Monday, May 9, 2011

Hari Ibu & Happy Weekend


Mood Hari Ibu masih terasa.. maybe sebab xdapat jumpa mak & mak mertua kesayangan pada Hari Ibu semalam.. cuma suara yg kedengaran bagi melepaskan rindu.. bahagia bila dapat dengar suara & wish Hari Ibu pada kedua insan tersayang ni.. sesungguhnya mereka berdua terlalu berharga bagi aku..


Aku rasakan terlalu beruntung sebab memiliki mak & mak mertua yg terlalu sayangkan aku.. yg paling best bila kedua2nya pandai masak!! setiap kali balik kampung boleh request macam2 untuk makan.. dah kahwin pun still nak mak & mak mertua masak bila balik kampung.. teruk betul perangai puan zana ni kan.. huhuhu..

Pagi ni buka blog dengan perasaan terharu.. aku terima banyak komen positif tentang last entry aku.. syukur Alhamdulillah sebab masih ada yg sudi ambil berat tentang aku.. thanks guys for ur support.. really appreciate it!!


Weekend semalam dihabiskan dengan melayan karenah encik suami.. maklumlah kebelakangan ni kitaorang jarang dapat luangkan masa bersama on weekend sebab kesibukan keje.. bila dapat berkepit 2 hari ni, memang digunakan sepenuhnya untuk bersama encik suami.. banyak jugak perkara penting yg dapat diselesaikan weekend hari tu.. thanks husband for the great weekend!!


P/S: dah lama x buat entry makan2.. petang ni nak curi2 masa update cerita tentang makan2 la..


Friday, May 6, 2011

Sayu & Pilu

Assalamualaikum.. sekejap jer dah masuk hari Jumaat kan.. hari ni aku lambat update cikit sebab terlalu banyak aktiviti yg perlu diselesaikan.. mood nak buat keje agak sedikit kurang sebab big boss & kebanyakan boss xde.. hihihihi.. lagipun Jumaat memang banyak aktiviti 5S jer.. tapi 5S pun kira keje yg berat jugak, habis kena perah otak untuk dapat idea terbaik..

Semalam masa tengah best blogwalking, baca entry sorang blogger ni.. sayu jer hati aku baca entry tu.. maybe aku turut rasa apa yg dia rasa.. orang sekeliling yg x mengalami mungkin x kan faham perasaan ni.. semua tu rezeki dan kuasa Allah.. sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, berusaha, berdoa & bertawakal.. selebihnya kita serahkan pada yg Maha Esa..

Lepas jer baca entry tu, aku dapat jumpa banyak link tentang blogger yg alami situasi yg sama.. Alhamdulillah, bila baca blog blogger2 tu, aku rasa lebih bersemangat.. hope rezeki yg dinanti akan tiba juga.. cepat atau lambat, semuanya ketentuan-Nya.. insyaAllah..

p/s: redha dengan ketentuan-Nya


Thursday, May 5, 2011

Minor Operation!!

Semalam lepas balik keje, encik suami paksa jugak aku ke klinik.. semalam keadaan aku agak teruk.. dengan sakit gigi, di tambah pulak dengan batuk, sakit tekak & selsema.. pakej betul kan..

Mula2 pening jugak nak pergi klinik yg mana.. kalau pergi klinik biasa, klinik tu boleh tau tentang gigi ke? kalau pergi klinik gigi, selsema & batuk aku macamne pulak??

Ada officemate ni cadangkan aku pergi klinik biasa dulu.. sebabnya gigi aku sakit sebab nak tumbuh, bukan sakit sebab rosak.. so maybe klinik biasa akan bagi ubat tahan sakit untuk kurangkan bengkak kat gusi tu.. so aku pun terus jer gie klinik biasa..

Masa jumpa doktor, dia kata aku x demam.. memang aku akui yg aku x demam.. cuma sakit gigi tu yg buatkan aku rasa macam lemah seluruh badan.. doktor kata memang gigi tu nak tumbuh cuma ruang untuk gigi tu tumbuh sempit cikit.. so tu yg buatkan aku rasa sakit..


Doktor bagi ubat demam (walaupun aku xdemam), antibiotik & ubat tahan sakit untuk sakit gigi, ubat selsema, ubat batuk.. doktor kata, kalau ubat antibiotik untuk sakit gigi tu dah habis but still sakit lagi, kena jumpa doktor gigi pulak.. so maybe doktor gigi tu akan buat minor operation kat bahagian gusi yg tumbuh gigi bongsu tu.. doktor kata kena belah gusi tu untuk bagi gigi bongsu tumbuh tanpa rasa sakit.. dengar je macam tu terus rasa nak pengsan!!!

p/s: thanks pada sesiapa yg sudi cerita pengalaman tumbuh gigi bongsu walaupun kebanyakkan comment tu buatkan jantung aku berdegup kencang!!! doakan sakit aku cepat sembuh sebab x nak la buat minor operation!!!!!!



Wednesday, May 4, 2011

Gigi Bongsu Tumbuh


Dah 4 hari menderita sakit gigi.. sangat x selesa tapi cuba berlagak biasa.. apakah??

Sabtu hari tu aku start rasa sakit gigi.. puas fikir gigi mana yg buatkan aku rasa sakit.. yg pasti gigi kat bahagian belakang, berdenyut2 jer rasanya.. sekali tengok kat cermin, gusi tengah membengkak.. rupanya gigi geraham yg bahagian belakang nak tumbuh.. kebanyakkan kita panggil gigi tu gigi bongsu.. memang gigi ni adalah gigi yg last tumbuh..


Bila search tadi, dapat tau yg gigi bongsu ni memang akan tumbuh lingkungan umur kita 17 tahun hingga 35 tahun.. tapi ada jugak kes yg gigi bongsu tu x tumbuh2.. huhuhu


Kebanyakan kes yg aku baca memang bila gigi bongsu ni nak tumbuh, sakitnya agak lebih cikit.. sakit tu lebih cikit dari sakit nak tumbuh gigi yg lain sebab ruang untuk gigi tu tumbuh agak terbatas.. siap ada kes yg kena operation.. adoi!!!!!!!!! xmo la sampai operation, takut!!!


P/S: siapa ada pengalaman tentang gigi bongsu ni??


Tuesday, May 3, 2011

200 Bertuah!!!


Terima kasih Liya sebab sudi jadi follower yag ke 200 utk blog ni..

Alhamdulillah sebab masih ada yg sudi baca & singgah blog picisan macam aku ni.. aku hargai sangat2 semua comments, followers & silent readers kat blog aku.. even baru 200 followers tapi aku rasa happy sangat..

Macam yg aku janjikan dapat entri "menanti 200 follower", insyaAllah akan ada sesuatu untuk Liya.. tunggu tuan punya badan dapat sesuatu tu dulu baru aku bagitau kat blog ni yer..


Thanks Liya sebab sudi jadi follower yg ke 200 untuk blog Zana!! really appreciate it.. keep in touch dear..


Keed blogging guys!!


p/s: PC still rosak.. nak blogwalking pun belum berapa nak sempat.. hope ada kesempatan utk blogwalking, tinggalkan comment kat blog korang & reply semua comment korang..