Showing posts with label MoViE. Show all posts
Showing posts with label MoViE. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

Suami Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

"abang kat mana?"

"abang ada kat dalam hati anje..."

So sweet la dialog ni!! 

Semalam kan aku dating kat panggung wayang dengan encik suami.. maklumlah, dah lama x tengok wayang sama2.. last tengok wayang bulan 6 hari tu, so maknanya dah 3 bulan x dating panggung wayang.. 

Semalam kitaorang tengok filem 'Bini-Biniku Gangster' (BBG).. penuh panggung!! maklumlah baru seminggu jer filem ni keluar kan.. so masih macam goreng pisang panas..

Keseluruhannya, aku puas hati tengok filem ni.. rasa macam x rugi membayar tiket wayang untuk filem ni.. kalau dah 1 panggung wayang pun sakan gelak sepanjang cerita ni, x kan la aku nak kata filem ni x best kan??

Paling aku suka dalam cerita ni, sebab banyak dialog yang best & romantik.. hihihi.. sweet habis la bila part Shaheizy Sam & Yana Samsudin berlakon.. adegan diaorang sebagai suami isteri memang harus dipuji.. plus, ada beberapa adegan diaorang yang boleh dijadikan contoh untuk suami isteri di luar ni.. mana x nya, balik dari tengok filem ni, aku & encik suami pun dah tiru gaya percakapan Sam & Yana tu.. hihihi.. cepat betul kitaorang terpengaruh kan..

Part Yana & Intan Ladyana bergaduh lepas jadi madu pun menarik! Dari situ nampak yang diaorang sentiasa nak jaga hati suami diaorang walaupun sebenarnya diaorang ni musuh.. kiranya diaorang amalkan konsep 'suami didahukukan, pencapaian diutamakan'..

Part bergaduh dalam filem ni pun best.. seronok jer tengok Yana tu bergaduh dengan pakai skirt hitam, & jaket merah dia.. walaupun ganas kat luar rumah, tapi dalam rumah dia tetap ayu.. pakai baju & apron pink lagi!!

saya bukan gangster.. hihihi..

Walaupun filem ni ada unsur2 ganas cikit, tapi unsur2 kekeluargaan pun banyak ditekankan.. kiranya filem ni bukan sahaja kelakar & ganas, tapi ada jugak berkenaan kasih sayang & pengorbanan dalam perhubungan.. pakej lengkap kan??

Filem ni lebih santai.. so x perlukan korang perah otak untuk faham jalan cerita ni.. pasangan suami isteri digalakkan menonton untuk mendapatkan feel yang lebih.. hihihi.. 

Keseluruhannya, cerita ni MENARIK & TERBAIK!

Thursday, September 22, 2011

Filem Bini-Biniku Gangster

Ramai gak orang tengah bercerita tentang filem terbaru ni.. 


Kalau tengok trailer macam best gak.. rasa macam nak tengok kat wayang la cerita ni.. lagipun dah lama x berdating dalam panggung wayang dengan encik suami.. hihihi.. 

Masa remaja dulu rajin tengok wayang dengan encik kekasih hati (encik suami sayalah tu).. tapi lepas dah habis belajar & mula bekerja ni jarang2 tengok cerita kat wayang.. so nak kembalikan mood dating di panggung wayang la.. 

Jangan fikir bukan2 k! dating dalam panggung wayang bukannya buat adegan 18sx ok!! nanti ada pulak mulut yang kata aku dulu buat aksi ngarut2 dalam wayang.. xmo buat gosip liar ok! huhuhu..

Thursday, June 23, 2011

Filem KL Gangster


Semalam ambik kesempatan untuk luangkan masa dengan encik suami.. kitaorang luangkan masa dengan tengok wayang bersama.. serius dah lama sangat aku x tengok wayang.. rasanya last tengok wayang bulan 3 hari tu.. giler lama.. sejarah betul, selalunya setiap bulan gie tengok wayang.. bz dengan keje punya pasal, sampai langsung x teringat nak tengok wayang.. huhuhu..

So semalam kitaorang tengok cerita yg hangat diperkatakan sekarang, KL GANGSTER.. encik suami beria2 nak tengok cerita ni.. aku x berapa nak tengok sangat sebab takut!!!

Memang la ni bukan cerita seram tapi aku takut la nak tengok aksi gaduh2 tu.. sedangkan kalau akak aku nak cubit anak buah aku pun aku dah x sampai hati nak tengok, ini kan pulak nak tengok aksi gaduh2 sampai pecah muka.. serius takut wei!!!


Tapi aku tetap gagahkan diri nak tengok cerita ni sebab nak temankan encik suami.. walaupun takut, tapi aku tetap layan cerita ni dengan penuh perhatian.. sebab apa?? sebab jalan cerita dia memang TERBAIK!!!

Pelakon semuanya bagi lakonan yang TERBAIK!! lakonan Aaron Aziz memang bagus terutamanya part aksi2 bergaduh.. betul2 menjiwai watak la Aaron Aziz tu.. sampaikan terus aku lupa yg dia pernah berlakon jadi Seth Tan.. hilang terus bayangan Seth Tan yg romantik tu.. huhuhu..

Lakonan Syamsul Yusof & Ady Putra pun kira bagus jugak.. mesti diaorang ni buat research berkaitan watak diaorang habis2an sebab lakonan diaorang dalam cerita ni memang boleh dipuji..

Walaupun ni cerita aksi, tapi pengajaran cerita ni banyak.. pengajaran terbesar tentang persahabatan dan kekeluargaan.. memang pengajaran cerita ni TERBAIK!!!

Bila sentuh bab persahabatan, aku terus ingat lakonan Zizan dalam cerita ni.. TERBAIK!!! banyak dialong Zizan yg buatkan aku & penonton lain tergelak besar.. serius best la watak Zizan dalam cerita ni.. ada lagi sorang pelakon yg aku suka lakonan dia, Sofi Jikan.. banyak jugak dialog dia yg buat aku gelak.. berkesan jugak lakonan Sofi Jikan tu.. walaupun badan dia x sebesar macam badan Aaron Aziz & Ady Putra, tapi watak gangster dia tetap menjadi..

Rasanya x rugi aku gie tengok cerita ni.. sampaikan bila part gaduh2 & tumbuk2 tu aku pulak yg rasa macam muka aku yg nak pecah.. huhuhu..

Tuesday, March 15, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Sabtu yg lepas, sempat meluangkan masa untuk tengok movie Hikayat Merong Mahawangsa.. cadangan awal nak tengok movie ni hari Rabu ni.. sebab tiket murah kan.. tapi sebab ayah mertua beria ajak tengok movie ni, so cadangan awal terpaksa dilupakan..

Beli tiket movie dekat The Summit.. beli 11 tiket untuk tengok movie ni.. disebabkan beli agak lewat, so dapat seat yg agak depan cikit.. but still ok since hall besar.. masa beli tiket tu memang nampak kebanyakan seat dah penuh.. maklumlah, cerita baru kan.. lagipun promo untuk movie ni pun x kurang hebatnya..


Awal2 movie ni aku agak lambat nak faham.. hihihi.. masuk 15 minit movie baru aku layan sepenuhnya movie ni.. masuk 30 minit movie, makin teruja pulak tengok aksi2 dalam movie tu.. sampai lupa mak mertua duduk sebelah.. hihihi..

Memang aku puas hati la dengan cerita.. even ada yg kata movie ni agak "cartoon" dengan CGI tu.. tapi kalau kita cuba fikir balik, patutnya kita bangga dengan cerita ni sebab bukan mudah nak menghasilkan cerita macam ni kat Malaysia.. banyak jugak aksi2 yg buatkan darah berderau.. so x rugi rasanya tengok movie ni..


Bagi aku, movie ni memang perlu disokong.. sebabnya, x ramai pengarah yg buat movie genre action macam ni.. movie ni ditayangkan dekat 72 buah negara, so rasanya kita perlu bangga dengan pencapaian ni kan..



Tahniah utk KRU Studio sebab berjaya menghasilkan filem Hikayat Merong Mahawangsa!!

Monday, March 14, 2011

Weekend Bersama Famiy In Law


Hari ni lambat cikit taip entry baru.. sebab awal pagi dah attend meeting.. balik meeting ni terus sedaya upaya nak publish entry baru..

Jumaat yg lepas, family in law ada datang Lovelyhome.. dapat tau yg family in law nak datang sejam sebelum tu.. nasib baik rumah dalam keadaan ok since last week memang mood kemas rumah agak terlebih.. hihihi..

Sabtu bangun macam biasa.. agenda pagi tu nak hantar rombongan meminang adk ipar aku.. majlis ni serba ringkas sebab last minute baru plan.. tapi tetap meriah..hantar rombongan meminang ke Sungai Besar, Selangor.. jauh gak perjalanan dari Putrajaya nak ke sana.. tapi berbaloi2 gak la sebab dapat makan yg sedap2.. hihihi..


Petang tu ayah mertua ajak semua tengok movie.. risau la jugak takut x ada tiket sebab dah petang kan.. lagipun ayah mertua nak tengok movie Hikayat Merong Mahawangsa.. citer kan baru jer kelaur, so tiket mesti banyak sold out.. tapi try jugak cari tiket dekat GSC USJ..

Nasib baik ada lagi tiket.. dah la nak tengok wayang 11 orang kan.. ada masa sejam setengah sebelum movie tu start.. masa ni husband bawak anak buah masuk kedai permainan.. memang niat nak belikan hadiah untuk si kecik tu since 8/3 hari tu birthday dia.. dah setahun budak kecik tu.. sangat lincah & debab!! orang kedai permainan tu pun semua berebut2 nak dukung si kecik tu..

Budak kecik tu minat sangat cartoon Barney dalam kedai tu.. sebab cartoon tu boleh nyanyi dengan suara yg comel macam mak ngah dia (mak ngah dia aku lah.. hihihi) berjoget sakan budak kecik tu dengar lagu si Barney tu.. semua orang pun dia ajak berjoget..

alahai, comel betul budak kecik tu..



COMEL!!!!

p/s: Entry tentang movie Hikayat Merong Mahawangsa tu nanti aku buat yer.. ada keje urgent nak kena siapkan..

Thursday, February 17, 2011

MoViE SiNi aDa HanTu


Cerita yang agak dah basi.. sebabnya aku & encik adiey tengok movie ni hari ahad yang lepas.. dah 4 hari baru nak update yer.. sorry sesangat..

Memandangkan hari ahad yang lepas mood bosan dah menguasai diri, maka aku & encik adiey buat keputusan untuk tengok wayang..

Last tengok movie cerita Khurafat.. then bila tengok blog balik, rupanya aku x review eh pasal movie ni?? nak review ke?? x payah la eh.. dah lambat sesangat222222 nak review kan.. lagipun aku banyak tutup mata time tengok cerita Khurafat tu.. hahahahaha.. tapi jalan cerita masih terbaik!!!!!!!

So, balik pada tajuk asal.. selalunya suami + isteri ni tengok movie hari Rabu.. sebabnya nak tiket murah.. jimat cermat amalan mulia.. hihihi.. tapi sebab dah bosan, so layan jer la wayang hari Ahad.. sesekali tak pe kot..

Decide untuk tengok cerita Sini Ada Hantu.. kan aku pernah bagitau yang encik adiey memang suka cerita hantu & support filem Melayu kan..

Panggung adalah penuh!! hari ahad la katakan.. movie ni tentang 3 jenis hantu..



First, hantu pokok pisang.. baru aku tau apa sebenarnya hantu pokok pisang tu.. diaolog yang best dengan gaya yang bersahaja

"pokok pisang ada hantu?? habis pisang berhantu??"

"kalau ko makan, ko lah jadi hantu"

Hantu pokok pisang agak bosan.. xde aksi2 seram sangat.. so adegan tutup muka dengan shawl adalah tiada ok..

Second, hantu nombor ekor.. masa ni banyak gak adegan terkejut2.. feel hantu sudah datang ok.. so adegan tutup muka dengan shawl harus ada..

Last, hantu asrama.. masa ni pun ada gak aksi terkejut2.. tapi aksi2 kelakar pun banyak... gelak2 aku tengok.. tapi adegan tutup muka dengan shawl masih ada.. hihihi..

Penghujung cerita memang best sesgt.. ada 1 part tu sampai handbag aku tercampak ke bawah ok.. sebab terperanjat!!!

Tapi bila betul2 nak penghujung cerita, gelak guling2 aku.. memang banyak aksi & dialog kelakar.. satu panggung wayang gelak sampai nak pecah perut.. pelakon utama cerita ni, Alvin Wong dengan Baki Zainal memang menjadi la lakonan diaorang..


Bagi aku ok lah cerita ni.. ada seram + ada lawak.. jalan cerita lebih santai.. berdasarkan kebanyakkan cerita hantu yang kita pernah dengar sebelum ni..

Cuma part hantu yang pertama agak biasa sebab tak banyak adegan yang seram.. yang pasti aku happy tengok cerita ni.. pelakon utama memang sesuai.. dialog pun nampak bersahaja dan nampak real dengan situasi kejadian..


Tuesday, January 18, 2011

KhuRaFaT MoViE PaLinG SeRaM??


Ada sesape yg dah tengok citer Khurafat ni??

If ada yg dah tengok, mungkin boleh bagi review cikit.. ramai yg kata movie ni seram sesgt..

Melodi minggu lepas pun dah tunjuk reaksi & muka2 terkejut penonton masa tengok citer ni..

Pagi tadi dengar kat HotFM bgtau yg kutipan tiket wayang untuk citer ni dah 2juta.. baru 5 hari dah 2 juta.. hebat betul..

Semalam aku gie booking ticket utk tengok movie ni.. penuh panggung ok!!!!!!! susah nak dapat seat belakang2.. utk the whole week ni, memang ticket utk citer ni manjang cepat full jer..

InsyaAllah esok akan gie tengok citer ni.. nanti aku review ok..

Thursday, January 6, 2011

4 MoViEs SeBuLaN

Sepanjang hidup aku, x pernah lg aku gie tengok 4 movies kat panggung wayang dalam tempoh sebulan..

Mungkin bagi korang yg memang kaki wayang, memang akan kata aku ni poyo kan.. tengok 4 movie sebulan pun nak kecoh.. sbb bagi kaki wayang agaknya benda ni isu remeh jer..


Tapi bagi aku yg bukannya kaki wayang sgt, dapat tengok 4 movies kat panggung dalam tempoh sebulan tu dah kira 1 pencapaian yg hebat tau..

Ni semua gara-gara makin banyak movies seram kat panggung sekarang!!

Encik adiey memang suka layan movie seram2 ni.. tapi dia prefer movie melayu.. aku yg agak penakut ni terpaksa la kuatkan semangat temankan dia masuk panggung tu..

Risau gak kalau lepas tengok movie seram tu, malam termimpi2.. tapi skrg kan tido malam berdua.. hihihi.. (tiru ayat dd)

First movie, Ngangkung.. memang terbaik!!!!!!!! panggung sentiasa penuh.. nak booking punyalah susah..

Banyak scene terkejut2 gak.. scene gelak lglah banyakkkkk.. kejap seram, kejap gelak.. time gelak tu mmg 1 panggung riuh rendah.. bantai gelak puas2.. memang x rugi tgk movie ni.. kutipan pun dah kalahkan Adnan Sempit..

Minggu depannya, kitaorg berubah angin.. nak bagi hilang takut tengok citer seram tu dulu.. (apahal takut sampai seminggu?? hihihi)

So decide tengok Aku Tak Bodoh.. panggung penuh ok.. majoriti family.. sesuai sgt la kalau bawak family tengok movie ni.. banyak pengajaran..

Dah hilang rasa takut aku tu, minggu depannya encik adiey ajak tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah.. sebelum tengok movie ni, banyak betul review dari blogger lain kata movie ni best.. nak booking ticket untuk movie ni pun asyik penuh jer..

Awal2 citer dah gelak.. banyak gelak dari seram sebenarnya.. so aksi aku tutup muka sebab takut kurang cikit la masa tengok movie ni.. motif belagak berani??? hihihi.. tapi penghujung citer ni aku x berapa nak suka sangat la.. yg lain semuanya ok..

Movie terbaru yg aku & encik adiey tengok, Damping Malam.. baru jer tgk semalam.. masa nak booking ticket, tertanya2 gak.. nape banyak jer seat kosong?? citer x best ke??

Awal2 citer dah terperanjat!!!!!!! tapi bila masuk setengah jam citer tu, dah boleh agak sape yg jadi punca masalah tu.. so kiranya x berapa nak suspen sangat la.. jalan citer pun biasa.. patutlah panggung x penuh..


Bila banyak tengok citer seram ni, makin kuat pulak la aku fikir bukan2.. rasa angin bertiup kuat ckit jer, mulalah aku gelabah.. dengar bunyi pelik mula jerit panggil encik adiey..

Memang dasar penakut!! penakut tapi gie tengok jugak.. selalu kena sound dengan encik adiey sebab tengok movie seram tutup muka dengan tangan @ shawl..

Eleh, biarlah kan?? bukannya tutup semua, aku tengok sipi2 pun kira tengok la jugak.. kira berani la jugak.. hihihihi.. bukannya aku sorang jer yg tengok movie seram tutup muka kan?? kan?? kan?? lalalala..

Thursday, June 10, 2010

HaRi BerSaMa PenGaPiT & LaGenDa BuDaK SeTaN


Semalam adalah hari bersama pengapit bg aku & cik adiey..

Kitaorg decide utk spent time masa bersama bakal pengapit kitaorg since diaorg merupakan org penting dlm majlis LoVeLyDaY nnti.. diaorg lah yg akan pastikan aku & cik adiey sentiasa ok sepanjang majlis tu nnti..

So smlm lps blk kerja, bakal pengapit nak mkn kat SR.. lps dh mkn & borak panjang, kitaorg terus balik rumah..
Dalam pkl 9 lebih, kitaorg kuar gie Alamanda since aku dah tempah tiket wayang utk aku & bkl pengapit..

Aku tempah tiket citer "LAGENDA BUDAK SETAN".. kitaorg mmg excited nak tgk citer ni.. sebab semua kata citer ni best..


Movie start pkl 10.30mlm.. movie yg membuatkan air mata mengalir.. hehehehe.. giler jiwang la aku & bakal pengapit ni kan..

Sepanjang citer tu ramai jer aweks2 yg teresak2.. masing2 pegang tisu ok.. cik abg kat sebelah bantai gelak sbb awek2 tangkap leleh tgk citer ni.. lantak la diaorg nak gelak ke apa, yg penting kitaorg feel ok tgk citer ni..

Kesimpulannya mmg x rugi la tgk citer ni.. berbaloi2..

Byk adegan romantis yg membuatkan hati perempuan berbunga2.. byk gak adegan2 sedih yg membuatkan jiwa perempuan terasa sayu.. kalau gie dgn bf, tunang or suami lg feel romantik kot.. hehehehe..

Cik adiey & bkl pengapitnya ada agenda & aktiviti lain.. mmg dh decide xmo kuar sama.. biar masing2 layan pengapit bak putera & puteri raja..

Aku & cik adiey pilih diaorg jd pengapit sbb diaorg mmg memahami kitaorg.. so, nnti diaorg xdelah mcm blurr jer bila nak jd pengapit kitaorg since masing2 dh faham perangai masing2..

Lgpun hr2 dh jumpa diaorg, so makin rapat la kan.. dh kata 1 office, so mstilah jumpa hr2 kan..

Korang pilih pengapit berdasarkan apa eh?? Sbb rumah dia dekat dgn rumah korang ke?? or sbb korang kwn baik?? or sbb diaorg tu sedara mara korang?? xpun sbb korang dh janji dr kecik yg kalau kahwin, msti dia yg jd pengapit korang??

Xkisah la sape pun yg akan jd pengapit kita kan.. yg penting kita selesa dgn org tu.. dan yg penting diaorg pun rela korbankan masa & tenaga semata2 utk pastikan hari bahagia kita berjalan lancar..

So, hargailah bakal pengapit anda!!!

Thursday, April 1, 2010

EvoLuSi KL Drift2


Last week aku sempat tgk wayang dgn best friend aku, Ierin, citer Evolusi KL Drift2.. aku x de niat langsung nak tgk citer ni.. sbb aku bukannya suka citer ganas2 n action2 ni.. serius x prnh layan..

Tapi memandangkan Ierin dtg tumpang bermalam kat loVeLyHoMe & beria nak tgk citer ni, aku layankan jer.. call cik adiey nak ajak tgk sekali, but cik adiey x balik dr outstation lg time tu.. so, aku & Ierin jer lah tgk citer tu..

Panggung mmg penuh.. tp maybe sbb weekend kot.. plus citer baru kuar so msti ramai yg tgk.. majoriti yg tgk citer ni guys la kan..

Memandangkan aku xbape minat citer ganas2 ni, so aku rasa oklah citer ni.. mmg banyak aksi yg ganas2.. plg aku xsanggup tgk time Aaron Aziz belasah Farid n Scha.. aku sambil tutup mata tgk adegan tu.. Ierin gelak2 tgk aku.. aku takutttttttt.. xleh tgk ganas2 n org pukul2 ni..

So, if sape2 yg suka tgk citer aksi2 ni, leh la tgk.. xyah la bawak bdk kecik tgk citer ni, takut terpengaruh je budak tu nnti.. hehehe..

Tuesday, March 9, 2010

NiYanG RaPiK


Salam to all my lovely readers.. sorry lama x taip entry baru.. sbb kebelakangan ni aku x bape sht.. so, mood pun terus down.. thanks pd sesape yg sudi jd follower blog ni & thanks sgt2 pada yang sudi singgah blog ni..

So, entry kali ni kita citer ttg movie yg dh lama aku tgk tp x sempat2 nak share kat sini.. sorry sesgt ye.. aku & cik adiey ada tgk wayang citer "Niyang Rapik" kat JJ Cheras Selatan.. citer ni boleh tahan gak lah.. x rugi la kitaorg tgk..

Jalan citer agak menarik, x membosankan.. pelakon semuanya berjaya melakonkan watak dgn berkesan.. 2, 3 kali gak la aku tutup muka sbb "ketakutan".. hehehe..

Aku x pasti la citer ni ada lg x kat wayang ke x.. sbb aku tgk movie ni 26/2 hr tu.. ni dh masuk mggu ke 2 bulan Mac.. (membuktikan yg aku pemalas nak update ye.. dh 2 mggu punya citer baru nak update.. ampunnnnnnnn).. if ada lg, boleh la sesape yg x tengok lg gie tgk citer ni.. if xde, tunggu CD or DVD je la nnti.. hehehe..

Monday, January 25, 2010

Jeritan Kuntilanak

Salam semua..

Weekend hr tu mmg full dgn xtvt.. pg sabtu bz kemas LoVeLyHoMe.. tgh syok2 kms tu, dpt call from future family in law.. diaorg bgtau nak dtg LoVeLyHoMe.. adoi!!!!!! gabra lak aku.. bknnya x biasa jumpa but bila diaorg nak dtg LoVeLyHoMe yg aku baru ddk seminggu mmg rasa gabra lah..

Petang tu beli brg dapur since barang dapur dh agak berkurangan.. lps tu trs gie Alamanda since future family in law nak tgk wayang.. we all tgk citer Jeritan Kutilanak.. biasa2 jer citer ni.. x seram sgt plus jalan citer mcm dh selalu tgk jer.. tp panggung still penuh, maybe sbb weekend kot..




Lepas tgk citer ni trs gie KFC.. tapau apa yg patut.. then trs balik LoVeLyHoMe.. future family in law bg komen yg positif ttg LoVeLyHoMe.. syukur Alhamdulillah.. mlm tu tido lewat sbb gossip dgn future sis in law..

Pagi ahad bangun awal.. buat bfast then bfast sama2.. pkl 9 diaorg gerak blk N9.. lps ni kena ddk sorang2 balik.. adoiiiiiiii..

Tengahari ahad tu masak then lps mkn terus lelap sbb letih lorrrrrrr.. bangun ptg tu call cik adiey ajak gie jalan2 sbb aku dh tahap bosan ddk umh sorang2..

So, mmgu lps mmg mggu yg happy.. sbb parents aku dtg tido kat LoVeLyHoMe 3 mlm, then celebrate birthday cik adiey & lastly future family in law dtg bermalam kat LoVeLyHoMe.. happy!!!!!!!!!

Thursday, January 21, 2010

Adnan Sempit Memang Best!!

Semalam aku & cik adiey gie GSC Alamanda.. nak tgk movie yg mana respond utk citer ni sgt2 positive.. so, mmg sgt teruja nak tgk sbb semua kata citer ni mmg kelakar & fun habis..

So, smlm aku & cik adiey beli la tiket wayang citer "Adnan Sempit"..

Be4 beli tiket, sempat gak la posing kat motor "Adnan Sempit" tu..


Show pkl 12.30 tghr.. hari rabu hrga wayang mmg murah la kan.. time beli tiket tgk byk sit yg penuh.. ramai gak tgk citer ni, kira penuh la panggung utk citer ni.. padahal weekdays & time office hour tu.. kalau gie weekend & lps office hour, agaknya msti lg ramai org..

Citer ni best.. x rugi tgk citer ni.. jalan citer yg x membosankan, dialog ok, pelakon pun hayati watak dgn berkesan plus ada pengajaran yg baik dlm citer ni..

Aku sarankan kat sape2 x gie lg tgk citer ni, gie la tgk citer ni ye.. atleast kita sokong gak la filem tempatan.. lgpun, citer ni mmg best.. berbaloi-baloi..

"DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA HIGHWAY"

HappY BirthDaY SaYanG!!!

Happy birthday to u
Happy Birthday to u
Happy birthday to sayang
Happy birthday to u..

Selamat hari lahir syg.. semoga panjang umur, murah rezeki & dilindungi Allah selalu.. on ur birthday ni, baby berdoa agar sayang sntsa ditemani kebahagiaan, kegembiraan & kejayaan yg berpanjangan..

20/01/2010 genaplah usia cik adiey 27thn.. (tp cik adiey kata dia 21thn.. sgt perasan itu org tua ye.. hahahaha)


Ramai yg wish birthday dia & mostly wish yg lbh kurang sama.. nak tau apa?

"smga pnjg umur & murah rezeki.. cepat ckit kahwin!!" "smga berbahagia selalu disamping zana.. ni last birthday sbgai seorg bujang sebelum bergelar suami" "happy birthday.. smga pnjg umur & kekal bhgia disamping zana"
(ni antara msg2 dr kwn2 cik adiey..)

"happy birthday.. smga panjang umur & murah rezeki.. jaga zana baik2.. mak cik doakan jodoh korang berpanjangan..
(ni wish dr mak aku.. dh mcm wish utk Big Day lak.. huhuhu)

So, smlm aku & cik adiey ambik cuti.. pg tu hantar mak & abah gie service kereta.. lps tu lunch sama2.. then hntr mak & abh balik..

Tghr tu ajak cik adiey gie Alamanda.. nak blnja dia tgk wayang.. kitaorg tgk citer "Adnan Sempit"..

Birthday cik adiey kali ni so simple.. aku just ajak dia tgk wayang, jalan2 & shopping ckit2.. sempat terjah kedai kek utk cik adiey.. mmg sedap kek ni.. yummy2!!!


Hadiah? hantaran E-Day 14/2 ni lah hadiahnya.. hihihihi.. xdelah.. aku hadiahkan dia baju.. sbb mmg rasa lain sgt2 kalau x bg hadiah birthday utk dia.. even hadiah baju jer, tp mmg nampak yg dia happy sbb kitaorg dpt luangkan masa bersama smlm..

Happy Birthday Sayang..!!

Monday, December 21, 2009

Santau Movie

Smlm aku & cik adiey keluar gie Jusco Cheras Selatan.. niat utama just utk lunch kat sana sbb aku kata nak mkn chicken chop.. cik adiey on jer..

Lps lunch rasa mcm xnak terus balik umh.. so aku ajak cik adiey tgk wayang.. kali nie aku belanja cik adiey sbb bulan ni asyik duit cik adiey jer yg keluar.. hehe..

Memandangkan xnk tggu lama, aku beli jer tiket movie SANTAU sbb movie start 2.50ptg.. even citer ni dh lama kuar, tp kitaorg xtgk lg.. hehe..


Penuh gak cinema.. maybe sbb hr ahad kot.. chinese pun ramai yg layan movie ni.. jalan citer menarik gak.. drpd 5 bintang, aku bg 4 bintang la.. xrugi la aku belanja cik adiey tgk movie ni.. huhu..

Tuesday, December 8, 2009

Jom Heboh & My Spy

Ahad hr tu pg2 lg cik adiey dh call bgtau yg parents dia suruh aku teman diaorg gie Jom Heboh kat Bukit Jalil.. cik adiey xdpt ikut sbb dia de keje ckit.. aku pun ok je lah..

Kitaorg gie 7 org semuanya.. bakal mak mertua, bakal ayah mertua, 3 org adk cik adiey & akk ipar cik adiey.. mmg happening la sbb lama gak kitaorg xkuar ramai2..

dr kiri, adk bongsu cik adiey, adk cik adiey no5, me & future mother in law.. (keciknya aku kat tgh2 tu kan)

Sampai Bukit Jalil dlm 11 pg.. cuaca sgt la panas ye.. mmg ramai sgt org kat situ.. lps dh hbs ronda2 kat booth, dlm pkl 2 kitaorg gerak balik..



Tetiba ayah cik adiey ajak gie Mid Valley sbb dia nak tgk wayang.. sampai Mid Valley pkl 2 lebih.. trs gie beli tiket wayang.. memandangkan cik adiey xde, so aku lah byr tiket wayang.. huhu..

Memandangkan ayh dia layan citer melayu je, beli la tiket wayang citer My Spy.. wayang start pkl 3.30ptg..


Time tgk citer ni, aku 2 kali tertidur ye.. jalan citer agak bosan ckit, mula2 & penghujung citer je ok ckit..


Pic x byk ambik sbb time kat Jom Heboh ramai sgt org & tmbh cuaca panas so aku dok pegang je tgn mak cik adiey sambil tgn sebelah lg pegang payung.. kat Mid Valley ni pun sempat bergmbr jap je sbb muka masing2 kepenatan.. huhu..

yg pakai tudung biru tu akk ipar cik adiey, boy tu adk cik adiey no6

adk bongsu cik adiey.. tgh ambik SPM.. gud luck dik com..