Thursday, January 31, 2013

Isu "Aku Ada, Korang Tak Ada".. Kahwin, Zuriat & Tambah Anak

Apa perasan anda bila orang bertanya soalan yang anda tidak tahu apa jawapannya di khalayak ramai dan dihadapan orang lain yang anda tidak kenali?

Apa perasaan anda bila orang bertanya soalan yang anda sendiri tertanya-tertanya soalan tersebut di dalam hati anda?

Maaf, entry ni bukan bermaksud untuk menceritakan segala masalah yang ada di sekeliling aku.. bukan bermaksud untuk menyalahkan orang lain.. bukan bermaksud untuk meraih simpati.. buat apa aku nak meraih simpati sedangkan aku  bukannya x punya apa2 dalam dunia ini.. aku masih ada suami, masih ada keluarga, masih ada anak-anak buah, masih ada saudara mara & masih ada kawan2 di sekeliling aku.. cumanya aku belum ada anak!!


"Kesian aku tengok korang ni.. dah lama kahwin belum ada anak.."
"Kesian aku tengok korang ni.. macam sunyi jer hidup sebab belum ada anak.."
"Kesian aku tengok korang ni.. asyik dukung anak orang sebab belum ada anak.."

Aku x pasti sama ada itu simpati atau memerli! 

Tak salah untuk korang bertanya.. kami golongan yang menanti zuriat ni bukanlah marah atau over sensitif dengan soalan2 korang.. tapi, beragak la jugak yer.. bertanya mengikut situasi dan tempat..

Ko tengah shopping kot.. mula2 tanya pasal orang lain.. tiba2, ko tanya bila aku nak ada anak?? soalan tu ok jer.. tapi ko tanya tu kat tempat orang tengah bersesak membeli then ada pulak orang yang aku x kenal pandang serong kat aku dengan soalan ko.. plus tambah malu bila siap bagi tips bersama di khalayak ramai.. ko tau x aku rasa malu giler dengan pandangan orang lain kat aku time ko bagi soalan tu!! plz jaga jugak aib orang lain kalau kita nak orang lain jaga aib kita..

Aku bukan sajer-sajer nak kecoh benda ni dalam blog.. tapi aku cuma harap agar ada kesederan dalam diri aku dan orang lain tentang isu "nak bertanya sesuatu biarlah pada tempatnya"..

Janganlah ko tanya bila orang tu nak kahwin di hadapan orang ramai.. 
Janganlah ko tanya bila orang tu nak tambah anak lagi di hadapan kawan-kawannya.. 
Janganlah ko tanya bila orang tu nak ada anak di kawasan khalayak ramai.. 

Kalau betul korang prihatin, tanyalah orang tu secara personal (thru phone, sms, emel, whatsapp or private message).. korang akan dilihat seperti kanak-kanak yang hanya inginkan perhatian bila soalan2 peribadi diajukan di hadapan orang ramai.. 


Maaf kalau entry ni membuatkan ada pihak yang terasa.. aku cuma berharap agar aku lebih berhati2 dengan soalan2 yang aku rasakan perlu ditanya atau tidak... aku cuma berharap agar aku lebih berhati2 dengan perasaan orang lain..

Dalam masa yg sama, aku nak jadikan blog ni sebagai medium untuk orang lain berfikir jugak tentang isu ni.. bukan fikir untuk golongan yang menanti zuriat ni jer.. tapi fikir tentang orang lain yang x suka soalan2 peribadi dan panas di tanya tidak kena pada tempatnya.. 

Jangan jadikan isu "aku ada, ko x ada" ni sampai membuatkan orang lain menjauhkan diri daripada kita.. jadikan kelebihan kita sebagai sumber kekuatan dan bukannya sebagai alat melemahkan orang lain!!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~
Photobucket

Sakit Itu Ujian.. Sakit Itu Hadiah..

Apabila kita jatuh sakit, maka ianya adalah sebahagian daripada tanda-tanda bahawa Allah sayang pada kita.. kerana dengan kesakitan itu, kita akan sentiasa memohon kesembuhan daripada Allah..

Sakit itu adalah ujian daripada Allah.. redha dalam menghadapi ujian daripada Allah.. sabar dalam menempuhi ujian daripada Allah.. insyaAllah pasti ada penawar bagi setiap kesakitan..

Sakit itu adalah hadiah daripada Allah.. hadiah untuk kita mengambil lebih masa untuk berehat daripada segala kesibukan dunia.. hadiah untuk kita lebih banyak mendekatkan diri pada Yang Maha Esa..

Sakit itu mengajar kita untuk lebih menghargai waktu sihat.. mengajar kita untuk lebih bersyukur di atas segala nikmat yang Allah kurniakan semasa kita sihat.. insyaAllah pasti ada pengajaran indah di setiap kesakitan yang kita rasakan..


Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~


Photobucket

Wednesday, January 30, 2013

WordLess Wednesday - Insta Place Application

Musim orang tengah ber'instaplace'.. 


Orkid abah yang makin membesar dengan cemerlangnya.. abah beli daun pokok orkid sebatang jer then tanam sendiri.. baru beberapa bulan dah berbunga dengan lebatnya!!! kagum!! sebab kalau aku beli yang dah siap bunga pun belum tentu boleh hidup! hahaha..

Tuesday, January 29, 2013

Demam Berterusan - Suspek Demam Denggi

Tuan blog demam dah masuk hari ke 6.. tadi baru buat ujian darah.. suspek demam denggi! 

Esok kena datang ambik darah sekali lagi.. if ujian darah masih sama macam hari ni, potensi kena tahan wad adalah sangat tinggi.. oh tidak!!!!!!! tak sanggup tido hospital!

Hari ni kena banyakkan minum air 100plus.. kena banyakkan minum air masak jugak.. ramai jugak yang suruh minum sup ketam.. dalam masa sehari ni berharap agar semuanya dipermudahkan Allah.. semoga Allah berikan kesihatan yang baik untuk diri aku & keluarga aku..

Xsempat nak update panjang.. x ada mood.. plus x ada semangat.. badan sakit2.. tekak sakit.. selsema teruk.. lenguh2 badan.. temperature kejap ok, kejap x ok.. 

Dugaan dan ujian daripada Allah.. aku redha... semoga diberi kesihatan yang baik lepas ni.. insyaAllah..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~

Photobucket

Wednesday, January 23, 2013

Review Makan-Makan di Umai D'Lake Cafe Putrajaya

Kali ni nak review makan-makan di Umai D'Lake Cafe Putrajaya.. kedai makan yang sentiasa ramai pelanggan tak kira siang ataupun malam.. lokasi yang menarik.. harga yang berpatutan.. 




Menu: Bihun Kungfu & Cucur Udang
Lokasi: Umai D'Lake Cafe Putrajaya, Presint 2 Putrajaya

Komen: sedap..dari dulu rasanya tetap sama sedap.. cucur udang tu antara menu paling popular kat Umai tu.. cuma kena tahan tunggu lama sebab customer sentiasa ramai.. nak makan pun kena berdiri dulu sebab kerusi/meja x cukup untuk menampung jumlah pelanggan yang sentiasa ramai..


Review Adieyza : Umai D'Lake Cafe Putrajaya

Salam sayang untuk semua!!

With love, 
~aDieyZa~
Photobucket

WordLess Wednesday - Samsung Galaxy Note II


Mula-mula beli 1.. beli awal bulan hari tu.. since Note II tak ada warna pink, so beli warna putih.. tapi lepas beli, laju2 cari casing pink!! over budak sorang ni!!

 Lepas tu sedih pulak tengok bila ada orang tu asyik sebut pasal handphone kita..  jadinya, marilah kita berlaku adil dan saksama antara suami isteri.. menjelang beberapa hari sebelum birthday dia, kita beli 1 lagi Note II sebagai hadiah birthday dia yang ke 30.. 


Walaupun sebenarnya plan nak beli hadiah lain sebenarnya.. tapi xpelah.. kasi special sikit untuk birthday dia yg ke 30 tahun ni kan.. sajer beli grey untuk dia sebab x nak kasi sama dengan Pinky Note II kita.. hahahaha.. 
Syukur Alhamdulillah bila dia gembira.. Syukur Alhamdulillah di atas rezeki daripada Allah.. 

Nota cinta: terima kasih untuk semua yg wish birthday dan mendoakan yg terbaik untuk Encik Adiey.. hanya Allah yang mampu balas jasa baik korang semua..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~
Photobucket

WordLess Wednesday - Tip Poligami


Lokasi: Library Kementerian Kewangan

Motif buku ni ada kat library tempat keje saya?? oh tidak!! BAHAYA!!! 


Photobucket

Tuesday, January 22, 2013

Birthday Encik Adiey : Surprise, Hadiah, Pavlova!!

20 Januari 2013, genap Encik Adiey 30 tahun.. Syukur Alhamdulillah kerana di ketika tarikh bermakna tu, aku masih berada di sisi dia untuk menjaga dan menyayangi dia..

Sama macam pasangan lain, genap pukul 12malam terus nyanyi lagu Happy Birthday untuk dia.. walaupun suara x sedap, belasah jer lah! Masa tu memang kitaorang belum tido lagi sebab masing2 tengah layan drama kat tv.. lepas nyanyi, terus post e-card birthday kat FB.. buat e-card tu 10minit sebelum pukul 12 malam.. hihihi..


X kisah la orang kata e-card tu simple sangat ke apa.. janji aku buat dengan hati yang ikhlas & penuh kasih sayang.. *pergh, ayat nak sweet sokmo la kononnya kan??

Masa nak masuk tido tu, puaslah fikir nak bagi hadiah dia bila.. cadangnya nak bagi petang2 cikit.. tapi sebab aku mood over excited, so bagilah hadiah dia malam tu jugak..

Letak hadiah kat atas katil sebelum dia masuk bilik.. tak balut! tak ada kad! Giler pemalas punya isteri.. hahaha..nasib baik hadiah tu ada kotaknya.. kalau x ada kotak, letak kosong macam tu jer la kot..hehehe..


Note II.. a special birthday gift for his 30th birthday!

Encik Adiey nampak sangat teruja dengan hadiah tu.. rasa nak mengalir air mata bila berkali2 dia mengucup dahi aku sambil ucap terima kasih.. *sesungguhnya kerana sikap menghargai dialah yang membuatkan aku makin jatuh cinta dengan dia setiap hari!!!

Kenapa beli hadiah Note II? Later kita story la eh.. sebab macam panjang lagi jer entry ni.. nanti korang bosan pulak.. hehehe..

Bangun pagi tu agak sedih sebab birthday boy tu demam la pulak.. lepas solat Subuh, mandi & Encik Adiey request nak makan roti canai sardin.. selera orang demam hanyalah roti canai sardin..

Masa breakfast kat luar, Encik Adiey x perasan yang aku asyik berbalas sms dengan seseorang.. sms dengan seseorang untuk birthday surprise.. nasib masa tu dia x banyak tanya..

Balik rumah, x bagi Encik Adiey tukar baju.. dengan alasan nak ambik gambar dia dengan Note II tu.. padahal sebenarnya aku nak tunggu seseorang hantar surprise kat Encik Adiey.. orang tu dah otw nak datang rumah..


Sambil tunggu orang tu, aku buat2 suruh dia explore Note II tu sambil aku ambik gambar dia.. punyalah banyak aku ambik gambar dia masa tu! Sebab orang yg nak tolong surprisekan tu x sampai lagi..

Tetiba dengar orang bagi salam.. aku sajer suruh Encik Adiey gie bukak pintu.. aku ingatkan dia terus bukak, tapi dia gie tengok dulu kat teropong pintu!! Terus dia pandang aku yg kat belakang dia then bagitau, “baby order kek eh???”



Muka Encik Adiey masa tu ada terkejut & senyum x henti2.. serius rasa seronok tengok senyuman dia tu..


Pavlova for his 30th birthday!! Sangat2 sedap!! Entry pavlova ni kita buat entry lain eh.. macam panjang sangat kalau buat 1 entry.. hehehe..

Petang tu cadangnya nak pergi celebrate birthday dia.. tapi dia makin x sihat.. so just makan2 simple.. selera petang tu hanyalah chicken chop.. lepas makan terus balik rumah..

Nanti ada masa nak bawak jugaklah dia makan kat mana2 tempat yg dia suka sebab masa birthday dia tu memang dia demam yg agak panas just dia cuba untuk bertahan.. nasib baik esoknya masa gie klinik doctor bagi MC.. so dia boleh rest puas2 kat rumah sambil explore his new gadget.. hehehe..

Even tahun ni hanya dapat buat simple celebration, tapi still 2 surprise berjaya membuatkan dia tersenyum bahagia.. syukur di atas rasa bahagia ini Ya Allah..

Nota cinta: 
bermula kehidupan 3series buat dirinya.. tapi dia selalu kata dia maintain muda dan nampak macam sebaya dengan aku.. sangat perasan kan Encik Adiey tu!! ke memang korang rasa dia x nampak macam 30 tahun?? hihihihi..


Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~
Photobucket

Majlis Kahwin - Antara Adat dan Budaya

Sabtu lepas, aku & Encik Adiey attend wedding dekat Sungkai, Perak.. wedding officemate Encik Adiey.. gerak awal pagi seba pergi konvoi.. tau jerlah kalau konvoi x boleh nak bawak laju sangat kan.. takut ada yang terlepas pulak..

Gerak dari Putrajaya pukul 10 pagi.. sampai sana pukul 12 lebih.. tu pun ada berhenti kat beberapa R&R sebab nak tunggu member.. sampai kat khemah makan aku macam ada sedikit rasa janggal.. 

Mula2 tak tau nak ke arah mana sebab tak ada penyambut tetamu perempuan.. penyambut tetamu lelaki ada.. so yang lelaki ni semua meluru terus kat khemah.. yang perempuan dah macam blur2 cikit.. hehehe.. 

Tengok bawah khemah macam ada khemah khas untuk lelaki & perempuan.. tapi khemah perempuan dah penuh.. so nak tunggu ke or duduk jer kat khemah lelaki bertemankan suami/tunang/bf masing2?? konpius!!

But once yg lelaki bagi green light untuk perempuan duduk makan bawah khemah yg sama, so kitaorang rileks jer makan kat khemah yg semuanya ada tetamu lelaki.. tapi masa tu kiri kanan tetamu pandang pelik jer.. hahahaha..

Masa nak balik, x jumpa pulak tuan rumah perempuannya.. kat bahagian penyambut tetamu masih lagi hanya ada penyambut tetamu lelaki.. ah, sudahhhhh.. x kan nak balik macam tu jer kan?? nampak macam kurang sopan jer.. huhuhu..

Tapi dah puas jenguk sana sini x ada wakil perempuan pun so kitaorang pun terus jer balik.. tapi ada gak la rasa macam, "eh, ko pergi makan kenduri tapi tak jumpa tuan rumah??? x sopan langsung!!"

So, kalau ada yang bakal pengantin baca entry ni, nanti masa majlis kenduri kahwin kena make sure ada penyambut tetamu lelaki & perempuan yer.. kena pastikan jugak parents korang berada berhampiran dengan laluan tetamu masuk/keluar.. senang tetamu nak jumpa tuan rumah!

Anyway, lain tempat lain adatnya kan? tapi seronok gak la dapat makan kenduri kat situ.. 


Pergi kenduri x tido dalam kereta sebab kononnya nanti habis shawl berselirat kat muka.. tapi masa balik, baru gerak cikit tak sampai 15minit aku dah bantai tido.. hahahah.. nasib la Encik Adiey!

Ada sesiapa nak share pengalaman yg best/pelik/unik masa pergi kenduri kahwin? 

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~
Photobucket

Monday, January 21, 2013

RAHSIA : Ringkasnya Hidup Lelaki

Nak share tentang isu "Ringkasnya Hidup Lelaki" daripada Majalah SOLUSI Isu No.51.. menarik gak isu ni.. kita boleh tau tentang perangai kaum lelaki ni.. banyak gak kebenarannya.. 

Contoh betapa ringkasnya lelaki:

~ Lelaki menggunakan bilik air sama ada di rumah, pejabat atau pasar raya dengan satu tujuan dan sangat pantas
*kalau perempuan gie tandas bukan semata-mata sebab nak "melepaskan hajat" tapi pebih banyak yg ke tandas untuk toch-up muka.. hehehe


~ Lelaki memandu terus ke destinasi tanpa berhenti kerana tidak suka membazir waktu. Jika tersesat, lelaki sanggup meredah ke mana-mana walaupun jauh daripada berhenti bertanya arah, kerana ia satu kelemahan
*memang x kan dia tanya orang kalau x tau jalan.. rela dia pusing berpuluh kali nak cari jalan daripada berhenti kereta.. org perempuan rileks jer boleh pergi tanya.. nak malu buat apa kan?? huhuuhu 


~ Lelaki lebih suka menyangkut baju di penyangkut baju daripada melipatnya kerana ia lebih mudah untuk dicari daripada menyelak baju yang dilipat dalam keadaan tersusun
*memang susah nak biarkan dia mencari baju sendiri if dah siap lipat.. habis semua lipatan nak dikiraikannya semata-mata nak cari sehelai baju.. hehehe


~ Lelaki suka menguasai remote control tv kerana memudahkan untuk mereka menukar rancangan bila tiba masa iklan. Menonton iklan adalah pembaziran masa bagi lelaki
*aku ni agak pantang orang suka tukar2 siaran tv.. sebab aku jadi confius nak tengok semua cerita.. pening!! tapi tu lah yg selalu berlaku kalau remote di tangan suami.. hihihihi


~ Lelaki akan makan apa-apa sahaja yang ada di hadapan matanya. Dia akan menghabiskannya sebaik mungkin walaupun kadang-kadang makanan tersebut tidak menepati cita rasanya
*part ni memang x dapat dinafikan.. kalau kita hidang makanan apapun, mesti dia makan jer.. x banyak cakap pun.. kalau kita makanan x sedap, membebel tak sudah tapi makanan tu tetap gak habis.. motif bebel x sedap tapi makan sampai licin?? hahahaha


~ Lelaki suka kondisi meja kerjanya tidak terlalu kemas atau teratur. Lelaki sukar untuk melakukan kerja di atas meja yang kemas dan tersusun
*yang ni memang selalulah dikaitkan lelaki dengan kekemasan.. tapi aku x mengalami masalah ni sebab encik adiey tu jenis suka mengemas.. hehehe..


Nota cinta: korang ada nak share pasal isu ni? ayah/suami/anak lelaki korang pun selalu lakukan perkara macam contoh kat atas tu ke? meh share cikit.. sharing is caring!!

Salam sayang untuk semua!!!

With love,
~aDieyZa~

Photobucket

Melangkah 30 Tahun dan Demam

Orang yang baru melangkah ke umur 30 tahun demam la pulak.. agaknya badan nak dimanjakan lebih bila umur nak tukar dari angka 20-an ke angka 30-an..

Sabtu petang tu lagi Encik Adiey dah rasa macam nak demam.. tapi kitaorang just fikir maybe sebab dia penat drive dari Putrajaya ke Sungkai, Perak.. so bila badan letih, maybe rasa nak demam tu akan datang kan..

Pagi Ahad semalam, birthday boy tu betul-betul demam.. tapi dia bersemangat nak ajak aku breakfast kat luar.. katanya nak makan roti sardin.. wah, terbaik la kamu ni suami! orang mintak makan mahal2 tapi kamu mintak nak makan roti sardin jer.. hehehe.. comel la!!

Balik breakfast dah kurang demamnya.. maybe sebab dia dapat 1 kejutan (will update later) daripada aku kot time tu.. tu yang badan cergas cikit.. huhuhu.. sejam lepas tu demam balik.. 

Lepas Zuhur dia dah sihat cikit.. laju2 ajak dia keluar.. urusan beberapa perkara penting, beli barang, pos vitamin kat customer then cari tempat nak makan.. 

Tekak orang demam ni payah nak dijangka.. so untuk elak dariapda dia x makan bila aku bawak dia ke tempat makan pilihan aku, baik aku tanya dia siap2.. tekak orang demam tu nak layan chicken chop jer.. nampaknya celebrate birthday boy dengan hanya roti sardin & chicken chop.. nampak macam sedih jer bunyinya kan?? hihihi.. 

Tunggu dia sihat cikit la baru kita bawak dia makan kat tempat makan yang lebih best.. lagipun, birthday dia kan.. so better ikut selera dia.. kalau ikut selera aku, dah macam tu birthday aku pulak.. huhuhu..

Pagi ni Encik Adiey gie klinik.. seperti dijangka, demam dengan suhu badan yang tinggi.. terus doktor bagi MC & suruh rehat.. tapi kena datang balik hari Rabu sebab takut dia kena demam denggi ke kan.. 

So, nak up cerita birthday semalam pun aku belum ada mood lagi.. nanti2lah yer aku update.. tapi kalau yang follow kat instagram aku or add FB aku dah tau serba cikit tentang aktiviti semalam..

Sekarang ni fikiran aku kat rumah dah.. memikirkan apalah orang demam tu buat sorang2 kat rumah.. x tenang aku kat office ni!! cepatlah 4.30petang.. 

Doakan Encik Adiey cepat sembuh yer.. TQ semua..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~


Photobucket

Sunday, January 20, 2013

Happy Birthday Encik Adiey!!


Happy Birthday to u,
Happy Birthday to u,
Happy Birthday to u SAYANG,
Happy Birthday to u..

Selamat Hari Lahir Sayang..
Semoga Sayang sentiasa dimurahkan rezeki, diberkati usia & sentiasa berada di dalam lindungan serta rahmat-Nya hendaknya..

Semoga Allah mengurniakan kesihatan yg baik, kejayaan yg diidamkan & dipermudahkan segala urusan Sayang di dunia & di akhirat kelak.. 


Tahun ni genap 30 tahun umur Encik Adiey.. sikapnya semakin matang selari dengan usianya.. semakin matang dengan setiap keputusan yang diambilnya.. syukur Alhamdulillah kerana dikurniakan suami sepertinya.. 

Tiada apa yang lebih bermakna bila bangun dari tidur melihat dirinya berada di sebelah.. tidur beralaskan lengannya.. tidur bertemankan pelukan daripadanya.. perasaan yang terlalu bahagia untuk diungkapkan..

Tiada apa yang lebih gembira bila setiap masa mendengar suaranya.. mendengar gurau sendanya.. mendengar ceritanya.. suara yang cukup membuatkan hati ini tenang sentiasa.. 

Tiada apa yang lebih menenangkan bila setiap kali bersedih, dirinya sentiasa ada untuk memujuk hati yang luka.. sentiasa memberi semangat.. sentiasa memberi nasihat.. air mukanya yang tenang cukup membuatkan seluruh jiwa raga ini tenteram..

Ya Allah, berilah segala kebaikan, kejayaan, kebahagiaan, keberkatan, perlindungan dan rahmat daripada-Mu kepada suami ku Ya Allah.. hanya kepada-Mu aku meminta dan berserah... Amin Amin Amin Ya Rabbal Alamin..

Photobucket

Friday, January 18, 2013

Santai @ Putrajaya - Aktiviti Hujung Minggu Di Putrajaya

Ahad lepas aku & Encik Adiey sempat pergi Santai @ Putrajaya.. program ni baru start last week kalau tak silap sebab aku pun baru jer dapat SMS dari Perbandanan Putrajaya hari Jumaat lepas... so sementara benda baru ni, baiklah pergi kan.. nanti orang kampung tanya senang nak jawab.. hahaha..

Untuk info, Santai Putrajaya ni ada setiap minggu.. event hari Sabtu bermula pukul 8.30 malam dekat Presint 3.. yang ni ada konsert dan persembahan artis.. Sabtu tu kononnya nak pergi, tapi sebab ada gathering dengan member TTC (story will update later), so tak larat nak pergi.. balik dari gathering dah pukul 8 malam.. keluar dari pagi, malam baru balik rumah.. seronok!!

So jangan tanya aku malam tu ramai orang ke tak.. tapi dengar cerita tak ramai sebab ramai lagi yang tak tau pasal event ni.. maybe lepas masuk kat blog aku ni ramai la kot yang pergi.. hahahha.. gurau jer ok!! *ko budget macam ramai jer yang baca blog ko eh??


Event hari Ahad start pukul 4.30 petang sampai 7 malam dekat Presint 4 (berhadapan Jabatan Peguam Negara).. masa aku pergi tu, ada live performance daripada student LimKokWing.. lepas tu ada indi band mana ntah.. tak sure ada artis ke tak sebab aku sampai situ dah pukul 6 petang then lepak situ pun dalam setengah jam jer..

Tapi serius seronok kalau bawak kids datang kat situ.. sebab ada pool yang diaorang boleh berenang!! siap ada jualan jugak.. berderet layang-layang kat situ.. cantik & warna warni.. ada maskot cartoon Boboiboy lagi.. meriah! gerenti budak2 suka!! sebab aku yang dah besar ni pun suka, apatah lagi budak2 kan??


So, pada yang berada di sekitar Putrajaya, boleh la datang bersantai di hujung minggu dekat Putrajaya ni.. kalau ikut SMS Perbadana Putrajaya tu, setiap minggu ada event tu.. 


Tapi kalau korang datang x ada event tu, korang jangan salahkan aku pulak.. hihihi.. kalau x ada event tu, korang calling2 aku jer la.. kita jumpa.. mengeratkan hubungan gitu.. hihihi..

Cuba korang tengok gambar last ni.. mana 1 lagi boolat?? hahaha... 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~
Photobucket

Thursday, January 17, 2013

Spontaneous Thursday - Happier People!


Happier people are more successful, because they have more energy and work harder!


Kadang- kadang kita perlu untuk berusaha lebih kuat untuk memenuhi kehendak hidup kita.. kehendak yang pelbagai.. kehendak yang kadang-kadang memerlukan kita berkorban untuk mendapatkannya.. 

Tapi, setiap usaha kita pasti ada kejayaan di penghujungnya.. bila kita dapat mencapai kehendak dan segala apa yang kita hajatkan, pastinya kita akan lebih gembira..

Jadi, berusahalah.. bekerja keraslah.. kerana pasti ada kegembiran di sebalik segala yang kita telah lakukan..

 

Photobucket

Spontaneous Thursday - Positif!


Untuk berjaya, kita kena lebih positif.. banyak melakukan benda positif.. banyak mendengar kata-kata positif.. banyak bercakap tentang perkara positif..

Kadang-kadang kita dah cuba untuk menjadi positif.. cuba belajar untuk lebih bersikap positif dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup.. 

Tapi kadang-kadang muncul orang yang bersikap negatif menggangu gugat sikap positif kita.. apa kita patut buat pada orang negatif ni?? kita balas negatif tersebut dengan sesuatu yang positif.. jangan biarkan kita balas dengan sesuatu yang negatif jugak.. sebab kita kan nak berjaya.. jadi biarkan orang negatif tu terus khayal dan leka sedangkan kita tengah menempah tiket kejayaan.. 

Positif!! Positif!! Positif!!


Photobucket

Tuesday, January 15, 2013

Cerita Malam Isnin


Gambar x ada kena mengena dengan cerita pagi ni.. tu gambar kat instagram pagi tadi.. *motif gambar manik kat baju pun nak masuk instagram? huhuhu.. konon berseni la tu!!

Malam tadi start pukul 8 malam sampai 12 malam siapkan schedule post untuk page business Shaklee [Cinta Sihat].. lega sungguh rasanya! seminggu punya post dah siap dalam draft.. keje tu patut boleh buat sejam jer tapi sebab Encik Adiey banyak sangat ganggu, tu yang lambat siap.. *part gangguan ni bukan gangguan seksual ye.. eh?? hahahha 

Tambah pulak malam tadi aku layan final episode cerita Merlin.. lagilah lambat siap.. siap nangis2 tengok cerita Merlin.. meleleh-leleh air mata aku bila Arthur mati.. *dasar budak cembeng & emosi!

Semalam berangan nak siapkan post untuk entry2 kat blog.. tapi harapan jer lah kan.. selalu tau jadi macam tu.. aku perasan bulan ni macam kurang jer entry kat blog ni.. blogwalking pun x dapat nak buat lama2.. *sorry guys!

Malam tadi jugak lepas solat jemaah dengan Encik Adiey nangis2 kat bahu dia.. mintak maaf kat dia sebab masih belum mampu memberikan gelaran ayah pada dia.. masa dia kucup dahi aku, makin kuatlah aku menangis.. *mula2 x nak fikir & nangis lagi tapi semuanya gara2 seseorang yg telah membuat onar kat aku semalam! sanggup dia pertikaikan kebolehan aku & suami utk ada zuriat sendiri.. serius aku & Encik Adiey sentap!

Pagi ni mulakan hari baru dengan lebih bersemangat.. lupakan semua perkara dan perkataan negatif dari dalam diri.. buang jauh-jauh perasan marah dan dendam pada setiap orang.. kita yang menentukan kebahagiaan hidup kita sendiri!!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~ 
Photobucket

Monday, January 14, 2013

Minggu Penuh Bermakna


Selamat pagi semua!!

Semoga permulaan minggu ni membawa lebih banyak berita gembira untuk kita semua.. 

Minggu ni merupakan minggu yang teramat-amat aku tunggu.. hari Ahad nanti birthday Encik Adiey.. teruja nak sambut birthday dia sebab tahun ni dia dah masuk 3series..padahal x terfikir lagi soal hadiah, sambut kat mana, aktiviti apa.. semua masih belum ada keputusan.. *kadang2 macam sedih bila teringat suami dah masuk umur 30tahun tapi saya masih gagal menjadi ibu kepada anak beliau..sobsob...

Minggu ni jugak banyak perkara aku nak kena siapkan.. rasanya masa untuk "berehat" perlu dikurangkan.. kena tumpukan pada perkara yang dah mula menampakkan hasilnya.. 

Kena beri peluang untuk diri aku mencabar diri sendiri untuk lebih maju.. buat sesuatu dengan minat dan ditambah usaha yang cukup, pastinya membuahkan hasil yang lebih baik.. *berani mencabar diri untuk lebih berjaya merupakan antara salah 1 perkara yang nampak mudah tapi sukar dilaksanakan sebab ianya melibatkan diri kita sendiri..

Hari Isnin banyak benda nak kena siapkan.. so next entry hanya akan dipublish bila waktu betul-betul free.. take care guys!!

Salam sayang untuk semua!!

With love, 
~aDieyZa~


Photobucket

Thursday, January 10, 2013

Suara Ibu Membuatkan Kita Lebih Gembira??


Jom pakat-pakat kita rajin-rajinkan jari jemari kita telefon emak/mama/ibu/ummi/mummy or apa sahaja gelaran untuk wanita yang melahirkan kita..

Walaupun masa kecik-kecik dulu selalu kita rasa macam banyaknya mak kita membebel, tapi sebenarnya bebelan tu lah menjadikan kita lebih baik dari hari ke hari.. 

Suara mereka yang menyanyikan zikir dan nasyid indah sebelum kita tidur..

Suara mereka yang memberi semangat pada kita untuk terus menjadi insan sempurna..

Suara mereka yang memberi harapan setiap kali kita dilanda resah gelisah..

Suara mereka yang sentiasa memberikan nasihat yang baik agar kita menjadi insan yang lebih baik..

Hargai mereka selagi mereka ada.. jika mereka telah tiada, sedekahlah Al-Fatihah selalu untuk mereka.. kasih mereka hingga ke syurga..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~


Photobucket

Spontaneous Thursday - Kuasa Isteri & Wanita


Betapa besarnya kuasa seorang isteri dan wanita dalam menentukan apa yang terbaik untuk ahli keluarganya..

Betapa pentingnya kuasa seorang isteri dan wanita dalam memastikan kesihatan dan kesejahteraan ahli keluarganya..

Betapa kuatnya kuasa seorang isteri dan wanita dalam menyediakan yang sempurna untuk ahli keluarganya..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~


Photobucket

Wednesday, January 9, 2013

WordLess Wednesday - Instagram 'ADIEYZANA'

[adieyzana]

Jom cari & follow instagram kami.. *buat masa ni instagram kami.. tak lama lagi maybe instagram saya sahaja.. hihihihi...

Orang lain dah berzaman ada instagram, aku baru terhegeh nak ber'instagram'.. tak pelah, kita gunalah konsep "better late than never".. hihihi.. lagipun beli dengan hasil usaha gigih menyimpan ni macam lagi best jer.. :) 

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~

Photobucket

Tuesday, January 8, 2013

Pisang Kampung Halaman : Pelbagai Khasiat Pelbagai Manfaat


Buah tangan dari mak abah di kampung untuk anak menantu!! 

Setiap kali balik kampung or mak abah datang menjenguk ke Putrajaya, mesti ada bekalan pisang.. yummy2!! lagi sedap bila yang tanam tu mak abah sendiri.. lagilah sedappppp!! kitaorong suami isteri memang suka pisang.. 

Jom terjah khasiat pisang!!

Ketua Dietetik dan Pemakanan Khasiat, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad, berkata pemakanan pisang memberikan banyak khasiat kepada tubuh badan kerana secara keseluruhannya ia mengandungi tenaga, vitamin A, serat, vitamin C dan Kalsium.

Menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit!! 


Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~


Photobucket

Monday, January 7, 2013

Testing Post

Tuan blog tgh cuba belajar nak post entry guna new gadget...klau ada yg boleh baca post ni, maknanya berjayalah usaha tuan blog..hihihi..

Isnin Yang Sangat Melegakan Hidup Saya!!!

Hari Isnin yang ceria!!

Baru jer mulakan kerja di hari Isnin dah dapat berita yang bagi aku agak melegakan.. salah satu kerja tambahan yang aku kena buat setiap hari dah tak perlu nak buat lagi.. lega yang seolah-olah lepas 1 perkara yang menyesakkan jiwa dan raga aku..
Tau kenapa aku lega sangat?? sebab kerja tu masa cuti pun aku buat.. memang mengganggu waktu cuti aku.. walaupun sebenarnya aku boleh suruh orang lain tolong buat, tapi sebab aku tau benda ni agak leceh dan aku pulak x nak susahkan orang lain, so aku rela buat jugak walaupun tengah cuti.. tapi dengan syarat semua orang bagi kerjasama dekat aku..

Tapi, masalahnya x semua sudi bagi kerjasama yang baik.. aku suruh hantar pukul 8 pagi, pukul 10 pagi baru nak hantar.. padahal aku nak kena submit laporan tu cepat sebab aku nak keluar.. kata cuti kan.. mestilah banyak urusan nak buat.. kadang-kadang rasa sedih sebab diaorang seolah-olah x faham yang aku ni nak bercuti.. tapi ye lah.. diaorang ni semua pangkat pegawai so nak cakap lebih2 pun siapalah aku ni kan.. terima jer lah.. lagipun tu kerja diaorang.. aku ni hanya tolong kumpulkan maklumat then sediakan laporan lengkap hasil daripada maklumat tu jer setiap hari.. 

So, bila lepas ni diaorang semua kena buat sendiri guna sistem, haruslah aku rasa lega.. lega ok, bukan happy! *nanti ada pulak orang office yg baca blog ni ingatkan aku ni x suka buat kerja!! lega tu beza dengan happy tau!!.. 

Sebab bila tu dah memang kerja yang aku kena buat, so aku happy jer buat kerja tu.. cuma rasa sangat2 lega sebab dapat bayangkan betapa nikmatnya cuti aku tanpa diganggu.. hampir 2 tahun aku diganggu time cuti.. akhirnya, lepas jugak satu perkara yang menyesakkan kepala otak aku ni setiap kali nak bercuti..

Terus aku x rasa macam hari ni hari Isnin.. happy mengalahkan hari Jumaat tau!!  terus bersemangat nak buat semua kerja.. serius, aku betul2 LEGA untuk plan cuti aku tahun ni!!!
Photobucket

Friday, January 4, 2013

Allah Tidak Pernah Jemu Mengampunkan Dosa Hamba-Nya

Semoga kita semua berusaha untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik dari hari ke hari.. InsyaAllah..

Salam sayang untuk semua!

With love,
~aDieyZa~
Photobucket