Wednesday, August 3, 2011

Anniversary aDieyZa - Cameron Highlands Part 3

Hari ke 2 di Cameron Highlands sungguh mengujakan + menggembirakan + menarik + memenatkan.. pakej lengkap betul.. serius seronok!! rasanya macam nak repeat balik jer hari ke 2 tu.. huhuhu..

First kitaorang pergi Rose Valley.. perjalanan selama 10 minit dari Rumah Peranginan kitaorang.. sampai Rose Valley hati mula berbunga2.. untuk info, nak masuk Rose Valley ni kena bayar RM4 seorang yer..



 Masuk jer Rose Valley ni, memang bau ros yang sangat kuat... peerrggghhh, memang layannnnnn...



Aku memang serius teruja masuk Rose Valley ni.. banyak bunga cantik2!! kitaorang habiskan masa yang agak lama dekat Rose Valley ni.. memang puas hati!



Keluar jer Rose Valley, nampak banyak kedai cenderahati.. kat luar Rose Valley ada 1 kedai yang jual ubi rebus.. serius sedapppppp... sampai sekarang teringat2.. memang mantap!!! kalau ada yang tercari2 cenderahati yang murah, kat sini banyak jer.. cuma korang kena rajin survey dulu sebab sebelah2 kedai pun dapat harga yang jauh berbeza2 tau..

Memang best shopping kat situ sebab bila beli di awal pagi, peniaga akan bagi banyak discount!!! x jauh dari Rose Valley tu, ada Cameron Tringkap Bee Farm.. tapi tengok dari luar jer, x masuk pun..



Lepas tu pengembaraan di teruskan ke Butterfly Garden.. tapi x masuk.. just beli cenderahati jer kat situ..



Sebelah Butterfly Garden, ada Butterfly Farm.. kitaorang masuk Butterfly Farm ni sebab nampak ramai pemandu pelancong bawak pelancong masuk situ berbanding Butterly Garden.. so kitaorang buat andaian yang Butterfly Farm lagi best dari Butterfly Garden.. boleh gitu???


Nak masuk Butterfly Farm ni bayar RM5 seorang yer.. dalam Butterfly Farm ni bukan sekadar boleh tengok rama-rama jer, ada jugak serangga & reptilia..



 Lama gak kat dalam farm ni sebab susah nak dapat bergambar dengan rama-rama kat situ.. rama-rama memang banyak tapi nak dapat bergambar punyalah susah.. 




Tapi setelah lama menunggu, akhirnya berjaya jugak bergambar dengan rama-rama.. berganda happy!!!



Lepas dah puas berlari2 menangkap rama-rama, kitaorang terus ke Frangrance Nursery.. masuk kat sini pun best sebab banyak bunga yang cantik2.. luas gak nursery ni sampaikan aku & encik adiey larat jalan2 separuh nursery jer.. huhuhu..



 Kat nursery ni, encik adiey ngada2 beli pokok strawberry.. aku ikutkan jer.. x taulah boleh hidup berapa lama..  huhuhu.. maklum sajer lah, si isteri memang x mahir bab2 jaga pokok ni..

Tapi ni dah dekat seminggu pokok tu kat rumah, nampaknya pokok tu makin membesar dengan jayanya.. setiap hari encik adiey siram.. ada 12 biji buah stawberry yang bakal mengeluarkan hasilnya.. dapat makan 12 biji buah strawberry ni pun dah cukup la, balik jugak la modal.. hihihihihi.. nanti aku tunjukkan gambar terbaru pokok strawberry tu yer..

P/S: bersambung lagi sebab ada meeting.. lepas ni mungkin aku kasi pulun habis terus la entry kat CH ni yer.. cian pulak korang nak baca entry CH hari2.. aku try la habiskan secepat mungkin yer.. banyak sangat entry lain yang tertangguh ni..

15 comments:

  1. akak tak gi pun retu seme ni. tak sempat dah. huhu.
    byk nak rilek je benarnya pegi ni sbb tu tak jelajah sgt sana sini. penattt... huhu :P

    ReplyDelete
  2. waiting for the next entry... *___*

    ReplyDelete
  3. Semua tempat tu, ida tak pergi... Sebab jalan jem, public holiday.. spoil !! Harus pergi lagi ni.. HEHE

    ReplyDelete
  4. serius pokok tu leh hidup ke???wahhhh kagum!!

    ReplyDelete
  5. lia penah beli pokok strawberry ni nak tanam tp lps seminggu mati tau.. huhu.. lia ni mmg tak pandai jaga..

    ReplyDelete
  6. Aiseyh, bestnya depa p Cameron Highland.. begambaq sakan noh.. HEHE..
    Zwan last pegi Cameron masa tahun 2009.. ;)

    MySuaraBlog: Sila Duduk Rapat2, JANGAN Duduk Renggang2

    ReplyDelete
  7. seronok gilaaa baca entry ch ni. aser nak g gakkk.

    ReplyDelete
  8. aku pun tak reti jaga pokok2 ni weh..kira ko hebatla sbb dia membesar dgn jayanya...

    ReplyDelete
  9. waduh2... honeymoon ya... seronoknya tak terkira...

    ReplyDelete
  10. wahhh...putrajaya dh ada strawberry lah yer

    ReplyDelete
  11. best²..zaza pun last g CH mse honeymoon lepas kawen..second honeymoon xde lagi..ingat nk g jauh ckt tuk second nie..hehe

    ReplyDelete
  12. waaa cantek2, hari tu dd x g pun rose valley. hehe cantekk

    ReplyDelete
  13. apesal tahun lepas gi..tak tau pon tempat ni...ruginyer..!!!

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..