungkin persamaan tu boleh memudahkan kita untuk buat apa yang kita minat tu..
Macam aku dengan Encik Adiey minat kitaorang tak sama.. yang sama maybe part suka berjalan dan tak reti duduk diam.. ada jer benda nak buat atau ada jer tempat nak pergi.. part lain banyak tak sama.. tapi Alhamdulillah setakat ni masih lagi ada keserasian tu..
Encik Adiey dia ni minat mengkaji & membaca.. kalau ada isu negara ke, isu semasa ke memang dia akan "google" untuk tau lebih lanjut.. nanti semua info tu dia share kat aku sebab dia tau aku memang tak ambik port tentang semua tu.. aku tau "tajuk" isu tu jer.. kalau ambik tau pun dalam 30%.. selebihnya, aku dengar jer cerita Encik Adiey.. hehehe..
Encik Adiey suka alam semulajadi.. tak kira berkaitan haiwan, pokok, gunung atau laut.. sebab tu kalau nak ke tempat macam zoo tu dia suka.. pergi banyak kali pun dia suka.. siaran TV kat rumah tu asyik la National Geography.. hehehe.. aku suka tapi tak terlalu mendalami.. kalau pemandangan tu cantik, aku suka lah.. tapi setakat suka dan bukan nak ambik tau sangat sejarah asal usul tempat tu ke..kalau haiwan contohnya, aku tau tu burung.. tapi tu burung merpati ke, helang ke, merbok ke aku tak berapa ambik tau sebab bagi aku cukup aku tau tu burung.. hehehehe..
Aku bukan jenis yang lasak.. memang jenis yang tak suka pada aktiviti yang memerlukan kekuatan fizikal.. hahahha.. Encik Adiey ok jer semua tu.. boleh jer dia join kawan2 buat aktiviti lasak.. aku rasa sebab aku ni anak bongsu yang selalu mengada2 sebab tu terlebih manja.. semua benda nak senang.. hahaha..
Muka seiras lagilah tak ada kat kitaorang ni.. warna kulit pun cukup dah jauh beza. risau isteri ni bila suami lagi cerah... hahaha.. pakai baju warna apapun dia sesuai.. aku ni kulit gelap, pakai warna terang nanti nampak tenggelam sangat.. dah la rendah, lagi bertambah rendah keyakinan aku nanti.. hehehe.. cuma ramai yang kata muka aku & Encik Adiey sama bulat.. hahhahaa..
Banyak jer lagi perbezaan kitaorang.. tapi x kan nak list semua kan.. cuma apa yang aku nak cerita, walaupun minat kita dan pasangan tak sama itu tak bermakna kita tak serasi.. sebab keserasian tu bukan datang daripada minat yang sama apatahlagi muka yang seiras.. cuma kalau ada minat yang sama atau muka seiras tu orang akan nampak kita ni sehati sejiwa la..
Tapi, tak bermakna yang tak sama ni tak sehati sejiwa.. sebab kadang tu perbezaan tu yang melengkapkan sebuah perkahwinan.. kalau dua2 minat masak contohnya, nanti boleh pulak banding2kan masakan siapa paling sedap.. nanti isteri masak suami tak puji pulak sebab dia rasa dia masak lagi cepat, pantas dan sedap! sentap pulak isteri tu nanti.. tu contoh yer.. tapi realitinya, isteri memang suka suami yang pandai memasak..hahahha..
Perkahwinan adalah untuk melengkapkan kekurangan.. setiap orang ada kekurangan.. so, pasangan kita boleh bantu kita untuk tutup kelemahan yang kita ada.. kalau bukan pasangan yang bantu untuk kurangkan kelemahan kita, siapa lagi kan?
Jadi, jangan ingat muka yang seiras atau minat yang sama boleh menjamin 100% kebahagiaan.. sebab kalau kita ikhlas sayang orang tu, selemah mana atau sekurang mana diri dia, kita tetap boleh terima.. daripada situlah datangnya kemesraan dan kebahagiaan.. insyaAllah..
Salam sayang untuk semua ;)
setuju dgn zana... mcm i n hubby jarak umur kami 9 tahun, sometimes cara pemikiran kami berbeza...tapi perbezaan itu la yg melengkapi sebenarnya. I cepat melompat, hubby i cool. i pikir cara lain, hubby has his own way of thought... semuanya melengkapi... Apapun, jodoh yg ditaqdirkan utk kita, InshaAllah yg terbaik dari Allah... kita terima seadanya :-)
ReplyDeletebetul tu. takde bukti yg membenarkan teori2 yg biasa org ckp tu.
ReplyDeletekalau tak sama minat, tapi hormati minat pasangan dan cuba memahami..pun boleh bahagia. Lagi best sbb kita explore sesuatu yg baru.
saya dan suami muka seiras..org yg tak kenal selalu ingat kami adik beradik. walau seiras tak bererti tak penah berselisih pendapat, bermasam muka.
yang penting bertolak ansur sesama sendiri kan dik :) semoga kamu terus berbahagia sehingga ke jannahNYA..
ReplyDeletelove u dik!