Percutian di Bukit Bendera, Pulau Pinang
Percutian kat Pulau Pinang tak kan lengkap sekiranya tak menjejak kaki di Bukit Bendera, Pulau Pinang.. kawasan pelancongan yang sangat terkenal di Pulau Pinang.. seronok sangat dapat naik train ke puncak Bukit Bendera, Pulau Pinang tu.. rasa tak puas pulak naik train tu.. kalau tak ramai orang nak jugak naik lagi sekali.. hihihi..
Dalam perjalanan nak ke Bukit Bendera ni, memang sepenuhya bergantung kepada google maps.. so, kalau siapa yang risau sesat tu pastikan korang guna jer kemudahan yanga da dalam smartphone korang tu.. taip jer Bukit Bendera terus sampai! kalau sesat pun setakat pusing roundbout 1 pusingan jer.. hahahaha..
Sampai Bukit Bendera pukul 10.30 pagi.. tak ramai orang lagi.. beratur nak beli tiket pun tak sampai 5 minit dah settle.. so, kalau sesiapa yang nak ke Bukit Bendera ni pastikan korang datang awal sebab kalau dah nak tengahari tu memang agak ramai la..
Beratur kat kaunter tiket tak lama.. tapi beratur nak naik train agak lama.. dekat 15 minit rasanya.. nasib baik ada kerusi time menunggu tu.. bagi mak & abah duduk, aku & encik Adiey beratur.. train dh nak sampai baru panggil mak & abah.. tu pun ramai orang time tu.. mak jer dapat duduk.. aku, encik Adiey & abah berdiri.. tapi syoklah berdiri.. terasa lagi mengujakan! hehehe..
Nak ke puncak Bukit Bendera tu laju yer.. abah kata yang lama dulu slowwwww.. hehehe.. ni train baru memang la laju.. sampai kat puncak Bukit Bendera, angin sepoi2 bahasa.. bestnyaaaa... pemandangan daripada puncak Bukit Bendera cantik!
Wajiblah ambik gambar kat sini kan.. sebab ramai orang, tak kuasa nak setting2 kamera.. guna kamera handphone janji ada nampak cikit tulisan Bukit Bendera.. baru nak posing, orang lalu.. baru nak senyum, ada yang lalu.. baru nak snap, ada yang lalu.. begitulah keadaan kalau datang tempat pelancongan time hujung minggu.. hehehe..
Boleh masuk duit RM1 then dapat tengok pemandangan kat bawah guna teropong yang disediakan.. masa kitaorang datang ni cuaca sangatlah baik.. redup, berangin & cuaca cerah.. so memang boleh nampak pemandangan yang cantik dari atas puncak Bukit Bendera ni..
Nasib baik mak abah memang jenis suka bergambar.. so, memang banyaklah gambar masa bercuti dengan diaorang.. abah pulak jenis melayan jer karenah manja anak bongsu dia ni.. abah suka perli kata aku dah ada laki pun nak cium2 & manja dengan abah.. hehehe.. biarlah, abah kita kot!
Dekat atas puncak Bukit Bendera tu, ada jugak Owl Museum.. tapi kitaorang tak masuk pun.. sebab baca review kat blog macam tak ada apa sangat.. hehehe.. jalan2 kat situ, bergambar sambil makan jagung bakar panas.. ohsem!!!
Ada jugak disediakan perkhidmatan tram untuk yang nak mengelilingi Bukit Bendera tu.. so kalau ada yang malas nak jalan, boleh la naik jer tram tu.. kitaorang jalan malas, naik tram malas.. hahaha... kitaorang jalan2 bergambar sambil makan jer..
Masa balik, kitaorang dapat duduk yang dekat depan.. lagi besttttttt.. serius besttt.. kalau korang nak turun dari Bukit Bendera tu, cubalah duduk bahagian depan.. memang mengujakan ok! lajuuuuuuuuuuu & besttttttttt..
So, siapa yang bercuti ke Pulau Pinang pastikan korang dapat selit satu waktu untuk ke Bukit Bendera ni tau.. sebab Bukit Bendera ni kira macam mercu tanda Pulau Pinang jugak selain daripada Jambatan Pulau Pinang, feri, nasi kandar & jeruk.. hehehe..
happy family
ReplyDeleteInsya'Allah raya ke dua nieyl ke penang..
ReplyDeletenak bercuti di sana samping2 beraya umah adik ipar kat kepala batas..:)
Assalamualaikum zana, bestnya bercuti dengan yang tersayangggg. sheila tak pernah mai sini lagi hehehhe
ReplyDeletehuhu..romantik mak dgn ayah tu...
ReplyDeleteTertiba teringat... dah terlupa pasal pergi sini tempoh hari.. x update dekat blog
ReplyDelete