Thursday, July 24, 2014

Baju Raya Sedondon Suami Isteri

Hari ni nak cerita kisah baju raya sedondon kami suami isteri sepanjang 4 kali berhari raya bersama.. baju sedondon suami isteri rasanya memang dah jadi trend daripada dulu lagi.. barulah nampak meriah & cantik di hari raya nanti kan.. macam aku dan Encik Adiey sedangkan tak raya pun suka kalau sedondon, raya apatah lagi kan.. 

baju raya sedondon suami isteri

Macam family aku, memang selalunya akan sedondon suami isteri.. nak bagi beza la kononnya mana 1 family along, angah, uda, ateh dan acu.. ha, lagi2 anak2 buah tu ha.. 16 orang nak ingat anak akk yang mana.. dah la kebanyakan nama dan umur lebih kurang sama.. acu korang ni pun boleh jadi confuse nak hafal nama dan umur korang tau!

baju raya sedondon suami isteri

First raya sebagai suami isteri memang agak tak sedondon.. hari raya aidilfitri 2010, aku pakai baju warna putih bunga biru turquoise then Encik Adiey pakai baju melayu warna biru turquoise.. agak jauh beza gak la.. tapi nasib baik tudung biru turquoise tu dapat cover perbezaan ketara tu.. masa beli baju rasa macam ok jer.. sekali tak ok rupanya.. hahaha.. *apasal gambar ni nampak aku kurus? hahhaa.. oh, nak kurussssssss...

Gambar masa hari raya aidiladha 2010 puas dah aku cari.. tapi tak jumpa.. aku pun tetiba lost warna apa baju yang kitaorang pakai masa hari raya aidiladha tahun 2010 tu.. nak kena ingat dan cari balik gambar tu.. kalau tak ada, sedihnyaaa.. tak ada kenangan pulak kan..

baju raya sedondon suami isteri

Raya aidilfitri tahun 2011 dah mula ambik pengajaran daripada raya 2010.. mesti cari baju kosong yang warna sama dengan baju melayu Encik Adiey.. sebab kalau baju bercorak, mesti nanti banyak tak sama.. so, pilihan tahun 2011 adalah purple.. nasib baik sedondon walaupun beli baju tu tak bawak kain contoh baju melayu Encik Adiey.. hehehe..

baju raya sedondon suami isteri

Raya aidiladha tahun 2011, guna tema warna silver.. Encik Adiey pakai semula baju melayu masa akad nikah.. handsome! hehehe.. masa ni cari warna silver plain agak payah, so hentam la pakai yang bercorak tapi based colour silver..

baju raya sedondon suami isteri

Raya aidilfitri tahun 2012, pilihan warna Encik Adiey.. warna yang tak pernah terbayang kat mata aku.. hahah.. warna hitam! tapi bila dah siap, hasilnya sangat meletop di mata aku.. hehehe.. beli dekat Gulatis time sale, balik rasa nak nangis sebab tak sangka akan beraya dengan warna hitam.. over time tu.. tapi bila dah pakai, eh cantik pulak kan.. perasan!

baju raya sedondon suami isteri

Raya aidiladha tahun 2012, Encik Adiey pakai balik baju raya biru turquoise masa 2010.. aku beli baju kurung plain sebagai ganti tahun 2010 tak dapat pakai sedondon warna biru turquoise tu.. hehehe.. matching! puas hati! 

baju raya sedondon suami isteri

Hari raya aidilfitri tahun lepas, aku pilih warna pink! tak kiralah orang nak kata Encik Adiey jambu ke apa.. janji nak pink! balas dendam sebab tahun sebelumnya Encik Adiey pilih warna yang bukan kesukaan aku.. hehee.. tapi, nasib baik Encik Adiey memang jenis tak kisah nak pakai warna apa.. 

baju raya sedondon suami isteri

Raya aidiladha tahun lepas pilih warna oren pulak.. baju melayu oren Encik Adiey tu baju masa dia bujang dulu.. since memang badan dia gitu jer drpd bujang, muatlah dia pakai.. so jimat kat situ.. tinggal beli baju kurung oren aku jer.. 

Tahun ni warna adalah rahsia.. hehehe.. beli pun sebab dah blur nak warna apa.. kejap nak warna tu, kejap nak warna ni.. kat rumah plan warna lain, sampai kedai nak warna lain tapi beli warna lain.. memang dilema yang mengada sangat!

Nanti dah lepas raya kita letak gambar baju raya tahun 2014 kat sini yer.. hope mood nak menulis blog tetap ada even tengah bergembira di hari raya.. 

Entry ucapan raya kita up esok la eh.. sebab esok kita keje lagi tau! jeles dekat siapa yang dah bercuti tu.. hehehe.. :)
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

8 comments:

  1. cerita sedih tahun nie,tak dapat nak pakai sedondon..huuhu

    ReplyDelete
  2. comel2 dan romantik gituuu....

    Salam Aidilfitri dari lieyalatif & co.

    Pohon maaf zahir dan batin….

    Moga syawal dirai meriah dan diberkati….

    ReplyDelete
  3. You both look so sweet...
    Bahagia hingga syurga. InshaAllah :)

    ReplyDelete
  4. Sedondon lah best. Baru raya namanya.

    Selamat Hari Raya Zana. Happy2 selalu ya.

    ReplyDelete
  5. sama cantik sama padan. semoga kekal bahagia selamanya. salam aidilfitri utk adieyza sekeluarga :)

    http://blurplediary.blogspot.dk/2014/07/in-out-salam-perantauan-2014-drp-kami.html

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum zana. comel bila sedondon ni. sheila raya pertama je sedondon. raya tahun kedua, lari tema. ahhaha alhamdullilah, raya tahun ketiga dapat raya bertiga. cuba cari sedondon bertiga. hehe pasni nak sedondon selalulah.. baru nak cute semacam je kann zana ~~~

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ