Showing posts with label GoSSiPs. Show all posts
Showing posts with label GoSSiPs. Show all posts

Tuesday, September 10, 2013

Hye Stalker Zana Adieyza!




Hidup ni akan lebih terasa bahagia bila kita boleh tersenyum gembira setiap hari.. walau dugaan datang, walau kesulitan menimpa, walau kesusahan dirasa dan walau apa juga yg berlaku dalam kehidupan kita, belajarlah untuk tersenyum..




Stalker dr kawan2 FB sememangnya comel.. tapi stalker dr kawan2 yang bukannya berkawan di FB dan bukannya ingin beramah mesra di dunia sebenar ni tak comel la yer.. macam penyibuk pun ada jugak bak kata adik ipar aku.. so, pilih la nak jadi stalker yg comel atau stalker yg tak comel.. hehehehe..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~


Photobucket

Monday, March 25, 2013

Kegilaan Sekarang: Game Candy Crush Saga


 Sekarang ni aku tengah "menggila" main game Candy Crush Saga dekat phone.. aku ni bukan kaki game.. tapi lepas dah main game ni, rasa macam seronokkkkk giler kot.. tapi, game ni jer lah pun yang aku rasa seronok.. yang lain aku memang x layan sangat..
 
 
Game ni boleh uji minda kita jugak sebenarnya.. try untuk selesaikan task yang diberikan untuk setiap level.. ada level yang senang.. ada yang susah.. ada yang susah tu sampai dekat sehari baru aku boleh lepas level.. hahahha.. tu bagi aku yang x berapa nak bijak main game tu lah.. aku tengok ramai jer member-member aku dapat high score.. hahahha.. teror la diaorang!! kita memang boleh tengok markah kawan-kawan yang main game tu gak..
 
 
Ada beberapa stage yang kita perlukan bantuan kawan FB yang main game tu jugak untuk unlock level seterusnya.. selagi kawan kita x bagi ticket untuk kita ke next level tu, memang x boleh main la level seterusnya tu.. mula-mula aku segan ooo nak mintak ticket daripada kawan-kawan tu.. tapi, lama-lama dah jadi biasa sebab masing-masing memang tolong menolong..
 
 
Kawan FB kita tu jugak boleh mintak "live" daripada kita.. kalau live yang diberikan dah habis, kita boleh mintak kawan kita bagi live tu.. selalunya member-member yang aktif main game ni mesti akan bagi live tu.. give & take la kan.. nanti kalau diaorang nak live, kita la pulak bagi kat diaorang.. tu yang buatkan game ni makin best!!
 
 
Siapa yang dah main game ni akan tau betapa bestnya game ni.. aku rasa ada dekat 100 lebih level.. aku baru main game ni seminggu.. memang jauh lagi perjalanan nak ke level terakhir.. makin naik level makin susah.. kalau ada yang belum pernah main, try la download.. aku yang bukan kaki game ni pun suka, apatah lagi bagi yang memang kaki game..
 
Salam sayang untuk semua!!
 
With love,
~ aDieyZa ~
 
 
 
Photobucket

Wednesday, March 20, 2013

WordLess Wednesday - Cerita Facebook



 
 
Ada yang terkena batang hidung sendiri... hehehe... korang selalu buat jugak ke? kalau ada, meh ngaku cepat.. hahaha..
 
Kadang-kadang kita hanya nak berkongsi, tapi selalu disalah erti.. kita x tau tujuan orang tu buat macam tu, so kita relaks jer la.. if x suka, kita hide orang tu dari news feed kita.. jom kita elakkan daripada membuat andaian pada orang lain.. *peringatan untuk diri saya sendiri jugak yer..
 
Sumber : Hampeh E-Cards
 
Salam sayang untu semua!!
 
With love,
~ aDieyZa ~
 
 
 
 
 
Photobucket

Tuesday, March 19, 2013

Tong Kitar Semula Unik & Kreatif

 
Pertama kali aku tengok recycle bin ni terus fikir "instagram!!".. hahahaha.. ini semua poyooooo.. tapi tu lah hakikatnya.. sesuatu yang menarik rasanya harus dikongsi bersama.. Unik! Cool! Kreatif! Memang tong kitar semula ni unik dan kreatif..
 

Kalau tanya aku sendiri, aku rasa ni jarang jugak kitar semula.. tapi sebulan sekali hantar jugak la botol-botol air, bekas-bekas sabun basuh baju/shampoo, tin-tin biskut/milo dan surat khabar.. tak adalah banyak sangat, tapi hantar jugak la.. *nanti aku try review tentang pusat kitar semula ni yer..
 
Kadang-kadang ada jer yang cakap, kenapa perlu susah payah hantar ke pusat kitar semula.. buang jer la kat tong sampah.. tapi, biarlah orang lain nak kata menyusahkan ke apa.. yang penting kita berusaha untuk memelihara bumi tempat di mana kita bernafas...
 
Kalau nak cerita tentang amalan kitar semula yang aku rasa paling selalu aku buat adalah beli barangan yang jenis "refill pack"..
 
Contohnya beli sabun mandi yang refill pack.. then masukkan semula sabun mandi tu dalam bekas yang sedia ada dibeli sebelum tu.. tapi, jangan gunakan lama sangat satu-satu bekas tu.. guna dalam 3 bulan then boleh la tukar bekas baru.. atau nak lagi jimat, gunakan bekas khas untuk simpan sabun (selalunya bekas kaca/plastik)..
 
So dari kaedah ni, kita dapat jimatkan penggunaan botol/bekas yang tidak diperlukan.. maybe nampak simple & maybe ada yang kata kedekut, tapi sebenarnya kaedah ni bukan jer boleh menjaga alam sekitar tapi boleh menjimatkan duit.. sebabnya, barangan refill pack ni lebih murah daripada yang jenis full pack.. :)
 
Nota Cinta: Kalau korang ada amalan kitar semula yang selalu korang buat, boleh la share.. mana tau boleh diamalkan lebih ramai orang kat luar sana..
 
Salam sayang untuk semua..
 
With love,
~ aDieyZa ~
 
 
 
Photobucket

Friday, March 15, 2013

Earth Hour 2013 Pada 23 Mac 2013 - Kenapa Perlu Sokong Kempen Ni?


Sama-sama kita semua sokong kempen yang bermakna ni.. walaupun ada yang kata bukan banyak pun kesan kalau kita join kempen ni, tapi sebenarnya kita dah lakukan sesuatu yang amat bermakna untuk bumi tempat kita bernafas ni.. 

Kecil atau besar impaknya, yang penting kita turut serta.. x rugi pun.. daripada langsung x buat apa-apa, apa salahnya kita sumbangkan sikit sesuatu yang bermakna..

Macam dekat Kementerian aku keje ni, time rehat atau pegawai x ada dalam bilik memang digalakkan tutup suis lampu.. mungkin ada yang kata tak nampak kesan pun.. tapi, sebenarnya banyak penjimatan yang dapat dibuat lepas semua pegawai amalkan menutup suis lampu kat bilik masing-masing.. big boss aku kata, jumlah penjimatan tu memang ketara sebelum dan selepas kempen tu berlangsung.. 

Kes kat Kementerian tu maybe nampak jelas dari segi penjimatan duit la.. tapi dari aspek pemeliharaan bumi ia jugak turut menyumbang sesuatu yang besar! antara kebaikan kempen ni adalah dapat membantu mengurangkan pembebasan karbon, memupuk budaya cintakan alam sekitar dan menjadikan kita lebih peka dengan isu pemanasan global.. 

Jadi, rasanya x salah kalau kita turut serta dalam kempen ni.. yang bertambah menarik, kempen ni bukan kempen di Malaysia jer.. tapi kempen ni dijalankan di seluruh dunia!! 

Salam sayang untuk semua!!

With love.
~ aDieyZa ~

Monday, January 21, 2013

RAHSIA : Ringkasnya Hidup Lelaki

Nak share tentang isu "Ringkasnya Hidup Lelaki" daripada Majalah SOLUSI Isu No.51.. menarik gak isu ni.. kita boleh tau tentang perangai kaum lelaki ni.. banyak gak kebenarannya.. 

Contoh betapa ringkasnya lelaki:

~ Lelaki menggunakan bilik air sama ada di rumah, pejabat atau pasar raya dengan satu tujuan dan sangat pantas
*kalau perempuan gie tandas bukan semata-mata sebab nak "melepaskan hajat" tapi pebih banyak yg ke tandas untuk toch-up muka.. hehehe


~ Lelaki memandu terus ke destinasi tanpa berhenti kerana tidak suka membazir waktu. Jika tersesat, lelaki sanggup meredah ke mana-mana walaupun jauh daripada berhenti bertanya arah, kerana ia satu kelemahan
*memang x kan dia tanya orang kalau x tau jalan.. rela dia pusing berpuluh kali nak cari jalan daripada berhenti kereta.. org perempuan rileks jer boleh pergi tanya.. nak malu buat apa kan?? huhuuhu 


~ Lelaki lebih suka menyangkut baju di penyangkut baju daripada melipatnya kerana ia lebih mudah untuk dicari daripada menyelak baju yang dilipat dalam keadaan tersusun
*memang susah nak biarkan dia mencari baju sendiri if dah siap lipat.. habis semua lipatan nak dikiraikannya semata-mata nak cari sehelai baju.. hehehe


~ Lelaki suka menguasai remote control tv kerana memudahkan untuk mereka menukar rancangan bila tiba masa iklan. Menonton iklan adalah pembaziran masa bagi lelaki
*aku ni agak pantang orang suka tukar2 siaran tv.. sebab aku jadi confius nak tengok semua cerita.. pening!! tapi tu lah yg selalu berlaku kalau remote di tangan suami.. hihihihi


~ Lelaki akan makan apa-apa sahaja yang ada di hadapan matanya. Dia akan menghabiskannya sebaik mungkin walaupun kadang-kadang makanan tersebut tidak menepati cita rasanya
*part ni memang x dapat dinafikan.. kalau kita hidang makanan apapun, mesti dia makan jer.. x banyak cakap pun.. kalau kita makanan x sedap, membebel tak sudah tapi makanan tu tetap gak habis.. motif bebel x sedap tapi makan sampai licin?? hahahaha


~ Lelaki suka kondisi meja kerjanya tidak terlalu kemas atau teratur. Lelaki sukar untuk melakukan kerja di atas meja yang kemas dan tersusun
*yang ni memang selalulah dikaitkan lelaki dengan kekemasan.. tapi aku x mengalami masalah ni sebab encik adiey tu jenis suka mengemas.. hehehe..


Nota cinta: korang ada nak share pasal isu ni? ayah/suami/anak lelaki korang pun selalu lakukan perkara macam contoh kat atas tu ke? meh share cikit.. sharing is caring!!

Salam sayang untuk semua!!!

With love,
~aDieyZa~

Photobucket

Tuesday, December 18, 2012

Perancangan Waktu Shopping: Sebelum, Pada atau Selepas Hari Gaji

Hari ni muka penjawat awam banyak happy yer.. penuh la shopping complex minggu ni.. gaji sekali dengan bonus masuk mestilah double happy kan? rezeki Allah, Alhamdulillah...

Semalam aku & Encik Adiey dah pergi beli keperluan rumah dan diri masing2.. plan mula2 nak hantar barang customer jer kat IOI Mall Puchong tu.. tapi alang2 dah sampai sana, belilah barangan keperluan sekali.. seronok membeli sehari sebelum gaji.. tak ramai orang!!!


Aku memang dari dulu suka membeli barangan rumah sehari atau beberapa hari sebelum penjawat awam gaji.. hehehe.. sebab masa tu situasi agak terkawal.. x sesak sangat dan x perlu beratur panjang.. hihihi.. 

Pernah sekali masuk shopping complex pada hari gaji.. masa tu bukan nak membeli tapi nak hantar barang dekat member.. keadaan dalam Alamanda masa tu giler sesak!! sampai nak sesak jugaklah nafas aku ni.. luar dalam kedai penuh! 

Tapi x boleh nak salahkan diaorang yang pergi shopping time gaji sebabnya ada jugak yang memang kebiasannya belaja keluarga pada hari gaji.. makan sama2, shopping sama2.. reward pada diri sendiri dan keluarga setelah penat bekerja.. normal la tu kan? 

Kalau kita dah memang jenis x suka bersesak2, senang jer.. x payah la nak masuk shopping complex time gaji macam hari ni.. beli barangan keperluan awal2 ataupun beli seminggu dua lepas orang dapat gaji.. sebab masa tu orang dah settle shopping.. kalau ada yang nak shopping pun x ramai.. hihihi..

Pada yang dapat gaji dengan bonus tu, selamat berbelanja dengan berhemah.. jangan lupa untuk buat tabungan sekali yer.. reward untuk diri sendiri pun seronok jugak.. x perlu beli barangan mahal, benda yang murah tapi kalau kita memang idamkan dan suka pun boleh beli.. pergi makan dekat tempat makan yang sedap2 pun di kira reward jugak.. :)

Nota cinta : yang dah dapat reward kasut baru semalam.. tapi pakai duit Encik Adiey.. hahaha..jadinya tu bukan reward sebenar kan?? jadi, marilah kita mencari alasan supaya suami bawak kita ke shopping complex untuk kita beli something sempena bonus kali ni.. hihihi..
Photobucket

Friday, December 14, 2012

Harimau Malaya Tewas, Gajah Puas!

Hari pertama bekerja setelah 4 hari bercuti.. nak selesaikan kerja dulu.. malam tadi dah siap2 tulis entry autopublish untuk hari ni.. mula2 layan bola, tapi baru tengok 10minit aku dah bosan! so masuk bilik tengok tv kat bilik sambil karang entry untuk hari ni.. 

Status FB malam tadi semuanya bercakap tentang game Malaysia vs Thailand.. macam2 status yang keluar.. kebanyakannya cakap nak boikot x makan tom yam la, x nak pergi thailand spa massage la, boikot k-pop la & macam2 lagilah.. tu x termasuk yang kutuk player kita sendiri.. yang marah2 pengadil lagilah ramai! semuanya hanya kerana sebiji bola!!!! hohoho...

Aku bukan x semangat untuk tengok bola.. tapi aku kalau tengok memang emosi sungguh.. bola jauh lagi dari tiang gol tapi aku dah kecoh2 macam nak gol.. orang tu jatuh cikit jer aku dah kecoh2 macam orang tu patah riuk.. so daripada aku emosi tak tentu pasal & mengganggu tumpuan Encik Adiey nak tengok bola, baik aku buat benda lain.. hehehe..

So, game semalam Malaysia kalah.. ramai yang kata permainan semalam kurang menyerlah.. lagi2 main 10 orang kan.. ada jugak yang kata strategi Datuk K.Rajagopal tak sesuai.. ada jugak yang kata padang x cantik.. tapi majoriti kata pengadil x adil!! x pelah, x de rezeki kita masuk final tahun ni.. cuba 2 tahun lagilah..

Eh, x pernah2 blog ni cerita pasal bola tetiba hari ni cerita tentang bola.. dah ko ni kenapa Zana??? 

Nota cinta: semalam x layan bola tapi layan Semanis Kurma TV9... topik besttttt!! nanti ada masa aku share k..
Photobucket

Monday, December 10, 2012

Lagu Andai Ku Bercinta Lagi vs Suami Kahwin 2

Pagi tadi dekat Hot FM ada topik pasal "lagu dan anda".. Hot FM tanya lagu apa yang kita tak boleh dengar dan kalau dengar pasti ada kisah disebaliknya..
 
Terus aku laju2 komen.. tapi komen pendek jer lah sebab macam la Hot FM nak baca sangat komen yang panjang2 tu kan.. hehehe..
 
Aku komen macam ni,
 
"Lagu Andai Ku Bercinta Lagi - Mojo.. sebab lagu tu OST drama Ameera dekat TV3 tentang husband kahwin 2 since 1st wife tak boleh pregnant.. *terus takut drama jadi realiti..
 
Tak pernah2 komen dekat FB Hot FM sekali aku terus komen.. nampak sangat aku memang tak boleh dengar lagu tu.. hehehe..
 
 
 
Tapi sebenarnya, aku suka lagu tu! suka tapi setiap kali keluar lagu tu aku terus teringat cerita Ameera tu.. adoiiiiii.. tak suka sungguh perasan -ve tu!!
 
Lepas tu aku macam confuse dengan diri aku.. aku ni x suka lagu tu ke atau x suka drama Ameera tu??? hahahaha...
 
Kalau dengar lagu tu dalam kereta dengan Encik Adiey, terus aku pandang muka Encik Adiey sebab nak make sure dia x menyanyi lagu tu..boleh?? Encik Adiey pun jadi pelik nape aku x bagi dia nyanyi lagu tu..
 
Lepas tu dia suka sakat aku dengan buat-buat aksi macam dia tengah menyanyi lagu tu dalam hati dengan cara dia gerak-gerakkan jari2 dia kat stereng kereta sambil tersenyum2... mencikkkkkkkkkk!! sajer nak buat aku merajuk tau.. tapi sebenarnya aku tau dia sajer nak bergurau jer.. sebab time lagu tu keluar kat radio/TV & dia buat2 nyanyi then aku aku pulak buat2 merajuk, sebenarnya akan ada insiden2 romantik akan berlaku seterusnya.. hehehe...
 
Sebenarnya lagu tu x bersalah apa pun.. dan sebenarnya lagu tu sangat2 sedap ok!!! tapi setiap kali keluar lagu tu kat radio atau TV mesti aku teringat kisah suami kahwin 2.. serius menyampah dengan perasaan time tu..
 
Korang ada x lagu yang x boleh didengar? kalau ada, boleh share yer.. mana tau ada lagu yang korang dengar rasa nak menangis ke, rasa nak muntah ke, rasa nak jerit ke..
 
 
 
Photobucket

Wednesday, December 5, 2012

Suami Borek Isteri Rintik - Pengaruh Suami Isteri Dalam Perkahwinan

Pernah dengar pepatah "bapa borek anak rintik"? Selalu dengar kan.. tapi pernah dengar tak pepatah "suami borek isteri rintik"??? Siapa pernah dengar sila angkat tangan tinggi-tinggi.. 

Aku pun x pernah dengar pepatah tu.. sesuka hati aku jer letak pepatah tu.. hahaha.. sebenarnya nak cerita tentang pengaruh suami dekat isteri.. ambik contoh pengaruh yang Encik Adiey bawak dekat aku jer lah yer.. dah kata ni blog aku kan..  mestilah ambik contoh aku, x kan nak ambik contoh suami/isteri orang lain.. hehehe..


Ada pengaruh yang terpaksa dirahsiakan daripada family aku terutamanya mak aku.. *mak aku x baca blog aku ni,so x perlu risau rahsia tu pecah.. tapi aku sanggup jer berahsia sebab aku suka dengan pengaruh tu! hahaha..

Mandi malam
Sebelum kahwin, aku memang x berani nak mandi malam.. sebabnya mak aku memang pantang sungguh kalau ada antara kitaorang adik beradik mandi lepas pukul 7 malam! dia kata nanti dah berumur badan cepat sakit2.. kalau korang tahan nak dengar mak aku membebel dari pukul 7 malam hari ni sampai 7 malam esoknya, silakan mandi malam.. hihihihi..

Tapi lepas aku kahwin, Encik Adiey memang suka mandi malam terutamanya sebelum tidur.. petang balik kerja dah mandi, tapi nak tidur mandi lagi.. mula2 aku pelikkkk gak apasal dia suka sangat mandi malam lagi2 mandi dengan water heater.. tapi bila sekali aku dah cuba, hari2 rasa nak buat!! sebabnya, aku rasa selesa sangat nak tidur! 

Ni kalau mak aku tau perangai mandi malam ni, ada yang Encik Adiey kena dengar mak mertua dia bebel 7 malam berturut2.. sebabnya, kalau balik kampung, kitaorang x kan buat perangai ni.. cari nahasssssssss kalau kitaorang buat macam tu! 

Eh, tapi kan, mandi malam sebenarnya elok jer.. kalau x percaya, baca artikel tentang mandi malam ni.. dalam artikel tu ada bagitau tentang:

  "Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stres, mandi dengan air sejuk boleh membantu"

"“Mandi juga membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia (susah untuk tidur),.Seseorang itu bukan hanya dapat tidur lena tetapi juga tidur dengan lebih lama jika beliau mandi sebelum tidur ” 

So, sebenarnya boleh jer mandi malam.. dan amalan mandi sebelum tidur rupanya boleh diamalkan!! 

Ni mesti kes mak aku terpengaruh dengan atok aku yang kata x elok mandi malam ni.. padahal atok aku x bagi mandi malam sebab zaman dulu nak pergi bilik mandi kan kat luar rumah, so agak bahaya la kan kalau keluar waktu malam untuk mandi.. tu yang keluar teori kata x elok mandi malam tu.. huhuhu..


Ada jugak pengaruh bab makanan yang Encik Adiey bawak dekat diri aku.. kadang2 macam x percaya jer aku banyak terikut perangai dia sedangkan aku x pernah buat pun perkara tu sejak aku membesar dengan family sendiri ..

Makan roti telur dengan sos
Sebelum aku kahwin, family aku suka makan roti telur dengan gula.. sambil makan roti telur, sambil cicah cikit dengan gula.. maybe ada yang kata pelik! tapi dah family aku suka cara makan macam tu, so dah jadi x pelik.. 

Tapi lepas aku kahwin, family aku pulak yang pelik tengok aku sebab makan roti telur dengan sos cili! tapi aku faham perasaan family aku time tu.. sebab masa mula2 kahwin aku pelik bila Encik Adiey makan roti telur dengan sos cili! tapi bila aku dah start rasa makan roti telur dengan sos cili, aku jadi sukaaaaaaaaa.. terus x mo makan dengan gula.. hehehe.. semuanya kerana pengaruh suami kan??

Sebenarnya banyak cara makan dan menu masakan yang aku dah terpengaruh dengan Encik Adiey dan keluarga mertua.. hehehe.. tetiba boleh buat pepatah "mertua borek menantu rintik".. boleh?? hahaha..

Banyak lagi pengaruh yang aku terikut sebenarnya.. tapi sebabnya nanti entry ni jadi panjang sangat, so lain kali la aku sambung.. tu pun kalau sambung.. hehehe.. biasalah, aku kan suka tangguh entry.. lalalala..

Nota cinta : siapa ada kes terpengaruh dengan suami?? meh story cikit bab "suami borek isteri rintik" ni.. mana tau korang punya story lagi best! 
Photobucket

Tuesday, December 4, 2012

Setahun Tanpa MC - Syukur Alhamdulillah

Minggu ni sampai minggu depan ada audit 5S.. stress?? dah malas nak stress.. hehehe.. semalam siapkan fail sampai kepala aku pening sesangat.. tapi yang peliknya, hari ni x siapkan fail pun pening jugak.. sekadar pening tapi x penat, x letih, x demam, x stress, x serabut tapi bertambah happy jer ada lah.. pelikkkkkkk.... 

Kebelakangan ni aku memang jarang sungguh online.. x tau kenapa.. kalau dulu, semua benda nak di "google".. sekarang ni macam malas nak menghadap internet.. orang kata kalau asyik menghadap komputer boleh jadi pening, tapi aku ni x menghadap komputer pun asyik pening.. 

Aku rasa ni semua gara2 aku dah lama x ambik cuti agaknya.. last cuti masa raya haji.. tu pun cuti sehari.. dah lama jugak x pergi holiday.. last holiday bulan 7, tu pun setakat ke Bukit Tinggi *tu pun entry gie Bukit Tinggi x buat2 jugak!!!!.. agaknya kena ambik cuti panjang baru pening aku hilang kot.. boleh gitu?? hihihihi..

Cuti tahunan aku ada lagi 20 hari.. ni semua kes tahun ni banyak kerja sampai x sanggup nak ambik cuti lama2.. *budget pekerja contoh konon.. hahaha.. tahun ni jugak aku belum pernah MC sehari pun! Alhamdulillah kesihatan agak baik tahun ni.. setakat selsema dan batuk biasa.. *tapi biasalah aku kalau selsema memang berminggu2 baru elok.. 

Last demam pun aku x ingat bila.. syukur Alhamdulillah.. *maybe jugak sebab tahun ni aku amalkan vitamin Shaklee, so kesihatan agak baik.. tapi manalah tau kalau baki cuti aku yang boleh dikatakan agak banyak tu akan digunakan dengan banyaknya tahun depan.. tetiba ada "gud news" ke kan.. time tu lah cuti rehat sangat2 berguna!!!

So maybe nak ambik cuti cikit hujung tahun ni.. bukan nak bercuti sangat pun, cuma nak rehatkan badan dan uruskan rawatan "kesihatan" dekat Hospital Putrajaya.. tu pun kalau permohonan cuti lepas.. dengan ada audit 5S lagi.. dengan hujung tahun nak selesaikan LNPT semua.. agak2 boleh lulus ke permohonan cuti aku eh?? 

Baki cuti korang banyak lagi x? Tak ada plan nak cuti ke hujung2 tahun ni? 
Nota cinta: maaf sebab lama x buat entry bergambar.. belum ada masa untuk tambah limit gambar dalam blog.. maaf sebab lama x tinggal komen kat blog korang, tapi aku baca jer blog korang waktu malam..
Photobucket

Monday, December 3, 2012

Disember - Yang Terindah dan Terpahit

Disember!!

- Sedar tak sedar dah masuk bulan terakhir tahun 2012.. 

- Sedar tak sedar, ada beberapa azam yang masih belum tertunai.. 

- Sedar tak sedar, dah banyak perancangan dan azam untuk tahun baru 2013..

- Sedar tak sedar, terlalu banyak perkara yang indah dan pahit yang telah dilalui sepanjang tahun 2012..

- Sedar tak sedar, IMPIAN yang paling diharapkan tiba untuk tahun 2012 masih belum kesampaian.. adakah impian itu akan dapat dicapai dalam baki beberapa hari lagi??

Nota cinta : Disember korang macam mana pulak? 


Photobucket

Friday, November 30, 2012

Bila Anak Dara Makin Membesar Dan Pandai Melaram

Semalam sempat bawak anak dara (anak buah) kat rumah tu keluar pergi The Mines.. niat di hati nak hilangkan rasa boring anak dara tu la.. kesian dia dah 3 malam aku x bawak dia jalan.. 

Masa masuk Watsons, macam-macam anak dara ni cari.. macam-macam jugak yang dia beli..  kebanyakan barang yang dia beli, adalah barang yang aku mula beli masa kerja dulu.. maknanya, dia lagi advance daripada aku.. dia baru Tingkatan 3, tapi barang penjagaan diri dia dah macam orang bekerja!! adoiiiii anak dara sekarang.. maintenance tinggi sungguh!!!

Aku pakai pencuci muka Olay masa kat zaman Universiti.. tapi dia sekarang dah pakai barangan Olay! pencuci Olay, krim muka Olay!! adoiiii anak dara aku tu.. terasa cepatnya masa berlalu.. sedar2 dah makin membesar anak buah aku yang sorang tu..

Aku ni start belajar pakai foundation pun masa zaman Universiti.. tu pun sebab terpengaruh dengan kawan2 asrama.. masa zaman sekolah x ada maknanya aku nak tepek segala macam jenis produk kat muka aku ni.. tapi dia baru Tingkatan 3 dah pandai pakai BB cream, foundation dan compact powder segala.. 

Nampak sangat mak cu dia masa zaman sekolah dulu x pandai jaga kecantikan kan?? hahahhaha.. eleh, x jaga pun pak cu tetap sayang tau!! daripada sekolah bercinta, walaupun dulu mak cu x pakai segala mak nenek pencuci muka mahal dan segala macam BB cream, pak cu tetap sayang jer sampai sekarang.. hehehehe..

Nota cinta: bila anak dara membesar, belanja pun makin besar kan?? lagi2 kalau dapat yang jenis suka melaram!! hehehe..


Photobucket

Tuesday, November 27, 2012

Bekerja Secara DIVA, Bukan Berlagak Macam DIVA!!!

Apa perasaan korang kalau ada orang yang sanggup menipu demi nak nampak hebat di mata orang lain??

Apa perasaan korang kalau ada orang yang sanggup tunding jari menyalahkan orang lain sedangkan hakikatnya dia yang bersalah??

Serius aku jadi tak faham dengan orang yang suka membodek ni!!! aku jadi tak faham kenapa ada orang yang sanggup menipu demi nak nampak diri dia sempurna di mata orang lain sedangkan hakikatnya dia ni jenis "depan cakap lain, belakang cakap lain"!!

Berubahlah mengikut peredaran masa.. janganlah bekerja dengan cara kerja yang diamalkan 10-20 tahun lepas.. amalan bodek-membodek ni hanya akan membuatkan orang lain membenci kita.. 

Janganlah kerana nak nampak sempurna sampai sanggup ko ganggu periuk nasi orang lain!! janganlah kerana nak nampak ko tu terlebih rajin sampai sanggup ko pertikaikan kerja orang lain sedangkan hakikatnya kerja yang orang tu buat adalah kerja ko!!!

jangan sampai aku gantung wall hanging ni dekat bilik orang tu sudah!!

 Nota cinta: 
bekerjalah secara DIVA!! mahir dalam banyak perkara, tau dalam segala segi, bijak dalam berfikir dan berkata.. tetapi elakkan diri berlagak macam DIVA!! cakap semua nak menang dan hebat, tapi hakikatnya orang pandang kita seperti tunggul kayu!! *peringatan untuk diri aku sendiri jugak!

Photobucket

Wednesday, November 21, 2012

Pengaruh Warna Dalam Kehidupan - Warna Pink!


Motif beli kalkulator pun cari yang warna pink??? hahahahaha.. bak kata Encik Adiey, kalau ada orang jual TV, peti sejuk, mesin basuh warna pink agaknya aku pun nak beli jugak kan.. hahaha..

Eh, walaupun aku suka warna pink, tapi perabot dan perkasas elektrik dalam rumah aku tak berapa nak prefer beli warna pink.. kalau perkasas dapur dan bilik mandi tu tak pe.. memang melambak2 warna pink.. segala besen, tapis, tempat sudu, bekas gula, dulang, tudung saji, span basuh pinggan, bekas berus gigi, berus lantai, span mandi sampailah ke penyapu dan mop lantai memang semua nak beli pink.. hahahaha.. 

Tapi untuk perabot memang tak beli warna pink.. sebab tak nak nampak macam rumah tu rumah aku sorang.. hahaha.. kesian Encik Adiey nanti.. dah la kebanyakan perkakasan kecil kat rumah dah warna pink.. cukuplah jugak dia nampak banyak pink kat diri aku ni.. jangan dia nak menghadap pink dekat perabot2 pulak.. kesian diaaaaaa.... hehehehe..

Apapun, Encik Adiey sporting jer.. dia tak kisah pun pasal warna2 ni.. cuma jangan ko ngada2 cadangkan dia beli kereta atau cat kereta warna pink.. memang dia tentang habis-habisan!!! tapi part kereta pun aku tak berapa nak prefer beli pink.. sebab kesian kalau biarkan Encik Adiey bawak kereta warna pink.. tak pasal2 orang cop laki aku "jambu".. hehehe.. 

Lain orang, lain pandangannya kan.. ada jer yang suka perabot dan kereta warna pink.. aku ok jer kalau orang suka letak banyak2 pink dalam rumah tu.. terasa sweet berada dalam rumah tu.. lagi2 kalau cat warna pink!! peeerrrgggghhh, cat bilik tidur warna pink memang aku dah lama idam2kan.. tapi now belum ada rumah sendiri, so jangan berangan lebih2 yer zana.. hehehe...

Tak kisah la suka warna apa pun.. asalkan kita bahagia.. kalau dah orang tu gembira dapat penuhkan rumah dia dengan warna hitam, biar jer la.. tak payah kita nak pertikaikan sangat.. kalau dia beli kereta warna pink, biarlah kan.. dah dia suka kan.. bukan dia ganggu kehidupan kita pun..

Nota Cinta : macam tu jugak la aku tak berapa nak gemar kalau orang pertikai kenapa aku suka dan obses sangat dengan warna pink.. eh, dah aku suka.. biarlah kan.. bukan aku paksa korang suka pink kan.. hahaha..
Photobucket

Tuesday, November 20, 2012

Malaysia Negara Kelapan Paling Bahagia!!

KOTA KINABALU — Malaysia terus mendapat pengiktirafan antarabangsa selepas diumumkan menjadi negara kelapan paling bahagia daripada 100 buah negara, melalui Indeks Kebahagian yang dikeluarkan baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, laporan indeks keluaran World Happiness Report dan diterbitkan oleh The Earth Institute, Columbia University itu berjaya mengatasi negara maju lain.

"Sebagai perbandingan, Amerika Syarikat di tempat ke-23, Kanada (24), Jepun (34) dan Korea Selatan ke-38.

Sumber : Kosmo


Untuk kita semua terus merasai nikmat kebahagiaan, hargai setiap saat yang berlalu apabila bersama insan2 tersayang seperti ibu bapa, suami/isteri, anak2 dan adik beradik.. ucapkan terima kasih di atas setiap pertolongan & pengorbanan yang telah dilakukan oleh insan2 tersayang..

Sayangi insan2 tersayang selama mana mereka masih ada.. gunakan masa yang ada untuk kita membahagiakan mereka..

Selamat menjalani kehidupan yang penuh BAHAGIA!!!



Photobucket

Wednesday, November 14, 2012

Kisah Cuti + Kahwin + Mengandung + Berkhatan + Shopping

Malas update so buat point2 jer.. tajuk pun ntah apa2.. xde mood la!! musim orang bercuti ni, idea pun macam bercuti jer.. 



- kebelakangn ni, aku dapat banyak kad jemputan kahwin kawan2 .. agaknya tahun depan banyak berita kawan2 pregnant kan?? aku jugak yang belum2 ada khabar berita.. tapi x pe, tu semua rezeki Allah.. kita tunggu jer lah kan..

- minggu ni 3 orang anak buah lelaki aku berkhatan.. terasa macam sekejapnya masa berlalu.. dah bujang2 anak buah aku.. kalau masa kecik dulu, semua suka aku mandikan sebab aku suka buat buih dalam besen (berangan dalam bath tub la kan).. tanpa sedar, sekarang ni diaorang dah makin bujang! 

- minggu ni jugak ada beberapa orang anak buah ambik penyampaian untuk hari anugerah sekolah dan tadika.. bangga bila tengok anak2 buah membesar dengan bijak.. syukur Alhamdulillah..

- cuti semalam kononnya nak draf entry2 tertangguh.. tapi hampeh! semua plan x menjadi.. sebabnya, bangun pagi ada orang tu dah ajak jalan sebab bosan lepak kat rumah.. keluar dari pagi sampai dekat Maghrib baru balik.. 

- plan keluar semalam sebab bosan duduk rumah.. so nak cuci2 mata jer.. tapi, cuci2 mata ni lagi bahaya!!! sebab bila x ada plan nak beli apa, tetiba balik tengok macam2 benda dibelinya.. so, lagi banyak cuci2 mata lagi banyakkkkkk duit mengalirrrrrrr sebenarnya... sape setuju?? 

- semalam pergi The Mines, ramai gilerrrrrr orang.. nak masuk The Mines jammed! nak cari parking jammed! dalam kedai penuh & padat dengan orang! sesak nafas duduk dalam tu.. sesak jugak nafas tengok sale sana sini.. hahahaha...

- pagi tadi jalan lengang gilerrrrrrrrr.. berapa buah kereta jer ada kat jalan raya tu.. terus rasa macam, "betul ke hari keje eh??".. jelesssssssssss dengan sesiapa yang bercuti!

Nota cinta : cerita cuti korang?? 




Photobucket

Monday, November 12, 2012

Musim Hujung Tahun


Musim cuti sekolah dah bermula

Musim orang nak habiskan cuti tahun pun bermula

Musim sale hujung tahun baru nak bermula

Musim orang berfikir azam tahun depan pun baru nak bermula

Musim hujan memang dah lama bermula

Musim orang kahwin pun dah bermula

Musim orang kata tengah musim mengawan pun dah bermula.. eh???

Nota cinta : korang tengah alami musim yang mana 1?? 


Photobucket

Thursday, November 8, 2012

Asyik Fikirkan Blog - Ketagih Blog??

Sebelum tido, dah fikir esok nak update entry apa..

Nampak benda unik/cantik, mesti cari kamera sebab nanti nak upload dalam blog..

Pergi kedai makan, ambik gambar makanan sebab nak share kat blog..

Pergi mana2 mengheret jer kamera sebab senang nak ambik gambar letak dalam blog.. 

Asyik la ingatkan blog.. penangan blog sungguh!! kalau x ambik gambar pulak, nanti ada pulak suara perli2,

"eh, baby x nak ambik gambar masuk dalam blog ke??"

"dah ambik gambar belum? kalau dah ambik gambar, abang nak makan ni.."

Hahahaha.. gitu sekali korang!!! hebat betul penangan blog ni tau!!

Photobucket

Monday, November 5, 2012

Cuti Sekolah HujungTahun

Tinggal beberapa hari jer lagi sebelum cuti sekolah bermula.. orang yang dah ada anak mesti sibuk merancang nak bawak anak2 bercuti ke mana kan.. masing2 dah siap apply cuti awal2 lagi.. yang kerja kerajaan pun boleh gembira lebih cikit sebab bulan depan dapat bonus kan..

Yang belum ada anak pun nak cuti jugak ke?? bergantung pada keadaan la kan.. ramai jer yang nak cuti hujung2 tahun ni.. ada yang nak habiskan cuti.. ada yang nak rehat2kan minda hujung tahun ni.. 

Aku x decide lagi nak cuti ke x.. setakat ni memang x ada plan nak ambik cuti pun.. sebab tahun depan maybe aku akan banyak cuti untuk urusan peribadi.. so nak simpan jer cuti untuk tahun depan..

Bila keluar citer bab cuti ni, ramai la yang akan buat kenyataan "x ada anak tak payah sibuk2 la nak cuti time cuti sekolah ni".. ala, x kan orang ada anak jer nak cuti kan?? kami yang belum ada anak ni pun nak cuti gak.. nak berhoneymoon gak.. mana tau balik honeymoon nanti ada berita gembira ke kan.. hihihi..


So pada yang dah merancang nak bercuti, selamat bercuti yer.. kalau ada yang pergi bercuti tu, if ada fridge magnet cantik2 boleh hadiahkan kat aku.. hahahha.. gurau jer.. 

Nota cinta: ada sesape yang akan bercuti minggu depan? minggu depan kalau ambik cuti 3 hari terus dapat 9 hari cuti.. syokkkkk!!! 

P/S : boleh tolong like gambar anak buah zana x? like melalui link FB kat bawah ni yer.. TQ so much!!

Photobucket