Tuesday, January 11, 2011

TaRiKH CanTiK UnTuK KaHWiN & BerSaLiN


11.1.11

Tarikh yg cantik!!!

Ada jugak yg kata, "tarikh jer pun, xde makna sangat"

Ada jugak yg kata, "tarikh tu bawak makna yg sangat besarrrrrrrrr"

Contohnya, ramai B2B yg plan nak kahwin pada tarikh yg cantik.. senang nak ingat bila tarikh cantik ni kan..


Aku dulu pun berangan nak kahwin tarikh cantik.. tapi x kesampaian pon.. dah kata berangan kan..

Tarikh cantik yg aku nak tu pun lum sampai lagi.. hihihi.. nampak sangat x sabar nak kahwin sampai terpaksa lupakan tarikh cantik yg diidamkan tu kan?? tapi aku guna tarikh cantik tu untuk jadikan nilai duit hantaran lak.. nak jugak kan..

Kadang2 tarikh tu x cantik pun tapi tarikh tu memang semua orang ingat.. tu pun kira bagi makna yg lebih kan..

Contohnya, kalau ibu2 mengandung yg akn bersalin dalam bulan 8.. mesti kita akan kata "bestnya kalau baby lahir hari merdeka, 31/8 kan.. ank merdeka la kiranya.. nanti dapat hadiah mcm2 dari hospital"..

Nampak kat situ yg tarikh tu bukannya hanya sekadar tarikh.. tp bawak macam2 makna kan..

Macam setiap tahun kita mesti harapkan pasangan kita ingat tarikh birthday kita & anniversary kan.. cuba pasangan x ingat, mau merajuk seminggu kan??

Bab lupa tarikh2 ni selalunya lelaki.. tapi rasanya tu zaman dulu kot.. sekarang ni lelaki lebih prihatin tentang tarikh2 ni walaupun sibuk.. kalau ada ada yg lupa pun segelintir jer kot..

11.1.11, hari selasa.. rasanya susah kot nak jumpa pengantin melayu yg kahwin hari selasa semata2 nak tarikh cantik ni.. tapi mana tau yg sanggup nikah jer dulu hari ni sebab nak tarikh cantik ni kan??

Kalau yg nak bersalin tu lain la pulak citernya kan.. mana boleh jangka baby tu nak kuar hari ni ke esok ke.. kalau boleh dah tentulah ibu2 mengandung yg tengah tunggu hari nak bersalin tu nak bersalin hari ni jugak.. hihihihi..

Hope tarikh cantik hari ni akan bawak berita gembira + indah + kenangan yg sukar dilupakan utk kita semua..

Monday, January 10, 2011

KaSuT PemBaWa TuaH aNa RaFaLi


Rasanya ramai yg dah tau tentang juara AJL ke 25.. Bagi aku, keputusan tu di luar jangkaan aku.. tapi dah mungkin rezeki Ana Rafali utk jadi juara AJL kali ni..

Kalau nak ikutkan ramalan aku


Tempat pertama : YuNa (CinTa SemPuRNa)
Tempat kedua : Faizal Tahir (SeLaMaT MaLaM)
Tempat ketiga : MUH & BlacK (DraMa King)
Vokal TerBaik : BlacK (SoFea JeaN)
Persembahan TerBaiK : FaiZaL TaHiR (HaNYuT)

Rupanya, ramalan aku ke laut perginya... nampak sangat aku ni x pandai bab2 vokal ni.. hihihi.. Tapi adalah cikit2 yg kena..

Masa pengacara umumkan keputusan aku dgn kuatnya menjerit 'YES, Yuna menang!!!'.. sekali rupanya silap daaaaaa..

Tempat pertama : aNa RaFaLi (ToLonG IngatKaN aKu)
Tempat kedua : MUH & Black (DraMa King)
Tempat ketiga : HaFiz (NoKTaH CinTa)
Vokal terbaik : HaFiz (NoKTaH CinTa)
Persembahan terbaik : FaiZaL TaHiR (HaNYuT)

Persembahan terbaik memang layak Faizal Tahir menang.. dah basah lencun x menang gak xtau la.. aku memang minat Faizal Tahir since dari dulu lagi..

Vokal??? xnak komen lebih2 sebab ilmu vokal aku ke laut.. hihihi.. Tempat ketiga tu memang x jangka la kan.. masa Hafiz nyanyi aku tengok cikit2 jer.. sebab memang x rasa dia boleh menang.. cuma bila dia buat gimik jer baru aku tengok..

MUH & Black tu pun aku rasa memang layak gak menang.. walaupun aku bukannya minat sgt MUH tapi bila Black yg nyanyi, aku suka la lagu Drama King tu.. boleh?? hihihi..

Juara, aNa RaFaLi dengan lagu Tolong Ingatkan Aku tu memang tersangat di luar jangkaan aku.. rasanya di luar jangkaan semua orang kot.. ntah2 aNa RaFaLi pun x jangka dia menang kot kan.. (sesuka hati jer ko bg pendapat kan cik puan zana oiiiiii..hihihihi)
Tapi dari sebelum AJL sampai lepas umumkan pemenang, aNa RaFaLi x henti2 sebut tentang kasut sponsor dia tu kan.. agaknya kasut tu pembawak tuah kot..

Tapi sapelah aku nak komen2 lebih2 kan.. bukannya aku juri pun.. tapi bila penyanyi kesayangan x menang, kecewa ok!!!


Ke aku sorang jer yg kecewa + emo ni????

Friday, January 7, 2011

BuRunG CinTa

Rumah aku sekarang dah makin riuh ok.. duduk 2 org tapi riuh macam 10 org..

Ni semua gara2 encik suami telah membeli 2 makhluk kecil + comel + becok + gatal & kepoh utk dibela..

Ni lah 2 makhluk yg aku maksudkan tu..

Memang dah lama cadang nak bela 2 makhluk comel ni.. tapi new year hari tu baru kesampaian nak gie beli kat Petaling Street..

Sila percaya yg sejak 2 makhluk ni ada kat rumah, kehidupan kitaorang terus berubah.. nak tau apa yg berubah??

1- dulu bangun tido trs gie bilik air.. tp sekarang gie tgk samada 2 makhluk comel ni dah bangun ke belum..

2- dulu balik keje trs kemas rumah or tengok TV.. tapi sekarang balik rumah trs tgk 2 makhluk.. gerenti time tu 2 makhluk ni tgh bergosippppppp.. sgt kecoh ok..

3- dulu kalau aku tengah masak, aku akan pasang tv kuat2 supaya aku rasa x sunyi.. xpun pasang radio kat handphone bagi meriah ckit.. tp sekarang, semua 2 x perlu lg.. sbb suara 2 makhluk ni dah cukup bising sampai encik adiey panggil pun aku x leh nak dengar.. hihihi..

4- dulu kalau hujan trs fikir nak masuk bilik tido (jgn fikir bkn2 ok..lalalalala).. tp skrg bila hujan, trs tengok 2 makhluk ni utk pastikan 2 makhluk ni x kena tempias hujan..

cukuplah 4 tu jer dulu eh.. rasanya tu pun dah cukup gambarkan perbezaan dulu & sekarang kan..


Sekor nama Bell, sekor lagi Bella.. memang sajer beli jantan & betina.. barulah burung cinta namanya..

Bell & Bella ni gatal ok.. asyik nak bercium jer.. kalau kita ada, lagi galak la diaorg bercium.. sajer nak tunjuk manja.. gatal sungguh.. hihihihi..

Mulut memang kecoh si Bell & Bella ni.. bergosippppp manjang.. kadang2 terkejut bila tengah tengok tv, si Bell & Bella ni menjerit!!!!! kecoh betul bergosip sampai tone suara tu terlalu tinggi..

So sekarang ni rajin bukak page tentang penjagaan burung.. banyak info yg aku x tau rupanya.. Bell & Bella rupanya kena makan vitamin hari2 ok..

So, aku dah belikan vitamin utk Bell & Bella ni.. dah sama macam tuannya lak kan hari2 makan vitamin.. hihihi..

Thursday, January 6, 2011

4 MoViEs SeBuLaN

Sepanjang hidup aku, x pernah lg aku gie tengok 4 movies kat panggung wayang dalam tempoh sebulan..

Mungkin bagi korang yg memang kaki wayang, memang akan kata aku ni poyo kan.. tengok 4 movie sebulan pun nak kecoh.. sbb bagi kaki wayang agaknya benda ni isu remeh jer..


Tapi bagi aku yg bukannya kaki wayang sgt, dapat tengok 4 movies kat panggung dalam tempoh sebulan tu dah kira 1 pencapaian yg hebat tau..

Ni semua gara-gara makin banyak movies seram kat panggung sekarang!!

Encik adiey memang suka layan movie seram2 ni.. tapi dia prefer movie melayu.. aku yg agak penakut ni terpaksa la kuatkan semangat temankan dia masuk panggung tu..

Risau gak kalau lepas tengok movie seram tu, malam termimpi2.. tapi skrg kan tido malam berdua.. hihihi.. (tiru ayat dd)

First movie, Ngangkung.. memang terbaik!!!!!!!! panggung sentiasa penuh.. nak booking punyalah susah..

Banyak scene terkejut2 gak.. scene gelak lglah banyakkkkk.. kejap seram, kejap gelak.. time gelak tu mmg 1 panggung riuh rendah.. bantai gelak puas2.. memang x rugi tgk movie ni.. kutipan pun dah kalahkan Adnan Sempit..

Minggu depannya, kitaorg berubah angin.. nak bagi hilang takut tengok citer seram tu dulu.. (apahal takut sampai seminggu?? hihihi)

So decide tengok Aku Tak Bodoh.. panggung penuh ok.. majoriti family.. sesuai sgt la kalau bawak family tengok movie ni.. banyak pengajaran..

Dah hilang rasa takut aku tu, minggu depannya encik adiey ajak tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah.. sebelum tengok movie ni, banyak betul review dari blogger lain kata movie ni best.. nak booking ticket untuk movie ni pun asyik penuh jer..

Awal2 citer dah gelak.. banyak gelak dari seram sebenarnya.. so aksi aku tutup muka sebab takut kurang cikit la masa tengok movie ni.. motif belagak berani??? hihihi.. tapi penghujung citer ni aku x berapa nak suka sangat la.. yg lain semuanya ok..

Movie terbaru yg aku & encik adiey tengok, Damping Malam.. baru jer tgk semalam.. masa nak booking ticket, tertanya2 gak.. nape banyak jer seat kosong?? citer x best ke??

Awal2 citer dah terperanjat!!!!!!! tapi bila masuk setengah jam citer tu, dah boleh agak sape yg jadi punca masalah tu.. so kiranya x berapa nak suspen sangat la.. jalan citer pun biasa.. patutlah panggung x penuh..


Bila banyak tengok citer seram ni, makin kuat pulak la aku fikir bukan2.. rasa angin bertiup kuat ckit jer, mulalah aku gelabah.. dengar bunyi pelik mula jerit panggil encik adiey..

Memang dasar penakut!! penakut tapi gie tengok jugak.. selalu kena sound dengan encik adiey sebab tengok movie seram tutup muka dengan tangan @ shawl..

Eleh, biarlah kan?? bukannya tutup semua, aku tengok sipi2 pun kira tengok la jugak.. kira berani la jugak.. hihihihi.. bukannya aku sorang jer yg tengok movie seram tutup muka kan?? kan?? kan?? lalalala..

Wednesday, January 5, 2011

MiToS TaHuN BaRU


Betul ke kalau tahun baru kita dapat banyak berita sedih & buruk, bermakna tahun tu tak berapa bertuah utk kita???

Betul ke kalau tahun baru banyak masalah, maknanya sampai hujung tahun hidup kita penuh dengan masalah???

Hope semua tu mitos jer.. sbb x sanggup aku nak tempuh tahun ni dgn kesedihan jer.. sape lah yg sanggup kan???

Awal tahun ni dah banyak pulak citer sedih & buruk aku terima.. memang down sesgt!!!

Nasib baik encik adiey sentiasa support & bg semangat kat aku.. sebab kalau ikut hati yg marah tu, rasanya cepat berkerut seribu muka aku ni..

Semalam, masalah kat office betul2 buat aku down.. staff yg aku percaya selama ni, dah buat aku rasa sentappppppppppp...

Apa perasaan korang bila bos bgtau yg dia x dapat tido malam fikirkan hal korang?? mestilah malu kan??? rasa macam teruk sangat dah kita ni kan..

Memang x sangka semua ni terjadi sedangkan bukan aku yg salah.. nasib baik pihak yg bersalah tu dah jelaskan balik keadaan sebenar & bos pun tau yg sebenarnya aku memang x bersalah..

Bila bos senyum, tenang sgt hati ni...

Petang semalam jumpa staff tu.. bersemuka tanya kenapa dia sanggup buat aku macam tu.. dia mengaku dia salah.. tapi aku ni memang susah nak terima alasan dia..

Biarlah, yg penting nama baik aku x terjejas kat mata bos.. itu yg penting!! sbb bukan staff tu pun yg akan bagi markah utk prestasi tahunan aku kan??

Ingatkan dah selesai 1 mslh, boleh la rasa tenang ckit.. rupanya tidak!!!!!!!!!!

Awal pagi dapat sms dr seseorang.. sms ni buat aku terus perah otak fikir apa salah aku kat dia sampai dia boleh hantar sms tu kat aku.. aku x tau apa2 pun.. bila tanya nape, dia x reply pulak sms tu.. pelik!!

Bila benda ni jadi, tipulah aku kata kalau aku boleh happy 24 jam kan?? cuma aku cuba fikir positif..

Hidup tanpa masalah?? maknanya hidup org tu yg bermasalah kan?? so semua org ada masalah, cuma macamne kita nak handle masalah tu..

Bagi aku, kita kena yakin yg x semua org sukakan kita.. even kita rasa kita dah cuba sedaya upaya nak buat org lain suka kat kita.. sebab kita sendiri pun ada jugak x suka kat org lain kan??

X suka tu x semestinya benci, menyampah or meluat.. sebab kenapa kita x suka seseorg tu x boleh nak simply describe..

Sekarang ni, aku cuba nak muhasabah diri.. cuba cari apa yg x kena sampai semua ni boleh jadi kat aku..

X de manusia yg sempurna.. mungkin aku ada buat salah tanpa aku sedar.. semua ni aku anggap pengalaman yg boleh matangkan aku..

Hope masalah ni akan habis cepat.. x sanggup rasanya nak fikir masalah ni lama2!!

Sejauh mana mitos tahun baru ni, aku x pasti.. mitos @ fakta???