Wednesday, August 3, 2011

Anniversary aDieyZa - Cameron Highlands Part 3

Hari ke 2 di Cameron Highlands sungguh mengujakan + menggembirakan + menarik + memenatkan.. pakej lengkap betul.. serius seronok!! rasanya macam nak repeat balik jer hari ke 2 tu.. huhuhu..

First kitaorang pergi Rose Valley.. perjalanan selama 10 minit dari Rumah Peranginan kitaorang.. sampai Rose Valley hati mula berbunga2.. untuk info, nak masuk Rose Valley ni kena bayar RM4 seorang yer..



 Masuk jer Rose Valley ni, memang bau ros yang sangat kuat... peerrggghhh, memang layannnnnn...



Aku memang serius teruja masuk Rose Valley ni.. banyak bunga cantik2!! kitaorang habiskan masa yang agak lama dekat Rose Valley ni.. memang puas hati!



Keluar jer Rose Valley, nampak banyak kedai cenderahati.. kat luar Rose Valley ada 1 kedai yang jual ubi rebus.. serius sedapppppp... sampai sekarang teringat2.. memang mantap!!! kalau ada yang tercari2 cenderahati yang murah, kat sini banyak jer.. cuma korang kena rajin survey dulu sebab sebelah2 kedai pun dapat harga yang jauh berbeza2 tau..

Memang best shopping kat situ sebab bila beli di awal pagi, peniaga akan bagi banyak discount!!! x jauh dari Rose Valley tu, ada Cameron Tringkap Bee Farm.. tapi tengok dari luar jer, x masuk pun..



Lepas tu pengembaraan di teruskan ke Butterfly Garden.. tapi x masuk.. just beli cenderahati jer kat situ..



Sebelah Butterfly Garden, ada Butterfly Farm.. kitaorang masuk Butterfly Farm ni sebab nampak ramai pemandu pelancong bawak pelancong masuk situ berbanding Butterly Garden.. so kitaorang buat andaian yang Butterfly Farm lagi best dari Butterfly Garden.. boleh gitu???


Nak masuk Butterfly Farm ni bayar RM5 seorang yer.. dalam Butterfly Farm ni bukan sekadar boleh tengok rama-rama jer, ada jugak serangga & reptilia..



 Lama gak kat dalam farm ni sebab susah nak dapat bergambar dengan rama-rama kat situ.. rama-rama memang banyak tapi nak dapat bergambar punyalah susah.. 




Tapi setelah lama menunggu, akhirnya berjaya jugak bergambar dengan rama-rama.. berganda happy!!!



Lepas dah puas berlari2 menangkap rama-rama, kitaorang terus ke Frangrance Nursery.. masuk kat sini pun best sebab banyak bunga yang cantik2.. luas gak nursery ni sampaikan aku & encik adiey larat jalan2 separuh nursery jer.. huhuhu..



 Kat nursery ni, encik adiey ngada2 beli pokok strawberry.. aku ikutkan jer.. x taulah boleh hidup berapa lama..  huhuhu.. maklum sajer lah, si isteri memang x mahir bab2 jaga pokok ni..

Tapi ni dah dekat seminggu pokok tu kat rumah, nampaknya pokok tu makin membesar dengan jayanya.. setiap hari encik adiey siram.. ada 12 biji buah stawberry yang bakal mengeluarkan hasilnya.. dapat makan 12 biji buah strawberry ni pun dah cukup la, balik jugak la modal.. hihihihihi.. nanti aku tunjukkan gambar terbaru pokok strawberry tu yer..

P/S: bersambung lagi sebab ada meeting.. lepas ni mungkin aku kasi pulun habis terus la entry kat CH ni yer.. cian pulak korang nak baca entry CH hari2.. aku try la habiskan secepat mungkin yer.. banyak sangat entry lain yang tertangguh ni..

Tuesday, August 2, 2011

Anniversary aDieyZa - Cameron Highlands Part 2

Masa hari pertama pergi Cameron Highlands (CH) last week, cuaca kat sana x berapa sejuk.. sebab tu nampak gambar cik puan zana tu dengan selamba jer pakai baju short sleeve.. baju sejuk bawak, tapi x pakai pun.. berlagak betul!!

Lepas dapat makan aiskrim strawberry, terus pergi ke MARDI.. masuk MARDI ni kena bayar sorang RM3.. masuk je dalam MARDI, hati makin berbunga2!! sana sini bunga.. cantik2 lak tu.. geram jer tengok semua bunga tu.. memang siapa yang pernah masuk MARDI ni taulah betapa bestnya dapat pergi ke MARDI CH..


Dekat MARDI, encik adiey dah mula rambang mata.. kalau boleh semua bunga dia nak beli.. aku ni bukanlah rajin sangat nak tanam2 bunga ni, suka tengok jer.. hihihihi.. aku ikut perangai mak kot.. kalau ikut perangai abah, habis semua bunga kat MARDI ni aku nak beli.. kitaorang siap telefon abah untuk dapatkan nasihat sebelum beli bunga kat MARDI.. nak beli bunga pun kena dapatkan nasihat?? apakah?? nampak sangat si isteri x pandai bab bunga.. hahahahaha..



Kalau korang pergi MARDI, boleh la beli kaktus & bunga kat situ.. sebab kebanyakannya segar & gebu2 gitu.. lagipun dekat MARDI, memang bunga2 tu diaorang jaga betul2 setiap hari.. harga bunga kat situ pun ok & sesuai dengan kualitinya.. 


 Suka sangat gambar kat bawah ni.. susah nak capture sebab tulisan tu bergerak2.. kitaorang suami isteri sedaya upaya nak bergambar dengan tarikh tu.. hihihi.. tapi bila tengok gambar aku & encik adiey, berbeza kan suhu tu.. aku dapat bergambar dengan suhu yang lebih sejukkkkkkk.. tetiba encik adiey jeles.. hihihihi..



 Lepas gie MARDI, kitaorang terus ke Cameron Valley, Bharat Plantation.. pergi situ semata2 nak bergambar dengan pokok teh.. masa ni memang ramai sangat pengunjung kat situ..


Waktu ni dah mula rasa sejuk sebab baru lepas hujan.. memang nyaman betul la rasanya dekat situ.. pemandangan yang menghijau, sungguh menenangkan..
 


 Tapi manalah boleh tahan dengan bergambar jer kan.. mesti rembat jugak produk2 teh dekat Bharat Tea House tu.. dekat Bharat Tea House ni harga teh agak mahal yer.. so kalau rasa nak beli banyak2 teh, better pergi beli dekat Kea Farm (next review).. tapi memandangkan masa ni belum tau yang dekat Kea Farm tu murah, kitaorang beli jer teh strawberry kat situ.. 



Pekerja kat situ bagitau, kalau korang nak beli teh strawberry guna online pun boleh.. masuk jer website Cameron Valley Tea, then boleh la beli online.. mudah kan? Kalau ada yang mengidam nak minum teh strawberry, x boleh dah buat alasan nak ke CH semata2 nak minum teh strawberry sebab boleh beli online.. huhuhu..

P/S: bersambung lagi sebab ada keje urgent nak kena keluarkan la pulak.. bulan ni agak bz la.. so memang entry2 terpaksa sambung2..

Anniversary aDieyZa - Cameron Highlands Part 1

24 Julai - awal pagi lagi kitaorang suami isteri dah bangun.. lepas selesai segala tanggungjawab dan urusan, maka perjalanan ke Cameron Highlands (CH) dimulakan pada jam 8.30 pagi.. sepanjang perjalanan memang hati dah berbunga riang.. sememangnya x sabar sangat nak bercuti di CH..

Perjalanan dari Putrajaya ke CH mengikut Simpang Pulai, sebab ramai yang sarankan ikut jalan tu, so ikutkan sajer.. Alhamdulillah pukul 11.30 pagi kitaorang dah sampai CH.. 


First destination, Rich Flora Strawberry Centre.. kiranya tempat ni lah yang pertama kitaorang jumpa & terus berhenti sebab teruja lebih..



kat sini just ambik gambar jer.. x de beli apa2 pun.. kiranya ni baru warm up jer la.. kalau warm up pun dah nak membeli belah, maka akan terbelah habislah dompet encik suami.. hihihi.. so untuk warm up, kita cuma survey2 saja ok..



Memandangkan dah tengahari, so kitaorang terus decide nak check in bilik.. untuk percutian ni, aku tempah Rumah Peranginan Persekutuan, CH.. RPP ni disediakan untuk kakitangan kerajaan yang ingin bercuti dengan kadar bilik yang sememangnya teramat murah.. kitaorang ambik bilik kecik dengan harga RM50 untuk 3 hari 2 malam.. sangat berbaloi2.. bila harga bilik adalah murah, maka duit yang selebihnya dapat digunakan untuk shopping!! belanjawan yang berhemah kan..



Walaupun namanya bilik kecik, tapi kalau setakat nak main kejar2 & nyorok2 dengan encik suami kat dalam bilik tu pun boleh jugak ok.. hihihi..


 Lepas check in terus ke Brinchang untuk lunch.. then masa ni jugak kitaorang gie cari map CH.. beli map ni atas nasihat DD sebab DD kata map ni banyak membantu.. thanks DD sebab cadangkan kitaorang beli map ni.. memang betul2 membantu.. semua tempat menarik & info2 terbaru ada dalam map tu.. syok!!

Lepas lunch, kitaorang terus ke Healthy Strawberry Farm.. tempat ni betul2 depan RPP.. menapak cikit jer dah sampai.. dari bilik pun dah boleh nampak orang nak pergi petik buah strawberry kat situ.. 


Dekat farm ni, boleh beli pokok bonzai dengan harga yang murah.. kalau nak petik strawberry sendiri pun boleh.. harga bunga kat sini biasa2 jer, x murah & x mahal..


 Dekat situ kitaorang sempat makan aiskrim strawberry.. serius sedap!! sampai sekarang rasa teringat2 lagi.. balik Putrajaya cari jugak aiskrim perasa strawberry, tapi feel makan tu x sama lah.. feel masa makan aiskrim kat CH tu lebih cikit la.. kalau CH tu dekat, nak jugak pergi setiap minggu.. hahahaha..


P/S: bersambung part 2 sebab aku x sempat nak taip panjang2.. keje makin banyak la pulak sekarang ni.. tapi aku cuba untuk update x lebih dari 5 part sebab takut ada yang bosan dengan cerita CH dari aku.. niat aku just share pengalaman aku dengan semua pembaca blog ni & mungkin review aku ni boleh dijadikan panduan untuk sesiapa yang nak pergi CH nanti..

Monday, August 1, 2011

First Wedding Anniversary aDieyZa

23 Julai 2011, genap setahun kami bersama sebagai suami isteri.. segalannya serba indah.. segalanya berjalan lancar.. manisnya kehidupan sebagai suami isteri makin dirasai dari hari ke hari..


Pengalaman selama setahun banyak mengajar erti persefahaman, tolak ansur dan saling hormat menghormati.. masih banyak yang perlu diperbaiki.. masih banyak yang perlu dipelajari.. semakin lama hidup bersama, semakin bahagia rasanya.. syukur di atas rahmat dari-Nya..


Menghabiskan masa bersama di rumah pada hari ulang tahun perkahwinan sememangnya indah.. seperti mood pengantin baru.. hihihi.. segalanya serba ringkas namun tetap bermakna untuk dikenang.. sesungguhnya, masa bersama itu sememangnya lebih indah daripada segala-galanya..




Menghabiskan masa bersama di spa pada hari ulang tahun perkahwinan sememangnya pengalaman yang menggembirakan.. memanjakan diri di spa bersama suami sememangnya antara waktu yang cukup berharga untuk dinikmati.. lepas memanjakan diri di spa, sememangnya aura pengantin baru makin memuncak.. hahahaha.. sila jangan gelak jahat ok.. sila gelak sopan2 di bulan puasa ni.. hihihihi..



Walaupun ianya sekadar suatu tarikh, tapi ianya satu tarikh yang cukup bermakna untuk diingati kami suami isteri.. sesugguhnya tarikh keramat itu akan terus diingati sehingga akhir hayat kami..

Syukur Ya Allah di atas rahmat daripada Mu.. perkahwinan ini sememangnya membuatkan kami suami isteri semakin bahagia dari hari ke hari.. terima kasih Ya Allah di atas anugerah yang tidak terhingga ini.. kami memohon agar perkahwinan ini sentiasa berada di bawah lindungan & rahmat Mu Ya Allah.. kurniakanlah kami kebahagiaan yang berpanjangan di dunia & di akhirat kelak.. murahkan rezeki kami suami isteri & serikanlah perkahwinan ini dengan zuriat yang kami idam2kan selama ini Ya Allah.. 




Sayang, terima kasih untuk perkahwinan ini.. terima kasih kerana sudi menjadikan diri ini sebagai isteri dan permaisuri di hati sayang.. segala pengorbanan, kasih sayang, perhatian, semangat,sokongan, belaian dan cinta daripada sayang terlalu bermakna bagi diri ini.. hanya Allah yang tau betapa isteri mu ini terlalu menyintai dirimu sayang..


~LOVE aDieyZa~

Hari Pertama Puasa

Alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan tahun ni.. mungkin dipanjangkan usia untuk bertemu Ramadhan di tahun hadapan.. mungkin juga ini adalah Ramadhan terakhir bagi aku.. hanya Allah yang mengetahui semuanya.. apapun, semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna untuk kita semua..

Tahun ni merupakan tahun ke 2 menyambut puasa bersama encik suami.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. memandangkan kesihatan agak terganggu, maka menu nasi goreng saja yg mampu disediakan pagi ni.. walaupun nasi goreng jer, encik suami makan dengan penuh berselera.. semangat bersahur la tu kan..

Bulan puasa ni, cepat pulak Putrajaya sesak dengan kenderaan.. agaknya ramai yang masuk keje 7.30pagi sebab nak balik awal, 4.30petang.. selalunya waktu kitaorang suami isteri gie keje, kenderaan belum banyak lagi.. tapi hari ni agak sesak berbanding biasa.. ni semua kes nak balik awal masak untuk berbuka.. x pun nak pergi awal ke bazar Ramadhan.. hihihi.. hari ni pertama gerenti bazar Ramadhan sesak!!! ok2, x mo cerita bazar Ramadhan di pagi hari sebab baru beberapa jam kita berpuasa.. huhuhu..

So hari ni semangat nak buat keje yang banyak tertangguh disebabkan cuti & kursus.. tapi aku akan cuba update blog ni tengahari nanti k.. dah kata puasa kan, bila waktu rehat x perlu ke cafe untuk beli makanan makanya waktu rehat adalah masa free untuk update blog & tidur sekejap.. rasanya terlalu banyak entry tertangguh yang belum dibuat.. apa kes ni zana, keje tertangguh, update blog tertangguh??? huhh!!

P/S: Selamat berpuasa untuk semua!! semoga kita semua dapat menunaikan ibadah puasa dengan lebih sempurna tahun ni..