11.11.11 & Hadiah Kahwin
Tarikh yang cukup cantik hari ni!! Mesti ramai pasangan yang bercadang untuk bernikah hari ni kan.. maklumlah tarikh cantik.. kalau ada yang bersalin hari ni pun mesti best.. senang nak ingat birthday baby tu.. hihi..
Cakap pasal kahwin, weekend ni ada beberapa jemputan kahwin yang aku terima.. insyaAllah akan cuba penuhi jemputan kahwin tu.. sekarang ni dah mula musim "mengawan" orang kata.. hihihi.. sana sini penuh jemputan kahwin.. setiap minggu ada jer kad kahwin yang sampai kat rumah aku tu.. tahniah buat semua yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ni..
Tadi dengar kat Hot FM tentang isu hadiah perkahwinan.. menarik gak isu tu.. tentang hadiah apa yang paling best, pelik, mahal, lucu, kreatif yang pernah korang dapat masa kahwin atau pernah korang bagi masa orang lain kahwin..
Masa aku kahwin tahun lepas, aku terima 135 hadiah daripada kawan2 dan saudara mara di kedua belah pihak.. kalau nak kira hadiah yang paling lucu, dapat baju tidur "cekci" dari kakak & pengapit aku.. malu ok! hadiah paling best, semua best!! yang pelik x ada rasanya.. semua kad ucapan kat hadiah tu aku still simpan.. bila baca balik, terasa macam pengantin baru ok!! hahahaha.. Separuh daripada hadiah telah selamat digunakan.. maklumlah, pengantin baru memang x banyak beli barang rumah, so bila dapat hadiah tu haruslah gunakan..tapi ada hadiah yang aku x sabar sangat nak guna iaitu frame gambar yang ada tulis perkataan "baby".. semoga frame tu akan terisi dengan foto "baby" kami nanti.. insyaAllah..
Hari tu bila ada member yang datang beraya kat rumah aku, dia tegur tentang cawan yang aku letak kat meja makan.. dia kata cawan tu hadiah dari dia & dia terharu aku pilih untuk letak cawan tu kat meja makan! wah, teruja kan bila orang tu ingat hadiah apa yang dia bagi kat kita.. aku ni jarang boleh ingat hadiah apa yang aku bagi kat orang kahwin.. hihihi.. p/s: Korang yang dah kahwin, hadiah menarik apa yang pernah korang dapat? yang belum kahwin pulak, hadiah apa yang korang suka bagi kat kawan2 yang berkahwin dan hadiah apa yang korang berangan nak dapat masa kahwin nanti?
kenangan tarikh 11.11.11 tengok member sendiri bersalin! teruja ok. hehehe
ReplyDeletebila tengok tarikh mcm ni.. teringat gakla tanggal 08.08.08 sya bernikah.. hadiah kahwin yg paling x dpt dilupakan dapat baju baby ok! ramai juga yg bg baju baby.. ada juga yg bg set botol baby.. huhuhu tu tandanya suruh dpt baby cepat2lah kan..
ReplyDeleteakak sker bagi orang cadar je. sng dan mudah. sbb yg tu mmg org akan guna. kalo set cawan tu, alahai.. tak terguna pun nyer.
ReplyDeleteAkak ada 2 adiah yg sama, yg tak terpakai smpai la ni iaitu mixer. Tah elok tah tidak la mixer itu. huhu.
suke bg hadiah mcm²..tgk pg majlis sape..klau yg rapat bg la yg best ckt..klau kurang rapat bg la ape yg patut..kekdg bg duit pun ade sbb kekdg duit nie lg berguna uk diorg..=)
ReplyDeletesyoknyer leh gi makan kenduri
ReplyDeleteai ada hadiah kawen 7 thn lepas until now ai x guna lagik...4 5 item gak la
mmg tarikh yg cun...tp akak takde apa nk diraikan...nk nikah dh nikah...nk bersalin tak mengandung lg..hehee
ReplyDeleteakak dulu pun kawin dpt adiah baju cekci..
ReplyDeletesampai makcik akak marah suruh buang...hahahhaha
byk dapat water heater..sampai ade lagi yg berbungkus xde sape nk pakai..hehe
ReplyDeletedear..yg pling menarik i dapat pakej percutian ke melaka dari boss i..yg len2 tu biasa jelah
ReplyDeletemy side bnyak pinggan mangkuk..his side banyyak barang elektrik jenama elba
i pon dpt bju tido cekci gile..kaler cream..kalau pakai pon..cm tak pakai baju..adik i bg..hehe
dpt hadiah brg letrik plg suka sbb jimat $$$ x payah beli. suka hadiahkan cadar dkt pengantin baru sbb leh ganti2, xdela boring cadar yg sama je. hehehe...
ReplyDeleteAkak Zana....Apa khabar???tgh godek2 cari idea hadiah pe nak bg kawan ms kahwin dia nanti..terjumpa akak nyer blog...saya FEzah @ full name Atronifezah...Uitm Lendu,Melaka...klau akak ingat sapa lg saya la..
ReplyDeleteAkak Zana.....Apa Khabar???saya godek2 web cari idea pe hadiah nak bg kawan ms kahwin dia nanti...tgok akak cam kenal...nama sama da,saya Fezah @ Atronifezah...UiTM Lendu,Melaka...Klau akak ingat lg la sapa saya...
ReplyDeletedear fezah.. mula2 x ingat bila sebut nama fezah tu.. tp bila sebut atronifezah tu, terus ingat!!! hehehehe.. hye dear!! lama x dengar khabar kan?? add FB akk dear, nnti leh sambung borak2 kat sana.. cari nama Zana Adieyza.. xpun emel akk yer.. adieyza_1110@yahoo.com
ReplyDeleterindu sama kamu!!