Monday, February 28, 2011

Tahniah Puan DD!!


Tahniah DD, Kuku & family!!!

Tahniah di atas berita gembira yg baru diterima.. insyaAllah dengan kehadiran insan baru tu nanti akan membawa lebih kebahagiaan utk DD & Kuku..

DD ni blogger jugak.. antara blogger kegemaran aku.. everday nak baca kisah DD.. minat sangat dengan gaya penulisan DD.. so cute!!! aku follow blog dia dari dia bujang lagi.. sampailah sekarang DD dah disahkan mengandung..

Kitaorg rajin jugak e-mail utk tanya khabar & kongsi2 cerita.. since DD pun baru duduk kat Putrajaya, so aku banyak jugak la cerita tentang tempat makan yg best kat Putrajaya..

Selalunya aku akan comment kat blog DD.. dah rasa macam satu kewajipan pulak.. lain jer rasanya kalau x comment kat blog DD tu.. tapi nak dijadiakn cerita, masa aku gie kursus 3 hari kat Melaka tu, DD ada buat pengumuman tentang dia pregnant.. since line internet kat sana sangatlah teruk, so memang x sempat nak jenguk blog DD..

Weekend barulah dapat tau berita gembira ni.. sangat terharu.. berkali2 baca entry DD.. aku tumpang gembira dengan berita ni.. even kenal DD kat blog jer, tapi seolah2 aku dekat dengan DD..


Bila tau jer berita gembira ni, terus e-mail DD untuk ucap tahniah.. DD balas e-mail, tanpa aku sangka air mata mengalir.. terharu dengan isi kandungan e-mail dari DD.. she so sweet.. rasa bertuah dapat kenal DD..


Istimewa untuk DD, zana & encik suami doakan agar DD sentiasa sihat, ceria & dipermudahkan urusan sepanjang tempoh pregnant ni.. jaga diri baik2.. jangan lupa apa yg mama DD pesan.. jalani kehidupan seperti biasa ok.. CONGRATS DEAR!!!


Update, Reply & Blogwalking

Assalamualaikum semua.. selamat pagi!! Hope hari ni akan lebih baik & ceria dari hari semalam..

Just nak mintak maaf sebab hari ni akan lewat cikit untuk blogwalking.. 3 hari xmasuk office so kenalah siapkan semua keje yang tertangguh tu dulu.. selagi x siap, hati x boleh nak tenang.. so kalau hati x tenang, macamne nak blogwalking kan??

InsyaAllah lepas dah siap keje yg tertangguh tu nanti, aku akan blogwaking k.. insyaAllah juga akan reply semua comment2 kat blog ni..

Buat masa ni kena siapkan keje dulu.. hope dapat siapkan dalam masa terdekat ni..

Sunday, February 27, 2011

JCard Member Sale

Jusco tgh buat sale untuk JCard member!!

Dah 2 minggu x ke Jusco,so semalam gi Jusco..rupanya Jusco tengah buat sale istimewa untuk JCard member..

Jusco bagi 15% diskaun untuk JCard member..if barang tu dah ada diskaun,kita akan dapat lagi diskaun 15%..syokkan??

So pada sesiapa yg ada JCard,boleh la shopping barang keperluan kat Jusco..sale istimewa ni sampai esok..

Selamat bershopping!!
Published with Blogger-droid v1.6.6

Friday, February 25, 2011

Bahagia Melihat Encik Suami

Alhamdulillah..berakhir kursus selama 3 hari di Melaka..kursus yg menarik & berguna..

Habis jer kursus,perasaan berdebar2 terus sampai ok..berdebar nak jumpa encik suami..dah macam pertama kali nak berjumpa..hihihi..padahal baru 3 hari berjauhan..

Selamat sampai kat Putrajaya petang tadi..sepanjang perjalanan dari Melaka,senyum jer..terbayang2 muka encik suami..

Sampai jer,terus tersenyum lebar bila nampak muka encik suami..hilang penat berkursus bila nampak muka encik suami yg menunggu kepulangan isteri tersayang!!

p/s: maaf xsempat lagi blogwalking n tinggal jejak kat blog korang..pd yg sudi singgah blog ni & tinggalkan komen,thanks sgt..
Published with Blogger-droid v1.6.6

TiPs BerDaMai SeLePaS PerTengKaRaN


JANGAN MERAJUK
apabila bergaduh, jangan suka merajuk.. ini kerana ia boleh memburukkan keadaan.. walaupun cara merajuk boleh mendorong suami untuk mengalah, namun strategi merajuk tidak membawa kedamaian yang kekal.. semakin kuat dan lama merajuk, semakin susah bila mereka hendak berdamai..



JANGAN MENGHUKUM
dalam pertengkaran, masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa.. jika berniat untuk berdamai, jangan bersifat menghukum pasangan..



JANGAN BERDUSTA
sekiranya pasangan kita ingin berdamai, janganlah kita sengaja jual mahal.. janganlah pura-pura tidak sudi kerana perbuatan seperti itu ada risikonya.. dia mungkin menyangka kita betul-betul tidak sudi dan tidak mahu berdamai.. akibatnya dia terdorong bersedia untuk melupakan usaha berdamai..


BERHENTI BERBAHASA NEGATIF
ada dua bahasa yang sering diucapkan jika bergaduh iaitu bahasa tuduhan dan celaan.. sekiranya ingin berdamai, berhentilah daripada menggunakan bahasa negatif.. gantikan kejian dan cacian dengan pujian atau sanjungan yang pastinya membahagiakan pasangan..


MULAKAN BERDAMAI
sebaik pertengkaran tercetus, salah seorang daripada pasangan perlu mengambil inisiatif untuk memulakan perdamaian.. tidak salah sesekali menjatuhkan eso sebagai lelaki asalkan rumah tangga dapat dipertahankan..


LUPAKAN KISAH LALU
setelah berdamai, jangan sesekali bercakap tentang pertengkaran tersebut.. jangan sesekali ungkit perkara lalu yang boleh membangkitkan konflik.. aoa kata anda bercerita tentang suatu perkara yang lebih menyeronokkan untuk dibuat dan difikirkan pada masa hadapan..


SUMBER : Terapi Perkahwinan oleh Dr. Ismail Tambi

Thursday, February 24, 2011

Rindu Encik Suami

Hari ke 2 kursus di Melaka..rindu dekat encik suami tersayang!!

Malam tadi susah betul nak tido..pusing kiri,pusing kanan tapi mata x boleh lelap jugak..feel nak tido dh ada tapi kepala asyik fikir encik suami..rindu!!

Bangun pagi terus call encik suami..rupanya dua-dua tido xlena..maklumlah "bantal peluk" x ada..oopppssss...hihihi...

Cepatlah masa berlalu hendaknya..

p/s: sorry sebab entry emosi jiwang pulak..
Published with Blogger-droid v1.6.6

Wednesday, February 23, 2011

Blogger MOF & Putrajaya

Rupanya ramai antara blogger yg aku pernah baca blog diaorang sebenarnya keje 1 Kementerian dengan aku.. cuma samada 1 Bahagian atau lain Bahagian jer..

Yang paling best, blogger 1 Bahagian dengan aku.. nicknuar a.k.a kak nik.. kadang2 gelak2 sebab baca komen masing2.. padahal duduk dekat giler tapi still komen dalam blog.. kak nik banyak bagi semangat untuk aku berblog.. kak nik jugak banyak bagi tips kat aku terutamanya lepas kahwin.. hihihi.. thanks kak nik..

Ada jugak member sebelah aku ni baru belajar buat blog.. tapi sebab asyik bz, so memang jaranglah dia update entry2 baru.. lagi sorang, bekas staff kat Bahagian ni pun ada blog.. azlan ayu a.k.a ayu.. blog ayu ni banyak cerita tentang kisah peribadi dia.. ayu ada baby girl yg cute!!

Kalau ikutkan, ada sorang blogger tegar ni memang aku pernah jumpa & borak2 dengan dia, honeysour a.k.a kak ana.. memang peramah & rajin bertegur sape.. setakat ni banyak jumpa kat cafe.. now kak ana tengah ada masalah,baby dia masuk hospital.. sama2 kita doakan baby dia cepat sihat yer..


Selain tu, ada 2 orang blogger yg aku sempat calling2 dengan diaorang.. Errina & Afikah.. diaorang memang peramah.. borak sambil gelak2 macam dah lama kenal.. best sangat bila dapat borak dengan diaorang..


Sorang lagi ni rajin bagi komen kat aku.. noraini aznan, antara blogger yg rajin komen kat blog & fb aku.. mula2 aku ingat yg aku ni lagi muda dari dia.. rupanya dia lagi muda.. perasannya lah aku ni kan... hihihi.. ampun yer!!


Ada jugak antara blogger yg keje 1 kementerian dengan aku dan dia buat business online.. masa nak order Crab Stick Popia tu, baru tau yg kak ejan ni keje 1 kementerian dengan aku cuma lain bangunan & bahagian jer.. terus rasa nak order lagi & lagi..


So, sape kata blog ni x best?? best tau!! dapat kenal ramai kawan baru.. kebanyakan blogger ni peramah so first time jumpa atau calling2 dah mesra..


Blogger yg duduk kat Putrajaya atau keje kat Putrajaya pun ramai rupanya.. nanti ada masa, aku nak buat bloglist blogger yg keje atau duduk kat Putrajaya la.. hope ada kesempatan untuk itu..


Sape2 yang duduk atau keje kat Putrajaya terutamanya yg keje dekat MOF, sudi2lah inform saya yer.. kalau nampak muka saya, tegur2lah yer.. esp Afikah.. sebab Ika ni pemalu sangat sampai x nak letak gambar dia dalam blog.. hihihi..


Tuesday, February 22, 2011

Rendah Itu Comel

Ni bukan entry marah atau sentap.. tapi adalah sesi meluah perasaan.. tapi bukan meluah perasaan edisi sedih atau jiwang karat.. dah semua bukan, habis tu apa yg cuba aku nak luah ni sebenarnya??

Kalau ada yg pernah nampak aku, mesti akan tau yg aku ni rendah orangnya.. tapi aku x suka orang pandang rendah kat aku.. maksudnya aku x suka orang perlekehkan aku.. tapi kalau orang tu dah tinggi, mestilah dia pandang aku rendah sebab dia kena tunduk cikit kan.. ah, melalut pulak dah..


Bukan point tu yg aku cuba nak terangkan.. point yg sebenarnya tentang pandangan orang pada aku yg rendah ni..
Kalau aku gie shopping complex & berkepit dengan encik suami, kebanyakkan mata akan pandang serong jer.. seolah2 diaorang kata mcmni,

'belajar lagi dah sibuk nak berkepit dengan bf'

'budak2 sekarang, kecik2 dah menggatal'


'xpadan dengan kecik, berkepit jer dengan bf'

Kalau aku gie panggung wayang cerita 18 tahun ke atas, semua macam pandang aku dari atas ke bawah.. rasa nak tunjuk jer IC aku kat diaorang..


Ke tu semua perasaan aku eh?? ke sebenarnya diaorang x fikir macam tu pun?? sebabnya diaorang pandang macam aku ni budak2 lagi so aku terus buat kesimpulan macam tu..


Muka aku pun bukannya nampak macam budak2 sangat.. tapi x lah nampak terlalu dewasa.. hihihihi.. dah pakai heels 3 inci pun tetap nampak rendah.. so aku nak buat macamne kan..


Hari tu masa masuk kedai jual kain pasang, promoter terus cakap,


'bahagian untuk buat baju tunang & pengantin kat bahagian atas yer dik'

'adk promoter yg kiut miut, berapa kali akk nak kahwin? nak suruh akk kahwin lagi ke?'

Banyak la lagi benda lain yg pernah terjadi disebabkan hal ni.. sampai sekarang masih ramai yg panggil aku "kechik" even aku dah membesar (tembam/debab dan yg sewaktu dengannya) dengan jayanya..

Tapi bab kebaikan lak, sebelum kahwin masih terima banyak duit raya.. sebab semua ingat aku belajar lagi.. tapi bila diaorang tau yg aku dah keje, muka macam nak mintak balik jer duit raya tu.. hihihihi..


Kalau jalan dengan adk ipar, aku pulak yg macam adik ipar.. terus kakak ipar ni berlagak macam adik bongsu bermanja2 dengan adik ipar sendiri..


Tapi tu ok lagi kot.. yg paling x bestnya, bila jalan dengan anak buah aku yg umur 13 tahun tapi dia lagi tinggi dari aku.. apakah???

PenGaLaMaN PJJ??


Sape pernah PJJ? Sila angkat tangan tinggi2.. kalau takut aku x nampak, sila berdiri atas kerusi..

Macamne perasaan korang melalui saat2 PJJ ni yer?


Esok, untuk pertama kalinya aku akan merasa pengalaman PJJ.. berdebar2.. risau.. takut.. macam2 perasaan yg datang sekarang ni.. paling x boleh tahan adalah perasaan sedih & risau..


PJJ - perhubungan jarak jauh.. bukan pengajian jarak jauh yer..


Sebenarnya, esok aku akan ke Melaka.. ada kursus 3 hari kat sana, start kursus Rabu sampai Jumaat.. so secara automatiknya, saya akan berjauhan dengan encik suami selama 3 hari 2 malam.. first time ok berjauhan dengan encik suami selepas berkahwin..


Mula2 memang berat hati gak nak gie kursus ni.. tapi memandangkan kursus ni berguna untuk aku, so aku gagahkan jugak la.. officemate lak semua nak xnak pergi.. alasannya, anak x de orang nak jaga.. so since aku lum ada anak, maka secara kiasannya aku lah yg akan gie kursus ni..


Then mulalah aku ni risau.. fikir pasal encik suami yg akan ditinggalkan.. risau pasal makan, minum & pakai dia.. encik suami memang jenis yg berdikari, tapi hati ni still risau sesangat..

Bab makan, dah tentu makan kat kedai la kan.. mesti dia xrajin nak masak apa2 sebab makan untuk sorang jer.. bab pakaian lak, aku awal2 dah siapkan stok pakaian untuk gie keje seminggu.. so dah xberapa nak risau sangat.. bab rumah selerak, memang x perlu risau sebab encik suami jenis pengemas..

Tapi hati ni still risau la.. macam2 aku fikir masa aku xde nanti.. lepas tu aku terfikir, masa belum kahwin dulu xde pulak aku risau macam ni kan?? memang la aku tak risau sebab tanggungjawab sebagai isteri tu belum ada.. bila dah kahwin ni, automatik tanggungjawab tu jadi yg paling utama..


Nasib baik gie kursus 3 hari jer.. kalau 3 minggu?? kalau 3 bulan??

So sekurang-kurangnya aku dapat rasa perasaan orang yg sememangnya berjauhan dengan pasangan.. menanti hujung minggu untuk bersama.. mesti rindu sentiasa kan.. so aku nasihatkan diri aku untuk lebih bersyukur dengan apa yg aku ada..


Pejam celik, pejam celik dah 3 hari kan.. sekarang zaman dah moden, call jer kalau rindu.. 3g ada.. mms ada.. fb ada.. semua ada.. dulu boleh jer jauh2 masa zaman bercinta kan.. so apalah sangatnya 3 hari tu, walaupun ada akak aku yg perli2,


"berjauhan di malam jumaat?? kesian..."


hahahahaha.. jahat ok akak aku!!

Monday, February 21, 2011

ChiCKeN ChoP Di PuTRaJaYa


Petang2 layan gambar makanan adalah terbaik.. hihihi.. Weekend hari tu sempat terjah satu tempat makan baru kat Putrajaya ni.. suami + isteri ni tak tahan bila asyik orang cakap tempat makan ni banyak menu best..

Kalau dah hari2 dihidangkan cerita tentang makanan best, sanggup ko nak dengar jer?? haruslah mencuba kan?? kalau tak nanti orang cerita ko telan air liur sorang2.. hihihihi..

So misi untuk ke Medan Selera Presint 11 diteruskan dengan semangat yg membara.. memang awal2 dah kosongkan perut sebab nak makan malam kat situ.. lupa sekejap pasal diet.. sampai sana, terus cari kedai yang selalu digembar-gemburkan tentang menunya yg sedap..

Order 2 set grilled chicken chop.. bila order dah siap, memang nampak sungguh menyelerakan.. telan air liur lagi..


Memang sedap grilled chicken chop kat situ.. cukup rasa la kiranya.. x rugi la berlapar untuk makan chicken chop tu.. hihihi..

Medan Selera Presint 11 ni baru jer bukak 3 Januari 2011 hari tu.. walaupun baru, tapi memang ramai orang.. nampak exclusive gak medan selera ni kalau nak dibandingkan dengan medan selera lain kat Putajaya.. kedai makan pun banyak pilihan..

Ada seafood, makanan mediterenian, masakan cina muslim, nasi kukus, nasi lemak, nasi ayam rempah, nasi padang, aneka mee & yang paling popular adalah Sup Keting.. sana sini orang bercerita tentang sup ni.. nanti nak try la..

So, sesiapa yg duduk Putrajaya atau berhampiran dengan Putrajaya, boleh la cuba gie Medan Selera ni.. kiranya medan selera ni boleh jadi salah satu tempat makan yg menarik kat Putrajaya ni.. kalau ada yg nak belanja aku + suami makan kat sini pun boleh.. hihihi..


Jom jalan2 cari makan!!

FaCeBLoG TerBaiK!!



Aku tau aku agak ketinggalan dalam isu FaceBlog ni.. sila jangan gelakkan aku yer.. sebabnya aku ni online weekdays jer.. kalau betul2 bosan, barulah online on weekend, tu pun guna hp jer..

So isu FaceBlog ni aku baru tau hari ni..
tu yg baru sempat nak kecoh2 kat blog aku ni.. pada yg dah tau, bagus!! korang memang terbaik la.. cepat jer tau isu2 semasa ni.. pada yg belum tau, xpe.. sebab aku pun baru tau.. hihihi

Memang bagus la FaceBlog ni kan.. dapat tambah lagi ramai kawan baru dalam dunia blog.. lagi banyak cerita yg kita boleh tau..

So x rugi rasanya kalau kita join FaceBlog ni.. esp bagi yg suka nak naikkan trafik blog.. aku memang zero bab trafik2 ni sebenarnya.. tapi nak jugak cakap yg FaceBlog ni boleh naikkan trafik blog (berdasarkan cerita dari kebanyakan blogger yg dah join)..


Kalau nak tau lebih lanjut, boleh terjah
FaceBlog ni ok.. aku dah join, korang bila lagi??

SeTaHuN PunYa CeRiTa


Sabtu hari tu, aku berjaya menjejakkan kaki ke Mid Valley.. giler poyo statement aku ni kan.. xkisah la korang nak gelakkan aku ke, nak kata aku ni poyo ke asalkan aku nak bagitau yg aku berjaya jugak shopping kat Mid Valley weekend hari tu..

Sebenarnya, bukan aku x pernah gie Mid Valley ni.. banyak kali jer dah gie.. lagi2 masa zaman awal2 bercinta dulu.. hihihihi..

Tapi last aku gie Mid Valley adalah setahun yang lepas.. giler punya lama x jejak kaki kat Mid Valley tu.. ye lah, tahun lepas bz nak prepare untuk kahwin.. so shopping barang kahwin jer la kan.. lepas kahwin, sibuk nak cari barang kelengkapan rumah pulak..

Sampai Mid Valley, nak cari parking memang susah la kan.. shopping complex ni hari apa jer la tak penuh kan.. tak kiralah weekdays ke, belum gaji ke, tetap ramai jer orang kan..




Tapi bila dah setahun tak ke Mid Valley, terus aku tak ingat kebanyakan kedudukan shop lot kat mana.. so kenalah tengok map banyak kali.. hihihi..

Saturday, February 19, 2011

Sabtu & Beg Plastik

Hari Sabtu tanpa beg plastik!!

Rasanya ramai yg dah tau tentang hal ni..kebanyakkan shopping complex pun dah amalkan kempen ni..ada jugak kedai2 yg masih tak peduli tentang kempen ni..

Korang ada pengalaman tentang kempen ni tak? Ke korang tak setuju dengan kempen ni? Tak pun ada yg memang jenis tak suka beg plastik?

Masa awal2 kempen ni start,aku rasa leceh jugaklah..kebetulan tershopping barang rumah,so memang penuh troli la kan..sampai kaunter,cashier kata tak ada beg plastik..adoi,terasa leceh betul masa tu..

Tapi aku tau,semua ni demi kebaikan kita semua jugak..nak jaga alam sekitar kan..so lama2 aku rasa isu ni tak lah bagi beban kat aku..

Senang jer,kalau betul nak shopping banyak2 barang,kita shopping la hari lain selain sabtu kan..shopping hari ahad pun ok gak..

Kita boleh rancang nak shopping bila sebenarnya..so cuba elakkan shopping hari sabtu melainkan ada hal kecemasan or kejadian tak diduga..so bukannya isu berat pun kan?

Kalau nak shopping jugak hari sabtu,kita bawak la beg sendiri..banyak jer shopping complex jual beg yg environmental friendly..harga pun murah..

Kalau nak beg plastik jugak,bayar jer harga beg plastik tu..20sen sehelai kan..tak pun,bawak beg plastik sendiri dari rumah..hihihi..

Yg perempuan mungkin boleh bawak handbag yg besar cikit..so boleh sumbat banyak barang dalam handbag tu..

Tengok,banyak jer kan cara yg kita boleh buat untuk support kempen ni..maybe nampak usaha ni cikit tapi kita tak tau yg kesannya besar kepada alam sekitar..

Cintai alam sekitar demi masa depan yg lebih bermakna!! Pesanan khidmat masyarakat daripada aDieyZa..
Published with Blogger-droid v1.6.6

Friday, February 18, 2011

TiPs MenJaDi PaSanGaN YanG Baik


JADILAH PASANGAN REALISTIK BUKAN HIPOKRIT
terimalah kenyataan tentang diri anda dan pasangan seadanya.. jangan hidup dalam kepura-puraan, hiduplah dalam dunia realistik.. jangan mengharap pasangan anda terlalu sempurna dan jangan sesekali menyamakan pasangan anda dengan orang lain semata-mata untuk mengambil hatinya..



BERTERUS TERANG DENGAN PASANGAN

jangan suka menilai atau membuat tanggapan sendiri tentang diri dan pasangan anda.. biasanya tanggapan anda terhadap pasangan adalah salah atau kurang tepat.. sebaik-baiknya, cuba selami hati dan perasaan pasangan anda.. amalkan sikap berterus terang antara satu sama lain dan jangan suka memendam perasaan..


LAKUKAN SEGALA-GALANYA BERSAMA

pastikan anda melakukan segala aktiviti bersama pasangan untuk mengeratkan kemesraan dan menambahkan lagi kefahaman antara satu sama lain..sertai pasangan anda dalam aktivit yang diminantinya dan cuba cintai aktiviti kegemarannya ataupun setidak-tidaknya cuba tunjukkan sokongan anda yang tidak berbelah bahagi..



FAHAM MEMAHAMI & BERTOLAK ANSUR

terimalah kelemahan dan kekurangan pasangan anda.. jangan terlampau mementingkan diri sendiri sebaliknya fikirkan juga kepentingan dan kebahagiaan pasangan anda.. jika pasangan anda bahagia, sudah pasti anda juga turut menerima tempias kebahagiaannya..



TUNJUKKAN CINTA BUAT SI DIA

belikan hadiah istimewa untuk si dia atau sesekali masakkan menu istimewa buat pasangan anda untuk menunjukkan cinta terhadapnya.. tidak perlu menunggu hari-hari tertentu seperti hari jadi atau hari ulang tahun perkahwinan untuk melakukan kejutan kerana kejutan sebegini akan membuatkan pasangan anda merasa terharu & disayangi..


HORMAT ANTARA SATU SAMA LAIN

berhenti daripada tabiat menyindir pasangan.. sebelum berkata sesuatu, tanya diri sendiri apakah pasangan anda dapat menerima kata-kata anda dengan hati terbuka atau sebaliknya.. belajarlah menghormati pasangan dengan menerima segala kelemahannya dan tidak menjadikan ia sebagai satu bahan jenaka ataupun sindiran..


LUPAKAN PERISTIWA LALU

jangan suka mengungkit tentang masa silam pasangan anda.. jangan sesekali bercerita tentang keseronokan kisah cinta anda dengan bekas kekasih lama.. sikap ini hanya akan mengguris perasaan pasangan anda..



BUANG SIKAP CEMBURU

cemburu memang perlu dalam hubungan tetapi jika keterlaluan ia akan menghancurkan rumah tangga.. ingatlah sikap cemburu buta boleh meracuni kebahagiaan rumah tangga.. beri kepercayaan penuh dengan pasangan anda dan sentiasa berfikiran positif..



TUNJUKKAN KOMITMEN ANDA PADA PASANGAN

pastikan pasangan anda menjadi keutamaan dalam hidup anda.. jangan sesekali mengecewakan pasangan anda dalam apa juga situasi.. pastikan anda sentiasa berada di sisinya di saat si dia berada di dalam kesusahan mahupun kesenangan..



JUJUR

bercakap benar lebih baik daripada membohongi perasaan pasangan anda semata-mata untuk menyedapkan hatinya..jika anda membohongi pasangan anda, keseronokan yang dirasainya hanyalah sementara.. anda perlu jujur pada diri sendiri terlebih dahulu & seterusnya anda perlu jujur terhadap pasangan anda..


TeRaPi PerKaHWiNaN oLeH Dr. IsMaiL TamBi

Sejak kahwin ni, kenalah makin rajin untuk pertingkatkan ilmu rumah tangga kan.. kena rajin membaca tentang petua2 kebahagiaan rumah tangga..

Hari tu, ada kakak kat office aku ni dengan baik hatinya bagi aku pinjam buku Terapi Perkahwinan.. even bagi pinjam, aku dah cukup happy.. sebabnya tak semua orang sudi share apa yang dia tau & ada kat orang lain kan..

Since aku baru berkahwin (7 bulan kira baru x eh??), so aku rasa memang patut baca buku ni untuk cari lebih ilmu.. tapi aku ni bukan jenis baca & terima jer.. aku akan tanya balik apa yang aku baca ni dekat orang yang lebih pengalaman..

Aku rasa beruntung gak sebab dapat family yang agak terbuka dalam bab ilmu rumah tangga ni.. sebabnya, aku bukan jer dapat tips dari kakak2 aku tapi tips dari mak abah pun banyak.. tips tu berguna untuk aku berusaha mempertahankan kebahagiaan rumah tangga..

Banyak gak tips2 menarik dalam buku ni.. kiranya boleh dijadikan panduan terutamanya untuk orang yang baru kahwin.. aku dah habis baca buku ni.. Alhamdulillah dapat belajar banyak benda baru..


Nanti aku akan share tips2 dalam buku ni yer.. hope dapat bantu kita sama2 menjadi pasangan yang terbaik untuk pasangan kita sendiri.. semoga kebahagiaan sentiasa bersama kita.. sharing is caring!!

Thursday, February 17, 2011

CraB SticK PoPia & TemPe SticK


Petang2 ni jom layan gambar makanan..

Semalam aku ada tempah Crab Stick Popia.. aku tau tentang popia ni pun masa tengah syok2 blogwalking.. then calling2 untuk buat tempahan.. rupanya akak yang jual popia ni satu kementerian dengan aku, cuma lain bahagian & bangunan jer.. so penghantaran adalah percuma.. suka!!

Tengahari semalam dah dapat popia tu.. aku order 2 paket jer.. balik dengan penuh bersemangat terus masuk dapur goreng popia ni.. makan popia di waktu petang adalah terbaik!!!!

Kalau orang datang rumah secara mengejut, boleh jer goreng popia ni.. sebab popia ni sekejap jer dah masak.. budak2 mesti suka popia ni..

Then semalam jugak sempat beli Tempe Stick.. aku ni memang suka makan tempe ok.. kalau dapat tempe goreng & cicah dengan sambal kicap pun dah cukup sedap bagi aku.. so sebagai peminat tempe, haruslah support produk berkaitan tempe ni kan.. hihihihi

Tempe Stick dari Mr Tempe ni aku beli kat Mydin.. harga RM8.50.. masa beli tu memang ramai yang beli Tempe Stick ni.. rupanya ramai gak peminat tempe ni kan.. hihihi


Semalam lepas goreng popia tu, gorenglah Tempe Stick tu.. since dah goreng popia so goreng Tempe Stick cikit jer la.. sekejap jer dah habis..

Layan Tempe Stick & Crab Stick Popia di waktu petang sambil cicah sos memang terbaik!!!!!!!!!



MoViE SiNi aDa HanTu


Cerita yang agak dah basi.. sebabnya aku & encik adiey tengok movie ni hari ahad yang lepas.. dah 4 hari baru nak update yer.. sorry sesangat..

Memandangkan hari ahad yang lepas mood bosan dah menguasai diri, maka aku & encik adiey buat keputusan untuk tengok wayang..

Last tengok movie cerita Khurafat.. then bila tengok blog balik, rupanya aku x review eh pasal movie ni?? nak review ke?? x payah la eh.. dah lambat sesangat222222 nak review kan.. lagipun aku banyak tutup mata time tengok cerita Khurafat tu.. hahahahaha.. tapi jalan cerita masih terbaik!!!!!!!

So, balik pada tajuk asal.. selalunya suami + isteri ni tengok movie hari Rabu.. sebabnya nak tiket murah.. jimat cermat amalan mulia.. hihihi.. tapi sebab dah bosan, so layan jer la wayang hari Ahad.. sesekali tak pe kot..

Decide untuk tengok cerita Sini Ada Hantu.. kan aku pernah bagitau yang encik adiey memang suka cerita hantu & support filem Melayu kan..

Panggung adalah penuh!! hari ahad la katakan.. movie ni tentang 3 jenis hantu..



First, hantu pokok pisang.. baru aku tau apa sebenarnya hantu pokok pisang tu.. diaolog yang best dengan gaya yang bersahaja

"pokok pisang ada hantu?? habis pisang berhantu??"

"kalau ko makan, ko lah jadi hantu"

Hantu pokok pisang agak bosan.. xde aksi2 seram sangat.. so adegan tutup muka dengan shawl adalah tiada ok..

Second, hantu nombor ekor.. masa ni banyak gak adegan terkejut2.. feel hantu sudah datang ok.. so adegan tutup muka dengan shawl harus ada..

Last, hantu asrama.. masa ni pun ada gak aksi terkejut2.. tapi aksi2 kelakar pun banyak... gelak2 aku tengok.. tapi adegan tutup muka dengan shawl masih ada.. hihihi..

Penghujung cerita memang best sesgt.. ada 1 part tu sampai handbag aku tercampak ke bawah ok.. sebab terperanjat!!!

Tapi bila betul2 nak penghujung cerita, gelak guling2 aku.. memang banyak aksi & dialog kelakar.. satu panggung wayang gelak sampai nak pecah perut.. pelakon utama cerita ni, Alvin Wong dengan Baki Zainal memang menjadi la lakonan diaorang..


Bagi aku ok lah cerita ni.. ada seram + ada lawak.. jalan cerita lebih santai.. berdasarkan kebanyakkan cerita hantu yang kita pernah dengar sebelum ni..

Cuma part hantu yang pertama agak biasa sebab tak banyak adegan yang seram.. yang pasti aku happy tengok cerita ni.. pelakon utama memang sesuai.. dialog pun nampak bersahaja dan nampak real dengan situasi kejadian..


Wednesday, February 16, 2011

HaDiaH PerFuMe UnTuK FoLLoWeR


Alhamdulillah, aku dapat sms dari Nadia bagitau yang dia dah terima hadiah sempena menjadi follower yang ke 100 untuk blog ni..

Ingat tak entry pasal follower ke 100 hari tu? so kali ni aku akan bagitau hadiah apa yang bagi untuk nadia tu yer..


Aku pilih perfume jenama Celebre dari Avon.. sebab bau perfume ni sangat sweet.. perfume ni jugak antara perfume yang paling laris kat Avon..

Aku suka pakai perfume ni waktu malam.. sebab dapat tido dengan tenang bila bau perfume ni.. memang sangat lembut bau perfume ni..

Happy bila dapat tau yang nadia suka bau perfume tu.. risau jugak dia tak suka bau perfume tu.. sebab lain orang lain citarasanya kan..

Nadia ni pandai buat watermark & header yang cantik2 tau.. terus malu lak tengok header aku yang sebijik2 ambik jer dari web.. hihihi..

Aku banyak kali baca tutorial yang dia buat, tapi cuba separuh jalan jer.. sebabnya aku memang tak pandai.. macam mana nak ada header & watermark sendiri yang cantik kalau buat separuh jalan??? hihihihi..

Sape2 yang berminat, boleh la contact nadia ni.. mesti puas hati sebab watermark nadia memang sangat2 menarik & unik..

Nadia yang baik hati ni ada buat special entry tentang hadiah ni.. so sweet.. thanks nadia.. really appreciate it..

HaDiaH BRooCH PinK!!


Alhamdulillah, aku dapat e-mel dari Miza Yusof bagitau yang dia dah terima hadiah brooch pink Avon sempena aDieyZa BirthDaY GA yang aku buat hari tu..


Aku pilih brooch ni sebagai hadiah sebab aku sendiri memang suka pakai brooch avon.. sebab brooch Avon memang berkilau2, design sangat sweet & yang penting tahan lama..

Happy sebab Miza suka brooch pink tu.. aku sendiri jatuh hati dengan brooch tu masa beli.. sebabnya brooch tu nampak sweet sangat..


Cik adik comel ni jugak ada buat
special entry tentang hadiah ni.. terharu!! thanks dear.. really appreciate it..

p/s: hope ada rezeki untuk buat GA lagi nanti..

Monday, February 14, 2011

KaRNiVaL WoW PuTRaJaYa - DaY 1 & 2


Ingat lagi tak entry tentang KarNiVaL WoW PuTRaJaYa? so selaku warga Putrajaya, haruslah aku pergi memeriahkan majlis..
Hari Sabtu tu cadangnya nak pergi petang.. sebab encik adiey nak tengok persembahan Tattoo ATM..

Bersemangat waja lah laki bini ni mengemas rumah pagi sampai tengahari sebab nak keluar petang tu.. sekarang makin cepat berhabuk la LoVeLyHoMe tu sebab kat kawasan berhampiran rumah tengah ada projek nak buat bangunan.. penat hari2 nak menyapu..

Lepas lunch & solat terus siap2 nak gie karnival.. sekali, hujan turun dengan lebatnya.. so hajat nak keluar dilupakan.. waktu hujan2 tido adalah best!! hihihihi..

Malam baru dapat keluar.. macam2 gerai ada.. kedai jual haiwan, pokok bunga, baju, tudung, makanan, ubat kesihatan, lukisan, kereta, kraftangan & macam2 lagi.. kedai untuk pengantin pun ada..

Dapat tengok bunga api malam tu.. malam tu terlalu ramai orang la.. sebabnya ada konsert sekali kan..

Hari ahad, pukul 3 dah ada kat karnival ni.. semata2 sebab nak teman encik suami tengok persembahan TaTToo ATM.. giler ramai orang, dengan panasnya masa tu..

Tapi aku semangat nak tengok sebab xpernah pun tengok persembahan Tattoo ni.. giler excited la kononnya..

Persembahan memang terbaik.. takut aku tengok!!

Macam2 aksi.. aksi naik motor pakai kasut roda la, tugu negara la, panjat tangga sambil naik motor, lompat atas 4 kereta la, gaya burung merak pun ada.. terbaik!!


Gambar yang kat bawah ni semua perempuan yang buat.. giler berani la minah2 ni..

Gambar kat bawah ni seramai 22 orang naik 1 motor.. aku lak yang risau tengok aksi diaorang.. then ada jugak gambar kat bawah ni yang mana seramai 33 orang naik 3 motor..


Memang best tengok persembahan diaorang even aku terpaksa berpanas untuk tengok persembahan ni..

So far, karnival ni ok jugaklah.. sebabnya Putrajaya ni kalau tak de karnival ni semua, memang sunyi sesangat.. lagi2 weekend..


Orang putrajaya pun pakat2 keluar Putrajaya.. sebabnya ada Alamanda jer.. so bila ada karnival ni, nampak meriah la cikit Putrajaya ni kan..

14 FeBRuaRi - SeTaHuN YanG LaLu


14 Februari 2010 merupakan salah satu tarikh yang memberikan kenangan manis & bahagia untuk aku ingat selamanya..

14 Februari 2010 merupakan detik pertunangan antara aku & encik adiey.. mengikat tali pertunangan setelah 9 tahun bersama sememangnya detik yang terlalu indah untuk dikenang!!





Setahun dah berlalu.. tapi kenangan saat jari manis disarungkan cincin tu tetap kuat dalam ingatan ni.. harap kenangan tu akan terus kekal abadi selamanya..


Tiba2 rasa rindu saat2 berdarah manis!! sememangnya memang MANIS & INDAH!!!

So hari ni bangun pagi dengan senyuman!! tiba2 No Monday Bluesss.. hihihihi..

Sunday, February 13, 2011

BLoG SaYa BeRSiH & SuCi OK!!

Sharing is caring right??

So hari ni just nak share 1 benda baru yang aku baru tau.. kalau korang dah tau, sila diam2 ok..


Jumpa blog ni masa tengah blogwalking tadi.. gatal-gatal cuba.. sebab nak tau samada blog aku ni suci atau tidak..

Resultnya????


Blog aku suci sesuci-sucinya.. wah, berapa banyak suci daaaaa...


Sape punya blog yang x suci tu pergi hantar blog korang ke blog wash k (ada ker blog wash?? macam car wash tu la.. ada ke??)


Friday, February 11, 2011

KaRNiVaL WoW PuTRaJaYa 2011


Sekejap jer dah hari Jumaat.. rasanya baru jer melalui perasaan bermalas-malasan di hari Isnin.. hihihi..

Hari ni lambat cikit update blog.. dari pagi ada keje nak kena settlekan.. maklumlah hari Jumaat ni masa keje memang sekejap sangat & waktu rehat lama pulak dari 12.15 sampai 2.45..

So kena make sure keje siap sebelum 12.15.. lepas rehat mood nak keje sudah kurang.. hihihihi.. teruk betul la aku ni kan..

Kat depan office aku ni dah mula meriah.. sebabnya mulai hari ni sampai Ahad, ada Karnival WOW Putrajaya 2011.. since karnival ni depan office, so haruslah ambik tau kan..

Meh tengok jadual atucara karnival tu.. mana tau ada yang berminat nak terjah ke karnival ni..




So kalau ada sesape yang berminat, boleh la terjah karnival ni..

Since karnival ni dah depan office aku kan, so haruslah aku & encik suami pergi tengok karnival ni nanti.. so kalau ada orang kampung yang tanya tentang karnival ni nanti senang nak jawab kan.. hahahaha..


Kalau nampak muka aku tu tegur-tegur la yer (ko ingat ko tu artis ke zana oiii sampai org nak tegur-tegur ko.. hihihihi)