Friday, July 25, 2014

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua yang mengenali diri kami suami isteri serta keluarga.. rasa tak lengkap kalau tak buat ucapan untuk menyambut kehadiran Syawal yang bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi.. ucapan tulus ikhlas daripada kami suami isteri untuk anda semua.. 


Kian berlabuh tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal kian dinanti,
Seikhlas hati memohon kemaafan,
Moga kesalahan dapat dimaafi.

Dikesempatan ini, saya dan suami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakan blogger,  pengunjung, followers & silent readers blog adieyza.blogspot.. Salam Aidilfitri juga istimewa buat semua yang mengenali kami suami isteri sama ada pernah bersua muka atau belum pernah berjumpa.. 

Kami dengan rendah diri, ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan, kekurangan dan kekasaran yang telah kami suami isteri lakukan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.. ampun dan maaf sekiranya ada tutur kata dan kelakuan yang menyakitkan hati dan menyinggung perasaan sesiapa sahaja..

Kami suami isteri mendoakan agar Syawal kali ini membawa lebih banyak keberkatan, kegembiraan dan kenangan indah buat kita semua.. semoga sinar kebahagiaan akan sentiasa mengiringi kita semua sepanjang Syawal tahun ini..

Dalam kita gembira menanti Syawal yang akan tiba, jangan dilupa pada mereka yang lebih memerlukan, berbelanjalah mengikut keperluan.. jangan juga kita lupa pada mereka yang telah tiada, perbanyakkanlah doa buat mereka..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

IKHLAS DARIPADA:
ABDUL HADI, NORSAHZANA & KELUARGA


Photobucket

2 comments:

  1. Selamat Hari Raya Zana.
    Kosong-kosong ye.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum zana.. selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..