Friday, October 7, 2011

Maklumat Tambahan Untuk Belanjawan 2012


Belanjawan 2012 bertemakan Belanjawan Transformasi: Membela Rakyat, Mensejahtera Negara dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. 



Teks Ucapan Belanjawan 2012 boleh diperolehi oleh orang ramai pada
7 Oktober 2011 jam 5.30 petang di Lobi, Blok Tengah, Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya

Teks Ucapan Belanjawan 2012 dan Lampiran boleh dimuat turun melalui Laman Rasmi Belanjawan 2012 www.treasury.gov.my pada jam 6.00 petang.

 
Laporan Ekonomi 2011/2012 boleh dimuat turun melalui Laman Rasmi Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 sejurus selepas YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan membentangkan ucapan. 

Buku Laporan Ekonomi 2011/2012 boleh dibeli dengan harga RM45.00 pada 7 Oktober 2011 bermula jam 5.00 petang di Lobi Kementerian Kewangan Malaysia, Kedai PNMB Putrajaya, No 72, Jalan Diplomatik, Presint 15 (Presint Diplomatik), 62050 Putrajaya, Tel: 03-88811970 dan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB), Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur, Tel: 03-92366888 atau layari laman web www.printnasional.com.my untuk maklumat lanjut. 

Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012 boleh dimuat turun melalui Laman Rasmi Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 sejurus selepas YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan membentangkan ucapan. 
Untuk makluman lanjut, layari http://www.treasury.gov.my/
  
Photobucket

4 comments:

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..