Wednesday, July 23, 2014

Happy 4th Anniversary Adieyza!

Happy 4th Anniversary Adieyza.. Syukur Alhamdulillah.. hari ini, 23/7/2014 genap 4 tahun kami berdua bergelar suami isteri yang sah.. semoga Allah sentiasa melimpahkan kebahagiaan, rahmat serta keberkatan dalam perkahwinan kami..




Tarikh bermakna untuk kami berdua.. hari di mana kami sah menjadi suami isteri.. hari di mana abah menikahkan aku dan menyerahkannya kepada seorang lelaki yang diharapkan menjadi pelindung kepada anaknya..hari di mana aku perlu taat kepada seorang lelaki yang menjadi imamku..  hari di mana Encik Adiey mula memikul segala tanggungjawab ke atas diriku.. hari di mana segala dosa serta pahala yang aku lakukan dipertanggungjawabkan kepada seorang lelaki yang bergelar suami.. Ya Allah, betapa besar makna perkahwinan ini.. 


Ya Allah.. panjangkanlah jodoh kami ini hingga ke syurga-Mu.. kami memohon agar perkahwinan ini dipelihara serta dilindungi-Mu selalu.. kukuhkan cinta kami berlandaskan ajaran agama-Mu.. teguhkan kasih sayang kami kepada-Mu agar kami dapat menunaikan tanggungjawab kami sebagai suami isteri yang baik..

Ya Allah, terima kasih untuk jodoh ini.. terima kasih untuk segala yang kami suami isteri nikmati selama kami bergelar suami isteri.. maafkan kami jika ada rintihan dan keluhan yang keluar daripada mulut serta hati kami sepanjang perkahwinan ini.. kuatkanlah hati kami dalam menerima segala rezeki serta ujian daripada-Mu.. peliharalah jodoh ini sehingga ke syurga-Mu..

AMIN YA RABBAL ALAMIN...
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

6 comments:

  1. HAPPY ANNIVERSARY ZANA.. MOGA KEKAL HINGGA KE SYURGA....

    ReplyDelete
  2. Smg dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat...amin...

    ReplyDelete
  3. hepi anivesary again!
    hepi hari raya...
    saya minta maaf ek zana, kalo ade ape2 yg buat zana kecik hati..
    maaf byk2.. jumpe lagi... InshaAllah...

    ReplyDelete
  4. eppy 4th anniversary zana n husband.. semoga saban hari semakin sayang menyayangi, semkain kuat rasa cinta tu.. amin...

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ