Tuesday, January 24, 2012

aDiey aDieyZa BirthDay GA


 STICKY POST UNTIL 24 JANUARY 2012.. 
 (plz scroll down for new entry.. tq!)


Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk menganjurkan GiveAway (GA) bersempena dengan birthday Encik Adiey yang bakal tiba pada 20 Januari 2012 nanti.. tahun lepas pun buat GA masa nak sambut birthday dia, so rasanya tahun ni macam nak buat jugak la.. just simple GA, sebab masa pun dah macam terhad sangat kan.. so harapnya adalah yang sudi join GA ni yer..

Syarat-syarat untuk join GA ni adalah seperti berikut:

1- pilih 1 entry di bawah label Lovely Husband seperti yang dinyatakan di link bawah ni.. pilih 1 entry yang korang rasa paling suka & berkesan dihati/mata korang.. x kisah la sebab entry tu sedih ke, kelakar ke, cerita menarik ke, gambar menarik ke, menyentuh hati ke atau apa2 sahajalah.. kiranya entry yang paling korang like la.. kalau xde yang korang like pun, korang buat2 like jer la.. hihihihi.. dan bagitau kenapa korang like entry tu k.. jawapan kenapa korang like entry tu x perlu panjang2 sangat.. simple2 jer pun ok.. 

Link entry yang boleh dipilih adalah under label Lovely Husband.. sajer pilih label ni sebab dah nama pun GA sempenan birthday encik adiey, so aku ambik label yang berkaitan dengan dia jer la.. hihihi..

2- jangan lupa bagitau link blog korang kat kotak komen entry ni yer.. untuk GA ni, korang cuma perlu tinggalkan jawapan & link blog korang tu dekat kotak komen entry ni sahaja.. kalau ada yang suka buat entry khas, sila pastikan jawapan untuk syarat pertama tu diletakkan di kotak komen ni jugak..  

Meh aku bagi contoh untuk bagi korang lebih faham untuk join GA ni k,

"saya pilih entry yang bertajuk WordLess Wednesday- Hero Pak Su.. saya suka entry ni sebab dari situ menggambarkan tentang ciri2 pak cik yang disayangi oleh anak2 buahnya.. daripada gambar tu nampak juga impian seorang lelaki yang berharap agar dapat berjalan seiringin dengan zuriatnya sendiri.."

So kalau korang dah bagi tajuk entry & sebab kenapa korang suka entry tu. lagi mudah untuk aku & encik adiey refer balik entry yang korang minat tu.. hope contoh penjelasan ni memudahkan korang la yer..

Hadiah untuk GA ni adalah HEADER!!!! Pemenang GA akan dapat header baru yang istimewa mengikut citarasa & design yang dikehendaki..  design header nanti aku akan mintak bantuan daripada blogger kreatif yang ada buat service untuk design header iaitu, Nurul aka NurulChumel.. 

Maybe ada yang perasan aku pernah bagi hadiah header masa aku buat GA sempena 1 dekad perkenalan aku & encik adiey tahun lepas.. kali ni pun hadiah header lagi.. ada sebab kenapa aku suka hadiahkan header untuk pemenang.. 

Sebab pertama, aku nak pemenang tu akan lebih bersemangat nak berblogging dengan adanya header baru kat blog dia.. sebab kedua, aku nak sokong rakan blogger yang buat service editing blog & header yang kreatif.. sebab terakhir ni macam jahat cikit la.. aku nak pemenang tu ingat kat blog aDieyZa ni setiap kali dia tengok header tu.. hihihihi..

Pemenang akan ditentukan sendiri oleh encik adiey.. dah kata GA ni sempenan birthday dia kan, so biarlah dia yang menentukan siapa pemenang untuk GA ni.. pemilihan berdasarkan jawapan yang paling menarik.. menarik bagi encik adiey tu aku x boleh nak tafsir macam mana.. hihihi.. mungkin jawapan yang kelakar, mungkin jawapan yang syahdu atau mungkin jawapan yang biasa but terkesan di hatinya.. 

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 Januari 2012.. keputusan pemenang pula akan diumumkan sebelum 1 Februari 2012..

 Nota cinta: selamat men'join'kan diri untuk GA ni!








Photobucket

17 comments:

  1. salam. saya join ye

    http://24-7nay.blogspot.com/2012/01/adiey-adieyza-birthday-giveaway.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear, tq sebab sudi join.. sila make sure jawapan tu di copy ke kotak komen ni jugak k..

      anyway, gud luck!

      Delete
  2. lupa nak komen pulak. thanks kerana ingatkan.

    kenapa entry Lovely Husband (http://adieyza.blogspot.com/2011/02/pengalaman-pjj.html)ni menjadi pilihan saya??


    PJJ = perhubungan jarak jauh. Bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga, perasaan bila berjauhan amat memeritkan. tapi sekarang ni ada ramai yang terpaksa melalui saat-saat PJJ ni atas pelbagai sebab. yang paling banyak adalah atas tuntutan kerja. tanggungjawab masih perlu dilaksanakan dan pasangan mesti kreatif dalam memastikan hubungan sentiasa mekar dan hangat. dan bagi yang tak biasa berenggang dengan suami, 3 hari pun macam 3 tahun.. dan dilanda seribu satu keresahan. betul kan zana? :)

    ReplyDelete
  3. salam zana.TAHNIAH atas pelancaran GA ke 2.Bestnya klu sapa2 menang,leh dpt header mcm k.atie.
    Dah ada header yg cantik...sbb menang kat GA zana yg lepas.

    ReplyDelete
  4. salam dear...
    Umaira follow blog kamu..
    sama2 la kita memberi sokongan atr satu sama TTCians yg lain..
    Krn kita punya 1 matlamat yg sama iaitu utk mendptkan zuriat
    Semoga doa dan usaha kita diperkenan olehNYA
    Ape2 pun semua adalah Dengan Izin Allah

    ReplyDelete
  5. fadh join hakakkkk punya GA !

    entry pilihan ialah : D'Aura Spa Sri Kembangan

    Fadh suka entry ini sbb cara akak dan husband mengisi dan meluangkan masa bersama tu digunakan sebaik2nya dengan aktiviti spa seperti ini . Selain boleh merehatkan minda dan "fresh" kan badan bersama pasangan, aktiviti ini juga boleh menyemarakkan, mengintimkan hubungan suami isteri itu jugak . Bile sesekali tgok husband n wife spent time mase dorg dengan mandi kt dalam bath dgn alunan muzik yg menenagkan mcm tu, mst rase mcm honeymoon . romantik gilerrrr ok ! ekcelli bile tgok akak ngan husband, mmg rase xsabar nk kawen cepat tau ! hehehe..nk treat hubungan suami isteri mcm hubungan akak n husband akak . nampak sgt loving n romantis ;)

    ReplyDelete
  6. join..

    http://hairulizacontestga.blogspot.com/2012/01/adiey-adieyza-birthday-giveaway.html

    entry pilihan ialah:lovely husband (PJJ)
    Bagi pasangan yang mendirikan rumahtangga.Saat-saat yang memeritkan adalah berjauhan dengan suami. Apalagi di sebabkan tanggungjawab kerja yang tak dapat di hindarkan.Oleh itu kita sebagai isteri @ suami di landa perasaan risau dan bimbang....,Nasib baik ada internet dan handphone boleh jugak berhubung dan bertanya khabarkan....bercakap dalam telefon lagi romantik....

    ReplyDelete
  7. wahhh bagus la buat GA . besday mama bena pun dalam bulan january . heeee~

    ReplyDelete
  8. Salam zana,k.atie join lagi!

    http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2012/01/adiey-adieyza-birthday-ga.html

    N3 yg k.atie suka ialah:"Terima kasih pak su"
    Trserlah sifat2 seorang bapa kepada HB zana yg rajin melayan keletah & perangai anakbuahnya.Walaupon wajah paksu serius jer..namun hatinya sgt baik & pandai melayan anakbuah yg ramai tu.
    Dgn sifat2 baik tersebut,tidak hairan la kelak, HB zana bakal menjadi seorg bapa yg penyayang kpd zuriat2 sendiri nanti.InsyaAllah
    Bukan mudah budak2 suka dgn seseorg yg baru mereka kenali,namun HB zana dpt menagani anakbuah zana dgn keprihatinnya,layanannya & kasih sayangnya.

    Kpd Endik Adiey..HAPPY BIRTHDAY,Semoga pjg usia,murah rezeki,berjaya dlm kerjaya & menjadi suami yg trbaik tuk wife yg manissss tu.Aminnnn

    ReplyDelete
  9. saya join!

    http://fatinlovecontest.blogspot.com/2012/01/adiey-adieyza-birthday-ga.html

    id :noor fatin

    entry pilihan : my deal-ampang super bowl
    sebab.. aktiviti main bowling ni sihat dan dapat mengeratkan silaturrahim. saya pun tak pandai main sebenarnya. dapat pulak buah hati yang suka mainnn. hehehe sdikit sebanyak buat saya rasa nak main lagi! dan mydeal tuu.. rajinnya join! ;D tak sangka dapat murah macam tu. boleh la saya try beli nanti untuk yang tersayang! hehhe ;D

    ReplyDelete
  10. wah. menarik.

    Nanti Nita Free Nita join ya,

    :)

    ReplyDelete
  11. I'm join!

    http://dr-ira.blogspot.com/2012/01/ga-contest-sempena-birthday-suami.html

    So, ummi memilih entry yang bertajuk "Encik suami & Baby". Saya suka entry ni sebab tersentuh dengan pasangan ini untuk mendapat seorang zuriat. Saya faham perasaan dan situasi mereka, kerana saya pernah berada di tempat mereka suatu masa dulu. Baby yang mereka pegang dalam gambar ni adalah anak saya, saya faham perasaan mereka apabila melihat dan memegang baby orang lain tatkala kita mendambakan kehadiran si kecil. Saya berdoa, moga suatu waktu yang telah ditetapkan nanti, pasangan ini akan memegang bayi sendiri, yang merupakan bukti cinta sejati antara anda suami isteri. Allah sentiasa bersama kamu, kamu diuji kerana kamu insan terpilih.Sentiasalah berdoa dengan ayat terakhir surah al-Baqarah [285-286]. Percayalah, setiap ketetapan dari Allah pasti ada hikmah kerana Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia. Moga Allah akan makbulkan doa kamu untuk mempunyai cahaya mata ~ ibnu Hadi / bintu Hadi..

    ReplyDelete
  12. Harus akak join sbg tanda memberikan sokongan kepada adik ter cayang neh.

    Akak pilih entry ini
    http://adieyza.blogspot.com/2012/01/pertemuan-geng-ttc-corner-di-ambang.html
    Sbb apa?
    Sbb ada akak dlm tu. Haha. *Oke tak klaka*.
    Sbbnya entry ni menunjukkan asben Zana ni sporting. Eh. Akak bkn sekadar baca dlm entry tu je, akak dpt tgk secara live lagi kan. Rilek je dia melayan kerenah isterinya yg nak bergambo memacam.
    Dan disitu lah keikhlasan sebenar seorang suami.
    Tambah lagi time tu Adiey blanja minum.
    Kalo tau Adiey nak blanja, baik order megi goreng ka. Haha.
    Buat Adiey, hepi beday 2 u.
    Nati bleh blanja Tuti Fruiti lak yer. Hiksss.. melampau lak ha Kekda ni :D

    Oke tu je lah. Nak url blog akak ker??
    http://pnstoberi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. Eyza pun nak join gak..

    Eyza pilih entry http://adieyza.blogspot.com/2011/12/daura-spa-seri-kembangan-couple-spa.html

    Eyza pilih entry ni sebab eyza rasa zana & adiey adalah pasangan yang secocok dan romantik.. Kamu berdua sudi meluangkan masa sama-sama melakukan aktiviti yang dapat mengeratkan lagi kasih sayang kamu berdua.. En. Adiey pun sporting... tu tandanya cinta dan sayang En. Adiey khas untuk Zana seorang jer....Jeles jugak eyza sebab hubby eyza langsung x nak kalau di ajak buat benda2 cam tu... Malu katanya... tapi, takpe la.. Teruskan semangat percintaan dan aksi2 romantik dalam rumahtangga.. Semoga berbahagia selalu..

    Pesanan untuk En. Adiey... Hepi Besday... dan kalau bole pilihlah eyza sebagai pemenang... hi..hi.. jangan marah...

    Blog eyza... http://eyzamiel.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. Tweeettt .... Eida join . . Sib baik sempat! hihi =)

    Entry yang ida paling suka ialah entry: http://adieyza.blogspot.com/2011/08/first-wedding-anniversary-adieyza.html


    Kenapa ida suka entry ni? Sebabnya uols look so cute together ! Tangkap gambar main polok polok *peluk peluk* , main suap suap kek which is sangat romantik hokay !!~ Even uols celebrate this moment simple dengan makan PHD kat rumah je *hehe* tapi ida dapat rasakan saat saat tu lah yang paling manis sebenarnya kan? kan?! Sila ngaku ! Kalau g jauh jauh pun, penat berjalan nak buat apaa..... baik duduk rumah, layan romantis bersama en.adiey best kan? kan? Kesimpulannya, ida memang suka tengok pasangan HALAL yang romantis macam uols , like we all jugakk *eh! terperasan lak!* HAHA


    Link url ida : http://msieda.blogspot.com/2012/01/adiey-adieyza-birhtday-ga.html

    ReplyDelete
  15. Zana, entry yg sy suka:

    http://adieyza.blogspot.com/2012/01/pertemuan-geng-ttc-corner-di-ambang.html

    Kenapa entry ni menjadi pilihan hatiku?

    1. Teringat masa kita suma makan kt steamboat tu, Encik Adiey duduk sebelah my husband. Kita kn para isteri sibuk amek makanan kt kaunter. Bila smp balik kt meja, I tgk dorg berdua rancak bersembang. Honestly, I kagum dgn ketekunan Encik Adiey mendengar apa yg suami I bebelkan. I tau, kenkadang apa yg my husband ckp tu x berbutir, I sndr kalu dh xdgr tu pura2 angguk je la. Tp Encik Adiey sungguh2 melayan mr hubby. Muka dia x boring n x terpaksa pn, penuh keikhlasan. Masa tu, terserlah sifat penyabar beliau. Dan sifat yg sgt2 diperlukan dlm seorang sahabat-pendengar yg baik. Kagum!

    2. Masa kita melepak kt tengah2 jalan Putrajaya, the girls sibuk bergambar je. My husband terkial2 nk cr setting yg sesuai utk our camera. Encik Adiey trus rapat dgn mr hubby, tolong tgk2 apa yg beliau blh bantu. I pn pegi tgk la apa yg blh dibuat. Puan Zana pulak pegi kt Encik Adiey, trus peluk beliau. Encik Adiey x tolak pn. Sambil tolong my husband, sambil peluk isterinya yg tercinta. Otw to the cars pn mereka berjalan pegang tangan. So sweeeeetttt... I tersenyum tgk mereka berdua. Sngguh romantik ;) Kt situ, I nmpak Encik Adiey seorang suami yg sgt penyayang, n sedaya upaya cuba menolong kawan2. I like!

    link to this GA kt my blog:
    http://idreamoflittlebunnies.blogspot.com/2012/01/adiey-adieyza-birthday-ga.html

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..